Tuesday, September 2

Suara kritikan Mahasiswa Sabah!

Alhamdulillah kita masih lagi dapat bersua di pagi 2 Ramadhan ini. Allah masih lagi memberikan kita semua peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia milikNya ini. Mudah-mudahan kita manfaatkan peluang yang diberikan ini dengan sebaiknya dengan melaksanakan segala apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala yang dilarangnya. Moga dengan itu kita diterima sebagai hambaNya yang soleh. Insya Allah.

Pagi ini, saya sempat mengintai-intai beberapa laman akhbar maya untuk melihat secara sepintas lalu isu-isu yang berlaku sama-ada dalam negara dan di luar negara. Seperti biasa, isu dalam negara banyak berkisar mengenai senario politik semasa yang menjurus kepada satu pelan perubahan kuasa yang diagendakan oleh parti pembangkang (pakatan rakyat) iaitu pada 16 september. Tarikh keramat ini disebut-sebut oleh pimpinan pembangkang manakala di sebelah kerajaan pula menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini.

Justeru untuk memberi keyakinan kepada rakyat, satu upacara menandatangani perjanjian akan dilakukan oleh ahli dewan rakyat BORNEO yang sebelum ini ada ura-ura menyatakan mereka telah hilang keyakinan kepada barisan Nasionmal selaku parti pemerintah. Tapi, melalui laporan yang diberikan oleh laman web sabah-kita.net, tidak semua ahli parlimen bersetuju untuk berbuat demikian dan ada yang menolak sama sekali.

Perubahan kuasa, keuntungan kepada rakyat?Mengamati akan perkara ini, saya cuba berkongsi dengan pembaca akan beberapa perkara sebagai pertimbangan untuk kita menilai sejauh mana perubahan kuasa yang dicanangkan dapat menyembuhkan luka rakyat khususnya rakyat di negeri sabah ini. Andai kata perubahan yang diperkatakan adalah perubahan kuasa dengan makna kuasa memerintah itu diberikan kepada rakyat maka kemungkinan keuntungan akan berbalik kepada rakyat. Ini suatu natijah yang baik. Tetapi, andaikata perubahan ini hanya memindahkan kuasa dari tangan penguasa A kepada penguasa B yang mana mereka berdua mempunyai sifat yang sama cuma wajah yang berbeza, maka ketahuilah penderitaan dan kesengsaraan rakyat tidak akan terubat jua.

Saya menulis atas kapasiti orang sabah dan pengalaman bergelumang dengan hempas-pulas sosioekonomi serta budaya di Sabah. Oleh itu apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim mengungkapkan akan perkara ini, maka kita menyambut baik dengan harapan ia akan melahirkan suatu sinar baru kepada rakyat sabah. Kita juga meminta ahli-ahli parlimen sabah berttindak dengan meneliti akan situasi keadaan sabah sekarang dengan tujuan melepaskan mereka dengan belenggu ini selama mana rakyat sabah menderita sejak dari merdeka lagi. Jika anda berfikir seperti itu, maka kami menghargai anda dan sewajarnya serta layaklah anda dipanggil sebagi pemimpin rakyat.
KITA MAHUKAN PERUBAHAN ATAS NAMA KEBAIKAN!

Di sebalik derita Sabah...

Sabah adalah suatu negeri yang amat kaya. Perkara ini tiada seorang pun boleh nafikan. Hasil apa yang tiada di Sabah? Hasil laut; maka lihatlah berapa banyak pelantar milik Syarikat minyak Gergasi di pesisir pantai Sabah. Petronas dan juga Shell pelabur utama industri cari-gali minyak di bumi ini. Selain minyak, hasil mahsul laut yang lain seperti industri penternakan ikan misalannya yang berkembang pesat sesuai dengan ciri muka bumi pesisir pantai sabah yang berteluk serta terlindung dari angin kencang dan ribut.

