Showing posts with label travelog. Show all posts
Showing posts with label travelog. Show all posts
Wednesday, November 7
Bumi sakura: My 2nd visit
Kemenangan Obama mengiringi persiapan saya ke negara matahari terbit.
Tahun ini sahaja dua kali saya ke sana, bezanya pemergian kali ini adalah undangan khas dari Universiti Kyushu bagi sesi latihan intensif di Kyudai. Empat orang peserta dari Vietnam, Malaysia, Filipina dan Thailand akan berkampung selama 11 hari.
Alhamdulillah urusan persiapan berjalan dengan lancar termasuk urusan mendapatkan Visa. Pengalaman lepas mengajar saya bagaimana berurusan dengan Konsular Jepun yang agak ketat soal kemasukan orang asing ke negara mereka.
Cuma apa yang agak terkilan, saya tidak berkesempatan mengucup pipi anak tersayang sebelum melangkah ke perut kapal terbang. Sedikit sebanyak perasaan itu hilang bila melihat videonya yang dihantar oleh isteri tercinta.
Ya, abi amat berbangga dengan kamu sayang! Ahmad sudah boleh berdiri dan berjalan beberapa langkah. 1 kejayaan yang menginspirasi sang Ayah...
Pemergian kali ini banyak agenda yang ingin dilangsaikan.
Selain membuat latihan, saya juga diamanahkan oleh universiti untuk merealisasikan impian kerjasama dua hala antara universiti dari Borneo ini dengan Universiti Kyushu. Saya mengharapkan 'green light' yang baik dari KU dan ia pastinya akan membantu merancakkan lagi penyelidikan UMS dalam bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan.
Dunia penyelidikan tidak boleh lari dari soal human resource. Pelajarlah sumber utama kemanusiaan yang akan memastikan penyelidikan tersebut berjalan. Penyelia seorang tidak akan mampu membuat semua kerja. Mujurlah jawatankuasa projek menganugerahkan saya bebearpa orang pelajar untuk membantu.
Terima kasih..
Akhir kalam doakan pemergian yang sementara ini membuahkan kebaikan untuk ummah.
Flight saya akan transit ke Kuala Lumpur, kemudian Bangkok, dan insha Allah dijadualkan tiba di Fukouka airport pada sebelah pagi hari Ahad.
Assalamualaikum!
Tuesday, November 6
Mantanani: Harapan anak Pulau
Sepatutnya program korban pada hari kedua Aidil Adha itu berlangsung di Pulau Banggi, Kudat.
Saya (wakil PSS) dan rakan-rakan Yayasan Amal dijadualkan untuk bermalam di sana dan menyembelih 2 ekor lembu korban yang akan disedekahkan kepada para fakir miskin.
Tapi, Allah lebih mengetahui yang terbaik. Jadual berubah, dari Pulau Banggi, Kudat, saya menuju ke Pulau Mantanani, Kota Belud. Kali ini bersama dengan rakan-rakan Muslim Care dan juga pegawai JAKIM serta JHEAINS.
Turut serta dalam rombongan ini beberapa orang anak muda Persatuan Siswazah Sabah (PSS).
Dengar kata (sebelum ke pulau), kami akan menumbangkan 3 ekor lembu untuk program yang julung-julung kali diadakan di situ.
Saya membuat congakan, kalau 3 ekor lembu, campur waktu untuk melapah daging dan membuat edaran, sekuang-kurangnya kami hanya akan dapat berlepas pulang dari pulau sebelum pukul 6 petang. Silap haribulan, kena tidur dekat Pulau!
Alhamdulillah perjalanan ke Pulau pada pagi tersebut sedikit teruji dengan bot yang mengalami kerosakan enjin. Terpaksa menunggu bot alternatif dari pulau beberapa jam, sebelum kembali semula ke jeti perlepasan.
Saya dan rakan-rakan mengambil kesempatan masa menunggu tersebut untuk berjumpa dengan orang-orang kampung. Sarapan bersama di warung dan seterusnya berbincang isu-isu dakwah serta lokal yang berkaitan.
Ya. Ziarah santai sebenarnya punya kesan yang lebih mendalam berbanding program formal yang dianjurkan.
Pukul 10.30 pagi, kami mula bertolak dari jeti ke pulau. Bot yang dinaiki agak besar dan kebimbangan saya dengan lambungan ombak lenyap begitu sahaja. Turut serta dalam bot beberapa orang kampung yang ingin menunaikan hajat ke pulau. Anak kecil mereka (sekitar umur anak saya, Ahmad Yassin) dibiarkan sahaja kepanasan dibawah terik mentari yang menggigit kulit. Kagum! Anak-anak mereka seolah sudah kebal dengan cahaya terik suria tengah hari tersebut... Kalau anak bandar, demamlah jawabnya.
Bunyi deru bot yang memecah keheningan lautan biru sekali-sekala dipecahkan dengan bunyi rakan-rakan bersembang sesama mereka. Saya ambil kesempatan itu untuk berbual dengan pegawai JHEAINS yang sudah 5 tahun menginfakkan masanya berulang-alik dari tanah besar ke pulau.
