Tuesday, September 8

Jom! Kita join skim TLT.

Salam Ramadhan Kareem!

Alhamdulillah, pagi nie Allah masih beri kesempatan kepada ‘YB (yang berjasa) Jari’ untuk mencuit papan keyboard..

Saja nak berkongsi something..

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui”—Al-Baqarah:261

Tijarah Lan Tabur!

Sekadar hiasan. Tidak ada grafik yang sesuai untuk menggambarkan situasi sebenar!

Ok.

Let say, sahabat-sahabat menginfakkan RM 5.. Kita amik minimum value lah ye.. Then, Allah perumpamakan dalam ayat tadi,, infak seorang mukmin dengan sebutir benih.. So, kita amik analogi mudah;

RM 1 = 1 butir benih..

Kemudian..

Allah berjanji.. Dari sebutir benih akan keluar 7 pohon.. (pokok ape ek yg bole tumbuh 7 pohon dari satu butir benih?? Ntah.. Saya pun tak xplore lg.. Tapi, jgn fikir bende tue.. Itu urusan Allah.. Inikan satu prumpamaan cuma.. Kun Fa yakun! If Allah nak.. Allah bole buat! Itulah iman yg perlu ada..)

Sambung cerita..


Dan Allah dah janjikan bagi setiap pohon tadi akan berbuah sebanyak 100 biji.. Ok.. Ambik balik RM 5 yang kita infaq tadi.. (Yang kita kadang-kadang rasa sangat kecik tue.. Tapi, di s
isi Allah sangat besar jumlahnya.. Dgn syarat perlu ikhlaskan niat!)

RM 5x7.. Dapat RM35.. Then, RM 35 x 100.. dapat brape? Dapat RM 3 500!!

Subhanallah!!.. Kita infaq RM 5 je, tapi boleh berganda-ganda sampai RM 3 500! Itu nilai ‘pasaran dunia’.. Nilai akhirat hanya Allah saja yang mengetahuinya.. Hebatnya ganjaran ya
ng Allah tawarkan!

Tak caya juga??

Ok. Takpe.. Boleh pergi satu kaunter.. Nama kaunter tu, “Kaunter Mizaan”. Kat situ boleh tanya nilai ‘currency’ saham yang kita laburkan.. Tapi, nak sampai ke kaunter tue kena lalu beberapa ‘rumah-rumah kedai’ lagi.

First.. ‘Rumah kubur’..

Second.. ‘Rumah Mahsyar’..

Ini bukan 'Mizaan'..

Dan pastinya, cukuplah kat rumah yang first tue,, kita dah YAKIN betapa bernilainya RM 1 yang diinfakkan! Tapi.. Apakan daya.. Nasih sudah menjadi bubur!

Jom! Kita join skim TLT.

Nak melabur..? Nak kaya? Nak skim cepat kaya??

Melaburlah dengan skim TLT!

(Kaunter dibuka 24 jam dan promosi besar-besaran sempena bulan ini.. Ingat! Promosi gempak ini hanya boleh didapati 1 kali setahun sahaja..)

Skim ‘Tijarah Lan Tabur’.. Iaitu skim perniagaan yang tidak pernah ada risiko untuk rugi!

Bukan setakat tiada RISIKO RUGI.. Bahkan UNTUNG yang melimpah-limpah.. Mana ada skim setakat ini yang mampu tawarkan pulangan JUALAN RM 3500 daripada BELIAN sekadar RM 5 dalam masa kurang 1 saat!

Melaburlah pada jalan Allah.. Nescaya anda ‘KAYA’.

***

Salah satu iklan TLT sempena Ramadhan yang mulia ini:

No comments: