Wednesday, December 31

Israel Kills More in "All-Out" Gaza War



IslamOnline.net & News Agencies


At least 40 air strikes targeted ministry and security buildings, mostly in Gaza City.

At least 40 air strikes targeted ministry and security buildings, mostly in Gaza City. (Reuters)

GAZA CITY — Israeli warplanes killed at least ten people in the besieged Gaza Strip in the wee hours of Tuesday, December 30, in what it describes as an "all-out" war that could take weeks.

At least 40 air strikes targeted ministry and security buildings, mostly in Gaza City, sources and witnesses told Agence France-Presse (AFP).

Moawiya Abu Hassanein, the director of Gaza's emergency services, said at least 10 Palestinians were killed and more than 40 wounded in the new raids.

This takes to at least 360 Palestinians killed and 1,690 wounded since Israel unleashed its military juggernaut against the coastal enclave on Saturday.

Among the buildings struck were those housing the offices of the prime minister, the defense, education, foreign, and finance ministries, as well as the Islamic University.

The foreign ministry was completely destroyed as were nearby homes.

The finance ministry was also completely leveled, and fires broke out near the bombed sites.

The municipal council building in the southern town of Bani Suhaila was bombed, as were police posts in Qarara, Beit Hanun and Beit Lahia.

The strikes knocked out the electricity in Gaza City and to the north and flattened dozens of houses.

Israel vowed on Monday to raze every single structure in the Gaza Strip during its ongoing blitz of the Palestinian enclave.

"After this operation there will not be a single Hamas building left standing in Gaza, and we plan to change the rules of the game," said armed forces deputy chief of staff Brigadier General Dan Harel.

"We are hitting not only terrorists and launchers, but also the whole Hamas government and all its wings," he explained.

"We are hitting government buildings, production factories, security wings and more."

Strikes on more than 325 sites since Saturday reduced dozens of buildings to rubble, overwhelmed hospitals with wounded and filled Gaza's deserted streets with smoke and fire.

Harel threatened that was just the beginning.

"The worst is not behind us, it is still ahead of us," he said ominously.

Truce-breakers

"I think they saw that Hamas had observed the truce quite strictly for almost six months…and that they got nothing in turn," said Abu Zayd.

Israel snubbed Tuesday calls for the UN chief and French President Nicolas Sarkozi for a ceasefire.

"There is no room for a ceasefire," Interior Minister Meir Sheetrit told Israel Radio as Israel's aerial offensive on Gaza entered a fourth day.

"The government is determined to remove the threat of (rocket) fire on the south.

"Therefore the Israeli army must not stop the operation before breaking the will of Palestinians, of Hams, to continue to fire at Israel," he said.

"That's the goal and it must be achieved."

But Deputy Prime Minister Haim Ramon said the offensive's goal "is to topple Hamas."

Israeli Deputy Defense Minister Matan Vilnai said the military "has made preparations for some long weeks of action."

Israeli tanks amassed at the borders with the Gaza Strip are standing by to join the "all-out" war Defense Minister Ehud Barak declared.

Karen Abu Zayd, commissioner of the UN Relief and Works Agency which helps Palestinian refugees, said Israel had violated an informal truce.

"What we understood here (was) that there was a 48-hour lull to be called, and this was called by the Israelis," she said in a video press conference with UN reporters.

"They said they would wait 48 hours. That was on Friday morning, I believe, until Sunday morning, and that they were going to evaluate."

The UN official said they were surprised when Israeli warplanes sent more than 100 tons of bombs crashing down on key security installations in Gaza starting Saturday morning.

"There was only one rocket that went out on Friday, so it was obvious that Hamas was trying, again, to observe that truce to get this back under control."

The UN official said the general impression was that Hamas was not the party to violate the six-month truce that expired less than two weeks ago,

"I don't think they think the truce was violated first by Hamas," she said.

"I think they saw that Hamas had observed the truce quite strictly for almost six months, certainly for four of the six months, and that they got nothing in turn - because there was to be kind of a deal," Abu Zayd explained.

"If there were no rockets, the crossings would be opened...The crossings were not opened at all.

Sunday, December 28

Impak maksima dari krisis ekonomi

Ketika membawa kereta ke bengkel pada petang semalam, saya sempat berbual dengan seorang aunty berbangsa sino yang kebetulan berada disitu juga.. Madam Margaret Chong mesra orangnya.. Lama juga perbualan kami hinggalah kereta kakak saya selesai diselenggara.

Susah woo.. Hari ini manyak jam punya.. Sambil tersenyum, aunty Margaret menegur saya..

Biasalah aunty.. Inikan Krismass.. Semua orang mesti mau shopping ma..

Ya.. Tapi tengoklah Febuari nanti.. Haa.. Masa tue baru kita tau woo.. Manyak susah..

Napa pula aunty? Saya masih tidak dapat menangkap maksudnya..


Eh.. you tidak tahu ka.. Tahun depan kan ada itu kr
isis ekonomi.. Negara kita mesti ada kesan punya.. Kita tengokla nanti..

Ya.. Baru saya teringat.. Tahu, memang tahu.. Cuma, tak sangka ada orang macam aunty yang concern pasal tue.. Apalagi bersedia dengan perancangan untuk menghadapinya..

Krisis Ekonomi: Di mana silapnya..?



