Thursday, July 22

Nak jumpa Abi


Kenangan bercuti dengan Abi di G. Ledang.

[Yahoo Mesenger]

Saya : Rindu ngn Abi. Dah lama ana x ke Melaka.

Abi : Kalu ade masa dtg la sini. G. Ledang tgu enta tue (Abi berseloroh)

Saya : Insya Allah Abi. If Abi ade program bgt je.

Abi : Program byk. Enta tu je yg xnk dtg

Saya : (senyum). Betul kata Abi tu.

Abi : (senyum)

Saya : Insya Allah Abi. Ana usahakan ke sana...

Melaka bandaraya bersejarah. Teringin nak ke sana bukan kerana A Famosa. Apelah yang ada ngan A Famosa tue. Seketul batu tinggalan Portugis yang kaku berdiri. Barangkali A Famosa pun sudah bosan dengan orang yang asyik datang melawatnya...

Mahu ke sana kerana ingin membangun jiwa. Berjumpa dengan Abi yang telah 6 bulan saya tidak ketemu. Sejak Abi ke luar negara sebanyak 3 kali saya tak berkesempatan lagi untuk mengunjunginya. Apatah lagi untuk berpeluang menadah sedikit sebanyak mutiara dari X-Plorace Dakwah Abi yang panjang itu.

Bila bertandang ke Melaka sekaligus saya akan teringat seorang lagi Murabbi yang saya amat kasihi. Ayahanda Ust Dzul, Tok Guru pondok Baitul Qura’. Nostalgia menuntut kitab di sana amat saya rindui sehingga kini. Apalah khabar Tok guru saya itu sekarang?

“Enta lihat air tue...”

Abi mencuit bahu saya. Ketika itu kami hampir 3000 meter dari paras laut. Dalam perjalanan menakluk si Ledang.

“Wah! Ada air lah kat sini...”

“Enta nie.. Enta nampak benda yang zahir je. Ibrahnya enta taknak fikir pun.”

Saya tersentak.

Ketika itu saya sedar Abi sedang membetulkan saya. Membetulkan semangat anak muda saya yang sedang bergelora. Ketika itulah saya mengalami Tarbiyyah Alami. Juga Tarbiyyah Rabbani. Tarbiyyah dari Allah yang ditugaskannya kepada Alam. Dan Abi pula sebagai Tok Guru yang mengajar.

[Yahoo Messenger]

Saya : Abi... Ana sakit.

Abi : Ha? Sakit pe?

Saya : Jiwa ana sakit Abi.

Abi : ooo. Pegilah klinik jiwa (Abi berseloroh lagi)

Saya : Dah pegi Abi. Tapi skg ni ana nk Abi jg yg rawat

Abi : mmm. Bln 8 ni jupe kt G. Ledang. Ade prog U. Enta ikut skali. Stuju?

Saya : Syukran Abi.

Alhamdulillah. Offer yang sangat berharga dari Abi. Sahabat-sahabat kat Melaka tunggu kehadiran saya di sana... Insya Allah.

Khusus buat Abi:

-BISIKAN HATI SANG PENDAKI-

Abi...

Ketahuilah pendakian demi pendakian telahku lalui...

Walau puncak itu terlalu jauh, tapi aku tak kunjung henti...

Terus mendaki.

Sambil mengunyah pesan abi dengan geraham gigi...

Abi...

Aku sudah saksikan ramai pendaki berhenti...

Tapi alhamdulillah aku masih mendaki...

Ya, aku yakin yang aku masih mendaki...

Tapi Abi...

Entah kenapa setelah sekian lama mendaki..

Kini aku tiba di satu kaki...

Betul punca air ada lagi.

Betul arus air masih mengalir lagi..

Tapi... Penuh kelodak dan berdaki...

Abi...

Ku dah tak sanggup bertarung ujian ini.

Abi, pohon tunjukkan mata air yang lebih suci!


P/s:- Abi, terima Kasih krn 'ole-ole' ini-->[link]

Sunday, July 18

A call...


Alhamdulillah...

Malam Kesenian Islam 2010 (SENI 10’) selamat melabuhkan tirainya semalam. Tiada kata madah yang terindah dapat saya nukilkan untuk sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus untuk program ini melainkan “Jazakumullah khairan kathiira!”.

Moga Allah SWT membalas segala usaha dan payah menganjurkan program ini dengan ganjaran keredhaanNya.

Tidak lupa juga kepada para tetamu yang hadir bagi menjayakan program ini dan artis-artis jemputan yang meraikan SENI 10’. Mudah-mudahan segalanya menjadi salah satu usaha dakwah yang akan dinilai oleh Allah SWT nanti.

