Tuesday, January 22

Jom Buka Pose!!

Majlis Berbuka Puasa
Ditulis oleh -MyLPM-
Selasa, 22 Januari 2008

22 Januari 2008,Isnin:Pimpinan PMIUTM telah mengadakan satu program bersama-sama ahli PMIuntuk berbuka puasa di kafe meranti. Program ini bertujuan untuk meraikan ahli-ahli PMI yang berpuasa sunat pada hari Isnin. Di samping itu juga, ia dapat mengeratkan silaturrahim antara pimpinan dan Ahli PMIUTM.

Program ini telah berjalan dengan suasana ukhuwwah Islamiyyah yang jarang kita dapat rasai di kampus ini. Program ini akan di jalankan secara berkala iaitu 2 kali seminggu pada hari Isnin dan khamis. Untuk berkongsi suasana ukhuwwah Islamiyyah di program ini. PMIUTM mengalu-alukan kedatangan sahabat dan sahabiah di program yang sama pada masa akan datang.-MyLPM-

Galeri Program

5
Presiden PMIUTM: Akhi Khairul Azly

1
Mantan presiden dan presiden PMIUTM makan bersama ahli

3
saudara baru Kamal Rasy turut diraikan

4
Naib Presiden 1:Akhi Zulhilmey bersama ahli PMI

6
Senyum Ckit..smile

9
ahli beramah mesra bersama pimpinan

Ya Allah
Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah
berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi(perintah) Mu, bersatu memikul
beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah rnengikat janji setia untuk rnendaulat
dan menyokong
syari'at Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara
hati-hati ini Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar).
Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hatihati ini dengan lirnpahan imani keyakinan.

5 Tahun Generasi Kepimpinan

Ditulis oleh Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud
Isnin, 21 Januari 2008

N.P

MOHAMAD ZULHILMEY BIN MAKMUD

3 SEE

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK




Pejam celik..pejam celik…4 generasi kepimpinan PMIUTM telah berlalu. Tibalah masanya generasi ke-5 untuk memegang amanah dalam menegakkan syiar Islam. Kini, sudah 5 tahun penubuhan semula PMIUTM, begitu banyak pengalaman yang perlu dijadikan iktibar dan perlunya setiap ahli pmiutm untuk mempersiapkan diri menghadapi hari-hari yang akan mendatang. Kisah kian usang dan masa terus berputar. 5 tahun generasi kepimpinan adalah usia untuk menuju kematangan. Generasi yang baru menerajui kepimpinan seharusnya banyak belajar dari pengalaman yang lepas di samping kita mempertingkatkan ilmu di dalam dada. Generasi yang memimpin perlu mendidik ahlinya agar sentiasa berusaha untuk menaikkan imej persatuan dalam apa jua cara sekalipun selagi mana tidak melanggar batas-batas agama.

Kembali kepada sejarah...

Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) adalah pertubuhan pelajar rasmi yang di tubuhkan pada 18 Disember 2002. Sekumpulan mahasiswa Islam yang mewakili kolej-kolej kediaman di kampus UTM telah menemui Naib Canselor UTM untuk menubuhkan sebuah persatuan yang akan menaungi mahasiswa/i Islam kampus. Atas kesedaran bahawa perlunya satu badan untuk menjaga kebajikan mahasiswa Islam di UTM ini yang mendorong untuk membawa kepada penubuhan persatuan ini. Seawal penubuhannya, PMIUTM seolah-olah lesu dan tidak mampu bergerak seiring dengan persatuan lain lantaran terlalu banyak masalah yang terpaksa mereka lalui. Dengan dana persatuan yang bermula dengan sifar, keahlian persatuan yang tidak sampai 50 orang manakala program-program yang dirancang pula dipandang sepi oleh masyarakat kampus memperlihatkan bahawa PMIUTM seolah-olah akan rebah menyembah bumi..

Namun..

Semangat juang pimpinan PMIUTM yang berganding bahu dengan ahli-ahli persatuan yang tidak jemu-jemu menyumbang tenaga, tidak kedekut mengorbankan wang ringgit, tidak bakhil meluangkan sedikit waktu sehari mereka demi semata-mata mahu melihat PMIUTM bangkit semula nampaknya tidak sia-sia. Kini, PMIUTM telah mencecah usia 5 tahun generasi kepimpinan dan terus mengorak langkah dalam menjaga kebajikan Mahasiswa Islam. Semangat kental dan tidak mudah putus asa pimpinan terdahulu untuk memartabatkan Islam memberikan satu impak yang cukup baik buat generasi masa kini.

Thursday, January 17

Di Mana Sudah Budaya Membaca MAHASISWA?