Isu kemelut serta krisis ekonomi global ini memang sewajibnya difahami dan diketahui semua. Ini kerana impak yang tercetus disebabkannya akan melanda semua individu dan bukan hanya orang yang ada kepentingan ekonomi sahaja..

Profesor Jomo KS, mantan pensyarah ekonomi Universiti Malaya yang juga seorang pakar ekonomi sehingga beliau dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pakar untuk Pembaharuan Sistem Kewangan Antarabangsa (Commission of Expert on Reforms of the International Monetary and Financial System) menegaskan bahawa krisis ini berlaku disebabkan beberapa faktor.


Kata Prof Jomo, tanda-tanda krisis sebenarnya sudah dilihat oleh ramai ahli pakar ekonomi iaitu bersandarkan cara kerajaan-kerajaan dunia sekarang mentadbir sekarang yang cenderung melakukan pengguguran peraturan secara berleluasa dalam sektor kewangan dan pelaburan. Keghairahan mana-mana kerajaan yang memerintah untuk mendapatkan keuntungan terutamanya dalam sektor pinjaman perumahan, pertukaran mata wang asing menyebabkan sistem sekuriti sosial sanggup diperdagangkan!

Amaran ini tidak diendahkan oleh ahli-ahli politik menyebabkan lahirnya krisis kewangan yang serius sehingga wabak ini merebak kepada ekonomi sebenar iaitu aktiviti jual-beli harian yang melibatkan orang awam yang tidak bersalah. Kita boleh katakan krisis ekonomi yang melanda ini adalah satu penganiayaan berbentuk senyap terhadap golongan marhaen yang sememangnya tidak terlibat secara langsung dalam mencetuskan fenomena ini!

Menurut Prof Jomo lagi, kemelut ini sebenarnya boleh ditangani dengan lebih awal kerana peristiwa sepertinya pernah berlaku ketika abad 20-an lepas. Krisis yang dipanggil dengan nama "the Great Depression" itu telah pun dikaji oleh pakar-pakar ekonomi lepas siap dengan pelan pencegahannya jika ia berlaku semula... Tapi, malangnya tidak ramai yang berusaha untuk mmperbuat akan nasihat pakar ekonomi dahulu kerana semuanya hari ini lebih cenderung serta percaya akan sistem pasaran bebas!

Ini suatu yang meloyakan...


Bukan krisis ekonomi yang meloyakan.. Tapi, tindakan kuasa-kuasa besar yang dilihat bersungguh-sungguh untuk membuka usahasama dengan negara-negara membangun yang sebelum ini tidak dipandang pun oleh mereka atas alasan kononnya untuk mencari jalan penyelesaian adalah suatu tindakan yang meloyakan..

Ironinya juga ia suatu tindakan yang zalim.. Masakan tidak, hanya dengan alasan 'penyelesaian bersama' maka kelompok negara maju G7 mula menadah wang ihsan dari kelompok G20 yang terdiri dari negara-negara membangun yang sekarang ini menikmati pembangunan ekonomi yang lebih rancak dan kadang-akadang dilihat lebih stabil berbanding kelompok G7. Walhal operasi perang di Iraq yang menelan ratusan bilion do
lar masih diteruskan juga.. Itu sebab saya menyokong tindakan si pembaling kasut tempoh hari! Baru padan muka..

Sebelum ini, negara-negara G7 seperti Perancis dan Britain lantang sekali mengkritik kelompok G20 yang dianggap oleh mereka kolot kerana masih tidak membuka pasaran ekonominya secara total. Tapi, kali ini mereka menjilat ludah mereka sendiri dan bersikap hipokrit apabila negara sendiri mengamalkan dasar perlindungan (protectionism) dalam beberapa sektor negara yang dirasakan penting!

Impak maksima kepada rakyat..


Apabila Prof Jomo ditanya, baginya untuk golongan miskin yang tidak mempunyai sebarang milikan saham (dimana sektor ini antara yang terjejas teruk), impak secara tidak langsung juga memberikan kesan yang signifikan..


Ini kerana apabila saham jatuh, keupayaan bank dan firma untuk menyelesaikan segala hutang (solvency) bergantung kepada jumlah milikan yang mereka ada. Jika nilai milikan susut, bank dan firma akan berhenti menyalurkan pinjaman kepada syarikat dan seterusnya syarikat mahupun agensi terpaksa menghentikan pekerjanya untuk mengurangkan tanggungan kewangan. Impak semacam ini sedang berlaku di USA sekarang!

Walaupun baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Najib bin Razak mengumumkan bahawa kerajaan bersedia untuk menghadapinya. Buktinya bulan Disember tahun ini, kerajaan tetap memberikan bonus buat kakitangan awam seperti yang digazetkan dalam budget yang dibentangkan oleh menteri kewangan sebelum ini seolah-olah tiada apa yang perlu dibimbangkan.. Tapi, bagi saya ia bukanlah suatu yang boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan isu ini begitu sahaja.. Dan bagi saya juga apa yang penting ialah bonus itu bukanlah gula-gula buat rakyat.. Jangan hanya kerana strategi pilihan-raya maka kewangan negara sanggup dirisikokan!

