Friday, March 27

entry NO title...


Saya nak study.. Tapi tak boleh.. Nak taip project, tapi jam.. nak wat persediaan usrah, lagi tambah jam (bukan maksud penulis usrah itu men’jam’kan kepala)

Entah.. Sejak beberapa hari nie jiwa agak tak kekeruan.. Sering sahaja ada perasaan sayu menyusup pelan-pelan masuk dalam hati.. Perasaan sayu nie lah yang mengocak kolam hati saya.. lantas sedih datang menerpa…

Saya rindu sangat-sangat dengan seseorang sebenarnya…

Menulis blog boleh pula.. Kata busy.. Kata sibuk.. (Ya, saya tahu itu sahabat.. Saya faham perasaan anda.. Tapi, adakah anda faham perasaan saya?)

Saya bukan tidak peduli apa kamu kata.. Tapi, ini sahaja antara cara yang boleh saya buat.. Mengalirkn lava sedih dari dalam hati..

Hmmm... Malam tadi Eddy datang (Eddy yang kematian ayah beberapa hari lepas) jemput saya.. Eddy jemput untuk jadi Imam baca Yassin.. Untuk arwah ayah katanya.. Saya datang juga menggagahi diri.. Alhamdulillah.. Ramai juga kawan sekuliah yang datang bertandang di biliknya.. Penuh bilik dengan manusia.. Petanda baik. Maknanya muafakat masih subur. Semangat kekeluargaan masih hidup. Ya, walaupun nampak kecil.. Tapi, apa yang anda amal sekarang pasti itulah anda bila berkeluarga nanti..

Saya jadi imam baca Yassin..

Sambil meruntun alunan kalimah tuhan, saya pandang wajah Eddy.. Eddy syahdu malam itu.. Eddy sedih.. nampak pada mukanya.. Sedih tidak dapat disembunyikan oleh bibir yang cuba senyum.. Takpa.. Ini masa anda Eddy.. Bersedihlah.. Jadikan sedihmu sebagai pengikat ingatan kepada Ayah yang sudah kaku.. Kaku duduk sendiri dalam lubang yang bernama kubur.. Ingat ayah dengan amal solehmu sebagai anak.. Yassin ini cuma sebahagian saja..

Air mata saya mengalir..

Kesyahduan yang menggigit jantung mudah sahaja mengusik kalbu saya yang memang sedih.. Kalbu yang sememangnya berkocak bila teringat akan dia.. Diri yang memang sudah lama bersedih..

Seoalah-olah tika membaca Yassin itu saya teringat peristiwa.. Peristiwa jasad ayah berada di depan mata.. jasad ayah saya yang sudah kaku.. hanya menunggu ketibaan anak-anaknya dari Universiti di sekitar kota.. Beberapa detik lagi akan dikebumi.. Kasih Allah mengizinkan saya sempat untuk menjenguk jasad sang Ayah..

Malam itu sama dengan malam tadi..

Saya menjadi imam meruntun bacaan Yassin.. Cuma bezanya ini untuk ayah Eddy.. Yang dulu untuk ayah saya.. Air mata mengalir.. Itu sama.. Malam tadi air mata saya juga mengalir.. Setahu saya memang jarang sungguh air mata ini tumpah.. Tapi, part macam nie memang ia tak boleh bertahan.. Entah kenapa..

Fitrah! Manusia punya hati sedih itu fitrah! Bahkan binatang pun pandai bersedih.. Tidakkah kamu pernah lihat dalam rencana National Geographic?

Rindu..

Kerinduan inilah yang selalu menyusup pelan-pelan masuk mengocak kolam hati.. Apakah beza orang yang punya ayah dengan orang yang tiada akan ayah? Beza.. Jauh beza.. Ingat! Ayah itu ketua.. Ketua dalam keluarga.. Kematian ayah adalah kehilangan yang sangat besar.. Ya, nanti anda akan tahu juga bagaimana rasanya..

Terkilan.. Sering saya merindui untuk bermimpi Ayah.. Saya agak terkilan (terkilan bukan bermaksud menyalahkan takdir, ia cuma bentuk bahasa sebagai memapar perasaan sedih penulis) bila tiada rezeki bermimpi kehadiran ayah di sisi.. Sekurang-kurangnya tangan ayah yang kasar dek mencari rezeki sesuap buat kami sekeluarga dulu bisa mengusap saya lagi.. Walaupun dalam mimpi..

Sampai begitu sekali rindu saya dengan dia...

Masih terngiang-ngiang di kepala saya...

Allahu Akbar! Bila dengar ini.. Saya akan terlompat dari tilam busuk.. Itu bunyi takbir ayah waktu subuh. Cepat-cepat saya dan adik lelaki ambil wudhu dan terus jadi makmum belakang ayah.. Bimbang terpaksa masbuk lantas pasti mendapat tazkirah percuma.. Begitu ayah mengajar akan solat pada kami. Ayah selalu solat subuh di rumah. Itu amalannya.. Kecuali waktu-waktu lain, ayah akan tolak basikal tuanya ke surau (tolak sebab saya dan adik duduk atas basikal.. So, tak muat nak naik bertiga).

Hmmm.. Tak mampu nak dituturkan kesemua dengan jari yang menari atas keyboard!

Alhamdulillah masih ada mak tempat megadu kasih.. Terima kasih Allah sebab bagi peluang pada saya untuk berkhidmat pada mak lagi.. Walaupun saya tahu.. Tidak akan terimbang selama-lamanya khidmat Ibu itu dengan khidmat 10 orang anak padanya!

Saya menelepon mak.. Bertanya khabar dengan mak.. Bahkan sebelum masuk test sekalipun 5 minit saya kan telepon mak.. Mak, saya dah nak masuk dewan exam nie.. Dah bawa pemadam?, dah bawa pembaris?, dah bawa pensel? Mak tanya macam itu.. Ibu memang sifatnya sangat concern.. Sangat cermat.. Sangat seni pada anaknya.. Mak adalah satu-satunya wanita di dunia yang sangat-sangat perihatin dengan saya!

Baru-baru nie mak mengadu sakit pinggang.. Hmmm.. Janganlah buat kerja mak.. Takdak.. Mak cuma tolong siram pokok bunga kakak kamu je.. Bilang mak.. Itulah mak.. Tak pandai nak merehatkan diri.. Ada saja dia nak buat.. Mungkin dah terbiasa dengan rutin dulu.. Dulu kan terpaksa kerja berat membesarkan anak-anak.. Eh, bukan mudah nak membesarkan anak.. Zaman sekarang, orang anak satu pun sudah ribut rumah tangga bergoyang..

Pelan-pelan saya baca artikel-artikel kesihatan.. Pasal diabetis, sakit tulang, sakit mata, potensi untuk sakit jantung.. Macam-macam lagilah.. Kenapa saya baca? Sebab nak tahu, then boleh kongsi dengan mak.. Siapa tidak sayang mak sendiri??

Bayangkan.. Baru-baru nie saya nak beli tiket untuk mak dan akak-akak.. Tiket untuk konvo saya bulan 8 nie, Insya Allah.. Tetiba mak acah saya.. Mak kata.. Mak macam tak boleh nak datang konvo kamu lah.. Mak dah tua dah.. Tak larat nak masuk Dewan Konvo nanti..

Wah... Bukan main deras lagi si air mata itu terjun dari kolam mata saya.. Mak cuma acah je.. Tapi, jiwa saya terusik.. Saya tersentuh..

Apalah kiranya segulung ijazah diterima dari Canselor, jika mak tak hadir sama..? Jika mak tak menyarungkan sendiri baju graduasi pada buah hatinya? Jika mak tak nengok sendiri heronya naik pentas pertabalan siswazah? Terus saja saya merajuk ala-ala budak kechik dengan mak.. kerana bagi saya ibu itu ibarat darah berkaya hemoglobin yang bergerak dalam nadi seorang anak.. Tanpa darah itu apalah makna jasad tadi..

“Beruntunglah orang yang punya mak ayah sebagai saksi dikala ia meraih suatu yang berharga dalam hidupnya..”

Ada seorang sahabat saya.. Sengaja saya ajukan kata-kata di atas padanya semalam.. Pantas ia menjawab.. Saya sensitif bab mak ayah ini.. Hoho.. Saya arif.. Saya tahu.. Kolam hatinya juga bisa berkocak walau hanya cuma dengan sehelai daun yang sengaja digugurkan atasnya (maaf sebab saya sengaja gugurkan daun itu)...

Juga untuk anda rakan maya.. Saya ucapkan “Tahniah!” jika anda sehati dengan sahabat saya itu!

Adik dan mak... :-Konvokesyen Darul Qur'aan (DQ), Kuala Kubu Bharu.

“Kadang-kadang mak ayah nie bukanlah kita nak bergantung sangat untuk makan-minum sebab sesetengah kita dah besar dan punya kekuatan sendiri.. Tapi, mereka adalah tempat bermanja yang sangat membahagiakan.. Tempat mengadu yang sangat meredakan.. Tempat meluah yang sangat memahami.. Tempat berkongsi yang sangat menyenangi.. Dan pastinya anda tidak akan bisa ketemu orang lain yang paling makmur untuk hal itu melainkan ibu dan ayah juga semestinya!”

Oklah teman.. Saya kira bicara ini patut dilangsaikan di sini.. Kalau tak, takut entry ini tidak punya penamat. Saya tutup dengan kata-kata sms dari sahabat yang saya katakan tadi:

Ali-imran 140; jika kamu mdpt luka, mka mreka pn mdpt luka yg serupa. Dn masa itu kami pergilirkn di antr m’sia agar mrka mndpt pljrn, dn agar Allah mmbzakn org2 yg briman dgn org2 kfir dn agr sbhgn kmu dijdknNya syuhada. Success is dcided by Him. If Allah dcdd sum1 to win today,its not goin to b frver. If Allah dcdd sum1 to loose,failed,dtriorated, it also doesnt meant to b frvr. Sbb Allah kn prglirkn luka tu. Its not goin to be frvr. May the brighter days belong to u tomoro and hereaftr.JzKK ats psnn td. Mgkin ana xkan sfhm tu sbb x brda di tmpt enta. Ibu ayah hnyalah pnjmn cuma. Sma spt ank2,hrta...”-maaf, ini bhs sms...

Wednesday, March 25

Inilah saya, anda pula siapa?

"Dedikasi MURABBI buat MUTARABBI"

Siapa saya?

“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah Negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni..”

Justeru saya pun berseru…

Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutuiNya

Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerah diri.

Inilah saya, anda pula siapa?

-Sang Murabbi-

Tuesday, March 24

MATI: Apakah ‘falsafah’ disebaliknya?

Bismillahi La Quwwata illa Billah!

Eh.. Mak? Kenapa mak datang sini?.. Bebel nenek sambil memandang sudut bilik hospital. Dah sebulan nenek sakit tenat. Sebulan terlantar tak pernah ada ‘nafsu’ nak bercakap. Tetiba hari nie, entah macam mana ‘ibunya’ pula muncul..

Bagaimana moyang saya yang dah berpuluh tahun meninggal boleh muncul kat hospital? Adakah ini petanda sakratul maut sudah makin hampir..

Kubur sinonim dengan mati... Orang yang takut kubur selalunya takut akan mati.

Mak.. Mengucap mak.. Mengucaplah “Laailaaha’illallah” .. Ibu yang menjadi teman pendamping nenek tidak lupa-lupa mengajarkan kalimat syahadah buat nenek. Apatah lagi bila nengok nenek ‘lain macam’ je pagi tue.. Alhamdulillah.. Nenek mudah nak mengikut.. Mudah nak mengucap. Bahkan, syahadah menjadi zikir sepanjang terlantar atas katil putih.

Beberapa ketika kemudian.. Nenek pun kaku tak bernyawa.. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun!

