Thursday, July 23

Perlunya ada Rejuvenasi !

Bila kita bercakap soal PENDIDIKAN, makalah setiap dari manusia hari ini semestinya sudah menerima ia sebagai entiti total yang sangat penting dalam kehidupan.. Rasanya tidak ada lagi kaum atau mana-mana bangsa yang ada di dunia ini melainkan semuanya berada dalam proses pendidikan. Cuma apa yang membezakan antara satu sama lain ialah, bagaimana proses itu berlaku? Maksud saya.. Disiplin IMPLEMENTASI yang diguna pakai..

Genghis Khan. Lihat bagaimana beliau mendidik bangsanya dengan suatu ilmu iaitu KESATUAN.

Kalau kita mengkaji.. Apapun sumber rujukan yang kita teroka untuk melihat sejauh mana kepentingan sebuah pendidikan.. Kita akan mendapati mana-mana tamadun yang gagah suatu masa dahulu bukanlah kerana ukuran pencapaian keluasan wilayah semata-mata tetapi juga terangkum aspek sejauh mana proses pendidikan dan perkembangan ilmu yang berlaku di dalamnya.. Bahkan bangsa Monggol sekalipun ia terkenal dengan perangai ‘barbar’, saya kira ia juga melalui proses pendidikan berasaskan disiplin implementasi mereka yang tersendiri..

Hari ini...

Hari ini apatah lagi.. Bangsa yang maju atau bangsa yang berkuasa sebenarnya didasarkan oleh kekuatan dan kemajuan yang terdasar dengan dunia pendidikan mereka.. Barat misalannya, mereka mendahului banyak aspek serta segi kerana kemajuan dan kedalaman pengkajian para sarjana yang mereka ada sehinggalah melahirkan masyarakat yang dilihat sebagai golongan kelas yang mendahului dunia.

Hari ini juga..

Sayangnya, hari ini juga kita yang duduk dalam dunia Islam semakin hari semakin tertinggal. Tambah menyedihkan lagi, kita bukan sahaja tertinggal dalam aspek pencapaian kajian EMPIRIKAL SAINS ataupun FORMULA MATEMATIKA bahkan juga kita tertinggal dari segi penghayatan MORAL dan NILAI ESTETIKA ilmu.. Sedangkan sumber espitimologi ilmu yang tertinggi dalam dunia Islam ialah Wahyu! Bukankah melalui wahyulah Nabi SAW mengeluarkan manusia yang jahiliyyah lantas membentuk sebuah tamadun yang unggul??

Tapi.. Mengapa hari ini kita tidak mampu melakukannya..??

Mereka dulu mampu mempraktikkan sumber wahyu.. Mengapa pula tidak kita hari ini?

Dimanakah silapnya semua ini..? Apakah kita tidak mampu mengekstrak satu lagi jawaban baru kepada kebejatan ini berdasarkan sumber wahyu yang asal? Dan.. Apakah jua kita ‘berpaksa’ berpeluk tubuh lagi dan lagi sementalah kehancuran masyarakat disebabkan pendidikan yang menjahilkan terus menerus berlaku??

Persoalan-persoalan seperti inilah yang sebenarnya sepatutnya dihujankan secara paksa rela dalam benak minda kita.. Kita jangan jadi bangsa atau penganut agama yang REAKTIF dan tidak PROAKTIF untuk sama-sama mencari jalan solusi.. Apakah kita mahu menunggu jawaban dari barat untuk menyelesaikan isu ini melalui sumber tanggapan akal mereka yang sememangnya cetek kalau nak dibandingkan dengan ilmu wahyu!

Apa yang kita bimbangi?

Berwacana akan isu pendidikan, kita tidak dapat tidak untuk melarikan diri bagi meneropong kepada sekolah, yang umum sedia maklumi ia sebagai institusi terpenting untuk menjayakan proses implementasi falsafah sebuah pendidikan! Masakan tidak.. Kira sahaja masa yang berlalu, separuh dari umur yang dihabiskan oleh setiap dari kita ialah berada di sekolah.

Saya tertarik dengan persoalan yang dilemparkan oleh Dr. Siddiq Fadhil dalam program Rejuvenasi baru-baru ini..

Apakah sekolah hari ini sudah menjadi warung kopi? Atau dalam bahasa indonesianya, ‘warkop’. Mengapa dipanggil ‘warkop’??

Bisa sahaja ‘warkop’ namanya.. Kerana orang yang datang ke sekolah akan ditanya.. Kamu mahu belajar apa? Laksana orang ke warung kopi.. Kamu mahu minum apa sih..?

Apa yang boleh kita fahami dari bicara tokoh ilmuwan negara ini ialah.. Sekolah hari ini sudah hilang upaya untuk memanusiakan manusia sebagaimana manifestasi asalnya atas sebab pengaruh POLITISASI dan KOMERSIALISASI! Tuntas hari ini.. Sekolah bukan lagi seperti ‘rumah sakit’ bagi sebuah masyarakat dan bangsa, bahkan sekolah hanya ibarat ‘warkop’ yang menawarkan bilangan punggutan ‘A’ semata-mata!

Antara faktor mengapa perlunya suatu lagi rejuvenasi!

Ini yang paling kita bimbangi...

Apakah penyelesaiannya..?

Membedah dan meneroka untuk mencari suatu solusi ampuh bukanlah satu proses yang mudah.. Mudah laksana memetik jari. Kalaupun wujudnya akan kertas kerja penyelesaian yang dibentangkan oleh para ilmuwan kita, kadangkala ia tidak mampu dilaksanakan sepenuhnya.. Sebab bagi saya, proses mengubati seorang pesakit bukan terletak di atas bahu doktor sahaja malahan ia juga tergantung di pundak si pesakit.. Hakikat ini yang mesti berlaku.

Lalu, atas sebab itulah saya juga rasa terpanggil untuk berdiskusi barang sebentar atas maksud sekurang-kurangnya kita merasa bahawa pundak bahu kita ada TANGGUNGJAWAB bersama untuk mencari jalan selesai serta implementasi bersama. Kita bukan ilmuwan, tapi kitalah penyokong kepada para ilmuwan yang ada.. Menyokong gagasan minda mereka untuk memastikan REALITI berlaku dan umat kita tidak hanya BERFANTASI sepanjang abad!

Mari kita cuba lihat beberapa “pillar” yang saya rasakan penting..

  1. Guru sebagai Dai’e.
  2. Disiplin pada Ilmu
  3. Iklim atau peradaban bangsa
  4. Usaha integrasi subjek

Insya Allah.. Kita sambung akan datang...


p/s- Maaf sebab saya tak mampu nak meneruskan kesemuanya hari ini.. I’Allah kita sambung akan datang. Lagipun semuanya ‘berat2’ belaka (kalu tulis pjg sgt pun, bukan ade yg sanggup baca.. Betul x? =)..

Utk pgthn, ada benda yg sudah disebutkn dlm seminar Rejuvenasi lps sprt integrasi.. Tp, insya Allah sy cuba olah dgn suatu struktur baru yg dirasakn lebih kritikal utk dibuat bg menggntikan struktur integrasi yg lama.

Sunday, July 19

Diskusi sekitar Grad-WORKSHOP 09'

Alhamdulillah!

Usai sudah program GRADUATION WORKSHOP 2009.. Terasa mahu mencoret sesuatu di laman sesawang yang ditinggal sementara waktu.. Walaupun badan masih tidak sihat sepenuhnya, tapi atas kasih-sayang Allah maka sempat jugalah menghabiskan program selama dua hari itu..

Ringkas, santai, tapi mampu mengasak minda untuk berfikir..

Itupun jua yang saya komen dalam borang soal-selidik yang diedarkan oleh AJK Penganjur..

Semangat membentang life planning sehingga tangan hilang?

