Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

Wednesday, April 14

IRU


UTM: Road to be IRU

Universiti, Kreativiti, dan Inovasi!

Sempena lawatan penilaian untuk naik taraf kepada IRU (Innovative Research University), saya mengambil peluang untuk menelaah sepintas lalu tulisan Dato’ NC dalam buku beliau seperti judul yang tertera di atas.

Saya kira gagasan yang ingin dibawa oleh beliau sedikit sebanyak terkandung dalam penulisannya untuk difahami dan dihayati oleh seluruh kakitangan universiti. Terutama sekali golongan pelajar.

Majalah The Economist pernah menyenaraikan Malaysia pada tangga ke-21 dunia bagi merujuk Indeks Inovasi negara-negara bagi tahun 2007. Tetapi Malaysia tidak tersenarai bagi kluster jumlah pelaburan dalam R&D (Research and Developement) serta termasuk juga kluster bagi jumlah paten yang dianugerahkan kepada residen.

Namun, secara amnya negara kita khususnya IPTA/IPTS sebenarnya mampu berdaya saing sebagai penyumbang ilmu teknologi samada di peringkat serantau ataupun global. Cuma, apa yang perlu ialah keselarian antara Dasar Ekonomi Negara dengan pemfokusan kajian bagi bidang-bidang tertentu.

Timbul tanda tanya, apakah negara sudah benar-benar mengeluarkan dana yang mencukupi untuk ini? Maaf. Saya tidak sempat merujuk Model Ekonomi Baru (MEB) yang telah pun dibentangkan.

Menyebut tentang Kreativiti. Dato’ NC mengemukakan apa yang disebut oleh Amabile dalam tulisannya, “How to Kill Innovation”, iaitu tiga komponen yang akan membuahkan kreativiti dalam reka-cipta teknologi ialah:

1. Kepakaran—Asas intelektual dan prosedur

2. Kemahiran—Termasuklah daya imiginasi

3. Motivasi—Keghairahan memahami serta menyelesaikan masalah

Buku: Universiti, Kreativiti, Inovasi.

Pada komponen yang ketiga inilah saya ingin melontarkan beberapa kritikan tambahan kepada tulisan asal Dato’ NC yang saya kira membina dalam sudut ruang pandang sebagai seorang pelajar.

Motivasi bagi saya termasuklah peluang bagi seorang pelajar atau pengkaji untuk memasarkan hasil-hasil kajian intelek dalam dunia pasaran industri dalam mahupun luar negara. Secara kasar, memang sudah ada produk-produk yang dipasarkan adalah hasil dari harta intelek negara tetapi melihat kepada nisbah yang ada, ia masih jauh daripada sasaran yang sepatutnya.

Kita masih kalah untuk bersaing dengan produk luar negara dari segi mutu. Itu sudah realiti yang perlu diakui. Tetapi, tidak salah untuk merubah sedikit pada dasar yang ‘suka membeli teknologi luar’ supaya peluang dapat diberikan kepada hasil teknologi tempatan.

Lihat sahajalah negara Korea umpamanya. Mereka bergantung sepenuhnya kepada teknologi ‘tangan sendiri’. Semua orang tahu, Kia Motors (syarikat kereta Korea) jauh lebih muda usianya berbanding Proton. Tapi sekarang, lihatlah siapa yang lebih gagah?

Saya tidak menolak bahawa tidak semua kita mampu hasilkan sendiri. Ya, pasti ada yang perlu kita import dari luar sana. Itu sebab perlu ada keselarian antara dasar ekonomi dengan daya inovasi yang ingin direalisasikan. Agar kita tahu di mana potensi kepakaran kita dan disitulah fokus kajian kreativiti serta inovasi selepas ini.

Banyak yang berlaku, hasil thesis dan jurnal hanya menjadi himpunan risalah di dalam perpustakaan. Kalau begitulah, bagaimana pengkaji mahupun pelajar boleh terus untuk bermotivasi?

Pada masa yang sama, sekaligus kita rugi akan kepakaran serta kemahiran yang saya kira ianya setanding dengan luar apabila dibangunkan dengan kaedah yang tepat.