Allah telah memanggil ruhnya untuk menghadap setelah dipinjamkan kepada sebuah jasad yang dipanggil ‘nenek’..

Tinggallah anak, cucu, cicit, pipit, dan apa yang sewaktu dengannya.. Tinggallah juga kambing kesayangan, kebun belakang rumah yang penuh dengan rambutan, sawah padi yang terbentang menghijau, kolam ikan yang penuh dengan talapia kerana semuanya adalah fana.. Kecuali bekal amal dan iman yang sudi menjadi teman ke alam baqa’..

Cuma sekali-sekala, adalah doa anak-anak yang datang menjenguk. Beruntunglah ibu bapa yang punya anak soleh!

Moga Allah merahmatimu nenek..

Peristiwa.. Bila ada peristiwa mesti ada sebab kepada berlakunya satu peristiwa.. Dan orang yang bijaksana adalah orang yang bila mana ia memandang peristiwa.. Dia mampu terbitkan MAKNA dari peristiwa.. Makna yang boleh memandu kepada hikmah serta pengajaran..

Begitu juga dengan kematian.. Kematian adalah peristiwa.. Dan jikalau kita mahu tergolong sebagai orang bijaksana, maka kita mesti mampu mencari makna atas peristiwa kematian.. Bahkan kata Nabi, bukan setakat tahu makna sahaja tapi perlu punyai kesediaan menghadapi peristiwa mati!

Hakikatnya.. Tiada siapa di dunia ini yang mampu menolak ‘lamaran’ malaikat maut.. Apabila ia datang ‘meminang’.. Maka, tidak akan dipercepatkan walau sesaat dan tidak juga dilambatkan walau sesaat!

Tidak ada alasan; aku belum bersedia.. Nak tangguh minggu depan boleh tak? Atau.. Jap-jap.. Bagi aku masa lima minit.. Nak solat zohor dulu! Ataupun lagi teruk, Eh! Bukan dalam ‘schedule’ aku mati tahun depan? Apesal lak kau datang awal nie?? (Opss, Jangan ketawa. Ini bukan lawak..Then, memang takdelah respon macam tue!)

Itu sebab peristiwa kematian sering berlaku secara tiba-tiba.. Ada yang tak disangka langsung. Minum kopi petang-petang dengan anak bini tiba-tiba boleh mati??.. Mulalah manusia mencari ‘makna’ kematian secara zahiriah.. Apa penyakit? Lantas bedah siasat dibuat! Kesian mayat yang punya keluarga yang tak faham-faham lagi makna kematian...

Autopsi dengan hanya 'mata pisau' tanpa 'mata hati' pasti tidak ketemu 'makna' kematian...

Penyakit itu sekadar ‘makna suratan’.. Bila anda berpenyakit, anda ada potensi untuk mati! Tapi apakah ‘makna siratan’ disebalik peristiwa mati (Talkin dibaca untuk bagi khabar tersirat. Tapi, sayang tidak semua faham. Tidak faham sebab talkin dalam bahasa Arab satu hal juga..).. Itu yang manusia sering terlepas pandang.. Maka ramailah manusia yang ambil remeh akan peristiwa kematian dengan alasan dia tidak punyai penyakit! Manusia menjadi lalai.. Walhal bukanlah penyakit yang mendorong peristiwa kematian.. Penyakit itu cuma pelengkap asbab.. Asbab sebenar ialah Allah SWT!

Dialah pendorong dan Dialah penentu kepada tarikh kematian kita (Satu soalan.. Bila anda akan mati??)...

Sambung cerita nenek..

Jenazah nenek dibawa ke rumah Pakcik sebelah mak.. Petang itu juga dimandikan dan dikafankan.. Alhamdulillah semua ahli keluarga dapat berkumpul. Cucu-cucu nenek yang ada kat KL, bergegas balik semata-mata ingin bertemu dengan jenazah nenek (Tapi, kenapa orang “lebih gemar” bertemu dengan jenazah berbanding ketika jasad orang itu masih hidup?? Entah! Aku pun tak faham).