Semalam Ustaz Nazery Johani menyatakan kesekian kalinya hasrat beliau untuk menubuhkan Kompleks Tahfiz di tanah kelahirannya di Ranau, Sabah. Katanya hujung bulan depan nanti beliau akan balik ke Sabah untuk perasmian tapak kompleks tersebut.

Alhamdulillah sekali lagi... Akhirnya hasrat murni artis kelahiran Sabah ini mula menampakkan hasil. Mari kita doakan agar pembinaan Kompleks Tahfiz ini menjadi kenyataan. Moga suburlah Islam di bumi Ranau hendaknya.

Kalau sahabat-sahabat perasan, dalam album Ustaz Nazery yang terbaru terdapat satu lagu berlirik bahasa Dusun (peribumi Sabah) yang menukilkan akan keinginan hatinya untuk pulang ‘berkhidmat’ di desa kelahirannya. ‘Berkhidmat’ dalam konteks berdakwah serta membangunkan sosio-akidah masyarakat sekelilingnya.

Saya kira usaha pembinaan Kompleks Tahfiz tersebut adalah terjemahan sebenar daripada lagu tersebut. Tahniah ustaz Nazery! Anda boleh menjadi contoh kepada semua...

Kembarasanghamba.

Itulah hakikatnya kembara seorang hamba yang menjadi perantau di negeri orang. Akan tiba masanya dia mesti balik untuk ‘berkhidmat’ di negeri sendiri.

There is a call!!

Insya Allah sedikit masa lagi... Bersabarlah!

Thursday, July 15

kunang-kunang di Tanah Suci


Subhanallah walhamdulillah wala ilahaillallah!

(Pemandangan yang terlalu menakjubkan di sini. Manusia dan burung menjadi tetamuNya serentak...)

Sementalah menunggu waktu maghrib di Lab, saya ambil peluang untuk menulis…

Waktu senja begini lab sudah lenggang. Sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi deruan aircond yang setia menyejukkan penghuni di dalam bangunan 3 tingkat ini.

Bila berseorangan begini saya diulit kerinduan. Rindu dengan bumi timur tengah yang sudah genap sebulan ditinggalkan.

Semalam universiti khususnya Pusat Islam menganjurkan program himpunan bagi meraikan peserta-peserta kembara Timur Tengah. Tapi dukacita saya tidak dapat hadir sama kerana sibuk menguruskan program Malam Kesenian Islam yang akan dihadiri oleh Ustaz Nazrey.

Saya dengar himpunan itu dimeriahkan dengan hidangan nasi beriani!

Apapun saya doakan semuanya selamat dan sekali lagi diberikan peluang oleh Allah Taala untuk datang ke sana. Melengkapkan haji yang tertangguh.. Insya Allah.

Sahabat-sahabat sering bertanya bila saya nak upload gambar-gambar ketika siri kembara ke Makkiyah setelah siri kembara Madaniyyah. Asif jiddan! Gambarnya ada... Cuma tak sempat nak upload. Insya Allah akan saya usahakan...

Selain bumi Makkah serta Madinah, saya juga teringin untuk menjejakkan kaki ke Kaherah, Amman, Istanbul dan semestinya Baitul-Maqdis di Palestina. Mudah-mudahan kita semua dijemput oleh Allah ke sana...

Ya Allah...

Berilah kami peluang untuk menjadi tetamuMu lagi...

Kurniakanlah kami kesempatan untuk menatap rumahMu...

Sempatkanlah kami untuk mengunjungi kekasihMu, baginda Rasulullah...

Saya tutup bicara ringkas ini untuk mendoakan ibu... Moga-moga keberangkatan ke tanah suci tahun ini dikabulkan oleh Allah Ta’ala... Mudahan-mudahan juga diberikan kesihatan yang secukupnya untuk menyempurnakan ibadah nanti!

***

Saya rasa tak salah untuk berkongsi beberapa pengalaman menakjubkan ketika berada di bumi suci. Moga ia menjadi sentuhan pada hati kita untuk mempercepatkan kehadiran di sana...

Hajarul Aswad. Sungguh! Allah mentarbiyyah secara khusus hambaNya apabila berada di sini...

Petang khamis.

Di Hotel Hajjej, 300 meter dari Masjidil Haram.

“Eh, enta tahu tak... Tadi ada sahabat-sahabat kita dah kucup Hajarul Aswad.” Yazif menyapa saya ketika berbaris mengambil makanan.

“Ye? Alhamdulillah.. Beruntungnya!”. Enta bila plak? Tanya saya kepada Yazif. Dalam hati berdoa mudah-mudahan Allah bagi peluang.

“Cium Hajarul Aswad tak wajib kan?” Tanyanya semula. Saya mengangguk.

“Iya.. Tapi kalau ada kesempatan.. Itukan bonus.”

“Insya Allah. Esok kot..” Esok? Esok hari jumaat. Tak terbayang bagaimana hebatnya suasana hari jumaat nanti.

“Amin...” Perbualan kami terhenti.

Malam jumaat itu saya dan sahabat-sahabat berada di masjidil Haram.

Kami memakai ihram dan keadaan di masjidil haram terlalu penuh dengan ribuan bahkan jutaan manusia. Malam jumaat adalah malam minggu buat penduduk Makkah dan mereka mengambil peluang kebesaran Sayyidul Ayyam (penghulu segala hari) untuk menunaikan umrah. Kami juga tidak ketinggalan.

“Bang.. Ramainya orang. Subhanallah!” Ucap Faizuwan. Dia adalah salah seorang ‘anak buah’ saya. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan ketika berada di tanah suci. Saya mengetuai kumpulan ke-3.

Kami seramai 11 orang tadi berbaris di hadapan pintu Safa bersedia untuk melakukan Sa’ie. Ruang antara Safa hingga ke Marwa’ sampaikan tidak kelihatan langsung kerana dipenuhi oleh Tetamu Allah!

“eh.. Mana cermin mata enta?” baru sedar Faizuwan sudah tidak berkaca mata.

“Pecah bang.. Pecah masa nak bersesak kat hajarul Aswad”

“Allahu Akbar... Habis.. Dapat cium tak?”

“Tak dapat juga...” Agak sedih nada suaranya.

“Insya Allah esok lusa dapatlah tu.”

Kami menyegerakan ibadah Sa’ie. Tidak mahu berlama-lama dalam keadaan ihram. Teringat risiko-risko yang mungkin berlaku. Malam ini memang tak berpeluang untuk mendekati apatah lagi menyentuh Kaabah. Bilangan manusia amat luar biasa..

Keesokan harinya selepas solat Dhuha, saya bersiap-siap untuk ke masjidil Haram seorang diri. Kebetulan pagi itu adalah program bebas. Jadi tak terikat untuk berada dalam kumpulan. Antara misi saya ialah mengucup hajarul Aswad! Insya Allah....

-->Bersambung....

p/s:- 2 minit lagi azan maghrib. Tak sempat nak habiskan tulisan. Insya Allah saya akan sambung nanti. Semasa menulis tadi saya dapat sms dari sahabat di KL bahawa harga petrol telah naik!

Betulkah?

Tuesday, July 13

Belangsungkawa: Allahyarham Ust Nahar


(sumber: Abu Nuha)

Al-Fatihah…

Moga Allah mencucuri rahmat beliau.

Moga Allah jua menempatkannya dalam golongan mereka yang berjuang seikhlas hati demi memastikan tertegaknya kalimah tauhid di muka bumi ini…

Semalam sms beberapa kali diterima dari sahabat-sahabat di Sabah. Mereka memaklumkan kepada saya berita sedih tentang pemergian Ayahanda Al-Fadhil Ustaz Nahar yang dipanggil oleh Allah ‘azza wajalla.

Petang semalam kakak saya yang mengajar di SMK (A) Tun Said sekali lagi menelefon untuk memberitahu berita tersebut.

Menitik juga air mata ini bila mengenangkan Allahyarham. Satu kehilangan yang amat besar bagi kami di bumi bawah bayu itu...

Walaupun tidak rapat dengan beliau tetapi namanya selalu disebut oleh sahabat-sahabat seperjuangan yang menjadi anak usrahnya ketika beberapa siri program peringkat negeri yang sempat saya ikuti bersama mereka.

Saya hanya beberapa kali menyapa Allahyarham ketika berjumpa di wisma MUIS dan Masjid Negeri Sabah.

Tak dapat dinafikan bumi bawah bayu ini sempat menerima siraman tarbiyyah daripada Allahyarham yang pernah diamanahkan taklifan Imam Masjid Negeri Sabah, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sabah, dan YDP PAS Kawasan Sepangar.

Tahun lepas saya berziarah ke sekolah lama dan solat mahgrib di sana. Saya teruja dengan alunan bacaan seorang adik junior yang mengimami solat ketika itu. Bila bertaaruf dengannya maklumlah saya bahawa adik itu adalah salah seorang anak Allahyarham. Alhamdulillah!

Insya Allah.... Saya berdoa agar ilmu, iktikad, dan semangat juang yang ada pada diri Allahyarham Ustaz Nahar telah mengalir ke jasad anak-anak didiknya untuk meneruskan kerja dakwah di sana. Amin....