Friday, February 6

Politik dan si Politikus!



Masa kecik-kecik dulu Ibu selalu pesan dengan kakak.. Kalau nak ambil beras dalam gubuk, jangan lupa tutup balik dengan penutup besinya.. Nanti kata Ibu, si Makhluk namanya Tikus pasti habiskan bekalan beras untuk satu bulan.. Entah berapa kali dah, kakak lupa tutup gubuk beras.. Alamat berlaparlah kami sekeluarga kerana angkara si Tikus!


Ya, makhluk tikus nie memang bijak dalam diam.. Walaupun ada si Meow yang duk memerhati lubang persembunyian dia, tapi belum tentu gubuk beras selamat.. Si Tikus pelan-pelan dan tanpa disedari oleh si Meow, ada saja peluang untuk dia merapati gubuk beras tadi.. Nasib baiklah Ibu dah buatkan penutup gubuk dari besi.. Saya rasa dah patah-mematah batang gigi si Tikus agaknya.. kuikuikui.. Tahniah Ibu!


Politikus…


Itu tikus.. tiada akal dan otak geliga.. Ibu pasang gubuk dengan penutup besi lalu gigi dia patah-mematah sebab hanya tahu gigit sana gigit sini.. Si Meow pula duduk berkawat depan lubangnya hingga tercabut ekor si tikus.. Apa taknya, takut tengok muka si Meow yang garang giler agaknya.. Tapi kan itu tikus.. makhluk binatang namanya tikus..


Zaman sekarang.. ada juga makhluk macam tikus dan serupa dengan tikus.. Namanya POLITIKUS.. sama saja.. kalau tikus di rumah saya dulu bernafsu dengan gubuk beras kami.. politikus nie pun apa kurangnya, gubuk rakyat pula jadi sasaran.. Lagi besar target untuk mengenyangkan perutnya.. Tambah pula si poltikus nie ada otak bergeliga.. Itu sebab si Meow pun dapat dijinakkannya.. PDRM, BPR, termasuklah MAHKAMAH semua dirasuahnya.. Wah, mantap betullah politikus nie.. Dia keluar dari lubangnya dengan siap berkot dan berkasut kilat lagi.. Tak takut dan tak gentar walau siang atau malam.. Kalau tikus di rumah saya tercabut ekor sebab sangat takutkan si Meow, si Politikus ini pula siap boleh luku kepala si Meow.. hebat tak? So jangan haraplah boleh tutup gubuk rakyat dengan besi.. Sedih Ibu bila dengar cerita aku nie.. Hmm.. Takpela Ibu, kalau dah boleh halang Tikus rumah tue dah kira ok!


Lompat pula dah.. Kata seorang kawan bila tengok berita malam tadi.. Ya, pasal isu perak dan beberapa YB yang membuat spekulasi.. Em.. Tak hairanlah.. Sekadar nak lompat tue perkara biasa.. Yela, dah beras percuma kena bagi depan mata.. Jangankan lompat, tumbuh sayap lalu terbang pun si tikus moden boleh buat.. Kalau dulu sekadar nak luku kepala PDRM, BPR, dan MAHKAMAH sekarang nak tunjuk lagi power dengan merogol institusi beraja pula.. Dah la buat depan mata rakyat.. So, mana tahan.. takkan kami rakyat nak biar macam tue.. Hmm, wajarlah himpunan 100 000 tue dibuat!


Politik..


Politik biarlah sihat.. jangan sakit.. Sebab sistem nie lah yang menjadi asas penentu kepada semua sistem yanga ada dalam Negara.. So, kalau sistem nie sakit macam mana? Dan semestinya orang yang ada dalam sistem nie bukanlah jenis si tikus tadi.. ‘Berat nana’ kata ustaz Azhar kalu si tikus atau politikus yang jaga sistem nie.. Tapi apakan daya.. Realitinya yang meneraju sistem politik negara kita adalah si politikus!


Tikus.. Memang tikus.. Bila Palestina kena serang, tak berani langsung nak sebut perkataan HAMAS.. takut kena tuduh sekutu HAMAS.. Bahkan bila wakil HAMAS datang persidangan OIC, sanggup si Tikus tak bagi bercakap.. Kesian HAMAS balik macam tue jer.. Takutlah tue.. Takut kena balun oleh rakan hadharinya iaitu Amerika! Tapi, duk ngata orang sekutu Amerika.. Entahlah.. mungkin dia sepupu Amerika kot..


Politik sakit.. Jawapannya Negara barai.. Tengoklah koridor sana koridor sini.. Ingat nak guna gubuk rakyat mudah-mudah jer ke.. Asalkan boleh hidupkan populariti politikus, maka gubuk rakyat pun HALAL lah?? Saya bukan nak mengungkit.. Dan saya pun bukan orang jenis suka mengungkit.. Bahkan, kalau member pinjam duit dan dia lupa bayar.. saya takkan mengungkit sebab saya bukan jenis begitu.. So, hari ini saya terpaksa dan sangat-sangat terpaksa.. Dan memang pun kita kena ungkit, kalau tak alamat kosonglah gubuk beras rakyat dilahap oleh si politikus.. Kata nabi, kalau kamu tak halang orang yang berbuat zalim maka pasti kamu karam bersamanya.. Ya betul tue, melainkanlah anda atau saya tinggal di Marikh bukan di Bumi !



Gubuk Rakyat!


Itu gubuk Rakyat! Sialan kamu Politikus.. Kenapa kamu rompak gubuk itu?? Dahlah merompak.. Siap boleh possing senyum pula depan TV.. Bodolah betullah!


