Rasa ingin
bermonolog dalam blog ini.
Ketika
jari-jemari ini menari di atas keyboard, saya sedang membuat persediaan
terakhir untuk ke Embassy Japan di Kota Kinabalu.
Insha Allah esok saya akan ke sana untuk permohonan VISA bagi memasuki negeri matahari terbit itu.
Insha Allah esok saya akan ke sana untuk permohonan VISA bagi memasuki negeri matahari terbit itu.
……………………..
Tekad untuk
meneruskan kelana ilmu jauh ke Negara Sakura perlukan kepada mujahadah.
Tambah pula mujahid saya, Ahmad Yassin Nasrullah mungkin tidak akan mengekor Abinya buat masa terdekat ini.
Tambah pula mujahid saya, Ahmad Yassin Nasrullah mungkin tidak akan mengekor Abinya buat masa terdekat ini.
Uminya? Ya..
Umminya mahu tidak mahu perlu habiskan housemanship
selama 2 tahun. Natijahnya, saya akan ke sana seorang diri. Tinggallah insan-insan
tercinta di Malaysia buat sementara.
Hmmm…. Agak
berat. Agak payah. Besar cabarannya berjauhan sebegitu rupa. Jika selama ini
saya duduk di bawah bayu dan ulang-alik ke KL, tapi mungkin bila berada di Negara
Sakura tidak mungkin untuk kerap balik ke Malaysia. Kata seorang rakan yang dah
duduk di sana, ‘Kalau supervisor workaholic, setiap masa student mesti ada di
makmal!’. Dahsyat..
…………………………..
Kenapa mesti
Jepun?
Boleh saja
kelana ilmu ini dibuat di Malaysia. Kan banyak universiti yang ada di KL? Bersepah!
Ujar beberapa rakan yang kurang setuju saya mengembara dan terpaksa berjauhan
dengan isteri dan anak.
Banyak kali
saya bertanya dengan Ummu Ahmad, ‘Sayang, setuju ke abang ke Jepun?’.
‘Abang… Saya percaya apa yang abang buat, apapun keputusan abang, sayang tetap setuju dan redha. Sebab sayang tahu, abang pergi bukan saja-saja nak pergi ke sana. Tapi abang nak dapatkan sesuatu yang lebih “berharga” dari segulung skrol phd..’

Alhamdulillah..
Saya menarik nafas lega.
Syukur
padaMu ya Allah kerana mengurniakan isteri yang memahami hingga ke fikrah
suaminya.
…………………………….
Saya
memberitahu kepada diri, kalau sekadar nak pergi Negara sakura untuk
berbangga-bangga, berjalan-jalan, atau melancong ke negeri orang ataupun sekadar
hanya untuk meraih segulung ijazah phd, lebih baik TAK PAYAH!
Sebab tiada
bezanya kita buat phd di Malaysia. Ya, buat doktoral kos di IPT Malaysia pun
boleh dapat phd. So, kenapa nak pegi jauh-jauh??
MAKA, matlamat
ke negeri orang itu kena luas.. Jangan look forward only for your phd!
Di sana antaranya
kita boleh belajar nilai-nilai budaya yang menyebabkan si bangsa mata sepet ini
dipandang oleh seluruh dunia.
Begitu juga rakan-rakan yang sudah menadah kitab di Germany, di New Zealand, Australia, United Kingdom, USA dan etc. Moga anda balik dan berkongsi dengan 1001 kebaikan for our nation... Not only for a scroll of phd.

berjanji kepada diri instead of doing phd, saya nak buat personal research
tentang Japan and Japanese yang mudah-mudahan boleh membantu untuk pembangunan
tamadun kita di Malaysia nanti insha Allah.
Kita bina
semula ‘Dasar Pandang Ke Timur’ yang sudah terkubur….
Allahu
Akbar!
1 comment:
salam perjuangan buat puan di bumi Allah di sana.
Post a Comment