Monday, September 15

ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam

Oleh: ZIEMAN

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.

Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Kata Dr Asri lagi, “Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.”

Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.

Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.

Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam,” kata Dr Asri lagi.

Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?,” jelas beliau.

Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.

Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja,” jelasnya.

Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.

Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.

Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?,” soal Dr Asri.

Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.

Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?,” kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.

Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.

Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.

Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.

Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar,” kata beliau.

Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.

Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.

Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain,” kata Dr Asri.

sumber: Mstar Online

Saturday, September 13

Lambakan Isu dan Peranan Mahasiswa terhadapnya...

Petang jumaat, 12 SEPTEMBER 2008
Saya terkejut kerana mendapat message dari kawan di UPM, Chen Zen mengenai penahanan aktivis blogger yang cukup terkenal iaitu Raja Petra. Selang beberapa jam kemudian, sekali lagi Chen memaklumkan bahawa YB Tersesa Kok dan seorang lagi wartawan dari akhabr Sin Chew Daily turut diitahan di bawah akta yang sama iaitu ISA.

Saya cukup tertanya-tanya... Fikiran mengimbas kembali beberapa peristiwa dan isu yang berlaku dalam negara. Ya, sebelum nie memang ada berita yang melaporkan bahawa Raja Petra bakal berdepan dengan akta ISA kerana beberapa isu yang dipaparkan dalam blognya, Malaysia Today. Bagi Yb Teresa pula, mungkin penahanan ini dikaitkan tentang isu yang berlaku di Puchong, Selangor. Tapi, apa pula kesalahan Tan Hoon Cheng, reporter dari Sin Chew ini?Lama saya termenung sendirian.. Test subjek Ekonomi petang itu membuatkan saya terlupa sejenak hal berkaitan.

10 malam..
Handset saya vibrate.. Saya masih dalam dewan kuliah dan masih menghadap paper Engineering Economy. Sempat juga saya mengambil peluang untuk menjeling incoming call.. Ohw.. Chen Zen rupanya.. Sori Chen, Im still in test.

10.30 malam..
Habis jer test.. Saya terus melangkah keluar dari Dewan dan terus call Chen. Seperti biasa, Chen menyapa dengan ucapan Salam. Memang sudah kebiasaan beliau. Malah, first time saya bertemu beliau memang agak terkejut juga. Is't he is Muslim or not? Masakan tidak, bahkan beliau boleh bertutur perkataan Arab dan menggunakan kata ganti ana dan enta bila bercakap dengan Malay student. Itu memang daya penarik beliau. Chen nie anak didik Lim Guan Eng kata sahabat saya. Saya tersenyum dan cukup kagum. Perlahan-lahan dalam diri terbit keinginan dan kemahuan untuk belajar mandarin.

"Zul, U know there are something happen in our country.. 3 of activis was suspended by ISA right know! So Zul, what we can do.. Any suggestion? We are Mahasiswa.. We have an Idealisme and voice of Power!"
Bersemangat Chen malam tue.. Saya hanya sekali-sekala meningkah kata-kata beliau.. Fikiran saya menerawang jauh dan berfikir.. Jadi, tidak fokus sangat dalam bicara saya dengan Chen..

Mengapa Chen bersemangat...?

Adakah sebabnya yang ditahan itu orang Cina...? Atau, memang kerana prinsip Keadilan yang dipegang? Dan,
bersalahkah saya kalau tidak bersetuju atas penahanan itu? zalimkah saya terhadap bangsa sendiri?

Fikiran saya seputar itu.. Saya capai motosikal lalu balik dari dewan kuliah.. Fikiran saya tetap berputar dan hati serta akal berbahas dalam diam. Lalu, saya mengambil keputusan untuk singgah sebentar di bilik kawan untuk mencari info.. Yes! I forgot something that very important.. It is INFORMATION. Sebelum membiarkan hati dan akal berbahas, biarlah mereka berdua disaji dengan information yang betul.. barulah adil. Step ini yang kekadang kita lupakan ataupun kita dihalang mengetahuinya menyebabkan kita salah memberi ulasan dan pandangan terhadap sesuatu isu yang timbul.

Seperti biasa..
Malaysia kini, Tranung Online, Laman Marhaen, Harakah daily, KL Pos, dan tidak diabaikan juga Utusan Malysia, Berita harian, The Star serta NSTP menjadi santapan.

Lama saya termangu depan komputer dan kepala berfikir dan mata berjaga cuma akal dan hati berhenti sejenak untuk berbahas. Penat kot..(",)

Raja Petra-->Isu penghinaan terhadap agama Islam
YB Teresa Kok-->Isu protes terhadap laungan Azan di Puchong

Tan Hoon Cheng-->Melaporkan seorang ahli politik yang mengatakan orang Cina 'menumpang'


Itulah serba-sedikit maklumat dan sebab mengapa mereka ditahan. Dan kesimpulannya, kerajaan memandang penahanan ini adalah demi kestabilan Negara. Tapi, kesian juga dengan Tan, dia hanya melaporkan sahaja.. Mengapa orang yang bercakap tidak dikenakan tindakan dan mengapa orang yang mengoyakkan gambar mantan ketua menteri Penang tidak ada sesuatu dakwaan?

Di sinilah timbul persoalan dan tanda tanya.. Maka sedikit sebanyak akal berhujah kepada si hati yang diam tanpa seribu bahasa.. Saya hanya membiarkan mereka berdua..

"Ah! memang dasar orang Cina" bentak si hati yang dari tadi diam. Terkejut juga si Akal dengan respon dahsyat dia. Saya tersenyum.. Ini adalah tindakan emosi wahai hati.. Adakah kau lupa.. Ketika di Matrik dulu.. Ya, memori matrik memberikan pengajaran serta pembelajaran yang cukup bermakna...

Zaman Matrik, Era-2004/2005Dengan kapasiti student Muslim yang kurang dari student Non-Muslim, sudah semestinya Islamic Center (JK Surau Irfaan) berdepan dengan cabaran yang cukup banyak dalam menggerakkan agenda Dakwah dan Islah. Ketika itu saya memgang jawatan sebagai Pengerusi dan dibantu oleh rakan-rakan yang sekarang ini rata-ratanya menjadi pimpinan di kampus. Antara Isu besar yang kita hadapi ialah;

  • Proses untuk mengIslamkan saudara baru
  • Bantahan terhadap program-program Surau

Saya berkongsi hal yang kedua kerana ia amat berkait dengan skop perbincangan kita. Untuk pengetahuan anda, bantahan terhadap program surau ini turut termasuk bantahan terhadap penggunaan microfon dan CD Quran setiap kali waktu Subuh! Sama dengan kes yang berlaku di Puchong, Selangor!

Apa tindakan yang kita buat?

Saudara, memang kita sebagai orang Islam apabila berdepan dengan Isu-isu seperti ini kita rasa tercabar. Bahkan! kita memganggap 'mereka-mereka' itu sama sekali tidak menghormati SENSITIVITI kita! Tapi saudara, kita kena faham dan bijak dalam menyelesaikan isu seperti ini kerana 'mereka-mereka' itu bukanlah musuh kita, bahkan! mereka adalah Mad'u (objek dakwah) dan jiran tetangga kita. Itu yang sepatutnya dijelaskan kepada sang hati yang amat emosional.

Dialog..

Itulah penyelesaian yang terbaik.. Ya, memang itu yang di buat oleh Pengarah Kolej Matrikulasi ketika itu. Beliau memanggil kami serta wakil-wakil Non-Muslim untuk duduk berbincang secara bersemuka. Mereka membentangkan tuntutan serta pandangan mereka. Kita juga membentangkan hujah serta paling penting memberikan penerangan kepada mereka. Di samping itu juga, kita mestilah membuat review terhadap tindakan yang kita buat.. Sebagai contoh:

Satu soalan kepada saudara;
mengapa perlu kita memasng kaset atau CD pada waktu pagi (sebelum Subuh)..?

Jawapan kita ialah;
Mahu memberi dakwah kepada bukan Islam serta melambangkan Syiar Islam dan ingin membangunkan para pelajar Muslim

Review:
Mungkin matlamat itu boleh dicapai atau mungkin juga ia dibenci dan dicemuh. Malah, metod itu kekadang menjauhkan para Mad'u dan menimbulkan suatu salah sangka terhadap agama. Sebab apa? Sebab mereka tidak memahami apa itu Islam? Inikan pula persoalan ketika waktu Subuh! Jadi, kita kena memikirkan method lain yang lebih efektif untuk mencapai matlamat tersebut. Bahkan! kita perlu bermuhasabah kerana tiang masjid lebih ramai dari pelajar yang hadir solat Subuh.

Itu kaedah penyelesaian yang kita buat di Matrik dahulu. Lalu atas agenda dan matlamat dakwah, kita mempergiatkan Dialog antara agama sebagai salah-satu method dan kaedah pilihan. Dan syukur kepada Allah kerana mujahidah; seperti Nurul 'Ain Binti Abdullah, Najwa Binti Abdullah, dan begitu juga Mujahid; Iqbal Bin Abdullah, Taufik Bin Abdullah dan ramai lagi muncul atas asbab kefahaman.. Perjanjian Hudaibiyyah detik hati saya.. Ya! Saya cukup meyakini bahawa setiap rentetan Sirah Nabi itu mempunyai pengajaran berguna bagi tujuan implementasi terhadap sebarang permasalahan yang ada sekarang!

Di Eropah misalannya, dialog merupakan method yang diterima pakai serta salah satu wacana mereka untuk berdiskusi. Mungkin juga kerana nilai yang terdapat pada peradaban moden sudah semestinya akan mendahulukan penyelesaian berbentuk 'Aqliyyah sebelum Emosiyyah! Dan, Alhamdulillah Islam di Eropah berkembang pesat berbanding di Dunia Arab yang mana penduduk Bukan Islamnya amat sukar terkesan dengan metod dakwah berlandaskan slogan semata walaupun mereka hanyalah golongan minoriti..

"Ada masanya kita perlu bertegas dan ada masanya bertoleransi itu lebih baik.. Semuanya disandarkan pada potensi prospek dakwah dan survival Islam yang dipandang dalam ruang sudut wajaran MAKRO dan MIKRO.."

Peranan Mahasiswa terhadap isu..

Isu negara melambak-lambak tanpa usaha penyelesaian terbaik dari pihak yang sepatutnya. Tambahan pula, badan-badan yang dipertanggungjawabkan gagal bertindak seperti yang diharapkan lantaran terpaksa mengikut rentak sang Politician. Oleh yang demikian, bagi mengimbangi perkara ini maka sewajarnya mahasiswa serta golongan Intelek Universiti perlu menjadi orang yang ketiga iaitu kelompok check and balance. Maksud saya, kelompok ini bertindak bagi mengimbangi serta memperbetulkan sebarang keadaan yang berlaku dalam negara amnya dengan teguran serta kritikan yang merentasi sempadan kepartian, perkauman mahupun kekuasaan.

Dengan kehadiran Mahasiswa dan golongan intelek, maka ruang dialog juga perlu dibuka seluas-luasnya kepada mereka agar ia menjadi medan untuk rakyat dan mana-mana individu menggarap kefahaman yang sebenar terhadap suatu tindakan yang mereka buat. Dengan itu, isu-isu yang meruncing dapat dibahaskan secara ilmiyyah dan paling penting kita boleh mendidik rakyat untuk bertindak berdasarkan kefahaman dan sifat toleransi dan bukannya bertindak melulu serta beremosi.

Mahasiswa merupakan pemimpin dan generasi yang dicanangkan sebagai pelapis kepimpinan negara. Samada ia pelajar Malay, Chinese, atau Indian; pasti suatu hari nanti ia akan memimpin semua bangsa dan bukannya bangsa nenek moyang dia sahaja. Bentuklah Negarawan dan bukannya bangsawan! Lalu, pasti dan pasti ia kan berdepan dengan deretan isu seperti ini. Maka, adakah mereka dilatih dengan suatu jadual transaksi persediaan serta sejauh mana kewujudan medan praktikal memimpin yang sempurna di kampus tanpa mengira bulu? Bahkan! Rasulullah telah membuktikan bahawa baginda adalah pemimpin yang terulung dan mampu memipin negara serta masyarakat majmuk Madinah ketika itu. Itulah sebenarnya kehebatan Pemimpin Islam yang sudah semestinya dipupuk di kalangan Mahasiswa!

Tapi, malangnya pintu dialog terlalu tertutup dan natijahnya masyarakat terlalu bersalah-sangka antara satu-sama lain. Jangankan rakyat marhaen, mahasiswa pun tidak ada ruang yang sewajarnya.. Buktinya saya cukup terkejut apabila di universiti dialog mengenai agama tidak akan mendapat kelulusan umapamanya atas alasan ia menyentuh sensitiviti.. Tapi bagi saya, mendidik orang berfikir adalah lebih baik dari menghalang orang berfikir!!

Saya teringat Chen Zen, apabila saya tanya mengenai isu azan.. Kenapa pula tidak boleh, bukankah azan itu suara Rakyat! kata beliau.. Jawapan ini sama dengan jawapan YB Lim Guan Eng ketika menjawab soalan dari NGO Islam satu ketika dahulu.. Sedikit sebanyak sangkaan negatif saya terhadap Chen semalam terkikis kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.. Pepatah melayu itu terpacul dari bibir saya.. Siapa yang tidak kenal akan Lim Guan Eng yang memperjuangkan Isu pelajar melayu yang dirogol orang kenamaan suatu ketika dahulu sehingga beliau disumbat masuk ISA? Lalu spontan saya menggeleng kepala apabila teringat 'orang kita' yang masih berfikiran tertutup lagi.. Bagaimana pemimpin, begitulah rakyatnya..


Ayuh Mahasiswa, bangkit dan berikanlah peringatan!

Operasi ISA ketika pembangkang berusaha ambil alih kuasa


Sep 13, 08 2:52am
Polis telah menahan seorang ahli politik pembangkang, seorang blogger terkemuka dan seorang wartawan dalam satu operasi mengejut ketika pihak pembangkang merancang untuk mengambil alih kuasa.

Ketiga-tiga mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara, yang turut digunakan sebelum ini, ke atas mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

raja petra to police station on burma doctor sd 040908 04Para pemerhati politik berkata, mereka bimbang Barisan Nasional - yang dimalukan dengan kekalahan teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu dan kini diancam pula dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kuasa - merancang untuk melancarkan gerakan penahanan sepertimana pada tahun 1987.

"Apakah Malaysia kini dicengkam satu lagi kegilaan ISA, sepertimana Operasi Lalang 21 tahun lalu apabila ramai yang ditahan di bawah ISA dan tiga akhbar ditutup?" kata ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang turut ditahan dalam operasi tahun 1987 itu.

Blogger terkemuka Malaysia dan editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, merupakan yang pertama ditahan di bawah ISA tengahari semalam.

Kemudian, Tan Hoon Cheng, wartawan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, ditahan malam tadi selepas melaporkan kenyataan seorang pemimpin Umno yang didakwa berkata kaum Cina "menumpang" di negara ini.

Laporan Tan telah mencetuskan pertikaian yang hebat dalam gabungan Barisan Nasional yang dianggotai parti-parti komponen yang berasaskan kaum. Umno - selaku tulang belakang BN - terpaksa bertindak menghukum pemimpin berkenaan.

tan hoon cheng 04 120908"Rakan-rakannya (Tan) dari Sin Chew Daily terperanjat dengan penahanannya," kata akhbar tersebut dalam satu kenyataan.

"Sin Chew Daily akan berpegang teguh kepada pendirian editorial kami," tambahnya.

Sementara itu, Teresa Kok, seorang ahli Parlimen dari DAP - sebuah parti dalam barisan pembangkang - Pakatan Rakyat - juga turut ditahan di bawah ISA.

Sementara tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenainyha, Teresa berdepan dengan dakwaan yang beliau telah mengadu bunyi bising pembesar suara dari sebuah masjid di Puchong.

teresa kok modern pig farm 150408 talkingTeresa telah menafikan dakwaan tersebut dan berkata tuduhan terhadapnya itu "tidak masuk akal".

ISA yang ditentang oleh badan-badan hak asasi manusia supaya dimansuhkan, membolehkan seseorang itu ditahan selama dua tanpa bicara dan boleh dilanjutkan tempohnya setiap dua tahun berikutnya. Ia biasanya digunakan untuk menahan suspek keganasan.

Pembangkang yang diketui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merancang untuk mengambil kuasa minggu depan, mengecam tindakan menggunakan ISA sebagai "kejam dan tiada justifikasinya".

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai melancarkan operasi penahanan tersebut untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam Umno.

Beliau semakin berdepan dengan desakan dari pemimpin-pemimpin parti tersebut supaya melepaskan jawatannya lebih awal daripada yang dijanjikannya - untuk menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada pertengahan tahun 2010.

Surat tunjuk sebab

Sementara itu, Pusat Wartawan Bebas (CIJ) berkata operasi penahanan tersebut "mempunyai persamaan yang membimbangkan dengan Operasi Lalang pada 1987" di mana berpuluh-puluh aktivis, artis, ali akademik dan ahli politik telah ditahan.

"Kedua-dua insiden itu adalah sama kerana ianya ada kaitan dengan krisis politik yang melanda Umno, tetapi dimanifestasikan oleh kerajaan sebagai dakwaan ketegangan kaum," katanya dalam satu kenyataan.

Tiga akhbar - Sin Chew Daily; akhbar berbahasa Inggeris, The Sun dan akhbar rasmi PKR - Suara Keadilan - juga telah diberi surat tunjuk sebab berhubung laporan mereka mengenai perkembangan politik semasa.

Ketiga-tiganya mendapat surat tunjuk sebab itu dari kementerian dalam negeri, yang meminta mereka menjelaskan tindakan tidak boleh diambil terhadap mereka atau berdepan dengan tindakan digantung penerbitan.

Friday, September 12

Tribut buat JAT...


JAT...
Namamu sentiasa disebut dan menjadi igauan..
Oleh sang pengembara dan kelana..
Engkau sangat istimewa..
Walaupun rupa paras wajahmu tidak secantik mana..
Tapi, mereka tahu bahawa..
Engkau sungguh Ikhlas berkhidmat..
Buat mereka yang mengembara dan berkelana..

Di pagi buta..
Engkau di cari dan menjadi rebutan..
Buat mereka yang memerlukan..
Bisa sahaja engkau dibutuhkan pada saat ini..
Sehingga engkau sedih kiranya..
Kalau tidak mampu membawa semua..
Disebabkan usiamu yang sudah panjang..
Engkau juga menyaksikan..
Bagaimana kawan-kawanmu lain berlari laju..
Meninggalkan engkau yang istiqamah berjalan..
Ya..
Yang penting jalan dan sampai..
Itu lagi baik serta wajar..
Berhati-hati itu adalah Prinsip..

Tapi,
Bila malam tiba..
Engkau dilupakan..
Tersadai tanpa sebarang minuman..
Keesokannya..
Engkau tercungap-cungap di tengah jalan..
Sang pengembara hanya membiarkan..
Malah, ada yang menyumpah dikau..
Wahai JAT,
Tabahlah berhadapan dengan Manusia seperti itu..
Yakinlah bukan semuanya macam itu..
Pasti masih lagi ada orang yang sayang..

JAT..
Aku berharap engkau sentiasa tabah..
Jangan kecewa dalam perjuangan..
Kita berjuang bukan kerana Manusia..
Bahkan, kita berjuang kerana Allah dan RasulNya..
Jika engkau difitnah atau dibenci..
Asbab kerana berbuat yang Hak..
Maka, ketahuilah Allah bersama kita..

Wahai JAT,
Aku juga ingin memohon kemaafan..
Jika hak-hak engkau terlupa untukku penuhi..
Manusia memang lemah dan lalai..
Anggaplah ia sebagai asam garam perjuangan..
Moga ukhuwwah kita sentiasa mekar..
Demi Allah dan RasulNya!



Wednesday, September 3

.:.Ahlan ya Ramadhan.:.

Andai kau tahu ini ramadhanmu yang terakhir,
Tentu siangnya kau sibuk berzikir,
Tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu,
Merayu kepadaNya tuhan yang satu,
Tentu solatmu engkau kerjakan diawal waktu,
Sungguh khusyuk lagi tawadhu',
Tubuh dan Kalbu bersatu memperhamba diri,
Menghadap Rabbul Jalil,
Menangisi kecurangan janji yang dilafazkan;
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,
dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam"


"Ramadahan is a month whose beginning is mercy, whose middle is forgiveness,
and whose end is freedom from fire",
Lets grab this chance!

Salam Ramadhan buat semua sahabat-handai, ahli keluarga,mu'allimin-mu'allimat,muslimin dan muslimat serta sesiapa yang mengenali diri ini.