Ya.. Walaupun program tidaklah seberat program-program kampus seperti yang dilalui ketika tahun-tahun pengajian yang awal, tapi program ini punyai kelainan yang tersendiri.. Sebab, apa yang dibincangkan dan dibahaskan adalah seputar startegi dan kaedah untuk menguasai suasana ALAM LUAR KAMPUS. Alam yang merujuk kepada situasi dan medan sebenar tempat berpencak bagi sesiapa yang mahu menggalas tanggungjawab sebagai Dai’e..

Alam kampus.. Dunia yang sudah ditinggal dibelakang.. Kalaupun orang membicara bahawa alam ini hanyalah tempat seketika untuk beridealisme atau dianggap retorika, tapi sebenarnya ia mengajar banyak perkara.. Sedikit demi sedikit ia menuang kematangan dalam berfikir sehingga proses “MEBUMIKAN sebuah IDEA” dapat direalisasikan di alam luar kampus..

Semua orang tahu.. Semua orang arif.. Apalagi bagi produk yang bergelar Mahasiswa akan bahawa iklim antara KAMPUS dan LUAR KAMPUS sangatlah jauh berbeza.. Kalau di kampus, kita mungkin hanya berfikir untuk beberapa cabang perkara sahaja.. DAKWAH dan AKADEMIK. Itupun sudah cukup memeningkan malah bukan sedikit yang ‘gugur’ awal kerananya.. Apalagi bila melangkah keluar, hakikat sudah menunggu dan memberitahu bahawa beban tadi akan bertambah satu demi satu.. Yang penting ialah DAKWAH pastinya masih nombor satu dan KERJAYA serta KELUARGA menyusul di belakang. Dan kalau mampu seiringkan ketiga-tiganya, itu lagi excellent!

‘Baitul Dakwah’

Tertarik dengan Ustaz Amin dalam pengisiannya mengenai persediaan rumah tangga, lalu terbitlah perkataan baru ini bagi menginterpretasi apa yang disebut sebagai BAITUL MUSLIM sebelum ini.. Betul.. Bahkan saya cukup setuju.. mendirikan baitul muslim sahaja tidak memadai di kala kebejatan yang meruncing sekarang.. Demi itu, hari ini jika sesiapa ada kemampuan untuk berumahtangga maka dirikanlah BAITUL DAKWAH!

Proses pendidikan bagi institusi baitul dakwah adalah bermula dari sini!

Baitul Dakwah sesuai dengan perkataannya sekaligus mencerminkan sebuah rumahtangga yang bukan hanya mengamalkan asas-asas islami dalam kerukunannya, tapi juga melaksana tugas dan taklifan sebagi Du’at..

Abi.. Abi tak pergi Usrah Abiyaat ke hari nie?

Ummi.. Ummi tak pergi Liqo’ Ummahat ke hari nie?

Alhamdulillah.. Kalaulah dua perkataan seperti itu terungkap dari bibir anak-anak sendiri, maka saya kira anak-anak ketika itu bukanlah sudah ‘ancaman’ kepada gerak buat dakwah bahkan ia sudah menjadi ‘mobilisasi’ yang membantu.. Sebab itulah perencanaan rapi yang diadun dengan rasa faham antara dua pasangan semestinya boleh menjawab persoalan; mengapa mereka bertemu lantas berumah tangga..? Maka, sepatutnya tidak ada jawaban lain yang diucapkan melainkan atas tuntutan dakwah!

(Keluar sebentar dari blok pengisian Ustaz Amin)

Galakan berdakwah kepada anak-anak sebenarnya mesti disemai sejak dari kecil lagi.. Malah, bagi saya manifestasi sunnah melaungkan azan di telinga seorang baby yang baru dilahirkan cukup signifikan untuk memberitahu bahawa sekecil-kecil baby itu sekalipun ia mesti diajar untuk berdakwah! Mengapa tidak.. Bukankah kandungan maksud azan itu punyai makna dakwah??

Samalah juga dengan anjuran sunnah membacakan surah-surah tertentu misalnya sahaja, surah Luqman bagi perut ibu yang mengandungkan anak lelaki.. Ataupun surah Maryam bagi yang mengandung anak perempuan.. Apakah maknanya semua itu kalau bukan bermaksud untuk mendendang kepada fetus yang masih di alam rahim supaya ingat akan salah satu kata masyhur Luqman kepada anaknya:

“Wahai anakku, laksanakanlah solat dan suruhlah manusia berbuat makruf dan cegahlah mereka dari yang mungkar dan bersabarlah dengan apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam perkara yang penting.” (Surah Luqman: Ayat 17)

Nah.. Inipun juga membawa maksud anjuran berdakwah!

Sekufu.

Apakah ini yang dikatakan sekufu??

Itu sebab bila orang berbicara mengenai pasangan yang sekufu.. Saya ingat perkataan sekufu itu sangat luas maksudnya yang perlu kita teliti dan renungi bersama..

Sekufu pada FIKRAH (fikir&faham yang membentuk amal), suatu hal yang jarang-jarang diambil berat oleh masyarakat umumi ketika ini.. Sedangkan inilah yang akan mendasar sesuatu kesefahaman bersama akan metodologi yang bakal diguna pakai untuk mendidik anak-anak nanti.. Anak-anak, Aset tak ternilai sebuah pasangan suami isteri!

Bayangkan saja jika berlaku fikir yang TIDAK SAMA antara suami dan juga isteri akan hal wawasan meraka untuk anak-anak, sudah pasti tidak dapat tidak pertembungan kaedah mendidik anak-anak juga pasti berlaku.. Bertembung FIKRAH akan menjana pertembungan BUDAYA mencorak dalam institusi rumah yang akhirnya kata pepatah menatijahkan, Gajah sama gajah bersengketa, pelanduk mati di tenagh-tengah.. Hancurlah aset yang berharga iaitu anak!

Kalaulah kita merujuk Quran, sudah pasti akan ketemu ayat yang cukup berkias dalam merungkai situasi di atas.. Firman Allah:

“Hunna libaasullakum wa antum libaasullahunna”

Maksudnya: Mereka (isteri) itu ibarat pakaian bagimu (suami) dan kamu jua ibarat pakaian bagi meraka.

Analoginya mudah..

Apakah ada seorang tok bilal yang mahu pergi masjid tiba-tiba memakai baju t-Shirt dan seluar pendek seperti mahu bermain bola di padang?

Begitu juga sebaliknya..

Apakah ada seorang pemain bola profesional yang mahu ke padang tiba-tiba menyarung kain pelikat dan memasang serban di kepala seperti lagak bilal yang mahu melaungkan azan?

Renung-renungkan bersama..

Realitinya.. Cabaran demi cabaran pasti datang menyapa setiap dari kita untuk menguji sejauh mana komitmen dan daya usaha seorang hamba kepada Khaliq. Semuanya itu rempah-ratus yang pada hakikatnya menyedapkan lagi ramuan kematangan serta rasa redha kita dalam meniti lankah demi langkah menujuNya.. Moga kita sentiasa terpilih.. Ameen

Sempat lagi 'merembat' seguni rambutan sebelum balik...

p/s-Kepada ahli group perbincangan semasa kem, minta maaf banyak2 kalu ada silap & salah.. Sori x boleh nak fokus sangat sbb badan masih kurang ok.. Apapun terima kasih sbb m’doakan saya..

Syukran wa jzKK wahai shbt2.

Friday, July 17

i need doctors..

I need Doctors…

Dua tiga hari nie saya sangat perlukan doktor-doktor.. Guna plural sebab memang kena jumpa ramai jenis doktor.. Mungkin musim nie Allah nak uji pula LUAR dan DALAM sekaligus.. Kalau takpun ujian, moga ia masih lingkungan pembersihan dosa oleh Allah.. Tapi, janganlah ia sampai kepada bala kerana bala itu sudah tandanya wujud murka Allah.. Na’uzubillah.

KES 1: Doktor Medikal..

Badan saya mengalami simptom “merah-merah” setiap hari.. Sampaikan sahabat-sahabat serumah mengusik dengan, “nie raksasa ke ape..?” Ya.. Memang macam seperti raksasa.. Tambah-tambah lagi selepas balik dari menjaga Akhi Syams dalam ICU beberapa hari lepas.. Nak kata kena MALARIA.. Tak juga.. Sebab tak kena demam seperti pesakit malaria atau denggi yang lain..

Akhirnya saya akur dengan cadangan Dr. Jun, kakak tersayang yang kadang-kadang TERLALU mengambil berat (Sori kak, ",).. “Pegi dekat klinik U.. Minta doktor kat situ utk refer terus ke Pakar..” Macam tuelah lebih kurang ayat perintah seorang kakak.. Saya pun “sami’na wa atho’na” jelah..

DIAGNOSIS:

“Bronchial Asthma, Chronic Allergic Dermatitis”…

Saya baca perlahan-lahan surat yang dikeluarkan oleh Pusat Kesihatan Universiti.. Yelah.. Baca laju pun tak faham..

Bronchial=macam ade kaitan ngan paru-paru kan? (Ingat jugalah Bio walaupun dah dekat 7 tahun tak buka buku)..

Asthma=Lelah.. Tapi apa kaitan lelah dengan alergik ek? Macam tak logik.. Saya dah tanya dengan Doktor yang tulis surat nie.. Dia kata ade.. “Betul Doc?” “Betul”.. Yelah.. Takkan nak berdebat pula kan.. Nanti kang dia kata.. “Hang nak mati atau nak hidup lagi?” Haa.. Lagi naya..

Chronic=Nie kalau siapa tak faham.. Tak tahulah nak cakap ape kan.. Chronic maksudnya.. Kronik, teruk, bahaya, ‘Dah nak pii’.. Oppss.. Wafi, jangan lebih-lebih bagi definisi tue ek.. Kata itu doa tau.. Macam-macam lah housemate saya nie.. Apalagi layan jelah.. “Ok-ok.. Mari sini semua.. Ana nak berwasiat.. Moto bagi Wafi.. PC bagi Anis.. Buku bagi Zack.. Dan baju-baju ana bagi Sahabat PMI.. Amacam.. Setuju tak?” Hishh.. Sakit dibuat main pula.. Astaghfirullah..

Allergic=Alergik lah.. Ape ye dalam BM?? Lupa plak.. Ooo.. Alahan.. Ataupun, Kalah atau mengalah.. Dan dalam bahasa renovate saya, ia juga membawa maksud ‘putus asa’.. Contoh ayat macam nie.. Lelaki itu sudah berputus asa dalam hidupnya.. maksudnya yang lain.. Lelaki itu sudah alergik dalam hidupnya.. Boleh terima ke?

Dermatitis=Perkataan nie memang saya tak tahu langsung maksud dia.. Siapa-siapa yang boleh jawab, nanti saya bagi hadiah ek.. Tapi, tak janjilah..

Dan.. kesimpulan surat tue berbunyi macam nie..

“I hope you make an appointment with KLINIK PAKAR HSA as soon as possible..”

Seems forcing me to make an appointment as hurry as i can.. But, I have many-many works to done! So.. how can I go to HSA as soon as possible?

KES 2: Doktor Motivasi..

Berapa hari ini juga saya kehilangan mood membaca.. Entahlah.. Sepatutnya bila balik dari REJUVENASI, saya sepatutnya turut mengalami TRANSFORMASI yang lebih hebat lagi.. Namun sebaliknya yang berlaku.. So, mungkin kena menghadap balik Dr. SiddiQ Fadhil sebab ilmu tak habis menuntut dan kesannya makan diri..

Tuntas..

