DALAM KENANGAN: KELAS 4 IBNU RUSYD
“Bangun... Bangun... Bangun....” Suara ustaz Naim kedengaran di penjuru Koridor. Warden asrama merangkap HEM sekolah.
“Ish! Orang ni lagi.” Getus satu suara. Kenal benar suara itu.
“Bangun... Bangun.... Pelajar putra bangun! Waktu subuh dah dekat.” Suara tadi sudah semakin hampir dengan bilik Form 5. Sepantas kilat Fadhli meloncat dari katil. Menolak selimut ‘musim sejuknya’ ke tepi.
Plap! Lampu kalimantang dipasang.
“Cepat... Cepat... Ustaz Naim dah datang!” Jerit Fadhli.
“Haaa... Ustaz Naim???” Tup tap tup tap. Bunyi tapak kaki kedengaran. Semua melompat di depan Locker. Macam ada suis yang ditekan.
Walhal mata masih pejam lagi!
“Fadhli! Semua anak buah kamu dah bangun?” Terpacul Ustaz Naim di depan pintu Dorm 10.
“Dah ustaz...” Jujur.
Mata Ustaz memerhati 12 pemuda yang berdiri di depan locker. Sempat tersenyum seketika.... Nie tidur style berdiri ke ape?
“Baik. Jangan sampai masbuq ye!” Ada nada tegas di situ.
Hilang sahaja bayang ustaz, terjelopok jatuh separuh dari 12 pemuda tadi. Kehilangan roh barangkali!
TARBIYYAH RABBANIYYAH
Grrrrrrrr. Grrrrrrr. Grrrrrrr.
“Napa dengan kau ni?” Tanya Muaz kepada Rijuan....
“Sejuklah! Bukan macam kau... Kat kutub utara pun boleh hidup.” Ejek Rijuan.
“Haha... Lain kali kalau dah tahu badan kurus macam unta, tak usah pergi mandi. Basuh tahi mata je.” Balas Muaz.
Subhanallah.....
Kedinginan pagi yang tembus ke tulang sum-sum. Tambah pula dengan air kolah yang disejukkan embun malam. Inilah mujahadah subuh. Menyeduk air satu persatu dan kemudian menuangkannya di atas badan... Membersihkan tubuh kerana sebentar lagi akan menyahut seruan ilahi.
Allahu Akbar Allahu Akbar!
Subuh pun tiba.
Anak-anak putra Sekolah Agama berpusu-pusu menuju surau yang cuma 50 meter dari ASPURA. Inilah tarbiyyah kepada mereka. Juga tarbiyyah rabbaniyyah kepada kami anak-anak generasi sekolah Agama yang akan menjadi duta satu masa nanti. Ameen...
Bacaan surah Sajadah dari Ustaz Naim menggamit suasana subuh. Gemersik merdu suaranya menyentuh hati-hati anak murid yang ada.
Mungkin sudah ada yang terlena... Tapi insya Allah ramai lagi yang berjaga.
“Eh... Dah bangun ke budak-budak tadi?” Baru sahaja kaki nak melangkah, Fadhli teringat 5 sahabat yang masih melayan mimpi sebentar tadi.
Astaghfirullah. Cepat-cepat kakinya berpusing ke Dorm 10.
“Ya Allah! Hoi... Bangun!!! Dah rakaat pertama!”
JUJUR PADA ALLAH
Assalamualaikum warahmatullah..... Imam memberi salam.
Ustaz berkalih duduk menghadap saf anak muridnya. Kelihatan 6 orang pelajar putra masbuq di belakang!—Wirid dialunkan bersama-sama sehinggalah selesai doa...
“Fadhli! Kenapa masbuq?? Ustaz kecewa dengan awak...”
“Tadi, ustaz kejutkan bilik kamu engkaulah yang paling awal bangun. Alih-alih engkau pula yang jadi imam masbuq!”
“Ustaz...” Fadhli cuba bersuara. 5 orang sahabat tadi mula merasa bersalah.
“Sudah... Ustaz tak nak dengar alasan kamu. Sekarang keluar dari Surau dan pergi buat kerja amal!”.
Perintah Ustaz Naim tanpa memberi peluang bersuara.
......................
“Fadhli, minta maaf ya... Engkau pula yang kena marah walhal semua ni salah kami” Ucap salah seorang dari 5 sahabat tadi.
“Jom... Kita jumpa ustaz jap. Kita explain cerita sebenar...” Cadangnya lagi.
“Tak perlu.... ‘JUJUR PADA ALLAH’ itu sudah cukup.” Noktah.
Semua tergamam......
Dalam diam kata hikmah itu dipateri di dalam hati!
MASIH JUJURKAH KITA?
Serasa saya, sudah hampir 7 tahun meninggalkan sekolah itu. Kenangan pun sudah semakin pudar dari ingatan.
Bunyi suara ustaz Naim membangunkan kami sudah lenyap ditelan masa.... Hanya tinggal kenangan. Kini, tiada lagi suara itu.
Kalau dahulu ia dibenci, mungkin sekarang ramai yang merindu.
Ibaratkan seolah seekor kambing yang dilepaskan dari ikatan... Dibawa keluar dari kandang. Diletakkan di dalam hutan seorang diri. Tiada lagi gembala, tiada lagi Ustaz, dan tiada lagi peraturan..
Kalau dahulu masbuq sekalipun sudah ada yang menegur, hari ini tinggal solat sekalipun tiada siapa yang tahu... Kerana sekarang hanya kita dengan Allah sahaja.
Kalau dahulu tak pakai stoking pun sudah ada ustazah yang membebel, hari ini engkau buang tudung sekalipun tiada siapa yang menghalang. Kerana sekarang tinggal hanya kita dengan Allah sahaja.
BERUNTUNGLAH MEREKA YANG MASIH JUJUR!
Jujur itu bukan pada Ustaz ataupun pada Ustazah...
Jujur itu hakikatnya kita dengan Allah!
4 comments:
Assalamualaikum, Thanx bro. Beautiful post.. :) (2 thumbs up) terimbau tapak kaki ust naim, cubitan ustzh wan and rotan ust wan. Ana amat setuju. jauh bezanya kesan jujur dgn Ustzh dan ust berbanding dgn jujurnya kita dgn Allah.
Walaikumussalam wabkth...
Alhmdulillah... Prigtn brsama utk penulis jg.
ana jadi teringat dengan seorang Ustaz yang sama kebiasaannya dengan kebiasaan ustaz naim menggerak subuh.. Ustaz Yahya Lebai Mat di SMKA Baling.. betapa setelah bertahun meninggalkan sekolah.. ana jadi terkenang yang kita sekarang hanya dengan Allah.. sudah tiada sapa yang mahu menegur itu ini.. mahu mengingatkan.. alangkah indahnya saat itu
MasyaAllah ya akhi...terimbau kenangan lalu.. kta la sebilik tu...
ada msa, mari kta berbakti di semai kembali..(kejutkan adik2...hehehe:)
Post a Comment