Tangisan sanak-saudara kedengaran di sana-sini. Semua bersedih.. Semua sayang nenek.. Semua cinta nenek.. Tapi, apakan daya.. Nenek kena menghadap Allah. Memang benar nenek sayang cucu.. Nenek sayang cicit.. Tapi, nenek lagi sayangkan Allah! Dan moga-moga Allah itu sayangkan nenek juga...

myikhwanfiideen, engkau menangis juga kah? Eh.. Saja nak tanya aku pula.. Nak cakap tak menangis, itu menipu namanya.. Nak cakap menangis, kantoilah..

erm.. Soalan saudari tue kita KIV jawapan dia ke tahun depan ye.. Nape plak? Eh.. Tanya lagi.. Sekarang nie awak nak jawapan kan? So.. Suka hati akulah nak jawab bila.. Kalau kau nak, kau jawab sendirilah.. hehe.

Nenek.. Moga Allah merahmatimu...

Mati.. Peristiwa mati selalunya disandarkan dengan kesedihan.. Manusia akan menangis bila mendengar berita kematian. Apatah lagi bila si mati itu adalah orang yang tersayang atau orang yang terdekat. Itu sudah menjadi “falsafah kematian” bagi setiap orang! Malah, ada orang akan kaget bila ‘diugut’ dengan kematian ahli keluarganya.. Ibu bapa contohnya.. Misalannya sahaja dalam slot malam penghayatan (sesetengah program motivasi)..

Adik-adik.. Tidakkah adik-adik sayang dengan ibu-bapa adik-adik..? Sanggupkah adik-adik kehilangan mereka... Bagaimanakah bila mereka sudah tiada..? Berderum suara esakan peserta-peserta kem (Sampaikan jatuh pengsan pun ada..).. Sebab apa menangis..? Sebab kaget.. Kaget dengan ugutan peristiwa kematian ibu-bapa mereka.. (Moga dengan itu mereka bisa lahirkan sebuah keinsafan!)

Falsafah mati dalam ruang pandang kesedihan biasa kita temui dalam masyarakat.. Sebab sedih itu fitrah! Fitrah yang sesuai dengan peristiwa mati.. (Yela.. Takkan pula kalau ahli keluarga kita meninggal, kita suka.. Itu kurang ajar namanya..)

Tapi, pernah dengar tak satu kisah..

Seorang perempuan tua datang menemui Nabi dalam keadaan bersedih.. Lalu Nabi bertanya.. Mengapa engkau bersedih wahai ibu? Aku bersedih sebab aku tidak punya anak lagi untuk di hantar syahid ke medan perang bersamamu ya Rasulullah!—Bukan bersedih sebab anaknya ‘mati’.. Tapi bersedih kerana tiada lagi anaknya yang boleh dihantar untuk ‘mati’! (Eh.. Ada pula orang macam tue ek)

Bukankah kematian As-Syahid Ahmad Yassin itu menyuburkan lagi intifadha umat islam di Palestina??

Mengapa tidak.. Sekarang pun masih ada yang berpegang pada “falsafah kematian” sebegini.. Tengok saja wawancara ibu-ibu di Palestina.. Setiap hari kami akan lahirkan benteng-benteng manusia yang akan melindungi Baitul Maqdis dengan jantung mereka! Subahanallah! Hebat bukan.. Kematian bukanlah konotasi kepada kesedihan.. Bahkan! Kematian anak-anak dan suami mereka menjadi satu kebanggaan.. Kebanggaan bukan hanya pada si ibu tapi untuk berjuta umat Islam yang ada di dunia! Inilah “falsafah kematian” yang tertinggi—Mati menjadi “keseronokan”!

Lihat sahajalah betapa Allah itu juga amat “seronok” menerima mereka yang mati dalam keadaan “seronok”...

“Wahai jiwa yang TENANG! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha (“seronok”) lagi Aku juga redha (“seronok”) denganmu.. (Surah Al-Fajr: Ayat 27-28)

MATI...

