Gugusan bunga di Kota Kitakyushu
Rasa ingin kembali menulis terpendam begitu lama.
Catatan terakhir di helaian kembarasanghamba sudah terlalu usang. Saya kehilangan
kuasa untuk menulis buat beberapa ketika…
Sibuk? Masya Allah, berapa ramai yang lebih sibuk dari
saya. Tapi mereka membuktikan bahawa kesibukan bukan penghalang kepada pena
untuk berdiri dan mencoret sesuatu buat ummah.
Semalam, cerita saudara Azizul tentang buku terbaru Ust.
Zaharuddin yang mencatitkan pengalaman-pengalaman berharga beliau dalam
siri-siri kembara dibeberapa kota raya dunia. Saya kagum walaupun belum
membacanya. Ya, penulisan mampu menginspirasi siapa saja!
Ya Allah, kurniakanlah kami mata pena yang tajam dan
dakwat idea yang bernas. Hindarkanlah dari hati yang mudah beralasan. Jiwa yang
kusut dalam kekelaman.
Moga ada nafas baru.
Bangsa yang menulis adalah bangsa yang berkuasa.
No comments:
Post a Comment