Seperkara lagi apabila krisis berlaku.. Boleh dikatakan antara mangsa utamanya ialah siswazah. Suatu realiti yang tidak boleh dinafikan.Sebabnya krisis ekonomi yang berlaku pasti akan mempengaruhi hasil pungutan kerajaan dan menghadkan skop perbelanjaan kerajaan terhadap sektor awam terutamanya terhadap golongan yang lebih memerlukan. Maka, sudah semestinya kita akan melihat banyak sektor-sektor awam yang akan bertindak melakukan pengguguran yang terpilih (selective delinking) dalam melaksanakan modus operandi pencegahan. Dan tuntasnya, jika pengguguran berlaku maka mustahil ada pengambilan dbuat!

Tak perlu ambil contoh jauh-jauh.. Lihat sajalah di Singapura.. Baru-baru ini kita saksikan beribu orang telah ditamatkan tempoh kontrak kerja mereka tanpa ada penyambungan dibuat. Maknanya, bahang krisis di rantau asia ini bukan hanya bahang tapi sudah ada apinya..!


Hikmah dari Krisis..

Firman Allah..

Jika kamu bersyukur akan nikmatKu, nescaya Aku akan tambahkan lagi buatmu.. Tapi ingat! Jika kamu engkar, maka azabKu amatlah pedih..


Walaupun golongan kapitalis tahu benar sejarah silam akan kegagalan sistem mereka tetapi asbab ketamakan dan kesombongan, mereka tidak pernah meninggalkan iktikad mereka yang sesat ini sehingga mengundang bahana kepada Dunia. Tangan-tangan inilah yang membuat fasad (kerosakan) di muka bumi!

Pun begitu, buat orang Islam pula yang masih mengimani ekonomi kapitalis dan masih terlibat dengan Riba yang ada padanya.. Apakah kita mahu menunggu krisis ekonomi ini bertukar sehingga menjadi 'fenomena kebulur' seperti yang berlaku di negara-negara miskin baru kita mahu mengutip hikmah yang dikirim oleh Allah bersamanya?

Apapun, semuanya mestilah bahu-membahu untuk menangani krisis tanpa mengira bulu dan rencam ideologi politik yang dipegang. Ini suatu yang rasional kerana impak maksima dari krisis ini suka ataupun tidak ia akan tetap menghentam semua orang yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam jaringan ekonomi dunia kapitalisme!

myikhwanfiideen
Kota Bharu..Key Bey

Friday, December 26

Salam takziah..

Dalam kesempatan yang ada, saya mengucapkan salam takziah buat dua orang ahli PSS Kota Belud iaitu Ukht Hanisah dan juga Ukht Nazirah yang kematian adik kesayangan..

Besabarlah kerana Allah menguji anda berdua serta keluarga.. Firman Allah;

Orang-orang yang beriman itu apabila didatangkan suatu musibah buat mereka, maka mereka mengatakan 'Inna lillahi wa inna Ilahi Raaji'uun..'


Kadang-kadang ujian yang Allah datangkan semacam tidak tertanggung.. Tapi yakinlah bahawa setiap ujian itu adalah tanda kasih Allah pada hamba-hambaNya..

1200 pm,25 DIS|
Saya bekejar ke airport untuk mengambil Ukht Nazirah yang balik dari Semenanjung.. Jalan-raya yang jam menyebabkan kesukaran untuk mempercepatkan perjalanan balik ke kampung. Baru teringat hari ini ada sambutan Krismass, patutlah kereta yang ada diatas jalan macam semut balik sarang..

Message bertali arus.. enta dah kat mana?? Cepat sket sebab mayat dah dimandikan.. seorang sahabiyyah mengingatkan.. Allahu Akbar! laungan takbir sahaja yang mampu saya ucapkan ketika itu.. Terbayang di kepala akan keadaan keluarga yang menunggu kepulangan anaknya dalam suasana sedih.. Tapi, nak buat macam mana.. Meter kereta dah 140km/j ! Double line pun masih memotong juga.. Kepada Allah sahaja tempat berserah ketika itu..

Dalam suasana kelam-kabut memandu itu.. Teringat peristiwa ketika ayah meninggal dunia.. Ya,macam ukht nazirah juga.. Masa tue saya berada dalam hari pertama kuliah di UTM.. Tiba-tiba menerima panggilan bahawa Ayah yang banyak berkorban untuk hidup saya telah dipanggil oleh tuhan untuk menghadapNya buat selama-lama..

Bukan senang dan bukan mudah untuk menelan hakikat berita sedih semacam itu.. Itu sebab saya tak mampu berkata apa-apa apabila melihat wajah Ukht Nazirah yang kesedihan..

Hasbunallah wani'mal wakiil.. Ni'mal maula wa ni'ma Noshiir.

200 pm, 25 DIS| Saya tiba diperkarangan rumah arwah yang sememangnya sudah dibanjiri oleh keluarga dan orang kampung. Alhamdulillah, Allah bagi nikmat selamat dalam perjalanan..

Setelah solat zuhur, saya turut dipanggil oleh keluarga arwah untuk sama-sama menyembahyangkan Jenazah.. Selesai solat, jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk urusan pengebumian... Menitik juga airmata bila melihat tanah perkuburan..

Adikku.. Hari ini engkau yang akan tidur disini buat selamanya.. Kemungkinan besok ataupun lusa abang pula..

Semoga selamat beristirehat duhai jiwa yang tenang di sisi Allah SWT..


Ini bukanlah pengakhiran dalam kehidupan.. Bahkan ini hanyalah suatu permulaan kepada kehidupan yang kekal abadi..

Thursday, December 25

Inspired by the nature

Desa Malangkap yang mengujakan.. Memerhatikan si Kinabalu dari bukit Malangkap dan dari jauh kegagahan si Kinabalu terserlah! Tak sangka di bumi sendiri ada pemandangan first class bagi sesiapa yang mencintai TARBIYYAH ALAM.. Ya, setelah beberapa siri tamrin bersama Abi and the gang, saya semacam jatuh cinta dengan modul-modul yang bersumberkan alam. Modul semacam ini bagi saya sangat fresh dan mencabar sebab ia tidak diatur dan direncana oleh mana-mana AJK.. Dari alam untuk manusia!


Kalaulah Kinabalu VS Ledang... Yang mana satu pilihan hati? Dalam soalan Abi nie..(",)

Saya sudah menawan si Ledang sebanyak dua kali.. Maknanya kami boleh dikatakan sudah akrab dan mesra. Ya, Gua Majapahit, Batu Hampar, Gua Kambing dan banyak lagi tempat unik yang ada pada si Ledang yang terkandung bermacam modul semulajadi yang cukup bermakna bagi saya.. Dan, walaupun saya belum sempat bertaaruf dengan si Kinabalu secara dekat, tapi sebenarnya dengan hanya melihat wajahnya saya sudah jatuh cinta! Disitulah point saya untuk memilih Kinabalu berbanding Ledang..

Amacam Abi..? Boleh terima tak jawapan saya..(",)

Abi kata.. Betullah tue sebab pelik juga kalau orang sabah tak nak ambil si Kinabalu sebagai pilihan utama hati.. Ya ke Abi, Pelik??

Sebelum membuat terjunan ala Olimpik ke dalam perut sungai Malangkap.. Sempat juga bakar beberapa ketul sausage.. Modul memasak nie kata seorang adik KRU.. Sendiri bakar, sendiri rasalah.. Kalau tak sedap, terima jer dengan rela.. Simple sifir!

Subhanallah.. Mandi sambil ditemani anak-anak ikan.. Bijak juga adik-adik nie sebab siap bawa kelengkapan menyelam ke tempat rehlah.. Maaf ya dik sebab rampas alat menyelam korang.. Itulah, sapa suruh tunjuk ngan abang..;)

Sungai ini hanya beberapa puluh kilometer dari kaki si Kinabalu.. Sejuk dan sangat mesra menyapa pengunjungnya terutama mereka yang mencari makna suatu kejadian.. Menginspirasi manusia agar ingat semula akan matlamat kejadian!

Oi-oi.. Sapa suruh kamu solat Dhuha dalam sungai..?? Saya melaung bila nampak si Syariff angkat takbir.. Macam-macamlah adik-adik nie..

Akhir sekali.. Shukran dan tahniah buat adik-adik KRU KB kerana dapat anjurkan Rehlah yang sangat menarik dan membekas pada jiwa.. Shukran juga sebab sudi jemput abang yang datang jauh dari KK.. Cuma tak puas hati satu jer.. Lain kali jangan makan sausage orang ya,, Penat abang bakar tau.. huhu..

Siiru 'ala barokatillah!

Tuesday, December 23

'Amanah' bukan hanya 'Anugerah'

Rasa senang dan seronok dikelilingi ramai 'a little Hero'.. Macam-macam ragam dan aksi ditunjukkan oleh diorang.. Maybe dedikasi untuk seorang Pakcik yang jarang-jarang balik kampung agaknya.. Apalagi kalau kesembilan adik beradik berkampung dalam satu rumah dengan membawa hero kechik masing-masing, macam nak roboh rumah dibuatnya.. 

My Kid is my hero..

"Si Ashraf tue, di sekolah dia dapat nombor satu.. Sekolah Agama pun macam tue juga.." Kata akak saya yang seorang..

"Si Syafiq tue, baru darjah satu, tapi dah pandai buat soalan darjah tiga.." Balas akak saya yang lain.. Semacam tak nak heronya kalah..(",)

Saya hanya tersenyum dan setia mendengar.. 

Memang.. Ianya suatu lumrah.. Malah, normal ibu-bapa akan berbangga dengan anak masing-masing.. Dan dari bangga itulah akan terbitnya ikatan sayang serta merasakan si anak adalah HERO dalam kehidupannya. Membesar sebagai hero dengan kata lain menjadi anak yang SOLEH dan BERGUNA buat keluarganya dan juga masyarakatnya..

Seorang Ibu tidak kisah akan perit maung membesarkan seorang anak dek kerana harapan agar si Anak menjadi HERO adalah lebih besar dari keperitan yang dirasakan..

Seorang Ayah tidak kisah akan berapa belanja yang dilaburkan untuk seorang anak dek kerana harapan agar si Anak menjadi HERO adalah lebih bernilai dari selonggok wang ringgit yang ada!

Amanah bukan hanya Anugerah..

