Monday, November 3

Imtihaan: Usahakan hadir satu kePUASan

Berpinar juga mata rasanya bertempur dengan paper POWER ELECTRONICS and DRIVES petang tadi. Soalan very tough dan mampu mendesak kami 'garu-garu kepala' dan 'usap-usap janggut'. Dan ketika on the way keluar dari dewan imtihaan, terserempak pula dengan adik-adik budak elektrikal. Lalu,

"Bang.. ana sedihla.. huhu.. tak dapat jawab ngan baik tadi.."
. "Bang, takutlah pointer jatuh sem nie. Hmm.. Camne ek.. Mesti mak marah nanti..".

Saya tersenyum. Dah agak dah.. Bisik hati kecil saya. Delima adik-adik!. Saya pun time dulu macam nie juga. Rasa macam nak pitam waktu keluar dari dewan peperik
saan.

"kita solat dulu.. lepas tue kita makan sama-sama ek"


Saya sengaja mengalihkan topik. Saja nak bagi masa dengan jiwa mereka untuk 'beristirehat' dari kecamuk.


"Ok bang.. Jom!"


Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya jerat pelanduk saya mengena. Moga segala keluh-kesah jiwa tadi dileburkan dalam sujud panjang menghadap 'Tuhan Sekalian hati dan Perasaan'!


Imtihaan

Dont try this during EXAM!!

Peperiksaan bukanlah suatu perkara yang remeh. Walaupun ia bukanlah PEMUTUS MUTLAK masa depan tapi sekurang-kurangnya ia adalah PENENTU BAYANGAN masa depan kita. Maka ia jangan dianggap
enteng tapi jangan pula mereng kerananya. Normal seorang pelajar akan tertekan apabila merasakan bahawa dia tidak dapat menjawab dengan skala yang terbaik ketika final exam. Tapi, sebagai seorang muslim wajar juga situasi itu diambil sebagai PENGAJARAN dan meyakini adanya HIKMAH yang tersembunyi.

Pengajaran;
Adakah kita membuat persediaan rapi sebelum exam? Cukupkah latihan yang dibuat?.. Berapa banyak previous final paper yang kita dah cuba? Ade tak masa tetap yang kita peruntukkan untuk mengulangkaji..?

Hikmah;
Mungkinkah ini adalah peringatan dari Allah sebelum hadirnya suatu kegagalan yang lebih besar?

Kalaulah dua elemen yang saya sebutkan di atas telah pun kita penuhi serta yakini, maka saya harapkan ia menghadirkan suatu titik KEPUASAN dalam diri. Walau apa pun natijah yang bakal kita terima dan lihat pada slip peperiksaan nanti.


Kita PUAS kerana kita telah pun berusaha semaksima mungkin!

Kita juga PUAS kerana kita yakin Allah bagi sesuatu yang terbaik buat kita!


PUAS boleh mententeram jiwa dan PUAS adalah pelawan KECEWA

Maka pastikan kita PUAS!


Delima.. Betulkah sibuk mengundang bahana??
Adakah SAYA sibuk seperti DIA?

Betulkah sibuk mengundang bahana? Jika orang tanya soalan ini dengan saya.. Saya akan jawab;
Sudah pasti ! jika awak tidak pandai mengenal lalu mengatur sibuk.. Siapakah yang sibuk? Antara SAYA, DIA dan MEREKA mana satu yang sibuk? Benarkah SAYA lebih sibuk dari DIA atau mungkinkah MEREKA lagi sibuk dari SAYA? Ataukah SAYA, DIA dan MEREKA memang sama-sama sibuk?

"Ape abang cakap nie..? Pening ana.."
Rintih seorang adik kesayangan usrah saya.

Saya senyum.
Sengaja saya mengungkit persoalan agar mereka berfikir. Pakar motivasi kata, mencetuskan persoalan serta ruang imiginasi adalah proses terbaik untuk membangun daya intelek dan kira-kira manusia!

Ya memang ia menjadi suatu delima especially bagi mereka-mereka yang mempunyai tanggungjawab besar. Tika kehangatan minggu final exam, kekadang ada tugas mendatang yang perlu dilangsaikan. Itulah cabaran! Cabaran buat SAYA, DIA dan MEREKA. Cuma persoalannya ialah sejauh mana kita SEDAR dan BERSEDIA kerana hakikatnya SAYA,DIA dan MEREKA kesemuanya ada beban tersendiri dan kesemuanya turut berhadapan dengan cabaran SIBUK!!

