Monday, August 31

Its depend to you!


"If you do good it shall,
be to your own advantage;
but if you do evil,
you shall sin against yourselves."


(Verse 7, Surah al-Israa', Al-Quran)

Sunday, August 30

Travelog: Bercinta demi Tuhan!

Imam Hasan Al-Banna sangat menitik beratkan ukhuwwah.. Bahkan bagi beliau, ukhuwwah adalah salah satu tunjang kekuatan Jemaah.. Tiada ukhuwwah, tiadalah kesatuan,, tiada kesatuan maka tiadalah kekuatan.. Dan, jemaah yang tidak punya kekuatan bisakah beroleh akan kemenangan?

Ketika Imam Al-Banna mendatangi suatu tempat.. Darul Jama’iyyah yang beratus kilometer jauhnya.. Dikisahkan tubuh sang imam ini sangat asing kepada tempat itu kerana beliau tidak pernah lagi membuat kunjungan sebelum ini.. Tetapi yang indahnya ialah, meskipun begitu nama dan peribadi Imam Al-Banna sudah mekar meniti dibibir-bibir mereka yang mencintai jalan dakwah dan mujahadah..

Makrifat cinta yang ditaut oleh akidah yang sorih!

Shiekh ‘Abbas As Sissi adalah kader Ikhwan yang baru berusia 17 tahun ketika itu menceritakan;

“Ketika al-mursyid (Imam Hassan Al-Banna) turun dari keretapi.. Kami berebut-rebut untuk mencium tangannya.. Tapi beliau melarang sama sekali.. Kemudian kami berjalan kaki bersamanya ke Darul Jama’iyyah.. Dan setelah tiba di sana, beliau melihat gambarnya diletakkan di atas podium tempat beliau akan membuat pengucapan umum..

Al-Imam menepuk bahu saya.. “Gambar siapakah itu?”.. Lalu saya menjawab dengan rasa hairan.. “Bukankah itu gambar Hassan Al-Banna??”.. Lantas beliau berkata, “Jika Hasan Al-Banna sudah datang ke sini,, apakah perlu lagi gambar itu? Pergilah turunkannya..”.

Itulah komunikasi pertama saya dengan al-Imam.. Sungguh perkenalan pertama itu sangat berbekas kepada hati saya.. Itulah juga pelajaran pertamaku darinya akan dakwah dan tarbiyah!”

Subhanallah.. Ziarah julung al-Imam yang disambut dengan penuh kecintaan dan degupan kasih dari para ahli Ikhwan.

Mereka menyanjungnya bukan atas dasar beliau adalah pemimpin yang mendambakan keagungan dan kemasyhuran duniawi.. Bukan juga kerana al-Imam itu punya harta yang boleh ditagih dan dibolot jika ketiadaanya.. Tapi demi Allah ‘azza wajaalla! Mereka mencintai dan mengasihi al-Imam sebagaimana mereka melayan sahabat-sahabat lain kerana itulah tuntutan jalan dakwah!

Renung sahajalah ucapan penutup pertemuan hari itu oleh al-Mursyid, Imam Hasan Al-Banna;

“Janganlah kamu sangka aku datang ke sini untuk mengajarkan Islam kepadamu,, kerana negeri kamu adalah lebih dulu menerima Islam. Jangan pula kamu sangka aku hadir di sini untuk mengajarkan apa itu halal ataupun haram,, kerana negeri kamu kaya dengan para ‘alim. Dan sesungguhnya binatang itu sekalipun kenal apa haram dan apa yang halal!

Tidak keterlaluan untuk aku ambil seekor kucing sebagai analogi mudah;

Seekor kucing datang menghampiri seorang dari kamu,, lalu dikalangan kamu yang bermurah hati memberinya sekeping roti.. Kucing itu pasti memakannya dengan aman dan tenteram.. Sebaliknya, jika kamu enggan memberikannya roti.. Lantas ia akan mencuri roti dari kamu lalu ia berlari menjauhkan diri dalam keadaan yang takut. Takut kerana ia mendapati roti itu secara “HARAM”.. Berbeza dengan kes yang pertama, iaitu roti yang diberikan kepadanya secara “HALAL”.

Kalaulah kucing yang tidak berakal itu sedar dan tahu apa itu halal dan haram, apatah lagi manusia yang berakal dan punya naluri perasaan?

Maka, atas sebab itulah kehadiran ku di sini.. Mengajak manusia untuk sama-sama kita mempraktiskan serta menghayati Islam dalam setiap segi kehidupan!”

***

Firman Allah swt:

“Muhammad itu utusan Allah. Dan orang-orang yang bersamanya adalah bersikap TEGAS kepada orang-orang yang engkar, tetapi BERKASIH-SAYANG sesama mukmin. Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaanNya...”—Al-Fath: 29

Mahabbah dan ukhuwwah, dua benda yang tidak boleh dipisahkan dari seorang mukmin kepada seorang mukmin yang lain.. Ia adalah bunga-bunga yang mekar di dahan serta ranting-manting akhlak.. Dahan akhlak yang terjulur keluar dari pepohon amal yang terdasar dengan akar iman..

Seorang mukmin amat dituntut untuk menyuburkan bunga mahabbah ini agar ia tidak layu dek terik mentari sepanjang berjalan di dunia perjuangan.. Siapa yang tidak arif dengan dunia ini?? Adakalanya mentari memancar terik yang bersangatan.. Adakalanya pula hujan renyai-renyai yang memuram durjakan setiap orang.. Cuaca yang tidak menentu!

Tapi, cuaca itu bukan sandaran untuk kita tidak bermahabbah lagi.. Bukan juga alasan untuk kita menanggapi bahawa ukhuwwah itu suatu yang retorik.. Bukankah bunga mahabbah dan ukhuwwah itu asal mulanya adalah dari akar iman? Demikianlah jika kita memperlekeh keduanya itu samalah juga kita memperlekeh akan iman..

Apakah kita sanggup punya iman yang ‘selekeh’?

***

Alhamdulillah.. Hari ini perdu kaki saya telah diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk melunasi ‘hutang jemputan’ dari sahabat-sahabat yang bermastautin di bumi timur Malaysia.. Khasnya bumi penyu, Terengganu Darul Iman. Negeri yang penuh dengan limpah keimanan.. Ameen.

Bercinta demi Tuhan!

Moga kunjungan ‘curi’ diwaktu senggang ini bukan sekadar dapat melunasi ‘hutang jemputan’, tapi harapnya juga dapat menyubur dan mengetatkan lagi ikatan mahabbah dan cinta yang didasarkan pada Allah yang maha Kasih serta maha Penyayang. Inilah juga sunnah para Anbiya, iaitu menghidupkan amal ziarah sesama makhluk yang bernama insan. Melalui ziarah ke rumah lah kita dapat ‘bertaaruf khususi’ dengan sahabat yang selama ini menjadi peneman setia di jalan perjuangan.

Taaruf, tafahum, dan takaful.. Itulah rukun cinta kita!

Ya.. Betullah tekaan yang selalu melantun-lantun di benak hati saya.. Sahabat-sahabat yang tekun menghunjam sujud Qiamullail di kala dinihari malam pastinya lahir dari rumah yang penduduknya juga rajin membangunkan malam! Itu hukum kelaziman. Dan, memang saya menyaksikan sendiri.. Opah, tok wan, abah, ummi, pak su, mak su, dan segala gelar kepada isi rumah yang ada tidak ketinggalan untuk membangunkan malam-malam mereka dengan rintih tangisan mengharap setitis redha Rabbul ‘Izzati.

Sekadar mahu mengadaptasi kata sang guru tadi; “Saya datang bukan nak mengajar.. Saya juga datang bukan nak memberitahu.. Kerana negeri kamu lebih kaya dengan ilmu dan ulama.. Tapi, saya datang untuk berkongsi kasih dan belajar untuk mempraktiskan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya untuk watan kita yang tercinta ini.”

Oh sahabatku! Terimalah cinta ini demi Tuhan!

Salam Ramadhan al-Mubarak dari bumi penyu..

myikhwanfiideen

9 Ramadhan, Negeri Darul Iman.

Friday, August 28

Revisit: Happy independence Day

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Negara pada 31 OGOS 2008. Seluruh rakyat Malaysia berhak menyambutnya dan meraikan tarikh keramat ini. Bahkan, bagi umat Islam di negara ini kita turut menyambut bulan Ramadhan di saat 'orang-orang' berpesta dengan Sambutan Kemerdekaan yang bakal dibuat di seluruh negara nanti.


Definasi merdeka yang sepatutnya perlulah bersifat holistik.. Merangkumi unsur jasadiyyah dan ruhiyyah!


An Independence Day is an annual celebration commemorating the anniversary of a nation's assumption of independent statehood, usually after ceasing to be a colony or part of another state, more rarely after the end of a military occupation. Most countries honour their respective independence day as a national holiday and some countries or nations' independence-date honours are contested.

Definisi ini yang disebutkan oleh Encyclopedia Wikipedia apabila menyebut tentang apa itu hari Kemerdekaan. Maka, berkonsepkan definisi itulah kemungkinan berbagai upacara sambutan diadakan di seluruh negara tanpa mengira tujuan dan juga intipati maksud Kemerdekaan itu sendiri. Malah. kadang-kala sambutan tersebut tidak pun menggambarkan bahawa kita ini sudah Merdeka.

Apa maksud Merdeka yang sebenar?

Panglima Rubi' Bin Amir ketika diutuskan untuk bertemu Pemerintah Tentera Parsi iaitu Panglima Rustam menyebutkan;

"Allah mendatangkan kami dan mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dan dari kezaliman agama-agama yang ada kepada keadilan Islam"


Agak malang apabila sambutan kemerdekaan di buat setiap tahun tetapi ruh yang merdeka tidak terwacana dalam setiap diri rakyat khasnya bagi mereka yang beragama Islam. Sambutan hanya tinggal sambutan. Tambahan pula mereka yang mengelola sambutan ini tidak berfikir berdasarkan wahyu serta akhlak tetapi berfikir berlandaskan nafsu dan keseronokan. Cuma, kita peringatkan kepada mereka jangan sampai anda menodai tarikh suci awal Ramadhan yang akan disambut oleh umat Islam pada keesokan harinya.

Merdeka yang sebenar bukan hanya merdeka dari aspek fizikalnya tetapi jua ruhaninya. Ketahuilah bahawa penjajah tidak akan meninggalkan bumi ini selagi mereka tidak berjaya menanamkan benih-benih kuffar. Ya, sudah pasti mereka merancang tindakan itu!

"Sesungguhnya kamu dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang musyrik"(Al-Maidah:82)

Hakikatnya inilah peringatan dari Allah SWT. Agar kita berawas dan jangan gentar berhadapan dengan benih-benih kuffar ini walaupun mereka bertutur sebahasa dan berkulit sebangsa kita! Masakan tidak, dalam suasan ahampir Ramadhan ini muncul dikalangan mereka yang beria-ia mahukan Konsert Avril diadakan walaupun kita sudah membuat bantahan. Yang peliknya, kalaulah mereka ini pejuang Nasionalis kononnya, bukankah Avril itu anak cucu kepada Penjajah yang menyembelih datuk-nenek kita dulu? Mengapa dia pula yang terloncat-loncat memeriahkan Hari Kemerdekaan negara ini..??


“Hubbul Watan Minal-Iman”

Saya memetik kata-kata Tun Dr. Mahathir dalam laman rasminya, http://test.chedet.com/che_det/;


“Kita bersyukur kerana kita samada Melayu, India, Cina ,Kadazan, Iban serta lain-lain suku tidak bersifat ganas,tidak suka merusuh, dan tidak minat kepada huru-hara. Tetapi pemimpin kena faham kenapa rakyat berasa muram tahun ini. Jangan menipu diri dengan berkata tak benar rakyat tidak gembira.Lihat sajalah berapa orang yang keluar melihat bunga api.Malangnya ini bukan ukurannya. Ini hanyalah salah satu cara melupakan keperitan hidup rakyat kerana diperintah oleh orang yang tidak mahu faham akan perasaan rakyat.”


Ya.. Saya mengakui bahawa sambutan kemerdekaan kali ini agak suram. Kemungkinan puak-puak yang suka berkonsert ini tertumpu dengan isu lain yang mereka takuti selama ini. Masakan tidak, mungkin selepas ini 'kuasa' yang mereka banggakan selama ini bakal dicabut oleh Allah asbab kezaliman dan maksiat yang dilakukan. Dari sudut positif pula, saya memandang bahawa padanlah sambutan kemerdekaan hambar tahun ini kalau tidak pasti bulan Al-Mubarak ini tercemar.

Kalau tahun lepas, kita meminta 'khidmat' Avril.. Apakah tahun ini kita perlukan 'khidmat' MLTR pula?


Padanlah juga rakyat muram, agar mereka tidak terdorong untuk meloncat-loncat bersama poenyanyi Amerika si Avril itu. Biarlah rakyat juga bermuhasabah dan berpaling dari taat kepada pemuka-pemuka yang derhaka kepada Allah ini.

Mencintai negara tidak semestinya dengan kita meraikan hari jadinya. Tetapi mencintai negara ialah dengan kita memperjuangkannya dari belenggu Rasuah, Penyalahgunaan Kuasa, dan melepaskan masyarakat dari rantai kemiskinan dan peradaban jahiliyyah. Apatah lagi kalau sekadar kita hanya mampu meloncat-loncat seolah-olah menunjukkan kitalah orang yang paling gembira dan bangga sempena Hari Jadi Negara ini!!


--Ulang terbit entry 2008 [link]

Thursday, August 27

ANTIVIRUS: Tinta julung dari SahabatKu.

Alert! New Blogger was Born! [link]

Dah beberapa kali saya mendesak 'dia' menulis.. "Tulislah Tuan.. Ana tahu enta ada sesuatu yang nak disampaikan.." Dan macam-macam lagilah bujukan saya.. Alhamdulillah hari ini barulah kalam julungnya dapat diterbitkan! Tahniah buat sahabatku tersayang! --

"Dari Bloggers kepada Hati-hati pembaca"..

***

Sudah menjadi rutin bulanan menukar sistem operasi (OS,operating system) atau biasa dipanggil formatting. Dan kini sistem operasi windows 7 versi percubaan (release candidate) yang diberi codename vienna menjadi pilihan. Maka, sistem keselamatan juga berbeza berbanding Windows vista, XP, 1998, Solaris, Mac OSX Leopard dan lain-lain. Anti virus yang dicadangkan untuk windows 7 RC boleh didapati di laman microsoft.

Orang selalu suka yang free.. Tapi, bila Allah bagi antivirus free,, tak nak pula!

Tentu anda tahu peranan perisian antivirus. Seringkali menjawab persoalan rakan yang setia disisi komputer ribanya,"Geng,apa software anti virus yang ko guna?"(pertanyaan lazim sahabat dari pantai timur Sabah), ada juga yang tanya "enta ade tak manual update kapeski v6.00108 build 1400?" Sahabat yang menyandang julukan generasi Ghuraba' khuatir fail-fail data dan kertas cadangan program yang tidak berdosa dinodai oleh ancaman malware,spyware,dan virus yang pelbagai. Jawapan saya ringkas "Pakai jak apa-apa yang penting ada", "takde pulak, malas la ana nak muat turun".

Perisian ini menghalang kehadiran virus yang berpunca dari perkongsian Storan USB secara tidak terkawal mengakibatkan jangkitan virus dan malware. Justeru, kaedah ini merupakan langkah awal pencegahan. Pepatah arab ada mengatakan الوقاية خير من العلاج (prevention better than cure atau mencegah lebih baik dari mengubati).

Bagaimana pula keadaannya dengan hati kita? Apakah bentuk antivirus yang digunakan? Adakah selalu dikemaskini? Mudah jawapannya. Iman dan taqwalah menjadi jenama terbaik bagi menghalang virus-virus dari menghinggapi hati dan jiwa manusia.

Bagi yang suka menggunakan perisian cetak rompak, crack dan registration file selalu menjadi masalah terutama ketika hendak mengemaskini perisian. Ini kerana ia lebih dahulu dikenalpasti sebagai pengguna tiruan serta boleh diklasifikasikan sebagai jenayah siber. Adapun perisian Iman dan penambahan fungsi taqwa menjadikan sistem pertahanan ini sebagai benteng yang kukuh sekiranya dipasang pada sistem operasi Hati.

Pendaftaran Iman ini cukup mudah iaitu melalui syahadatain, tetapi penggunaannya bergantung kepada amalan batin. Walaupun demikian perisai tambahan Taqwa perlu diaktifkan dan dikemaskini setiap waktu dan ketika, agar sistem ini sentiasa melindungi hati daripada berbagai bentuk ancaman. Hati amat mudah menerima ancaman virus seperti virus ukhuwwah, hasad, ujub, takabbur, riya', sum'ah dan lain-lain. Oleh itu Iman dan Taqwa memainkan peranan besar dalam melindungi hati daripada serangan virus seperti di atas.

Kita khuatir hati yang tidak dibentengi iman dan taqwa lebih mudah diserang titik-titik hitam seterusnya menggelapkan hati dari menerima cahaya ilahi sebagaimana firman ALLAH dalam surah Al Baqarah ayat 7:

Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat.

Persoalan hati sangat dititik beratkan dalam kehidupan seorang mu'min. Oleh itu, lahirlah cabang ilmu yang dipanggil ilmu tasawuf yang mengutamakan kembara batiniyyah supaya sentiasa kekal diamnya di atas jalan kerohanian.

Merawat hati bukan dengan menjahit atau menampalnya.. Tapi, kena guna kaedah 'Batiniyyah'..


Jadi, apa tunggu lagi? Marilah bersama-sama kita kemaskini (update) anti virus hati. Terdapat dua cara mengemaskini sama seperti antivirus PC kita, pertama secara "online" melalui doa rintihan sang Hamba kepada Maha Pencipta. Keluhan meraih simpati dari hamba yang lemah dan fakir memohon hidayah agar dikuatkan iman yang lemah sudah tentu mendapat perhatian Yang Maha Agung lagi Maha Mengasihani. Kaedah "online" ini semata-mata atas nama ketidakberdayaan dan penyerahan mutlak kita serta Ubudiyyah kita kepadaNya.


Kaedah kedua boleh juga dilakukan secara manual ("update manually") iaitu muat turun dari "laman" Al Quran Al Karim dan Sunnah Rasulullah. Fahamilah maknanya yang tersirat melalui mufassirin yang muktabar. Kunjungilah Raudhatun Min Riyadh Al Jannah agar memperoleh ilmu dan hikmah yang boleh mengecas dan mengemaskini (muhasabah) iman dan taqwa tadi.


Moga-moga mendapat rahmat dan petunjuk.