Selain keperluan doktor medikal.. Saya juga perlukan doktor motivasi.. Mungkin setelah kelemasan oleh timbunan buku-buku HIGH VOLTAGE+POLIMERS atas meja di office, lalu saya kehabisan tenaga ‘berenang-renang’ dengan buku-buku nie.. Apatah lagi setiap kali Supervisor menjengah di muka pintu, tiada perkataan yang diucapkan melainkan.. “Nah, tolong baca dan buat summary!” (Tambah lagi satu buku).. Ya Allah.. Hanya Engkau sahajalah yang tahu..

Petang semalam saya ambil kesempatan bersiar-siar.. Saja nak hilangkan kekusutan kepala.. Alhamdulillah.. Abang Wanto menyapa dari dalam pagar rumah.. Ceria je muka.. Ceria sebab saya datang atau sebab kuih yang saya bawa..? Entahlah yang mana satu.. (Abang Wanto jangan marah..)

Lantas.. Saya sempat lagi menculik 2 buah buku dari ‘Taman Buku Abang Wanto’.. Janji nak pulangkan selepas 2 hari.. Tapi, macam akan delay lagi kot.. Moga dua buah buku; MOTIVASI DAN KAEDAH MEMBACA (Dato' Prof Zaini Ujang) & SETEGUH TEKAD (Prof Dr Sidek Baba) nie boleh jadi DOKTOR MOTIVASI buat saya untuk sementara waktu.. Motivasi membaca untuk habiskan timbunan lagi buku dalam bilik yang masih tak terbaca..

Ia menceritakan perjalanan panjang seorang tokoh demi atas nama Ilmu!

Dah terlanjur cerita pasal buku.. Kebetulan juga saya tengah nak habiskan satu buku yang sangat menarik.. Khas buat para pemuda dan pemudi yang bergelar Du’at. Iaitu buku kat sebelah tepi blog saya ini.. THREE CUPS OF COFFEE.. Sebenarnya dah lama beli.. Tapi susah sangat nak habiskan.. Bahasa PPSMI punya pasal.

Buku nie berkisar tentang Mortenson.. Seorang pendaki gunung yang terkandas dan tercedera.. lalu dia diselamatkan oleh penduduk kampung sebuah perkampungan di banjaran Himalaya.. Mortenson kemudian terkesan dengan keadaan anak-anak Himalaya (kebanyakannya beragama Islam) yang tidak ada pendidikan.. Mereka terbiar serta tidak berpeluang kata Mortenson.. Kemudian, Mortenson berjanji untuk mendirikan sekolah.. Sehingga satu tahap, Mortenson terpaksa berulang-alik membawa papan untuk membina sekolah dengan hanya BERJALAN KAKI sejauh 75 batu! (Maaf.. saya tak dapat nak ulas banyak sebab belum habis baca..)

Yang menariknya.. Dari mana Mortenson dapat kekuatan sehingga ada kesanggupan sebegini?? Walhal.. Di sana siapa yang ada..? Kanak-kanak Islam.. Bukan seagama dengan dia pun..

Kaji punya kaji.. Mortenson adalah seorang Missionary.. Mubaligh.. Maknanaya dia faham tugas dia.. Tanggungjawab dia pada agamanya.. Jangankan berjalan kaki, daki Everest pun dia akan sanggup bertaruh nyawa demi suatu benda suci yang dia fahami.. Iaitu DAKWAH!

Kita hari ini..

Pernah tak sesanggup itu..? Boleh tak kita ulangi apa yang pernah dilakar oleh mubaligh kita seperti Saad Ibnu Waqqas yang kuburnya di China? Hmm.. Baru kena hantar dekat pedalaman sikit.. Dah beratur di depan pejabat pelajaran untuk urusan mohon perpindahan semula..

Maka benarlah apa yang diucapkan oleh Prof. Dr Sidek Baba dalam program REJUVENASI lepas.. “Guru hendaklah menjadi Daie”.. At least punya jiwa sekental Mortenson!

Aik? Kata takde motivasi.. Tiba-tiba bagi motivasi pula dah..

Oh.. Nielah namanya reverse motivation.

p/s-Saja tulis santai-santai sambil makan ubat.. Ambik yang baik-baik sahaja!