2, 3 hari lepas saya menerima beberapa pucuk email dari adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan PMR yang diumumkan minggu lepas.. Ada yang bertanyakan pendapat untuk memilih jurusan yang terbaik.. Samada Sains tulen, Sains Vokasional, Sains Sastera, mahupun jurusan Agama.
Saya hanya memberikan perkongsian dari pengalaman-pengalaman lepas.. Dan selebihnya terserahlah kepada adik-adik dan keluarga masing-masing untuk membuat pilihan. Itu ceritera mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan!
LASKAR PELANGI-Kisah REMAJA yang cukup menginspirasi...
Sebaliknya, ada juga yang mengutus email sekadar untuk meluahkan perasaan dan kekecewaan kerana tidak mendapat apa yang menjadi ‘target’.. Target sejak dari awal tahun lagi.. Tidak kurang juga yang terus berputus asa kerana keputusan yang teruk.—Memohon secebis motivasi kata!
Saya tercari-cari kata yang amat sesuai untuk mencambah kembali semangat untuk bangun.. Semangat yang padam apabila terlihat gugusan E yang banyak di kertas slip peperiksaan. Terasa dunia ini kelam dan bergelap.. Sehingga kehilangan arah untuk memulakan langkah keseterusnya!
“Bang.. Macam mana tak gagal, kalau beli buku rujukan pun keluarga saya tak mampu!”—Luah seorang adik yang sempat saya temui sebelum berlepas pergi.. Ya Allah! Saya arif benar.. Bukan mudah nak berdepan ujian seperti ini.
Bayangkanlah.. Adik ini bercerita, siang selepas balik dari sekolah dia akan bergegas ke sawah membantu ibunya.. Malamnya pula terpaksa bersengkang mata memunggah barang-barang runcit milik pakciknya. Mencari upah barang sesen untuk membantu adik-adik yang masih kecil.
“Mana ayah? Dia kerja apa?”—Soalan terpacul dari mulut saya..
“Entahlah.. Tak fahamlah perangai ayah tu..”. Saya tak jadi bertanya lanjut... Ujian anda berat wahai adikku.. Moga engkau menjadi orang yang Sabar!
“Diangkat orang-orang yang Berilmu dengan beberapa darjat..”—Al-Quran.
Hari ini kita mungkin tidak punya apa-apa.. Kerdil sungguh di mata manusia.. Kadang nak makan sesuap nasi sekalipun perlukan simpati orang lain.. Tapi, percayalah dengan ilmulah kita boleh mengubah segalanya.. Dengan ilmulah kita akan membuka lembaran baru dan harapan baru untuk keluarga dan adik-beradik yang ada.. Itulah kelebihan orang yang berilmu. Dipandang tinggi oleh masyarakat dan mulia di sisi Tuhan!
“From ‘Rags’ to ‘Raja’.. Its your destiny!”—Kata-kata dalam Filem SlumDog.
Pernah tengok filem ini? Jamal Malik, seorang budak jalanan tiba-tiba boleh berubah menjadi hero di mata orang India dalam sekelip mata!
Lihat jawabannya bila ditanya bagaimana dia boleh lakukan kesemua itu.. Menyelesaikan segala soalan dalam peraduan yang dinamakan “who wants to be a millionaire..” dalam tempoh yang singkat dengan zero malkumat!
Destinasi hidup bukan semudah 'tekaan' A, B, C, atau D.
“Maybe its written.”—Jamal Malik. Keyakinannya pada takdir yang akan menentukan destinasi hidupnya selepas ini.. Segalanya sudah tertulis. Dan tidak pernah tergugat walaupun pengacara rancangan itu cuba menipunya dengan memberikan jawaban ‘B’. Ingat tak?
Kita sebagai muslim yang ada akidah serta faham akan konsep qadha dan qadar Allah SWT sepatutnya lebih YAKIN lagi dari Jamal Malik. Kita yakin dengan adilnya Allah SWT pasti akan memberikan destinasi hidup yang lebih baik.. Adilnya Allah SWT tidak akan membiarkan hamba-hambaNya sentiasa dalam keadaan sempit dan ‘tak bernafas’. Yakinlah dengan janjiNya itu!
Tapi bagaimana?
Mendakab harapan sebesar gunung Kinabalu atau mengharung cabaran seluas Laut China Selatan ini tidak semudah yang disangka.. Tidak semudah seperti Jamal Malik yang hanya duduk di kerusi bulat dan meneka A, B, C, ataupun D.. Bukan begitu! Kerana kita bukanlah umat yang diajar untuk memperjudikan nasib esok atau hari lusa dengan ‘menekanya’ hari ini!
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah (diri) mereka sendiri”—Quran.
Maka, bila ada yang bertanya dengan soalan yang sama.. Bagaimana? Jawabannya ialah, USAHA!—(Susah nak ‘detail’kan usaha yang bagaimana.. Kerana kita sahaja yang tahu dan benar-benar faham di mana KEKUATAN dan KELEMAHAN diri kita masing-masing.)
“Faizza ‘azamta fatawakkal ‘ala Allah!”—Quran.
"KNOWLEDGE"-Investment for Future!
Berusahalah bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati serta gerakkan tulang empat kerat untuk menggapai cita-cita yang dipingin.. Melunaskan harapan keluarga yang dipangku.. Dan seterusnya menjadi “Raja” yang punya ‘kuasa’ untuk merubah nasib keluarga yang dihambat segala macam kekurangan..
Bukannya “Rags” yang silap haribulan akan menyusahkan masyarakat keliling nanti..
Itulah destinasi anda! Selagi ada nyawa, kejarlah destinasi anda sekuat hati..
3 comments:
suke filem 2...byk pengajaran.menjadikan kita lebih bersyukur atas nikmat yg ade..
mantap tulisan ini ustaz :)
really enjoyed your writing..
Salam semua
>Anonymous
Alhamdulillah.. Sy pun suke filem tu.
>Abg Miji
Apa khbr bumi UK? ok ke..? :)
Biase je bang.. Masih blajar dgn abg nie.
Post a Comment