Laut turut menyumbang seribu macam perusahaan dan industri yang mempunyai prospek masa hadapan yang sangat baik. Lihat sahajalah kedudukan geografi sabah itu sendiri, yang mana ia sangat sesuai dibangunkan sebagai port persinggahan kapal-kapal perdagangan dari seluruh dunia. Tetapi, mengapa port-port kapal ini hanya dibangunkan di semenanjung sahaja? Ini salah satu bentuk kezaliman tanpa sedar yang menyebabkan berlakunya pembangunan tidak seimbang di negeri Malaysia timur ini. Malah, situasi ini sungguh menekan rakyat disebabkan negeri tumpah darah mereka tidak dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik serta terjamin. Itu sebabnya kita melihat penghijraan besar-besaran anak-anak muda Sabah ke semenanjung terutamanya di Kuala-Lumpur.

Itu baru laut, belum lagi kita bicara pasal industri pelancongan serta potensinya. Sedarkah anda bahawa gunung tertinggi di Asia tenggara terletak di mana? Di mana satu-satunya Pusat pemuliharaan Orang utan di negara ini? Di mana pulau yang mempunyai terumbu karang tercantik di dunia? Di mana hutan simpan yang telah diiktiraf oleh UNIESCO sebagai khazanah pra-sejarah katanya? Di mana negeri yang mempunyai suku etnik teramai dengan bermacam budaya serta rencam bahasa? Semua jawapan ini akan anda jumpai di Sabah. Nah! bukankah jika pembangunan serta perancangan industri pelancongan itu dibuat secara telus tanpa korupsi maka kita melihat bahawa industri ini sahaja akan menyuntik berbillion hasil kepada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat.

Tapi, malang sekali apabila yang memerintah itu bukan manusia bahkan yang memegang tampuk kepimpinan itu adalah buaya! Maka segala kesengsaraan dan kepahitan itu semuanya ditanggung oleh rakyat. Tambahan pula rakyat sendiri masih tidak mahu berubah serta kekurangan sumber informasi dan juga maklumat. Oleh yang demikian, rakyat jugalah menanggung beban ini walaupun negara sudah merdeka selama 50 tahun.

Kemiskinan tegar sinonim kepada rakyat sabahSabah merupakan antara penyandang juara kemiskinan tegar! Boleh kita analogikan ia seperti, petani yang bersawah tapi mati kelaparan kerana tiada beras. Seolah-olah macam itu.. Negeri yang kaya tetapi rakyatnya miskin. Di sabah, apabila ada kampung yang mana penduduknya bergantung dengan air sungai untuk minum dan keperluan keluarga, itu sudah dikira mewah. Berbanding dengan kampung yang mana penduduknya mengusung baldi merentasi bukit-bukau semata-mata unruk mendapatkan air bersih.

Itu satu contoh yang boleh saya berikan untuk menggambarkan kepada pembaca situasi sebenar dan mengapa perkataan kemiskinan tidak menjadi kehairanan kami di Sabah. Ya, kita tidak nafikan ada golongan yang berada di negeri ini. Tapi, kita bicara akan penduduk luar bandar yang duduk di pedalaman negeri ini. Bahkan mereka merupakan majoriti terbesar. Mengapa selama 50 tahun negara merdeka dan dikatakan sebagai negara yang membangun kita masih tidak mampu menyalurkan bekalan air bersih dan elektrik kepada seluruh rakyat sabah umpamanya.. Atau mungkinkah pedalaman sabah itu terlalu jauh nun di sana sehingga tidak mampu dimasuki oleh arus pembangunan selama 50 tahun diusahakan!

Tahun lepas, berita di MalaysiaKini memaparkan seorang anak menetri di Sabah telah disiasat BPR ekoran harta semasa yang dimiliki adalah tidak seimbang dengan pendapatannya. Mungkin juga siasatan itu hasil dari laporan orang ramai yang sudah bosan dengan tindak-tanduk buaya serta konco-konconya ini. Kita sudah menjangka-kan hasil siasatan ini, iaitu tiada kes dan fakta yang jelas kata BPR. Maka, prosiding dibuat sebenarnya hanya untuk memuaskan hati rakyat semata-mata dan cuba menonjolkan integriti sesebuah pihak. Tidak lebih dari itu.