Bersediakah anda??

Dari SEDAR ke SEDIA..

SEDAR itu masih dalam kotak ilusi fikiran. Berbekalan SEDAR semata tidak cukup bagi menangani 'delima' apatah lagi mahukan 'puas' di hujung bicara peperiksaan nanti kerana SEDAR hanyalah bahasa retorik manakala SEDIA pula adalah bahasa praktikal. Oleh itu, pastikan SEDAR itu diupgrade kepada SEDIA dengan suatu pelan tindakan tersusun dan terancang. Seolah kita mahu menakluki dunia. Sungguh! siapa kata kita belajar sekadar main-main.

Sedar ke Sedia perlukan fasa pemeringkatan dan usaha jihad mahupun kesungguhan. Jadikan hari esok lebih baik dari semalam sebagai slogan. Senang cerita, apa yang tak faham semalam kena faham hari ini. Jangan semalam tak faham hari nie pun tak faham lagi. Paling teruk, semakin hari semakin tak faham-faham nauzubillah.. Janganlah ada semacam itu ketika kita menuju PUAS serta menggapai REDHA dalam learning process ini.

Moga kita semua dipermudahkan oleh Allah dalam setiap urusan kita yang baik. La tahinuu wala tahzanu, Innallaha ma'ana. TAKBIR!


::myikhwanfiideen::
bachelor of electrical engineering

UNIVERSITY OF TECHNOLOGY MALAYSIA

Friday, October 31

Lazatnya Rabitah Cinta Ini

Aku terkesima.. raut wajahnya tidak banyak berubah. Wajah yang cukup tenang ini pasti menambat hati sesiapa yang melihatnya. "Zul, enta ape khabar..?" Masya Allah, dia tak lupa lagi nama aku rupanya. Lalu tangan mulus yang dihulur itu aku tidak sia-siakan, terus aku sambut dan cium seolah melepaskan segala rindu yang terbuku di dada. Tidak cukup dengan itu, lalu aku peluk dengan erat susuk tubuh Sang Murabbi ini. "Ana khair, Abi plak camne..?" sapa aku perlahan sambil mata aku tidak berkedip menatap wajahnya. Dia senyum dan aku pun senyum.. Tak terkata, cuma senyuman menjadi mukaddimah bicara.

Imbas kembali...

Sebelum bertandang ke rumahnya, aku sempat bermimpi malam itu. Mimpi yang agak pelik bagi aku. Aku berada di suatu tempat yang asing tetapi semacam aku pernah ke tempat itu. Batu-batu besar serta pokok-pokok yang tinggi melampai seperti ingin memberikan clue kepada aku. Malangnya, fikiran aku tidak sempat mengimbas dan meneka tempat yang aku singgahi dalam mimpi semalam. Masakan tidak, suara dua orang lelaki yang berteriak kepada KAMI menggangu tumpuan aku. "Cepat! Antum kene lompat anak sungai nie..." arahan itu bertalu-talu kedengaran. Jiwa kami DIPAKSA, keringat kami DIPERAH, otak kami DICERNA sehingga aku rasakan seolah-olah terbang tika melompat anak sungai itu. "Hmm jangankan anak sungai, sungai Rajang pun aku boleh lompat!" gumam jiwa mudaku akibat didesak oleh si Murabbi dan pembantunya. Semasa 'terbang', aku sempat menjeling muka Murabbi tetapi terlindung dengan awan nipis. Tapi, tidak sia-sia jelinganku kerana wajah si pembantunya dapatku kenalpasti. "Dia rupanya!". Raut wajah itu amatku kenali. Dialah si 'Pemanah matahari'. Presiden GAMIS!

Subuh..subuh..subuh..
Line mimpi aku tergendala dan mati dek jeritan si aizatlegendz

Abi.. Engkaulah sang Murabbi yang aku mimpi malam itu! Masakan aku ditipu oleh rabitah Cinta yang hadir dalam mimpiku semalam. Ya aku yakin.. Dan aku cukup yakin bahawa 'screen peristiwa' dalam mimpiku itu adalah tanda unggulnya ikatan rabitah kita. Apatah lagi background di sebalik filem pendek dalam mimpi ku itu ternyata berpadanan dengan layar peristiwa sebenar yang berlaku pada petang itu bersama Sang Murabbi. Ya.. memang benar. aku tepuk dahi sambil cubit paha. Benarkah aku hadir semula dalam lakonan pentas peristiwa dalam mimpiku semalam. Mungkinkah aku masih bermimpi wasilah kepada mimpi semalam?
Alhamdulillah, sang kodok yang hadir bersama kami yang semacam mahu ikut serta dalam syura pada petang itu mengiyakan bahawa ini bukanlah mimpi di siang hari. Bahkan ia adalah layar peristiwa realiti bukti hebatnya penangan 'Lazat Rabitah Cinta'.

Wahai Abi...

Masakan empangan pelupuk mataku boleh bertahan dengan derasnya sungai mata air disebabkan takungan rasa lazat rabitah Cinta di muara hatiku..? Dikala orang mentarbiyyah dengan nada pesimisme tapi engkau bernada optimisme..

Dikala ramai murabbi ciplak yang berselerak tapi kau lagi mampu buktikan masih ada murabbi asli lagi ori. Dikala Nuqaba kehilangan idea mahupun sentuhan kepada anak usrah, tapi kau bukanlah nuqaba sedemikian. Kau mampu meberikan sentuhan kepada jiwaku yang hampir mati dan musnah hanya dengan bahasa badan.

Wahai Pemanah Matahari..

Masakan aku boleh melupaimu.. Engkau menginspirasi dan jua engkau memobilasi..Suara teriakanmu memunggah mahasiswa hadir menyapa sang FRU demi Islam tercinta sentiasa terlekat dalam memori mindaku.. Tambah pula dengan 'peristiwa malam itu' sehingga kita melafazkan ikrar cinta sebagai adik-beradik demi Islam. Tembok masjid menjadi saksi dan Quran di tangan pelengkap peristiwa.

Sungguh indah ukhuwwah senyap yang kita bina walaupun tidak ada masa untuk bersama. Kerana kau dipunyai oleh massa dan kau punya tanggungjawab.. Cukuplah dengan pesanan2 ringkas yang engkau kirimkan;"Scra ikhlasnya, nta antara org yg sgt dkt d hati ana"(31 hb, 4.57 PM).Moga kiriman rabitah Cinta ini mampu menjadikan aku thabat serta istiqamah dalam perjuangan!


Myikhwanfiideen, Raudhah Syabaab

Wednesday, October 29

YOUTH SUMMER CAMP 2008

AHLI JAWATANKUASA

YOUTH SUMMER CAMP 2008 (YSC ’08)

Kali-2

(14-16 DISEMBER 2008)

ANJURAN PERSATUAN SISWAZAH SABAH (PSS)

PENAUNG : En. Bunyamin Bin Bakri—Presiden PSS

PENASIHAT : Mohd. Fairuz Bin Bend—Setiausaha Agung PSS

: Cik Siti Faridah Binti Saidin—Exco PSS

PENGARAH : Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud—UTM

TIMB. PENGARAH 1 : Mohd Al-Amin Bin Hj Utoh Said—UMS

TIMB. PENGARAH 2 : Siti Azinni Binti Salimin—UMS

SETIAUSAHA : Azie Nor Mazwani Binti Shahari—UMS

BENDAHARI : Mohd Dehyah Al-Qalbi Bin Dzulkarnain—UMS

AHLI JAWATANKUASA :

PENGANGKUTAN & KESELAMATAN

1. Mohd Yusuf Bin Abdullah (K)—UTM

2. Nasir Bin King—PSS

3. Norhanisah Binti Butai—UMS

PENYERTAAN & TEMPAT

1. Renifezri Bin Mohamad (K)—UMS

2. Fauziah Binti Saidin—UMS

3. Nadzurah Binti Che Hamzah—UPSI

4. Norzila Binti Jailani—UM

PENGISIAN & MODUL

1. Ahmad Fauzi Bin Saiffuddin (K)—UITM

2. Azizul Bin Julirin—UMS

3. Norasidah Binti Jamian—UMS

4. Rosmawati Binti Jamdan—UMS

5. Nazifatunnisa Binti Salim—UM

6. Nurul Izza Binti Yatau—UM

MAKANAN & LOGISTIK

1. Sezan Bin Safsin(K)—PSS

2. Mohd Zul Husmie Bin Salikin—UMS

3. Nasimah Bin Liaman—POLITEKNIK

4. Nurul Faizah Nadwa Binti Saudey—PSS

PENERBITAN & DOKUMENTASI

1. Azhari Bin Senan (K)—UTM

2. Hanafiah Bin Raflis—MAKTAB KENT

3. Faeqah Basyirah Binti Che Hamzah—UMP

4. Siti Rafidah Binti Bilin—UM

5. Masnah Binti Massuana—UMS

TEKNIKAL & TUGAS-TUGAS KHAS

1. Hasbidullah Binti Amir (K)—POLITEKNIK

2. Rita Binti Radin—UMS

3. Nazidah Binti Junit—UTHM

______________________________________

Makluman:

Kepada semua sahabat yang berkaitan; sila update nombor hp dan alamat e-mail anda ke nombor telefon 013-7143840 secepat mungkin. Ini bagi memudahkan segala maklumat gerak-kerja disalurkan. Kerjasama anda amat diharapkan dan sebarang pertanyaan boleh direct ke nombor yang dinyatakan tadi. Terima kasih..


Tuesday, October 28

DAKWAH: Sejauh mana kita mampu praktikkan?

myikhwanfiideen bersama Uncle

Semalam saya bersama sahabat-sahabat diundang ke rumah terbuka Uncle Rajoo.. Tak sangka juga Uncle begeitu serius mengundang kami ke rumah terbukanya. "Ajaklah kawan-kawan student yang lain.." berharap benar Uncle menjemput. "jangan bimbang, hari nie saya ada tetamu orang Melayu juga.." kata Uncle lagi seolah-olah paham apa yang terbuku di dada kami.. Erm.. "Ingatlah satu hari nanti kita bukan sahaja jadi leader bagi orang Melayu sahaja, tapi leader bagi semua kaum termasuklah kaum Hindu.." Hati saya bermonolog. "Yang penting mereka faham apa yang 'tidak boleh' bagi orang Islam.."


eastmael bersama Arin..Berseleranya..

Sesampai di rumah Uncle Rajoo; saya,cakna,farouk,eastmael, aizatlegendz dan kembara disambut riang oleh ahli keluarga Uncle espcially si Arin anak lelaki keluarga ini. memang kami dah rapat dengan family nie cuma tak pernah la sebelum nie datang 'beraya' kat umah. Apatah lagi nak makan. Tapi, bagi saya dakwah bukan sekadar 'give' bahkan dakwah itu suatu proses 'give' dan 'take'. Kalaulah dia boleh menghormati agama kita, masakan pula kita tidak. Malah nabi SAW pernah bersabda; Sesiapa yang menyakiti mereka (kafir zimmi) maka dia seolah-olah menyakiti aku!

Rileks cakna.. Banyak lagi kat dapur tue..

Apa yang menariknya ialah; Family Uncle nie memang tahu batas-batas pergaulan bagi orang Islam. Semasa bersalam-salaman, si Aunty tak hulur tangan pun dengan kami sbb dia tahu Muslim lelaki tak boleh salam dengan org perempuan. Malah, anak-anak gadisnya berlarian ke dapur dan malu-malu melihat kehadiran kami. Terdetik juga di hati saya; kekadang gadis india lagi baik berbanding gadis melayu. Masakan tidak, tengoklah time Hari Raya siap boleh peluk-peluk lagi bila sambut rakan-rakan yang bertandang ke rumah. Mesra konon!

tosai.. pasti nak lagi..

Hmm.. Sedapnya hidangan yang Aunty bg nieh.. Sebelum mula makan, rasa seram sejuk juga sbb ialah first time kan.. Rasa nak bertanya juga, apa benda yang dihidangkan nie kan.. Alhamdulillah, cakna dengan nada berseloroh; Uncle, ini ayam potong kepala punya kan?.. Ya,ya; habis sahaja uncle mengiayakan, saya meninggalkan ketakutan di belakang lalu menyuap makanan ke mulut.=) Fuh, sedap juga ya.. macam makan kat kedai-kedai mamak la pulak.. Apalagi, dahlah tak sarapan pagi tadi.. 3 pinggan nasi tambah macam tak cukup-cukup lagi.. Begitu juga dgn eastmael dan cakna.. Kami bertiga cukup berselera. hehe.. Ini macam lebih-lebih la pula.. kata nak ambik syarat jer.. huhu.. Kembara mengingatkan.(",)

Nie namanya itteli.. Entah saya sebut ITALY jer.. huhu

Kalau pasal kari.. Aunty memang POWER!

Nie ayam potong kepala ek.. Maksudnya; ayam yang disembelih..

Alhamdulillah; habis juga nasi saya.. Nie gambar pinggan saya yang ketiga. huhu

Marukku malliii...

Cakna memang kuat bergurau.. Sebelum balik, sempat lagi cakna menguji Aunty; Aunty kalau kami bungkus boleh ke?.. Eh cakna; ingat nie kedai mamak ker? Saya berbisik kpd cakna sambil mencubit pahanya.. Tapi dalam hati kata; ok juga.. huhu. Maka, kami pun pulang dengan membawa ole-ole marukku dari family Uncle Rajoo buat bukti 'rehlah' kami ini dengan sahabat-sahabat lain yang tidak berkesempatan.

Alhamdulillah, moga ianya bakal menjadi pengikis sindrom phobia diri ini untuk mendekati mad'u dalam konteks hubungan kemanusiaan. Kerana manusia itu saling berhubung dan pasti perhubungan perlukan interaksi serta kepercayaan. Bila sifat percaya ada dan interaksi sudah tersedia maka mudahlah risalah dakwah disalurkan..

ISLAM FOR ALL

Monday, October 20

Kisah Teladan: Muslimat sayap kiri perjuangan


Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Tanggal (2.10.1997) menyaksikan, perginya ke sisi Allah isteri Mursyid
Am Ikhwan Muslimin, Mustafa Masyhur. Jenazahnya diiringi oleh ribuan
masyarakat Mesir dari setiap negeri menuju ke tempat persemadiannya yang
terakhir di dunia ini dengan penuh kekaguman terhadap jihad dan
kelebihan yang ada padanya.

Jika sekiranya para hukamak mengatakan " Sesungguhnya di belakang setiap
lelaki yang hebat, ada wanita dibelakangnya ", maka Almarhumah merupakan
wanita yang berada dibelakang suaminya, membantu dan mendorong dari
belakang, menyokongnya untuk terus bergerak dalam jalan Dakwah walau
berdepan dengan ranjau dan duri.

Detik-detik jihad Almarhumah terlalu banyak. "Saudari akan menjadi
isteriku yang kedua kerana aku telah berkahwin dengan isteriku yang
pertama sebelum saudari. Aku amat mencintainya dan aku tidak sanggup
untuk berpisah dengannya ". Almarhumah bertanya, "Siapakah dia?". Ustaz
Mursyid menjawab, " Dia adalah Dakwah di jalan Allah. Diharap saudari
jangan cemburu kepadanya ". Almarhumah menjawab, "Dakwah tersebut adalah
tuanku dan aku adalah khadamnya".

Begitulah teguhnya janji yang diukir sehingga berlalu 51 tahun
Almarhumah mengharungi masa tersebut bersama suaminya. Dakwah Ikhwan
Muslimin adalah tuannya yang menyuruh, lalu dia mentaatinya. Dakwah
berkata, dan dia patuh mendengar kata-kata tersebut. Suaminya dipenjara
selama 19 tahun, dalam tahun-tahun 50an, 60an dan awal 70an, tetapi
Almarhumah tetap setia pada janjinya dan tsabat di atas Dakwah ini.

Apabila Ustaz Mursyid mula dipenjara, dia meninggalkan 4 orang anak
kecil kepada Almarhumah untuk dibesarkan olehnya berseorangan diri.
Mereka ialah Masyhur, Salwa, Wafak dan Sumayyah. Jadilah
Almarhumah sebagai ibu dan ayah kepada mereka. Almarhumah mendidik
mereka dengan baik. Apabila Ustaz Mustafa keluar dari penjara, dia
mendapati mereka dalam keadaan sebaik-baik agama, ilmu
dan akhlaq. Sangat berat hari-hari berlalu ketika suami dipenjara tetapi
Almarhumah bersungguh-sungguh berusaha memastikan hari-hari itu indah
lagi menggembirakan untuk anak-anak mereka.

Pernah mereka tidak dibenarkan menziarahi Ustaz Mursyid di penjara
Wahaat selama 9 tahun lalu Almarhumah menghubungkan mereka dengan ayah
mereka melalui surat pos. Almarhumah memegang pen
di tangan-tangan kecil mereka menulis kalimat-kalimat tsabat dan
dorongan kepada ayah yang sedang berada di belakang jaringan besi di
penjara. Almarhumah menyanyikan untuk mereka " Nahnu nuhibbu baba, wa baba yuhibbuna " ( Kami sayangkan ayah, dan ayah sayangkan kami
). Almarhumah membeli permainan dan hadiah dengan duit yang tersimpan
agar dia menghadiahkan kepada mereka yang masih kecil dengan mengatakan
" Baba arsala ilaikum hazihi hadaya" ( Ayah kirim hadiah-hadiah ini
untuk kamu ).

Berlaku mehnah yang dikenali sebagai "Mehnah Takyid" ( Dugaan memberi
sokongan kepada Presiden Jamal Abdul Nasir yang menghukum mereka, iaitu
dengan menggunakan anak-anak Ikhwan yang dipenjara untuk memujuk
ayah-ayah mereka menerima tawaran bebas dari penjara dengan syarat
menulis beberapa perkataan atas kertas menyokong Jamal Nasir ; mehnah =
dugaan, takyid = sokong ). Beberapa orang dari saudara mara Ustaz
Mursyid menyuruh anak-anak perempuan beliau pergi ke penjara untuk
memujuk ayah agar menulis sokongan dan balik ke rumah bersama mereka
tetapi Almarhumah enggan dan memesan kepada anak-anak agar tidak
menunjukkan jemu dan risau lantaran ketiadaan ayah yang panjang.
Teruslah si ayah dalam penjara dengan tsabat dan teguh, menolak sebarang
sokongan terhadap Sistem yang memenjarakannya.

Pernah apabila hari-hari raya menjelang tiba, Almarhumah tidak mempunyai
wang untuk membeli pakaian hari raya untuk anak-anak. Untuk
menggembirakan mereka, beliau menurunkan beberapa kain
langsir rumah untuk dibuat pakaian raya. Pernah juga beliau sampul
kusyen kerusi dan sofa dijahitnya menjadi baju anak-anak.

Almarhumah menanamkan kedalam jiwa anak-anak perasaan theqah kepada
Allah, meneguhkan hati mereka dengan rasa bangga terhadap tugas ayah
dalam menyampaikan risalah Dakwah. Beliau menjadikan
anak-anak merasakan bahawa ayah mereka adalah seorang mujahid, dipenjara
kepada aqidahnya dan patut mereka berbangga dan menceritakan perkara ini
kepada kawan-kawan yang lain.

Apabila Ustaz Mursyid keluar dari penjara, Almarhumah menyambung
perjalanannya bersama Mursyid, mencurahkan pengorbanan. Ustaz Mursyid
yang sentiasa pergi ke marata tempat dalam dan luar Mesir
berdakwah di jalan Allah. Waktu di rumah sangat sedikit, namun
Almarhumah tetap redha dan tenang. Bahkan dihari-hari yang kebiasaannya
ahli keluarga berkumpul seperti berbuka dibulan Ramadhan, beliau
berkorban haknya untuk diberikan kepada anak-anak Dakwah lain yang
mengundang si suami. Almarhumah berkongsi perasaan dan prihatin suami
terhadap anak-anak Dakwah di mana sahaja mereka
berada, dalam atau luar negeri, bertanyakan keadaan keluarga dan
anak-anak mereka dan sering mendoakan untuk mereka.

Almarhumah kuat berpuasa, qiamullail, berbudi luhur dan sentiasa
berharap kebaikan kepada manusia - semua manusia. Sejak bertahun-tahun
Almarhumah tidak ketinggalan bersama suaminya berqiamullail.
Beliau memastikan bahagian akhir malam untuknya dan suaminya, bersama
Allah, bermunajat dan berdoa kepadaNya agar dia menemuiNya dalam keadaan
dia redha lagi diredhai olehNya.

Semoga Allah mengampuninya, melimpahi rahmat keatasnya dan mengurniakan
kesabaran keatas suami, anak-anak dan mereka yang mencintainya. Kita
tidak mengatakan sesuatu melainkan yang diredhai
oleh Allah : Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun ( Kita dari Allah, dan
kepadaNya kita akan kembali ).