Travelog: Pengalaman Hajarul Aswad
Pagi jumaat di Bumi Barakah Makkah Al-Mukarramah.
Peristiwa paling ajaib saya lalui. Ketika itu saya memilih untuk iktikaf di masjid selepas waktu subuh sehinggalah matahari mula meninggi.
Hari jumaat itu adalah hari ke-3 kami di Makkah. Tapi, peluang untuk mengucup Hajarul Aswad macam mustahil. Terlalu ramai manusia. Semua berebut-rebut utk menciumnya.
Saya.... Saya teringat kata-kata Saidina Umar tentang Hajarul Aswad. "Aku tahu engkau hanyalah batu. Kalau aku tidak melihat RAsulullah SAW mencium kamu, nescaya aku pun tidak melakukan sedemikian rupa..".
Kata-kata itulah yang saya pegang.
Apalah maknanya melakukan perkara yang 'sunat' jika terpaksa melakukan perkara yang 'haram'? Nak cium hajarul aswad, tapi terpaksa bergomol di dalam tanah haram.. Hingga kadang-kadang ada yang terbuka auratnya...
Lalu... Saya sekadar bertawaf mengelilingi Kaabah sambil berdoa, "Ya Allah, aku teringin mengucup hajarul aswad tapi aku tidak sanggup melakukan dosa semata-mata ingin beribadah perkara yg sunat..."
Saya berdoa dan merintih sampailah di hadapan multazam (pintu kaabah)... Antara tempat yang mustajab doanya.
Lama saya berdoa di situ...
Tiba-tiba, saya ternampak dari tepi multazam menuju ke tempat hajarul aswad, ada laluan yang kosong.. Seolah-olah orang ramai yang berebut di hadapan hajarul aswad tidak perasan..
Saya pelik.. "Aik? kenapa org berebut di sebelah sana? Kan ada laluan yang kosong di sini..?"
Hati kecil saya berbisik.. Ini mungkin peluang yang Allah bagi..
Saya pun menuju ke hajarul aswad.. Satu demi satu hinggalah betul-betul tiba di depannya..
Pak Arab sekeliling sibuk tolak menolak.. Saya pula yang berbadan kecil ini 'terlindung' dari atas bahu mereka... Dan Alhamdulillah itulah peluang yg Allah bagi..
Saya sempat mengucup hajarul Aswad dan sempat memerhati di mana kedudukannya..
Untuk pengetahuan semua, hajarul aswad itu cuma tinggal sebesar hujung jari kelingking dan semuanya ada 7 biji. Ia pecah disebabkan pemberontakan oleh golongan Syiah. Mereka mengalihkan hajarul aswad dari kaabah ke tanah Iraq. Apabila pemberontakan dapat dikalahkan, ia dipindahkan semula ke tempat yang asal, iaitu Makkah Al-mukarramah..
Sekian catatan kecil saya...
Moga semua dari kita berusaha untuk kesana.. Bukan untuk kebanggaan. Tapi, ia bertujuan untuk menyahut seruan Allah dan menziarahi Rasulullah SAW yang tercinta.
Hadis Nabi SAW, "Siapa yang menziarahi aku semasa aku sudah tiada, samalah ia menziarahi aku semasa aku masih hidup".
No comments:
Post a Comment