Nie isu pasal Lapangan terbang Labu nie apa cerita?? Apa sebenarnya dasar yang kamu bawa? Mengkayakan gubuk rakyat atau mengkayakan perut politikus?? Inilah masalah politikus.. Dahlah berjiwa tikus, amal pula ilmu kapitalis dan politik Machevialli.. Bah, baguslah tue sempurnalah menjadi tikus moden alaf baru… Pimpinlah Negara dan rakyat ini kearah cemerlang, gemilang, dan terbilang! Bila cakap macam nie dengan nenek, muntah nenek nak dengar.. Mungkin dah muak kot bila asyik kena rasuah dengan tangki biru semata-mata nak menangkan si politikus.. Hmm.. pandai lagi nenek aku berpolitik gamaknya..


Lain pula isunya di Sabah.. Mulanya projek naik taraf landasan keretapi KK-Tenom konon.. Nak bagi keretapi laju lah tue mulanya.. Tapi sampai sekarang tak siap-siap lagi.. Signboard projek dah roboh dah.. Tapi asyik tunda tarikh siap alasan kontraktor tunggu kelulusan pihak berwajib.. Apa benda pula kelulusan sampai 2 tahun? Bukankah kelulusan dulu baru projek boleh mula..? Itu pun nak tipu rakyat.. Cakap jer duit gubuk rakyat dah habis dibalun.. kan mudah tue! Jangan haraplah orang sabah dapat keretapi laju macam komuter.. Silap hari bulan keretapi kena tukar dengan kereta lembu.. Dahla hari tu duit jabatan air kene angkut oleh si Politikus yang tahi main judi.. Kalu menang ok juga.. Nie kalah pula.. Bodoh bin Bengaplah politikus nie!


Jom para YB.. kita curi gubuk..kata si tok ketua dengan para YB ataupun translate barunya Yang Bajingan.. EH, bukan curi.. Kita cuma ambil imbuhan.. Kita ambik 3 cupak atas nama peruntukan dan secupak untuk kita.. Lihatlah macam mana para Yang Bajingan berfikir.. Ok lets say, projek nilainya 2 cupak beras.. So, Yang Bajingan akan keluarkan dari perbendarahan rakyat sebanyak 3 cupak.. 2 cupak kos untuk projek.. 1 cupak buat anak menantu dan selebihnya untuk para Yang Bajingan yang sedang menahan kelaparan! Ini pun dah kira bagus dah sebab ambik cuma secupak.. Syarikat yang bimbang akan Yang Bajingan nie tidak kecukupan, maka mulahlah dia pun kurangkan kos untuk projek.. projek yang sepatutnya 2 cupak menjadi secupak.. secupak lagi dikaut untuk syarikat dan imbuhan buat Yang Bajingan yang tidak kecukupan..Bukan apa, syarikat takut kalu tidak kenyangkan semua Yang Bajingan so next time memang payah nak menang tender! Wa pun mau hidup maa.. kata si tauke syarikat..


Nampak tak..? Perasan tak? Atau anda pun dah buta dengan lakonan si politikus? Kebocoran dan ketirisan pengurusan khazanah rakyat dan negara oleh tangan-tangan ghaib si politikus!! Itu cerita yang baru secupak dua cupak.. Macam mana pula kalau gubuk rakyat dicuri dan dirompak dengan nilai bergantang-gantang..? Tidakkah bisa dia susut..? Kalaupun gunung Kinabalu itu ditakdirkan menjadi emas sekalipun, rakyat dan negara pasti kekal miskin angkara si politikus..


Bagi racunlah dengan tikus nie!! Gerutu nenek.. Nenek pun pandai tension..


Awas!!!


Self interest atau public interest?? Wahai politikus, pilihlah mana satu yang kamu perjuangkan.. Kalau betul kamu berjuang atas public interest, pasti kamu dapat sokongan rakyat marhaen. Tapi jika, self interest yang kamu kejar maka jawapannya AWAS!! Lambat laun topeng kamu terbuka dan wajah sebenar kamu pasti akan dilihat oleh seluruh rakyat jelata.. Pasti kamu tersungkur dan sudah semestinya tersungkur.. Sekarang nie pun kamu dah selalu mimpi buruk bukan.. Kalau bukan mimpi muka Kugan sudah pasti muka Altantuya yang muncul atau Sirul Azhar yang dikambing hitamkan.. Nenek aku meludah dengar nama Altantuya.. Dah buat tak nak mengaku pula getus nenek..


Marah nampak.. Sampuk kawan aku yang lama menyepi selepas aku dengan nenek bercerita panjang lebar.. Marah katamu.. Eh.. Ini bukan marah bang oi.. Ini bahasa la.. Bahasa tak bertamadun namanya.. Yela, nak kena cakap dengan orang yang tak bertamadun yang asyik merompak depan mata orang so kena guna juga bahasa yang sesuai dengannya.. Kalau tak, masakan dia paham! Bak kata As-Syahid Rantisi; Amerika dan Israel tidak akan paham melainkan kamu guna bahasa perang! Itu Amerika.. Takkanla orang dah acu pistol, engkau pula duk nak bagi salam.. Eh, silap tue.. Selembut-lembut Nabi Musa serta sepupunya Nabi Harun berdepan dengan Firaun, mati juga Firaun dengan tongkat baginda dek kerana sikapnya yang melampaui batas. Maknanya, orang melampau perlu diajar!


Nenek ketawa sampai nampak giginya yang rongak bila dengar jawapan aku.. Si kawan Cuma terkebil-kebil dan mengangguk-angguk di tepi beranda rumah.. Puas aku nek..



myikhwanfiideen,

Kota BarBaR..

No comments: