Thursday, November 10

Bukan maksudnya tak Cinta.


Bercinta selepas nikah?

Konotasi yg agak 'menakutkan' bagi sstgh orang. Hingga ada di kalangan pemuda mahupun pemudi kita yg menganggap ia ssuatu yg amat pelik di zaman kontemporari kini..

Bagaimana mungkin katanya mahu bernikah jika tidak ada Cinta??

Walhal Cinta dan Bercinta itu dua perkara yg jauh berbeda.

Ya, agama kita menyeru akan percintaan dilangsungkan hanya sanya setelah akad nikah. Maknanya, tidak ada istilah ataupun kaedah sifir yg lulus syariat yg memungkin seorang Uda atau Dara bercinta sebelum berlangsungnya Nikah!

Jika begitu... Soalnya, bisakah kita akan bahagia??

Hakikat yg mungkin org tak tahu ialah betapa manisnya sebuah percintaan rumah tangga yg dilangsungkan setelah Nikah. Contohnya, kedua-dua pasangan masih terlalu 'fresh' dgn sapaan manja 'I love u..' atau panggilan 'Darling...' yg keluar dari mulut isteri atau suami yg halal. Ia menjadi saat yg paling manis dan seterusnya menjadi pengalaman perasaan yg sukar diungkap.

Kalaulah bercinta sudah menjadi kebiasaan sebelum nikah, sapaan atau panggilan seperti 'sayang...' atau 'Abang..' itu sudah biasa. Tandanya, kemanisan pernikahan sedikit sebanyak sudah ditarik oleh Allah SWT. Apatah lagi jika pasangan tersebut sudah beberapa kali menjalin percintaan dgn orang lain dan kemudian bernikah dgn orang lain. Kenangan-kenangan kurang baik akan menghantui rumah-tangga yg dibina.

Itu sebab, berhati-hatilah bila mahu melafazkan kata-kata Cinta. Bersabarlah sehingga tiba waktu yg halal. Insh Allah ia lebih manis dan bermakna.

Seorang suami tatkala selesai ijab kabul, antara pengalaman manis yg mungkin tdk akan luput dlm fikiran ialah, saat 'approach' isteri yg pertama kali menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya. Begitu juga dari pandangan sisi isteri, saat awal waktu menjelangnya kebahagiaan tersebut tidak akan dilupakan. Bahkan setiap kali mengingatinya, isteri semakin sayang suami. Sebab, itulah sang lelaki satu-satunya yg dicintai.

Berbanding dgn mereka yg 'biasa' bercinta. Dan amat mendukacitakan, ada isteri yg sampai hati mmbuat 'comparison' antara lelaki dahulu yg dia pernah cintai dgn lelaki yg telah menjadi suaminya sekarang. Dahsyat bukan?

Isteri malu?

Masih segar dalam ingatan tatkala saya dan isteri selesai diijabkabulkan. Minggu pertama perkahwinan kami diisi dgn sesi suai kenal (taaruf). Saya masih ingat ketika itu isteri memanggil saya dgn panggilan 'akhi' (saudaraku). Agaknya masih kekok utk panggil 'Abang'. Itu perkara yg biasa berlaku bagi pasangan yg baru berkahwin. Perasaan malu dan kekok adalah pengalaman manis bagi sesiapa yg pernah melaluinya..

Ada beberapa tips yg mungkin saya boleh kongsikan di sini:-

1. Suami berperanan mewujudkan suasana. Isteri selalunya berjiwa halus dan tentulah perasaan malunya lebih menonjol berbanding suami. Di awal gerbang perkahwinan, banyak perkara yg memerlukan peranan suami utk menghidupkan suasana rumah-tangga. Khususnya suasana yg romantik. Umpamanya, suamilah yg memulakan utk mmbuat panggilan manja sprt 'sayang..', 'baby...', dan sbgnya. Insha Allah lambat laun isteri akan boleh menyesuaikan diri. Jangan lupa gurauan/usikan juga boleh membantu mempercepatkan proses adaptasi.

2. Ingatlah perkahwinan yg dibuat atas dasar Keimanan. Suami mahupun isteri perlulah yakin stp perkara yg dibuat adalah Ibadah. Insha Allah semuanya berpahala disisi Allah Swt. Asalkan berpandukan Syariat dan Lillahi ta'ala. Apa yg nak dimalukan? Di samping itu terimalah segala kelebihan dan kekurangan pasangan juga atas dasar keimanan. Jika semuanya kerana Allah pasti tidak akan ada masalah yg timbul atau rasa tidak puas hati dari pasangan suami mahupun isteri.

3. Berterus-terang adalah kunci kesefahaman. Disebelah pihak suami, dia seorang manusia. Begitu juga sebelah pihak isteri, dia pun manusia biasa. Mana mungkin keinginan pasangannya bisa diketahui jika tidak diberitahu... Berterus-teranglah kerana ia satu-satunya kunci yg boleh menyingkap pintu rasa dan tingkap hati masing-masing.

Saya berdoa moga Allah kurniakan 1001 kelebihan kpd pasangan yg memilih jalan Bercinta setelah Nikah.

Ingatlah, malu bukan maksudnya tak Cinta..

Tapi, malu adalah anak tangga Percintaan yg sungguh luar biasa!

3 comments:

YOUNG COOKIES said...
This comment has been removed by the author.
PiDoT_OtAi said...

pergh.. terus semangat saya nak nikah ni akh... hmm.. doakan naa.. wlpn takdak calon lg.. hehe

admin said...

Insh Allah cepat-cepat...

Ameen ya Rabb