Kita bimbang dan sedih bila orang lain mati.. Macamlah kita tak akan mati.. Walhal kita juga mati, cuma masa mati yang tak sama (Kalaulah esok kita akan mati.. Macam mana ek kita malam nie..? Mesti Qiam tak henti-henti kan..)..

Kita berfalsafah dengan kematian orang.. Ada yang rasa sedih ada pula yang seronok.. Tapi pernahkah kita berfalsafah dengan kematian diri yang pasti akan tiba? Seronokkah kita ketika tengah nak mati nanti..? Atau sedihkah kita bila mati menghadirkan diri..?

Dan sebenarnya yang semestinya paling kritikal untuk difalsafahkan ialah..

“Seronokkah” Allah menyambut mati kita..? Ataupun sebaliknya, betapa Allah itu “bersedih” kerana ‘terpaksa’ mengazab mati kita??

Mati adalah jalan.. Jalan menuju maha Pencipta.. Azabkah atau rahmatkah jalan yang kita pilih semua itu perlu di rujuk cepat-cepat pada MANUAL sebelum due date kematian tiba.. Yakinlah bahawa turunnya wahyu bukan sekadar ‘FALSAFAH’ bahkan ia juga adalah ‘MANUAL’!

-myikhwanfiideen-

Jenazah-Lot 1443,

Tanah perkuburan Islam,

Kampung Merabau...

____________________________________________

Entry ini dedikasi buat:

Sahabat sekelas Eddy yang kematian ayahnya dua hari lepas.. Buat Adik tersayang, Sdr. Firdaus Abd Rahman, Timb. Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UTM yang juga kematian ayah beberapa minggu lepas.. Dan juga semestinya dedikasi ini buat saya dan 8 orang adik-beradik lain kerana pemergian Ayah pada 2007 yang lalu..

-Sayangilah orang tersayang sebelum sayang itu menjadi sayang ia sudah terlambat!-

Monday, March 23

Just a little bit "sharing"..


Bismillahi La Quwwata Illa Billah.

Apa khabar rakan-rakan semua? OK ke KO?

Insya Allah sihat harapnya… Sihat ‘fizikal’ mahupun ‘rohaninya’.

Saya baru balik (tue pun nak kecoh!)

Saya baru balik daripada industrial visit di Lumut Perak. Terasa sangat lama rasanya berpisah dengan blog tersayang (walaupun bukannya best sangat pun, ^^).

Alhamdulillah pagi nie baru ada kesempatan nak menjenguk saudara-saudara semua.

Hmmm… banyak sebenarnya nak dikongsi (walaupun takde orang nak baca) sepanjang pengalaman bermusafir. Even musafir yang tak seberapa jauhnya (yela, sekitar malaysia jer) tapi asalkan berjumpa dengan manusia maka pasti ada ceritanya... Cerita dan ragam yang tersendiri. Lalu ragam tadilah yang memberikan pengajaran buat hati yang memerhati.

Ibarat kita melihat binatang..

Let say binatang kat zoo lah (tapi saya tak pegi zoo).. Bila kita nengok ragam binatang dalamnya pasti kita ada something cerita yang boleh dikongsi.. Ala.. Kalau kita tengok singa umpamanya, singa tue kan GANAS! So pengajaran dia, walaupun singa ganas tapi ‘pak dia’ tetap tahu nak jaga anak! Bukan macam sesetengah ‘pak manusia’.. Anak dibuang dalam tong sampah! (boleh terima ke?? Ala.. Tak kisah la.. Suka hati aku nak tulis apa..)

First time visit site ngan member-member sekelas..

Nie project ape plak nie? Hmm..Entah apa-apa ntah la budak2 nie..

Macam-macam manusia yang ada. Dan semestinya macam-macam ragam dan tabiat yang terkeluar (buang tabiat pun ada!).. Saya pun terpaksa layan.. Layan je (yang tak betul, saya tak layan la).. Alahai Zul... Bila lagi nak enjoy?? Kan dah nak tahun akhir nie.. Hmm, pandai diorang sakat aku heh.. Aku pun perli balik la.. Hmm, takdelah pula Tuhan cakap.. Kalau kamu tahun akhir, so dosa dan pahala KIV sebentar!