Merujuk kepada situasi mahasiswa kini yang begitu tandus peratusan pembacaan selama berada alam pengajian begitu membimbangkan. Ia memperlihatkan jati diri budaya keilmuan yang begitu rendah. Apatah lagi, jika dibandingkan pula dengan negara yang dilihat tidak setanding dari segi kemajuannya dengan Malaysia.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar, berdasarkan satu kajian, jumlah buku yang dibaca oleh pelajar Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah). Namun, mahasiswa Malaysia hanyalah berjumlah 12 buah buku selama tiga tahun pengajian.
Tambahan pula, menurut kajian yang sama, didapati bahawa jumlah buku yang dibeli oleh pelajar Australia ialah 160 buah, Indonesia (43 buah), Thailand (31 buah), India (75 buah) dan Brunei (15 buah), berbanding Malaysia sekadar berjumlah empat buah untuk tiga tahun pengajian (enam semester).
Berdasarkan pendapat ilmuwan, Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, budaya ilmu dan tamadun yang lahir darinya adalah berkait rapat dengan sistem nilai (aksiologi), pandangan alam (world view) dan idealisme sesebuah sistem sosial dan individu yang berada di dalamnya. Timbul persoalan, adakah pembinaan budaya intelektual dan paradigma pemikiran masyarakat di Malaysia sudah pincang dan merudum menyembah bumi?
Kebimbangan ini timbul tatkala memikirkan bagaimana bangsa Yunani suatu ketika dahulu diliputi pemikiran dan kepercayaan bahawa kecantikan adalah merujuk kepada tubuh badan yang tiada seurat benang. Justeru, tidak hairanlah segala lukisan dan seni ukir akan merujuk ke arah itu. Malah, meskipun mereka memiliki ahli falsafah seperti Socrates mahupun Aristotle, yang memiliki pelbagai idea melangit namun, lihatlah bagaimana Will Durant dalam The Story of Civilization menggambarkan kehidupan mereka yang terdiri daripada ahli fikir:
"Kami mempunyai institusi pelacuran kelas tinggi (courtesans) untuk keseronokan, gundik untuk kesihatan harian tubuh badan"
Segala tindakan adalah berdasarkan corak pemikiran yang tidak dipandu dengan neraca kebenaran sudah pasti mudah terjerumus di dalam kancah kesalahan. Kita tidak hairan sebenarnya kerana Tamadun Yunani meskipun hebat tetapi kemungkaran yang berlaku adalah disebabkan tiada panduan Kitab Suci. Mereka hanya memiliki pemikir yang bukan terpelihara daripada kesalahan. Logikkah Malaysia menjadi sedemikian?
Berdasarkan senario yang berlaku di Malaysia berdasarkan kajian tersebut, salahkah ditafsirkan ia adalah petanda bahawa corak pemikiran masyarakat Malaysia sukar diubah atau salah cara dalam mengubah? Adakah corak pemikiran sebelum kedatangan Islam seperti Animisme, Dinamisme, Megi Religi masih wujud dan sukar diubah atau dipisahkan dari pola pemikiran masyarakat Malaysia? Jika bukan begitu, jenis apakah pandangan hidup atau pandangan alam di kalangan penuntut ilmu di Malaysia?
Saya tertarik kaedah pembacaan seorang tokoh iaitu Dr. Fadzilah Kamsah yang pernah mengatakan bahawa beliau membeli buku setiap minggu untuk dihayati dan difahami. Cuba fikirkan juga bagaimana al-Biruni masih bertanyakan soal keilmuan meskipun ketika beliau sakit. Bahkan seorang ulama, al-Jahiz telah meninggal dunia akibat tertimbus oleh timbunan buku-bukunya. Ibn Rusydi pula lebih mengujakan lantaran seumur hidup hanya 2 hari beliau meninggalkan ilmu iaitu pada hari kematian bapa dan hari pernikahannya.

Tahap pembacaan yang luas merupakan antara indikator batu loncatan untuk mengembalikan kesedaran kelimuan dan tradisi idealisme yang mencapah. Jika ini tidak dicapai, bilakah akan muncul saat masyarakat membudayakan tradisi tersebut. Kita sedar bahawa, budaya ilmu bukan sekadar memahami sesuatu bidang semata-mata, malah lebih penting menjelmakan sifat keilmuan yang multi-disciplinary (pelbagai bidang) dan inter-disciplinary (rentas bidang). Tetapi, adakah ini mampu dicapai jika hendak dibandingkan dengan kajian bancian pembacaan tersebut?
Ingatlah ungkapan Tokoh Sarjana Muslim, Nabi Muhammad s.a.w: "Sesungguhnya orang berilmu (ulama) di bumi umpama bintang-bintang sebagai panduan di kala kegelapan daratan dan lautan". (Riwayat Ahmad). Keilmuan merupakan salah satu dari kewajipan agama. Menurut Syed Ali Tantawi dalam Mauqifuna Min al-Hadarah al-Gharbiyyah: "Majoriti kaum Muslimin hari ini, disebabkan kecuaian dengan kewajipan agama, mereka berada di belakang umat-umat yang lain. Mereka menjadi hujah bagi musuh-musuh"
Majoriti masyarakat Malaysia adalah Melayu-Islam. Berdasarkan justifikasi awal, kelemahan kini adalah disebabkan jarak antara pengamalan kepercayaan hidup yang dianuti dengan cara hidup yang begitu jauh. Jadi, binalah konsep Tauhidic Worldview yang menitikberatkan soal proses keilmuan dan realisasi Integrated Knowledge. Tumpuan sudah pasti akan terfokus kepada pelajar universiti. Apatah lagi, kerajaan akan mengumumkan institusi pengajian tinggi (IPT) yang bakal merintis status Universiti Apex yang diperkenalkan sebagai landasan pantas untuk menjadi universiti bertaraf dunia, pertengahan tahun depan.

Myikhwanfiideen 08..

Thursday, January 10

Salam Hijrah 1429


1429 Hijriyyah.. Tarikh baru dalam kalendar Islam.. Sedar atau tidak, kita semakin menghampiri usia kedewasaan dan tahap kematangan fizikal dan begitu juga mental harapnya.. Dan acapkali kita dengar orang akan bertanyakan apa dia azam yang kita nak buat sempena tahun baru ini.. Moga perkongsian yang saya sampaikan disini mampu menjadi panduan bersama kita dalam meletakkan azam 1429 yang akan datang..

1. Muhasabah..
Kita selaku manusi sering melakukan kesalahan samada sedar atau tidak. maka kita sewajarnya mengambil ia sebagai batu loncatan untuk meletakkan azam sekurang-kurangnya tidak mengulangi kesalahan-kesalahan yang lepas. Andaikata kita melepaskan peluang untuk mengkoreksi diri, maka boleh jadi kita masih tidak sedar kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini.. Bila kita berbicara tentang muhasabah, saya beranggapan sebagai manusia biasa tidak cukup kita bermuhasabah berseorangan, tetapi harapnya ada sahabt-sahabat yang terlibat sama.. Ini boleh menjadikan suasana muhasabah yang lebih berkesan..


2. Letakkan Matlamat..
Setelah kita menyelongkar apa sebenarnya yang kita lakukan sebelum ini.. samada ianya baik ataupun buruk, maka wajiblah kita letakkan satu matlamat/GOAL pada tahun akan datang.. Kekalkan dan perbaikilah yang sudah baik dan tinggalkan yang tidak baik.. Sebagai seorang Mahasiswa, boleh jadi matlamat/ main GOAL yang bakal kita tetapkan terkandung di situ matlamat akademik kita.. Kerana akademik merupakan the reason of being kita di mana2 IPTA/IPTS. Tetapi jangan kita lupa juga kepada tanggungjawab kepada masyarakat yang mesti kita lakukan.. khususnya masyarakat kampus.. Perkara sebegini sering kita lupakan, malah kekadang kita tidak menyedarinya dan lebih teruk lagi ada sesetengah kita yang mempersoalkannya.
Izinkan saya berkongsi pengalaman.. Pernah soalan seperti ini saya ajukan kepada beberapa orang yang bergelar mahasiswa.. kebetulan pula ketika itu isu kehilanagn Nurin galak dibincangkan di dalam media..

"Apa peranan kita sebagai Mahasiswa ??".. Soalan yang nampak very simple untuk dijawab.. Tetapi tyidak ramai ynag mampu membuka bibir untuk melontarkan pandangan.. Isunya disini bukan jawapan yang susah nak dicari.. Boleh sahaja sesiapa mengeluarkan jawaban yang relevan dan praktikal.. Tetapi, bila kita berkata mestilah kita kotakan.. Persoalan ini yang membelenggu mahasiswa untuk menjawabnya.. terpulang.. samada kita tidak tidak mampu melakukannya atau kita tidak mahu melakukannya !!.. Tepuk dada dan tanyalah Iman..

3. Strategi...
Rancanglah strategi yang praktikal untuk kita capai matlamat yang kita canangkan dalam diri.. Ingat! persoalan strategi adalah sangat luas untruk kita perbincangkan dan banyak elemen2 yang perlu disertakan dalam perencanaan strategi kita. Ini termasuklah tentang bagaimana kita boleh maintain the power ketika menjalankan planning yang telah dibuat itu.. sering sahaja kita dengar tentang pentingnya stamina dalam larian.. Kita sebenarnya pelari dalam program MERENTAS DESA dan bukannya pelari pecut.. Sebab, kita tidak tahu apa sebenarnya halangan2 yang bakal kita hadapi.. So, Stamina and anticiption are very important in that case. Berbeza dengan pelari pecut yang memang kita sedia maklum track yang akan kita lalui..

Akhir sekali.. Jangan lupa kita titipkan doa serta tawakkal kita kepada Allah.. "MEREKA MERANCANG DAN ALLAH JUA MEMBUAT PERANCANGANNYA DAN SESUNGGUHNYA ALLAH JUALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG" (Quran).... Moga setipa perancanagan kita mendapat Redha Allah..

myikhwanfiideen 1429..