"Wah... Kira laut ni mainan hidup abang lah kan.." Puji saya. Menghargai usahanya.
"Ndak lah bah.. Sikit-sikit saja." Dia menidakkan dengan loghat Sabah sambil menggeleng-geleng kepala. Merendah diri benar abang ini.
Kami berbual sambil mata dilemparkan pada pulau yang sayup-sayup semakin membesar di hadapan.
Antara masalah di pulau yang memerlukan NGO Islam turun ialah, masalah pembelajaran. Anak-anak pulau memerlukan motivasi untuk mereka bersemangat dalam meraih kejayaan terutamanya di alam persekolahan rendah. Ibu-bapa juga perlu diberikan suntikan motivasi kerana merekalah sumber inspirasi utama anak-anak di rumah. Ujarnya pada saya panjang lebar.
Alhamdulillah... Saya doakan abang ini sentiasa dapat diberi kemudahan untuk meneruskan khidmat. Kita sebagai NGO, sekerap mana sahaja yang kita boleh lakukan untuk turun padang. Itu fakta pahit yang tetap kena telan.
15 minit sebelum tiba di Pulau, beberapa kawanan ikan yang 'terbang' melayang-layang sdi sekeliling bot seolah-olah menyambut ketibaan rombongan kami dengan riang. Saya terkejut! Ini pengalaman pertama saya melihat ikan terbang. Boleh rasanya team National Geographic datang membuat kajian!
"Masya Allah! Jernihnya air..." Jerit beberapa ahli rombongan.
Saya melihat ke bawah. Kelihatan air laut yang tenang dan jernih hingga menampakkan dasarnya. Pemandangan hidrologi yang belum terusik dengan tangan kasar pembangunan.
Bot kami berlabuh.
Seluruh penduduk kampung berbaris ditepi jeti menyambut ketibaan rombongan kami. Macam sambut YB lah pula!
Tentatif kami di pulau ini dimulakan dengan taklimat sepanjang sehari program dan sedikit sumbangan kepada fakir misikin. Sejurus selepas itu, 2 ekor lembu ditumbangkan sebagai ibadah korban yang mana seekor lagi terlepas dan masih dicari oleh penduduk kampung. Ini adalah program korban yang pertama di pulau ini! Kata seorang penduduk kampung.
Ya. Anak-anak muda mereka tidak pernah melihat sendiri apa itu ibadah korban sebenarnya? Mereka hanya mendengar dari lidah para pendakwah yang datang. Jadi program seperti ini sekurang-kurangnya memberi pengalaman kepada anak-anak muda pulau menghayati syiar ibadah korban tesebut. Selain kaum ibu dan bapa mempertautkan lagi ukhuwwah dengan melaksanakan ibadah ini bersama-sama.
Selesai semuanya, kami selamat pulang semula ke tanah besar sebelum maghrib menjelang.
Suara anak pulau yang mengharap kedatangan kami semula ke sana masih terngiang-ngiang...
Insha Allah adik!
P/s-Gambar-gambar penuh di Pulau boleh lawati album Fb saya. Syukran
Friday, May 18
Ibrah dari Bumi Sakura 1
Pesawat Airbus D7 536 ke Kansai International Airport, Osaka
Saya meneliti jam pada paparan ‘smartphone’. Jam baru menunjukkan
pukul 4 petang.
‘Hmmm. Baru 2 jam penerbangan. Ada 4 jam lagi!’. – Hati kecil
berbicara seorang diri.
Rasa ingin mencari teman untuk berbual. Saya pusing ke
kiri. Pemuda Jepun disebelah saya sudah lentok dibuai mimpi. Kebanyakan
penumpang melayan lena dalam penerbangan ini.
Kepala saya menerawang jauh ke bumi Sakura.
Debaran
semakin terasa.
Beberapa jam lagi akan sampai ke bumi matahri terbit itu.
Walhal minda saya sedikit pun masih belum faham selok-belok nanti di sana.
Tambah pula bermusafir seorang diri!
Saya membuka aplikasi dalam ‘smartphone’. ‘Smartphone’
ini baru dibeli beberapa hari.
“Beli lah ‘smartphone’. Nanti boleh buka GPS dekat sana.
Insha Allah banyak membantu” – Teringat kata-kata adik saya. Atas sebab itulah
dengan berat hati saya membeli ‘gadget’ ini. Keperluan bukannya sebagai perhiasan.
Saya membelek beberapa laman sesawang yang diminta oleh
kenalan di sana untuk ditandakan ‘bookmark’.
‘Umeda Sky Building!’. Di sinilah nanti saya akan cari
bas untuk ke Bandar Kitakyushu yang lebih kurang beberapa ratus kilometer dari Bandar
Osaka, bandar yang kedua terbesar di Jepun.
***
Hikikomori?
Entah berapa lama saya terlelap.
