Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Negara pada 31 OGOS 2008. Seluruh rakyat Malaysia berhak menyambutnya dan meraikan tarikh keramat ini. Bahkan, bagi umat Islam di negara ini kita turut menyambut bulan Ramadhan di saat 'orang-orang' berpesta dengan Sambutan Kemerdekaan yang bakal dibuat di seluruh negara nanti.
An Independence Day is an annual celebration commemorating the anniversary of a nation's assumption of independent statehood, usually after ceasing to be a colony or part of another state, more rarely after the end of a military occupation. Most countries honour their respective independence day as a national holiday and some countries or nations' independence-date honours are contested.
Definisi ini yang disebutkan oleh Encyclopedia Wikipedia apabila menyebut tentang apa itu hari Kemerdekaan. Maka, berkonsepkan definisi itulah kemungkinan berbagai upacara sambutan diadakan di seluruh negara tanpa mengira tujuan dan juga intipati maksud Kemerdekaan itu sendiri. Malah. kadang-kala sambutan tersebut tidak pun menggambarkan bahawa kita ini sudah Merdeka.
Apa maksud Merdeka yang sebenar?
Panglima Rubi' Bin Amir ketika diutuskan untuk bertemu Pemerintah Tentera Parsi iaitu Panglima Rustam meneybutkan;
"Allah mendatangkan kami dan mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dan dari kezaliman agama-agama yang ada kepada keadilan Islam"
Agak malang apabila sambutan kemerdekaan di buat setiap tahun tetapi ruh yang merdeka tidak terwacana dalam setiap diri rakyat khasnya bagi mereka yang beragama Islam. Sambutan hanya tinggal sambutan. Tambahan pula mereka yang mengelola sambutan ini tidak berfikir berdasarkan wahyu serta akhlak tetapi berfikir berlandaskan nafsu dan keseronokan. Cuma, kita peringatkan kepada mereka jangan sampai anda menodai tarikh suci awal Ramadhan yang akan disambut oleh umat Islam pada keesokan harinya.
Merdeka yang sebenar bukan hanya merdeka dari aspek fizikalnya tetapi jua ruhaninya. Ketahuilah bahawa penjajah tidak akan meninggalkan bumi ini selagi mereka tidak berjaya menanamkan benih-benih kuffar. Ya, sudah pasti mereka merancang tindakan itu!
"Sesungguhnya kamu dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang musyrik"(Al-Maidah:82)
Hakikatnya inilah peringatan dari Allah SWT. Agar kita berawas dan jangan gentar berhadapan dengan benih-benih kuffar ini walaupun mereka bertutur sebahasa dan berkulit sebangsa kita! Masakan tidak, dalam suasan ahampir Ramadhan ini muncul dikalangan mereka yang beria-ia mahukan Konsert Avril diadakan walaupun kita sudah membuat bantahan. Yang peliknya, kalaulah mereka ini pejuang Nasionalis kononnya, bukankah Avril itu anak cucu kepada Penjajah yang menyembelih datuk-nenek kita dulu? Mengapa dia pula yang terloncat-loncat memeriahkan Hari Kemerdekaan negara ini..??
Hubbul Watan Minal-Iman
Saya memetik kata-kata Tun Dr. Mahathir dalam laman rasminya, http://test.chedet.com/che_det/;
22. Kita bersyukur kerana kita samada Melayu, India, Cina ,Kadazan, Iban serta lain-lain suku tidak bersifat ganas,tidak suka merusuh, dan tidak minat kepada huru-hara. Tetapi pemimpin kena faham kenapa rakyat berasa muram tahun ini. Jangan menipu diri dengan berkata tak benar rakyat tidak gembira.Lihat sajalah berapa orang yang keluar melihat bunga api.Malangnya ini bukan ukurannya. Ini hanyalah salah satu cara melupakan keperitan hidup rakyat kerana diperintah oleh orang yang tidak mahu faham akan perasaan rakyat.
Padanlah juga rakyat muram, agar mereka tidak terdorong untuk meloncat-loncat bersama poenyanyi Amerika si Avril itu. Biarlah rakyat juga bermuhasabah dan berpaling dari taat kepada pemuka-pemuka yang derhaka kepada Allah ini.
Mencintai negara tidak semestinya dengan kita meraikan hari jadinya. Tetapi mencintai negara ialah dengan kita memperjuangkannya dari belenggu Rasuah, Penyalahgunaan Kuasa, dan melepaskan masyarakat dari rantai kemiskinan dan peradaban jahiliyyah. Apatah lagi kalau sekadar kita hanya mampu meloncat-loncat seolah-olah menunjukkan kitalah orang yang paling gembira dan bangga sempena Hari Jadi Negara ini!!
No comments:
Post a Comment