Saya pernah duduk semeja atas kapasiti wakil Mahasiswa dengan Timbalan ketua Setiausaha Negeri, serta Pengarah-pengarah besar jabatan kerajaan dan swasta ketika membincangkan mengenai sutau sambutan keraian peringkat negeri suatu masa dahulu. Saya sungguh terkejut apabila mesyuarat memutuskan untuk budget bagi jamuan teh menteri kabinet ialah sebanyak RM 19 000!! Dan ada suara yang menyatakan bahawa kira baguslah budget nie sebab sama nilai dengan jamuan teh tahun lepas katanya. Bayangkan, nilai RM 19 000 itu kalau di berikan kepada rakyat atau diusahakan satu peluang pekerjaan kepada mereka untuk program pembasmian kemiskinan sekuarang-kurangnya manfaat itu kembali semula kepada rakyat juga. Bahkan ketika itu saya selaku wakil Mahasiswa yang sedang berusaha untuk mencari budget bagi program pembangunan remaja, merasa amat kecewa kerana pengalaman saya program yang dibuat terpaksa menggunakan duit Mahasiswa sendiri kerana kerajaan mahu berjimat katanya!

Untukmu Sabah yang Baru!

Saya adalah Mahasiswa. Dan saya membawa suara Mahasiswa atas perkiraan dan pendirian saya sendiri sejajar kedudukan saya sebagai golongan intelektual dalam negara. Saya mengkritik bukan atas sebab benci tetapi atas landasan perasaan sayang dan tanggungjawab. Sayang kita kepada pemimpin dan juga tanah air kerana kedua-duanya berasal dari rumpun yang sama. Cuma kadang-kadang sikap tamak menyebabkan pemimpin terkelabu matanya dan tidak lagi memandang maslahat rakyat. Itu yang perlu ditegur oleh Mahasiswa.

Jika teguran-teguran seperti ini tidak mahu diambil oleh sang pemimpin tertinggi, maka Mahasiswa pasti akan mengetuai rakyat untuk suatu perubahan yang besar. Iyalah.. Buat apa kita mempunyai pemimpin yang dia sendiri tidak mahu memahami penderitaan kita dan menutup telinga terhadap semua aduan serta nasihat kita. Ingat! kami yang memilih anda. Kalau bukan rakyat, siapa anda??

Tuntasnya, kita di peringkat Mahasiswa Sabah khasnya menuntut supaya satu perubahan telus dibuat serta-merta oleh pihak yang memerintah. Bukan perubahan kosmetik semata. Apa guna kita berbangga dengan pembangunan di kota kalau ramai rakyat marhaen masih sengsara. Buktikan bahawa anda boleh memimpin dan jangan sampai kami menukar kepimpinan anda. Gunakan peluang semasa iaitu kedudukan sabah yang sekarang ini telah menjadi anak emas kerajaan pusat ekoran tsunami poltik yang lepas sebagai medan untuk kita berbincang dengan lebih banyak lagi dengan kerajaan pusat demi kepentingan rakyat dan bukan kepentingan saku baju sendiri.

Mahasiswa juga mengingatkan kepada rakyat supaya menyambut baik sebarang perubahan yang dilakukan andaikata tujuannya untuk kebaikan rakyat. Kita jangan segan-silu untuk melakukan perubahan jika semua keperluan serta tuntutan kita tidak diendahkan. Ingat! perubahan yang dibuat adalah untuk kepentingan rakyat dan juga anak-cucu kita di masa akan datang. Jangan sampai tipah tertipu lagi. Biarlah tipah tertipu lagi, tetapi rakyat tidak sekali-kali akan tertipu!

Thursday, August 28

Pindaan AUKU--Sejauh mana ketelusannya?

Salam kampus...

Sudah berzaman lamanya penjara AUKU menjadi senjata pembunuh kepada Mahasiswa. AUKU dijadikan alat untuk memandulkan Mahasiswa sehingga hari ini kita melihat kesan sumpahannya terhadap Gerakan Mahasiswa dalam Negara. Apatah lagi kepada masyarakat Mahasiswa yang lain, sehingga hari ini Mahasiswa seolah-olah diminta bertindak seperti 'anak-anak tadika'. Termasuk mereka yang bergelar Perwakilan Pelajar tidak lebih dari dikenali seperti 'Pengawas Sekolah'. Masakan tidak, semua hak-hak Mahasiswa dirancang dan ditentukan oleh campur-tangan pihak pentadbiran seolah-olah Mahasiswa tidak ada krediabiliti untuk mewacanakan Idealisme masing-masing. Rapat umum Mahasiswa menunujukkan protes kepada AUKU