Mencedok dari manifestasi tujuan hidup seorang Muslim, maka persoalan mendidik serta membesarkan anak-anak juga tidak terlepas dari kata kunci kehidupan iaitu 'ta'abbud illa Allah'.. Tuntasnya, mempunyai anak yang dianggap sebagai a little hero yang dilihat sebagai anugerah bagi sebuah pasangan ibu dan ayah tidak cukup kalau amanah mendidiknya tidak disempurnakan..

Apa yang menyedihkan ialah jika sebuah pasangan keluarga Muslim, kekadang terlepas pandang akan keutamaan ini bagi hero-hero mereka dan paling menyedihkan jika ada yang buta terus akannya.. Justeru disebabkan kepincangan inilah maka lahirlah hero-hero yang jahil akan agamanya sehingga tujuan asal pembinaan baitul Muslim itu tidak dapat direalisasikan!

Dan sudah pasti menyempurnakan amanah ini bukan suatu tugas yang mudah.. Betapa kita sering menyaksikan bukan sedikit yang kecundang dalam usaha ini.. Itu sebab ia perlu disertakan Tawakkal dan Doa kepada Allah dan tidak cukup dengan bekal sekadar usaha dan ilmu yang ada.. Dan, semuanya adalah atas pilihan Allah.. Samada Sibghah (acuan) yang digunakan dapat menatijahkan seorang Hero yang diharapkan..

Sebabnya, kita sering menyaksikan betapa ramai pasangan yang bergelar 'ustaz' ataupun 'ustazah' tapi failed mendidik anaknya.. Bahkan, ada juga pakar motivasi yang pernah mengakui bila ditanya mengapa anak-anaknya tidak 'menjadi'.. Maka jawabnya.. 'Melaksanakan secara PRAKTIKAL tidak semudah mengungkapkan sebuah TEORI'..
 
Itu sebab konklusi yang saya ambil ialah.. Semuanya adalah PILIHAN ALLAH! Manusia hanya mampu berusaha dan terpulang kepada kehendak Allah..

Apakah kamu tidak memerhatikan..??

Dalam Quran, Allah sering mengingatkan manusia agar memerhatikan sekeliling dengan kuasa akal yang dikurniakan.. Sebab setiap proses kejadian ataupun tumbubesaran serta detik masa peristiwa yang berlalu pasti ada hikmah disebalik yang tersembunyi.. Lalu perhatikanlah dan belajarlah dari apa yang berlaku agar hikmah yang ada dapat ditransform menjadi suatu ilmu yang berguna!

Begitu juga dalam persoalan Pendidikan Anak-Anak.. Beruntunglah mereka yang masih ada adik-adik kecil ataupun anak-anak buah yang ramai kerana dari situ mereka boleh belajar sesuatu.. Sekurang-kurangnya bila ada hero yang sebenar nanti, maka tidaklah timbul persoalan istilah  'mengeksperimen' anak-anak kerana pengalaman sebelum boleh dipakai..Insya Allah.. 

Firman Allah:

"Acuan Allah.. Dan siapa lagi yang lebih baik akan acuannya selain dari Allah dan kepadaNyalah kami mengabdikan diri."

Monday, December 22

It is a deep breath...

Hanya tinggal beberapa hari lagi berada di kampung halaman. Terasa semacam sukar untuk memikirkan tarikh brtolak ke bandaraya Johor semula.. Tapi bak kata pepatah arab La budda maknanya tidak dapat tidak, realitinya kena balek juga.. Dan sudah pasti keserabutan pertama yang bakal dihadapi ialah Final Year Project!! Tipsnya.. jangan fikir.. kalu fikir lama-lama nanti jadi tutt..

Boring-boring malam nie.. Saya meninjau tiket balik Johor pada web Air-asia.. Erm.. mahal juga RM408. Boleh beli handset nokia N70! Tapi xpa, insya Allah ini semester terakhir. Bila ingat sem akhir, Alhamdulillah dapat juga kekuatan sket.. Tapi, bila fikir dan renung dalam.. Persaan sedih seoalah datang tiba-tiba.. Ya, tak sangka detik perpisahan sudah hampir.. Siapa sangka tempoh 4 tahun sebenarnya amat pendek dan singkat!

Malam nie saya duduk berseorangan di rumah.. Nasib baik ada internet.. Taklah terasa macam berada dalam sangkar besi.. sekurang-kurangnya dapat juga berjalan-jalan dalam alam maya walaupun alam realitinya saya hanyalah duduk terpaku atas kerusi.. Boring.. Selalunya ada sepupu menjadi teman berbicara. Tapi, malam nie sepupu balik kampung. So, tinggallah aku keseorangan.. Lalu, saya dapat buat kesimpulan bahawa hidup ini tidak boleh berseorangan. Hakikatnya kita semua perlukan teman..

Sedih.. Eh, macam-macamla perasaan aku malam nie.. Ya.. memang sedih.. Sepatutnya malam nie saya berada dalam Avanza mengikut pelan awalnya.. on the way ke daerah tawau iaitu 400km dari Kota Kinabalu. Abang Burhan selaku abang kesayangan dah berapa kali message.. "Abang tunggu enta ya di program Jambori Unit Amal nanti..". Memang nak pegi sebenarnya.. Keputusan nak pergi tue dah diambil sebelum kaki ini menyentuh bumi Sabah! Tapi, apakan daya Avanza yang diharapkan ada pula masalahnya tiba-tiba. Bang, kalaulah aku nie Wali, jangankan di Tawau, Jambori di Mekah pun ana boleh pergi..

It is a deep breath...

You must consider the speed of the machine! Jangan asyik nak tibai jer.. Nanti rosaklah mata Mesin Larik tue!!

Macam tuela lebih kurang kata-kata Technician yang memarahi saya time fasa menyiapkan device untuk project 3 minggu lepas.. Kadang-kadang tension juga.. Yela.. Tengah semangat-semangat kena marah pula.. Apalagi.. Down juga la.. Tapi kan, bila fikir-fikir.. Dan bila ingat kata-kata Abi.. Seolah apa yang disampaikan oleh technician tue seolah dapat diterima hati dan akal sebagai suatu nasihat.. Ya, Abi selalu pesan; PERJUANGAN NAFAS PANJANG!

Jangan gopoh dan jangan pula terlalu slow.. Pejuang muda berhadapan dengan gejala GOPOH.. Manakala Pejuang tua berhempas dengan gejala SLOW.. Maka, ambillah diantara keduanya.. iaitu WASATIAH.. Tidak semua komitmen dapat dipenuhi dan beristighfarlah atas kelemahan diri.. Dan bermuhasabalah kerana kemungkinan ada dosa yang dibuat sehingga Allah tidak memilih kita..

Perancangan saya sebelum nie.. Mahu menghadirkan diri pada 3 program besar.. Misi Amal di Kg. Nunuk Ragang, Jambori Amal di Tawau, dan menjadi pengarah untuk ISC 2008. Malangnya, hanya program ketiga sahaja yang dapat dipenuhi.. Betullaah kata As-Syahid Al-Banna; Al-waajibaat Aktharu min Al-auqaat!

again.. It is a deep breath..

Jam sudah pukul 1.26 pagi.. Ramai pula sahabat-sahabat kampus yang kebetulan Online semacam ingin menemani saya yang keseorangan.. Sempat juga bertanya pasal hal-ehwal kampus.. Dan, saya minta-maaf sangat-sangat jika tidak dapat memeberi komitmen sebab terpaksa balik lewat.

Badan memang penat sebenarnya.. Cuma mata yang tidak mahu mengalah lagi.. Apa tidaknya.. Pagi tadi ada program Rehlah bersama adik-adik Kelab Remaja Kota Belud. Ya, banyak benda yang nak dikongsikan khas tentang Rehlah special pagi tadi. Tapi, maybe bukan pada posting ini.. Insya Allah posting akan datang dan dengan tajuknya 'Inspired by the Nature' barangkali.. Macam nama blog sesorang jer..

Memang agak malas untuk menghadirkan diri ke Rehlah pagi tadi.. Bukannya apa, cuma kepala berserabut dengan beberapa urusan termasuk urusan ke jambori Amal.. Tapi, alhamdulillah Allah memilih juga.. Dan akhirnya saya terjumpa sesuatu yang tidak ternilai harganya!! Alam yang berkata-kata.. Ya, sebuah gunung yang dinamakan sebagai si Kinabalu tersergam Indah serta Perkasa jika dipandang dari kampung Malangkap iaitu tempat rehlah kami pagi tadi (Insya allah nanti saya upload hambarnya untuk perkongsian semua).. Dari situ, Si Kinabalu sangat dekat dan nampak airmatanya(air terjun) jatuh bercucuran.. Begini bicara si Kinabalu tadi;

Wahai anak Muda!
Sanggupkah engkau biarkan airmataku bercucuran dek kebejatan Umat..?
Sanggupkah engkau biarkan badanku ketandusan pokok dek kejahilan umat..?
Maka, laksanakanlah dakwah..
Agar airmataku bisa padam dan badanku tumbuh pokok nan subur..

Wahai anak Muda!
Binalah rantaian kader dakwah..
Sebagaimana aku membina rantaian banjaran Crocker..
Dan satukanlah di bawah satu panji..
Agar engkau dan kamu semua bisa menjadi kuat..

Wahai anak Muda!
Ingatlah serta berzikirlah pada tuhan engkau..
Sebagaimana aku dan segala makhluk pada jasadku ini berzikir padaNya..
Keran bila-bila masa sahaja kita berdepan dengan hisab dariNya..

Wahai anak Muda!
Bertahanlah pada jalan dakwah sebagaimana aku bertahan ratusan tahun..
Kekallah pada jalan ini sebagaimana aku kekal sehingga kiamat..
TAKBIIIR!!


Kata-kata si Kinabalu betul-betul menyentuh hati kecilku.. Dan banyak lagi pesan beliau yang tidak sempat saya ingati kesemuanya.. betapa satu makhluk yang kaku pun punya idealisme serta fikrah perjuangan.. Maka, malang bagi makhluk yang bernama manusia yang punya akal tapi tidak menyedari akan tanggungjawab Dakwah ini!

myikhwanfiideen..
Negeri Hembusan Bayu.

Saturday, December 20

Komentar Pengarah ISC 08'

Alhamdulillah.. 


Segala puja dan syukur kita titipkan buat Allah SWT.. Selawat dan Salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad Pesuruh Allah.. Serta salam perjuangan buat para mujahid, mujtahid,mujaddid,mu'allim, mudarris, muraqqib, dan sesiapa sahaja yang bermujahadah pada jalan Nya ini..

Alhamdulillah.. Kalimah tahmid inilah yang selayaknya diucapkan di bibir setelah berakhirnya program ISlamic Summer Camp 2008 kali yang ke-2 ini.. Setelah proses tungkus-lumus dan penat lelah, Alhamdulillah program yang dirancang dapat dilaksanakan juga.. Bukan sedikit cabaran yang dihadapi, tetapi berkat bantuan dari Allah dan usaha dari rakan-rakan AJK maka benda yang berat akhirnya menjadi ringan.. Benda yang payah akhirnya menjadi mudah.. Alhmadulillah..



Adik-adik peserta ISC 08'..


Anda telah memperuntukkan masa anda selama 4 hari 3 malam dalam perkampungan kita di tapak program di Kampung Keboni.. Dan saya yakin, anda telah mempelajari sesuatu yang bermakna agar masa yang diperuntukkan untuk program tidak bertukar menjadi sia-sia. Ya, at least we learn something new!


Program ini sebenarnya secara dasar bertujuan dan bermatlamatkan untuk pembinaan seorang remaja yang berkapasiti seorang DA'IE dan mampu untuk mencari seorang MAD'U. Ini bermakna, program ISC menumpukan pembinaan karakter seorang remaja yang Mosleh iaitu remaja yang boleh memimpin orang lain selain daripada dirinya sendiri.. Ini adalah rentetan daripada kesinambungan proses penyemaian individu yang Soleh ketika program Kem Remaja Islam (KRIS), maka untuk ISC kita mahukan suatu peningkatan..


Kalau KRIS, ia lebih kepada pembentukan potensi internal iaitu berbeza dengan ISC yang lebih menjurus kepada pembinaan potensi external seseorang remaja ataupun peserta!


Jelajah Dakwah..



Melihat kepada pillar yang digunakan.. Atau tiang seri kepada program yang dianjurkan.. Maka satu LDK yang dinamakan sebagai Jelajah Dakwah telah diperkenalkan. LDK yang berbentuk praktikal ini, dilihat dapat merumuskan kepada adik-adik tentang apa yang terkandung dalam kuliah-kuliah dasar yang disampaikan pada hari yang kedua.


Bukan itu sahaja, saya turut melihat bahawa LDK Jelajah Dakwah ini terkandung bermacam modul yang disediakan secara Rabbani dari Allah SWT. Maknanya disini, apa-apa cabaran mahupun rintanagn yang adik-adik hadapi sepanjang Jelajah Dakwah tersebut, itu semuanya datang dari Allah SWT. Rintangan itu tidak dibuat oleh para AJK, bahkan dugaan itu adalah didikan secara langsung dari Allah SWT.. Bagaiamana adik-adik menghadapainya, itulah sebenarnya karenah para Mad'u yang sebenar!! Ianya bukan lakonan, tapi ia suatu benda yang realiti!!


Sunnahnya.. Dakwah adalah proses GIVE and TAKE..

Adik-adik sendiri merasakannya bukan..?

Giving a Smile (",).. Sekurang-kurangnya itulah benda paling minima yang kita boleh tawarkan kepada Mad'u sebelum kita mendapat/take sesuatu yang diinginkan iaitu RESPON P+ daripada Mad'u..

Ya.. Semacam proses jual-beli.. Penjual/Da'ie perlu bijak memberikan tawarannya agar si Pembeli/Mad'u cenderung lalu membeli barangan yang ditawarkan.. Jikalau ada yang tidak mahu membelinya, maka itu adalah lumrah! Dan jika ada yang menghina barangan kita.. Maka dua perkara perlu dibuat.. Anda selaku penjual/Da'ie, anda perlu pertahankan barangan milik anda.. Tindakan yang kedua pula, anda perlulah bermuhasabah kerana kemungkinan karakter ataupun pendekatan kita sebagai jurujual tidak dapat diterima oleh Mad'u sehingga mereka menolak barang yang kita tawarkan!

Bahkan, kalau kita melihat sirah Nabi sekalipun.. Nabi mendahulukan usaha dakwah itu dengan proses memberi iaitu mempesonakan umat dengan budi pekerti serta keindahan akhlak baginda.. Maka, disinilah sebenarnya kejayaan agenda dakwah nabi.. Bila orang sudah yakin dengan anda, jadi tiadalah masalah untuk proses seterusnya..

Kekadang para da'ie asyik mengeluh kerana hasil TAKE yang kurang.. Tapi, berapa ramai Dai'e yang berfikir sejauh mana usahanya untuk GIVE !..??


Akhir Kalam..

Sebenarnya banyak benda lagi yang nak dikongsikan bersama adik-adik pada laman sesawang ini.. Tapi, keadaan agak tidak mengizinkan. Oleh itu, saya selaku pengarah ISC kali ke-2 memohon maaf buat para peserta andaikata ada kelemahan mahupun kekurangan dalam program yang dianjurkan.

Tidak dilupakan juga buat para AJK dan Fasilitator yang bersungguh-sungguh dalam memastikan kejayaan program ISC kali ini.. Memang lumrah setiap pertemuan itu adanya perpisahan.. Dan saya tambah sikit lagi, memang lumrah setiap persahabatan itu akan adanya pergeseran.. Tapi semuanya itu datang dek kerana kita mahukan amal yang terbaik buat Allah SWT..

