Wednesday, May 26

Assalamualaika ya Rasulullah...


Di bawah kubah hijau inilah tempat bersemadinya baginda Rasulullah SAW.

Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya perjalanan Kembara di haramain (dua tanah suci) selama 11 hari berjalan dengan lancar.

Banyak yang ingin ditulis dan mahu untuk dikongsi... Tapi bukan sekarang. Rasa seronok bertemu Rasulullah SAW masih terasa walaupun kaki sudah berjejak di Malaysia.

Terlalu sayu untuk meninggalkan dua bumi haramain ini, entah bila lagi akan ke sana...

Apapun mudah-mudahan setiap dari kita dipermudahkan oleh Allah SWT dan dipilihNya sebagai Dhuyufurrahman (tetamu Allah).

Beberapa keping gambar Kenangan:

Di hadapan pintu ke Perkuburan Baqi'. Ramai sahabat Rasulullah di sini termasuklah isteri baginda Ummul Mukminin Saidatina Aisyah.

Pengajian di Universiti Madinah.

Masjid Quba'. Masjid pertama yang dibina oleh baginda Nabi SAW.

Kilang percetakan Quran Rasm Uthmani.

Bukit Rumat di Jabal Uhud. Banyak kisah 'ibrah di sini...

Insya Allah... Doakan Travelog kami dapat ditulis secepat mungkin.

Ameen...

3 comments:

daeimuslimah said...

slm tuan...
alhamdulillah dh sampai ke tnh air.
jeles ana tgk gambar2 tu.bkn rezeki ana utk bersama rmbgn..walimah itu asbab kebetulan sj.
btul tuan nk hasilkan travelog?ana doakn usha tuan berjaya...dan pasti ana akan pembaca setia.ana doakn sgl urusan tuan dipermudahkn.

myikhwanfiideen said...

walaikumussalam...

masih mgumpul idea utk travelog. Jari blum brlari di atas keyboard... Demam brpisah bumi Amnbiya masih belum kebah.

daeimuslimah said...

syafakallah...