Perjuangan Mahasiswa adalah hak mereka
Mahasiswa sewajarnya mempunyai hak untuk menentukan hala-tuju ideologi perjuangan mereka di kampus. Bukan sahaja dalam konteks mengetengahkan soal kebajikan mereka tetapi sehinggalah dalam konteks memberikan pandanga
n dan kritikan semasa terhadap senario politik negara. Janganlah kerana pendirian mereka kadang-kadang tidak selari dengan kita, maka kita menggunakan AUKU sebagai penutup mulut Mahasiswa! Ya.. mungkin kita berjaya menutup mulut Mahasiswa. Tetapi, belum tentu kita dapat menggari tangan mahupun kaki mereka dan jauh sekali untuk memenjara fikiran Mahasiswa.

Adakah dikatakan AMAN apabila kita berjaya memenjara Mahasiswa dengan rantai AUKU? Adakah dikatakan AMAN apabila kita berjaya memenjara Rakyat dengan jaring ISA? Adakah itu yang dikatakan negara yang AMAN dan juga STABIL?

Ketahuilah bahawa Mahasiswa tetap dengan pendiriannya agar AUKU dimansuhkan supaya hak-hak mereka sebagai Mahasiswa yang sebenar dikembalikan. Walau apa juga ugutan yang diberikan terhadap Mahasiswa, perjuangan untuk menuntut kemerdekaan kampus ini tetap akan diteruskan. Biarlah kemerdekaan negara y
ang disambut saban tahun turut dapat dikecapi oleh Gerakan Mahasiswa di seluruh peringkat kampus.

Pindaan AUKU--Sejauh mana ketelusan
nya?
Meskipun ada ura-ura yang cuba menjanjikan bahawa satu pindaan dibuat terhadap AUKU, tetapi ketelusan janji ini masih ditagih oleh Mahasiswa. Malah, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) turut mempertikaikan beberapa bahagian pindaan-pindaan akta yang kini dalam proses untuk perbahasan di Dewan Rakyat.

Apa sebenarnya yang kita takutkan?

Adakah kita benar-benar ikhlas menjadikan AUKU sebagai pelan tindakan berguna bagi melahirkan Mahasiswa bumiputera khasnya yang berjaya dalam akademik dan terhindar dari pengaruh politik luar sebagaimana yang dijelaskan oleh Tun Dr. Mahathtir (ketika AUKU diaktakan,beliau adalah Menteri Pendidikan Malaysia) sendiri. Itukah yang sebenarnya? Ataupun kita memang mahu menyekat suara Front Mahasiswa yang lantang menegur sehingga kita merasakan jika gelombang Mah
asiswa ini tidak disekat maka ia akan menjejaskan kedudukan kita!
mayat Mahasiswa yang dibunuh oleh AUKU

Mahasiswa semakin matang...

Ya, saya meyakini bahawa Mahasiswa hari ini semakin matang selari dengan kematangan rakyat dalam menilai sebarang isu serta rasional mereka terhadap senario politik semasa dalam negara. Walaupun hari ini Mahasiswa sering dilemparkan dengan tuduhan seperti budak yes-man asbab kegerunan mereka terhadap AUKU, tetapi dalam aspek pemikiran mereka tetap seperti Mahasiswa dahulu cuma bezanya Mahasiswa kini agak ketinggalan dari aspek tindakan.

Always thinking but loss in action.

Kita optimis bahawa Mahasiswa pasti akan mengembalikan wajah dan identiti sebenar yang melayakkannya dipanggil sebagai Mahasiswa sehingga setiap rentak dan juga isyaratnya diambil dan diikuti oleh rakyat. Didalam kancah kemuraman rakyat yang dibelenggu dengan kesan inflasi teruk negara, maka Mahasiswa tidak kira dia Melayu,Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya haruslah bangkit dan bersatu bagi mendepani isu ini serta menjadi agen perobah dalam negara. Biarlah sejarah mencatatkan bahawa Mahasiswa hari ini berani dan berjaya mentongsampahkan AUKU yang selama ini dianggap sebagai jeriji besi yang memenjara Mahasiswa!!


.::Salam Kemerdekaan dan Salam Ramadhan::.


Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Negara pada 31 OGOS 2008. Seluruh rakyat Malaysia berhak menyambutnya dan meraikan tarikh keramat ini. Bahkan, bagi umat Islam di negara ini kita turut menyambut bulan Ramadhan di saat 'orang-orang' berpesta dengan Sambutan Kemerdekaan yang bakal dibuat di seluruh negara nanti.

An Independence Day is an annual celebration commemorating the anniversary of a nation's assumption of independent statehood, usually after ceasing to be a colony or part of another state, more rarely after the end of a military occupation. Most countries honour their respective independence day as a national holiday and some countries or nations' independence-date honours are contested.
Definisi ini yang disebutkan oleh Encyclopedia Wikipedia apabila menyebut tentang apa itu hari Kemerdekaan. Maka, berkonsepkan definisi itulah kemungkinan berbagai upacara sambutan diadakan di seluruh negara tanpa mengira tujuan dan juga intipati maksud Kemerdekaan itu sendiri. Malah. kadang-kala sambutan tersebut tidak pun menggambarkan bahawa kita ini sudah Merdeka.

Apa maksud Merdeka yang sebenar?

Panglima Rubi' Bin Amir ketika diutuskan untuk bertemu Pemerintah Tentera Parsi iaitu Panglima Rustam meneybutkan;

"Allah mendatangkan kami dan mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dan dari kezaliman agama-agama yang ada kepada keadilan Islam"

Agak malang apabila sambutan kemerdekaan di buat setiap tahun tetapi ruh yang merdeka tidak terwacana dalam setiap diri rakyat khasnya bagi mereka yang beragama Islam. Sambutan hanya tinggal sambutan. Tambahan pula mereka yang mengelola sambutan ini tidak berfikir berdasarkan wahyu serta akhlak tetapi berfikir berlandaskan nafsu dan keseronokan. Cuma, kita peringatkan kepada mereka jangan sampai anda menodai tarikh suci awal Ramadhan yang akan disambut oleh umat Islam pada keesokan harinya.

Merdeka yang sebenar bukan hanya merdeka dari aspek fizikalnya tetapi jua ruhaninya. Ketahuilah bahawa penjajah tidak akan meninggalkan bumi ini selagi mereka tidak berjaya menanamkan benih-benih kuffar. Ya, sudah pasti mereka merancang tindakan itu!

"Sesungguhnya kamu dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang musyrik"(Al-Maidah:82)

Hakikatnya inilah peringatan dari Allah SWT. Agar kita berawas dan jangan gentar berhadapan dengan benih-benih kuffar ini walaupun mereka bertutur sebahasa dan berkulit sebangsa kita! Masakan tidak, dalam suasan ahampir Ramadhan ini muncul dikalangan mereka yang beria-ia mahukan Konsert Avril diadakan walaupun kita sudah membuat bantahan. Yang peliknya, kalaulah mereka ini pejuang Nasionalis kononnya, bukankah Avril itu anak cucu kepada Penjajah yang menyembelih datuk-nenek kita dulu? Mengapa dia pula yang terloncat-loncat memeriahkan Hari Kemerdekaan negara ini..??
Hubbul Watan Minal-Iman

Saya memetik kata-kata Tun Dr. Mahathir dalam laman rasminya, http://test.chedet.com/che_det/;

22. Kita bersyukur kerana kita samada Melayu, India, Cina ,Kadazan, Iban serta lain-lain suku tidak bersifat ganas,tidak suka merusuh, dan tidak minat kepada huru-hara. Tetapi pemimpin kena faham kenapa rakyat berasa muram tahun ini. Jangan menipu diri dengan berkata tak benar rakyat tidak gembira.Lihat sajalah berapa orang yang keluar melihat bunga api.Malangnya ini bukan ukurannya. Ini hanyalah salah satu cara melupakan keperitan hidup rakyat kerana diperintah oleh orang yang tidak mahu faham akan perasaan rakyat.

Ya.. Saya mengakui bahawa sambutan kemerdekaan kali ini agak suram. Kemungkinan puak-puak yang suka berkonsert ini tertumpu dengan isu lain yang mereka takuti selama ini. Masakan tidak, mungkin selepas ini 'kuasa' yang mereka banggakan selama ini bakal dicabut oleh Allah asbab kezaliman dan maksiat yang dilakukan. Dari sudut positif pula, saya memandang bahawa padanlah sambutan kemerdekaan hambar tahun ini kalau tidak pasti bulan Al-Mubarak ini tercemar.

Padanlah juga rakyat muram, agar mereka tidak terdorong untuk meloncat-loncat bersama poenyanyi Amerika si Avril itu. Biarlah rakyat juga bermuhasabah dan berpaling dari taat kepada pemuka-pemuka yang derhaka kepada Allah ini.

Mencintai negara tidak semestinya dengan kita meraikan hari jadinya. Tetapi mencintai negara ialah dengan kita memperjuangkannya dari belenggu Rasuah, Penyalahgunaan Kuasa, dan melepaskan masyarakat dari rantai kemiskinan dan peradaban jahiliyyah. Apatah lagi kalau sekadar kita hanya mampu meloncat-loncat seolah-olah menunjukkan kitalah orang yang paling gembira dan bangga sempena Hari Jadi Negara ini!!


Tuesday, August 26

.:: 60 Tahun Nakbah Palestine ::.

oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding Aman Palestin

(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel
sejak 15hb Mei 1948 )

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi
sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar
prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah
Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah
diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.
Peristiwa ini
berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh
rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin
secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting
tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-
orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin
yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan
tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang
berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan
Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

PENCETUS PENUBUHAN NEGARA YAHUDI

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat
oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan
pengasas gerakan Zionis
di dalam gagasannya yang kemudiannya
dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896.

Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya
yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah
pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak
langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Sunday, August 17

Diari kembara--Cuti oh Cuti

Alhamdulillah...
Cuti mid term semester telah bermula..
Agak lega sedikit..
Setelah berhadapan dengan ekstrem Test, 3 subjek..
Fuh!.. Alhamdulillah..
Kebanyakan rakan-rakan coursemate balik kampung..
Ada juga yang tak balik..
Almaklumlah dah tahun akhir.. Sibuk dengan macam-macam benda..
PSM terutamanya..

Cuti oh cuti..
Tiada perkataan cuti dalam kamus pejuang..
Seorang rakan mengingatkan..
Ya.. Aku mengangguk perlahan..
Memang itulah sunnahtullah orang yang berjuang..
Riak muka adik2 seperjuangan umpamanya..
Turut memberikan suatu sinar harapan..
Bahawa perjuangan ini pasti akan bersambung..
Ia tak akan putus..
Wajah adik2 sungguh meyakinkan..
Aku hanya mengingatkan..
Kamu adalah mata rantai perjuangan..

Monitoring Partial discharges by Experimental method
Lebih kurang macam itulah tajuk PSM aku..
PSM oh PSM..
Dr. Yanuar selaku supervisor sering tergambar di kepala..
"Awak tak balik cuti.. So, cuti nie datang lab ya..!"
Semacam ada penegasan disitu..
Aku mencongak-congak..
Ya.. Bibir melafazkan kata YA..
Tapi, kepala berserabut untuk menyusun jadual
Program,Konvensyen, dan,, dan..
Ya Allah.. Berikanlah aku kekuatan..
Pesta Konvo ke-51
Tahniah abang dan akak..
Pesta Konvo meraikan para Graduan..
Ya.. bibir mereka tak lekang dengan senyuman..
Graduan dari Taman Ilmu..
Moga anda semua menjadi harapan watan..
Didiklah anak bangsa ini..
Jangan biar mereka tanpa haluan..
Ingat! walau apa jua pun profesion anda..
Tugas kepada agama serta bangsa jangan diabai..
Maaf abang dan juga Akak..
Tiada hadiah yang dapat dihulur..
Hanya senyuman serta ucapan Tahniah..
Dari kami adik2 anda..