Cuma tips yang boleh saya berikan ialah.. Jadilah PEMUDA yang BERJIWA BESAR..



Secawan air apabila engkau bancuh dengan sesudu garam maka pasti ianya berasa MASIN.. Tapi, sekolah air jika engkau bancuh ia dengan sesudu garam maka pasti air itu kekal dengan rasanya iaitu TAWAR!!

Maka ketahuilah sahabat, sekolah air dengan secawan air itu adalah perbandingan antara dua jiwa iaitu seorang pejuang yang berjiwa besar dengan seorang pejuang yang berjiwa kecil..


Oleh itu, apa sahaja sindiran,bangkangan, ataupun komen yang diberikan pasti tidak akan menggugat si PEMUDA berjiwa besar laksana umpama sesudu garam tidak akan menggugat rasa TAWAR akan sekolah air!!
Siiru 'ala barokatillah..

Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud,
Pengarah ISC 2008,

Merangkap Exco Pendidikan dan Kepimpinan,

PSS Cawangan Kota Belud.

Wednesday, December 17

Remaja Hari ini, Pemimpin esok hari

Program Islamic summer Camp 2008 telah melabuhkan tirainya.. Tiada kata yang paling indah untuk dituturkan melainkan ucapan tahmid membesarkan Ilahi. Siapa sangka program yang dijangkakan pada awalnya hanya untuk peserta 'elit' seramai 30 orang, tiba-tiba bertambah sehingga 81 orang!

Adik-adik dari segenap ceruk Pantai Barat Sabah telah berkampung selama 4 hari 3 malam di kampung Keboni yang sememangnya sungguh indah pemandangannya dan juga sungguh sejuk cuacanya. Seolah-olah kita berada di oversea. Kebetulan nama program pun sesuai dengan suasana tempatnya.

Fasa yang mencabar..


Ya.. memang mencabar! Sebelum kehadiran adik-adik peserta, saya selaku pengarah bersama dengan jentera AJK telah bertungkus-lumus untuk menyelesaikan segala macam benda yang masih tertangguh ekoran kelewatan saya balik sebelum nie. Peristiwa paling manis ketika seorang rakan digigit 'penyengat' sewaktu berJihad untuk mendapatkan buluh bagi mendirikan khemah buat adik-adik peserta. Sempat juga saya katakan pada rakan yang disengat, inilah modul tarbiyyah Rabbani! Modul yang disediakan secara langsung dari Allah melalui ajen pentamrinNya iaitu si 'Penyengat'!

Mereka adalah SUPERHERO!


Semuanya adalah proses yang dipanggil sebagai From Zero to HerO; program yang dianjurkan adalah salah satu proses yang dimaksudkan. Menghasilkan ramai SUPERHERO! Bersesuaian dengan temanya serta konsep program, maka penerapan nilai kepimpinan peringkat remaja dititikberatkan. Malah, konsep U are Dai'e yang dipasak dalam setiap elemen pengisian mahupun LDK sebenarnya bertujuan agar SUPERHERO tadi bukan hanya dikembangkan serta digilap potensinya memimpin bahkan mereka dingatkan serta disedarkan dengan tanggungjawab sebagai Khalifah...

Maknanya.. SUPERHERO nor to SHOW; but SUPERHERO to DOING!

Akhirnya..

Ya, ucapan setinggi tahniah buat adik-adik KRU (Kelab Remaja Ukhuwwah) dari seluruh kawasan yang berjaya menghabiskan program ini dengan jayanya. Dan juga tidak dilupakan buat para AJK dari PSS (Persatuan Siswazah Sabah) gabungan Pantai Barat Selatan dan Fasilitator yang terlibat bagi menjayakan program ini.. Saya mohon maaf kalau ada kelemahan, kekurangan , ketidak-puas-hatian, dan apa-apa yang sewaktu dengannya.. Berlapang Dada itulah kunci pada kekuatan sebuah ikatan Ukhuwwah..

Siiru 'ala barokatillah!

Wednesday, December 10

Ku titipkan rasa SYUKUR pada MU...


Kadang-kadang bila difikirkan.. Nikmat Allah itu datang berupa pelbagai wajah dan bentuk. Disedari mahupun ada yang tidak disedari.. Disukai dan tidak kurang pula yang disalah mengerti..

Fitrah Insan memang macam tue.. Jika nikmat itu selari dengan kehendak hatinya maka SUKA lah jawapannya.. tapi, jika sebaliknya MURAM DURJA lah ia seolah tidak redha dengan apa yang ada..

Maka Adapun manusia apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya serta memeberinya kesenangan, maka dia berkata "Tuhanku memuliakan Aku". Namun apbila Tuhan mengujinya lau dibatasi rezekinya, lantas ia berkata "Tuhanku menghina aku!" (Al-Fajr)

Walau apapun nikmat Allah itu sangat luas bahkan apa yang ditimpakan kepada manusia itu adalah kehendak serta ketentuan Ilahi yang sudah pasti terkandung khazanah hikmah yang kekadang sukar diinterpretasi oleh si Akal.

NIKMAT... Hanya orang yang berfikir sahaja bisa menyedarinya dan kemudian mensyukurinya..

Thank You Allah!