Selesai industrial visit.. Saya memilih jalan sendiri meninggalkan kekawan yang berkarenah dalam bas.. Saya menyinggahkan diri ke KL.. Kuala yang banyak Lumpur itu..^^..(dulu KL terkenal dengan lumpur sebab tempat lombong.. Now, lumpur ape plak ada kat KL ek? Lumpur m*****t kot.. Kawan cakap.. Bukan saya. Orang KL, jangan marah saya..)

Kawan baik saya kahwin! Akhirnya si Hafiz yang ramai peminat itu bertemu jodohnya =)... Ini antara sebab saya memaksakan diri untuk menjejak kaki ke tempat yang berLumpur itu. Melihat kawan baik kahwin.. Harap-harap ‘berkat’ tue turun kepada orang yang hadir.. Jadi, sekaligus saya pun akan terkena ‘berkat’. Ceh! Pungguk rindukan bulan nie (Saya bukan pungguk.. Saya manusia)..

1-0..

Kau cabar aku Fiz..? 1-0 kamu kata?.. Huhu.. Tengoklah nanti.. Saya akan bolos kamu 2-1.. Hehe.. Takldelah fiz.. Aku mengaku kalah la.. Sekali-sekala kalah takpa. Sebab aku dah puas menang selama nie. So, part nie aku bagi kau menang pula.. Sebab aku kesian nengok kau. Asyik2 kalah! (Ceh! Pandai sungguh aku kilas.. Walaupun asalnya terkebil-kebil juga tengok dia. Saya doa kamu berdua sentiasa bahagia ya!)

3 orang 'jejaka' kat belakang tue tak malu ke tumpang sekaki..?

Habis majlis saya pun bercadang untuk pulang. Sebelum tue sempat kirimkan ucapan buat Ibu tersayang di kampung. Kirim melalui adik. Adik balik untuk cuti yang panjang until july (Seronok lah tue!)..

Tapi kembara tidak habis di situ..

Kebetulan seorang sahabat ajak saya melawat makciknya dekat Kajang. Ziarah sambil makan malam katanya.. Makan? Macam best offer nie. Ok.. Layan juga la (yang tak betul; maaf saya tak akan layan). Wow! Subhanallah!.. Saya teruja.. Really excited. Bukan excited tengok anak dara dia (Astaghfirullah.. Budak-budak nie selalu fikir benda lain).. Saya teruja tengok rumah makcik tue yang penuh dengan rak buku. Rak buku yang dipenuhi buku (kalau rak buku yang kosong buat ape?).

Makcik.. Buku Shiekh Sayyid Nasih ‘Ulwan nie cerita pasal apa? Saya sengaja ‘ngetest’. Saja nak tahu makcik tue kategori “baca buku” atau “pamer buku”.. Tapi.. Aduh! Saya salah orang nampaknya.. Bukan setakat dia bagitahu sinopsis, siap berceramah panjang dengan saya. Pakcik sahabat saya tadi seronok tengok saya diceramah!

Kamu pernah baca Quran? (Aik.. Nie soalan bola tanggung nie). Mestilah makcik.. Saya baca Quran hari-hari! (Saya menjawab dengan ‘poyo’. ‘Poyo’ bersebab kata sahabat saya.. Ek eleh, dia tue lagilah—diam seribu bahasa). Kamu paham apa yang kamu baca?? Hmm.. Bolehlah sket-sket.. Nah! Kamu bukannya betul-betul membaca Quran. Sebenarnya kamu mengeja Quran!

Orang yang membaca ialah orang yang memahami apa yang dia baca. Contoh.. Kalau kita sebut pen.. Kita boleh bayangkan rupa bentuk pen tadi. Kita tahu apa fungsi pen buat manusia. Senang cakap, kita boleh kenal dan arif akan benda yang kita ungkapkan.. Itu barulah membaca! Tapi, kalau setakat boleh sebut tanpa faham.. Itu mengeja namanya.. Ibarat seorang budak yang belajar mengeja B.U.—bu, K.U.—ku; buku. Tapi sayang, si anak tadi tak ‘kenal’ apa itu buku..

Saya diam.. Menjadi Pak Fikir sebentar. Mengimbas lalu memateri hikmah yang dilontar oleh makcik tadi ke dalam hati. Ya.. Saya manusia yang percayakan bahawa hikmah itu boleh datang dari mana-mana makhluk yang punya ilmu.. Hikmah bukan milik orang PHD sahaja. Bahkan, hikmah boleh keluar dari seorang tukang sapu DBKL!

Jadilah kita ‘pemungut hikmah’! Macam mana nak kenal benda tue “hikmah” atau “sampah”?? Nie pun satu persoalan juga.. Hmm.. Hanya pakar yang boleh mengenal manikam. Hikmah itu ilmu. Maka ilmu jugalah yang bisa mengenal akan ilmu. Maka.. Jadilah pemungut hikmah yang berilmu.. Upgrading Ourself!

Sebelum balik makcik menghulur satu buku.. Wah! Sekali lagi saya teruja (Asyik-asyik guna bahasa teruja.. Habis? Dah perkataan nie je yang aku tahu..). Saya dihadiahkan buku yang sudah lama saya cari-cari.. (Makcik nie macam tahu-tahu jer isi hati saya =).. Perasan! Kata sahabat saya). Alhamdulillah buku BEDIUZZAMAN SAID NURSI—Sejarah Perjuangan dan Pemikiran pasti menjadi teman saya atas bas malam nie! Lagipun buku nie susah nak cari sebab dia hanya release melalui penerbit UKM..

|Puduraya, 11 malam|

Lemas dengan gelagat dan ragam manusia.. Saya pun melilau mencari kedai-kedai buku yang best sekitar Pudu (Hmm.. mulalah lah tue.. Mula la buang tabiat kata kawan saya).. Ya, perangai membeli buku walaupun kekadang tak sempat dibaca sudah menjadi tabiat saya. Harapnya keturunan saya pun berkongsi tabiat yang sama. Ini bukan tabiatlah.. Ini Budaya.. Cewah! ^^ (Kalau ada duit takpa.. Entah berapa ringgit je kat poket tue.. Eh! Ko sibuk apesal??. Hehe..)

Satu RASA dua HATI—Ust Pahrol Mohd Juoi.. Erm.. Macam pernah tengok buku nie.. Kat mana ye? Owh ya.. Abi Saif pernah sentuh isi buku nie dalam satu entry beliau.. Hmm. Patutlah.. Saya pun membelek buku Ust Pahrol then buat screening sat.. Best! Memang bagus.. Santai tapi bolehmenusuk kalbu dan mampu mencanai sikap! “Persediaan mesti dibuat sekarang bukannya nanti!” Itu prinsip..

Membaca tue budaya dan bukannya buang tabiat! Biar miskin harta asalkan kaya akal!

Saya seluk poket.. Ada duit ker?? Kuikuikui.. memang duit tak cukup.. Alhamdulillah duit tak cukup. Adalah hikmahnya tue.. Pok! Tetiba bahu saya disentuh seseorang.. Eh Syukrani rupanya (sahabat lama). Nak beli buku ker? Yup.. Tapi duit tak cukuplah (nada sedih dan muka seposen).. Nah! Ambik nie.. Ye? Saya buat-buat tak percaya (padahal mahu, itu strategi supaya tak kantoi). Alhamdulillah.. Syukreye! Duit sudah cukup! Adalah hikmahnya tue.. Hikmahnya—Allah memang nak saya baca buku nie!

|Puduraya,11.30 malam|

Saya naik bas (kawan kehairanan nengok saya jinjing satu buku baru..). Dari mana dapat duit? Dari langit! Allah turunkan manna wa salwa! (Huh, puas hati aku..(“,) ).

-myikhwanfiideen-

Copyright reserved.