Bunyi tangisan kanak-kanak yang duduk di bahagian tengah
pesawat Airbus tersebut menyelinap dalam mimpi lalu membangunkan saya dari
tidur.
Saya memandang kearah keluarga tiga beranak itu.
Si anak berguling-guling dibawah tempat duduk seperti meminta
sesuatu. Si Ibu memegang buku komik berusaha memujuk. Manakala yang
peliknya si ayah langsung tidak peduli akan aksi anaknya. Sibuk mencoret
sesuatu pada ‘gadget’ ipad nya!
Lama saya memerhati.
Selama itulah sang ayah tidak mempeduli.
Kepala saya sukar menerima situasi itu.
Apakah ini salah satu contoh budaya ‘Hikikomori’ yang
pernah ditulis oleh Ustaz Hasrizal? Hikikomori dalam alam perkahwinan! Mungkin
ya, mungkin juga tidak.
Rata-rata penumpang yang memenuhi penerbangan Kuala
Lumpur – Kansai, Osaka pada petang itu terdiri dari orang Jepun yang berkemungkinan
datang melawat Malaysia. Dan kebanyakan mereka melayan ‘gadget’ masing-masing
termasuklah seorang nenek tua yang berada di tempat duduk barisan hadapan.
Fikiran saya tentang ‘Hikikomori’ lesap bila Juruterbang
mengumumkan pesawat sudah memasuki ruangan udara Kansai.
Saya menjenguk di tingkap. Kerlipan lampu seluas mata
memandang ‘berpesta’ menyambut ketibaan kami ke bumi Sakura.
Saya semakin bimbang.
Satu benda yang menggusarkan hati
saya ialah pepatah, ‘sesat mencari jalan pulang!’.
-Insha Allah bersambung-
Thursday, January 26
Travelog: Pengalaman Hajarul Aswad
Pagi jumaat di Bumi Barakah Makkah Al-Mukarramah.
Peristiwa paling ajaib saya lalui. Ketika itu saya memilih untuk iktikaf di masjid selepas waktu subuh sehinggalah matahari mula meninggi.
Hari jumaat itu adalah hari ke-3 kami di Makkah. Tapi, peluang untuk mengucup Hajarul Aswad macam mustahil. Terlalu ramai manusia. Semua berebut-rebut utk menciumnya.
Saya.... Saya teringat kata-kata Saidina Umar tentang Hajarul Aswad. "Aku tahu engkau hanyalah batu. Kalau aku tidak melihat RAsulullah SAW mencium kamu, nescaya aku pun tidak melakukan sedemikian rupa..".
Kata-kata itulah yang saya pegang.
Apalah maknanya melakukan perkara yang 'sunat' jika terpaksa melakukan perkara yang 'haram'? Nak cium hajarul aswad, tapi terpaksa bergomol di dalam tanah haram.. Hingga kadang-kadang ada yang terbuka auratnya...
Lalu... Saya sekadar bertawaf mengelilingi Kaabah sambil berdoa, "Ya Allah, aku teringin mengucup hajarul aswad tapi aku tidak sanggup melakukan dosa semata-mata ingin beribadah perkara yg sunat..."
Saya berdoa dan merintih sampailah di hadapan multazam (pintu kaabah)... Antara tempat yang mustajab doanya.
Lama saya berdoa di situ...
Tiba-tiba, saya ternampak dari tepi multazam menuju ke tempat hajarul aswad, ada laluan yang kosong.. Seolah-olah orang ramai yang berebut di hadapan hajarul aswad tidak perasan..
Saya pelik.. "Aik? kenapa org berebut di sebelah sana? Kan ada laluan yang kosong di sini..?"
Hati kecil saya berbisik.. Ini mungkin peluang yang Allah bagi..
Saya pun menuju ke hajarul aswad.. Satu demi satu hinggalah betul-betul tiba di depannya..
Pak Arab sekeliling sibuk tolak menolak.. Saya pula yang berbadan kecil ini 'terlindung' dari atas bahu mereka... Dan Alhamdulillah itulah peluang yg Allah bagi..
Saya sempat mengucup hajarul Aswad dan sempat memerhati di mana kedudukannya..
Untuk pengetahuan semua, hajarul aswad itu cuma tinggal sebesar hujung jari kelingking dan semuanya ada 7 biji. Ia pecah disebabkan pemberontakan oleh golongan Syiah. Mereka mengalihkan hajarul aswad dari kaabah ke tanah Iraq. Apabila pemberontakan dapat dikalahkan, ia dipindahkan semula ke tempat yang asal, iaitu Makkah Al-mukarramah..
Sekian catatan kecil saya...
Moga semua dari kita berusaha untuk kesana.. Bukan untuk kebanggaan. Tapi, ia bertujuan untuk menyahut seruan Allah dan menziarahi Rasulullah SAW yang tercinta.
Hadis Nabi SAW, "Siapa yang menziarahi aku semasa aku sudah tiada, samalah ia menziarahi aku semasa aku masih hidup".
Subscribe to:
Posts (Atom)