Universiti Penyelidikan Inovatif (IRU).

[Khabarnya selain dari UTM, ada tiga lagi pesaing IPTA yang memohon untuk status IRU. Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)]

Saya tidak pasti apa bezanya IRU ini dengan APEX di USM. Apa yang pasti sebahagian besar kakitangan yang ada memikirkan setelah lulusnya IRU nanti, universiti akan menerima bajet belanjawan penyelidikan ‘yang lebih’ daripada biasa.

Satu berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh RESEARCHER barangkali!

Apapun yang paling penting ialah bukannya pada bilangan kuantiti research yang akan dijalankan tetapi pada kualiti hasil kajian tersebut.

Kualiti itulah yang menentukan kejayaan gagasan yang diimpikan sekaligus boleh menjadi produk yang menjadi bukti didepan mata!

Kalau anda adalah NC, apa yang anda akan buat dengan bajet IRU RM100 juta setahun itu....?

Friday, March 19

Transform 'eureKa' kepada 'AlhamduLiLLah'!


2.00 am…

Masih tercongok di Makmal iVAT. Memerhati data-data masukan yang sungguh meragukan. Masakan nilai ‘Partial discharge’ sebegitu rupa? Terlalu tinggi dari nilai reference yang sepatutnya!

[Partial discharge=Cas separa. Rujuk--->(link)]

2.56 am…

Mengambil test cell (Cigre Method II). Menyentap wayar-wayar yang berlonggok di atas meja kerja lantas membuat keputusan untuk mencuba sekali lagi...

Data terlalu meragukan!

[Cigre Method II. Suatu kaedah EXPERIMENTAL untuk mengukur cas separa.]

Segala peralatan dipasang dan eksperimen ingin dimulakan... Tiba-tiba, “SWITCHING OFF”! Auto recovery system bertindak balas. Lintar pintas!—Something rong with the connection on aquisition circuit.

Hmmm...

Troubleshooting..

Troubleshooting...

and still Troubleshooting....

[Troubleshooting=kaedah untuk mengagak masalah litar. Mostly guna kaedah cuba jaya. Sangat memenatkan...]

(Baik balik rumah. Pegi tidur... Lagi ada faedah.. Fikiran mula DOWN)

3.42 am…

Tiit tiit tiit tiit...—Clampers berkelip-kelip tanda discharges mula masuk.

Alhamdullilah!!

(Hati bersorak. Lepas ni dah ada data baru untuk tukar data lama yang tak valid....)

Mata teruja melihat ribuan data yang masuk secara parrallel every one second.

Sambil-sambil itu mengelamun...

Teringat kisah Archimedes. Kenal Archimedes?? Saintis yang bersorak “EUREKA... EUREKA... EUREKA!” (saya dapat... Saya dapat... Saya dapat!) sambil berlari-lari dalam keadaan tanpa berpakaian kerana semata-mata suatu idea-Bagaimana untuk mengukur isipadu air....

Domenico Fetti Archimedes!

[Archimedes--->(link)]

Itu Archimedes. Kita, jangan begitu...

Apa-apa pun kejayaan, ucaplah nama Tuhan yang memberikan kejayaan... Ucaplah ‘Alhamdulillah’. Dan bukannya ‘eureka’.....

Menulis sedikit catatan tarbiyyah Khusus untuk para saintis MUSLIM.--->Catatan yang ini.

Terima kasih dan Selamat meneruskan Kajian anda!

4.00 am.

Sunday, March 14

Anda semua cemerlang!


Tahniah kepada semua adik-adik KRU (Kelab Remaja Ukhuwwah) yang mendapat keputusan SPM!

Tahniah kerana anda sememangnya “CEMERLANG”.

Cemerlang tak semestinya diukur pada sijilnya, tapi lebih lagi pada usaha yang kita lakukan selama ini...

Insya Allah, see you all di IPT!

Thursday, March 11

Hopefully ready.......


EVALUATION STAGE 1

23rd March 2010 (Tuesday)

Master student 1 (2.30 pm—3.00pm):

Name : Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud

Supervisor : Dr. Yanuar Zulradiansyah Arief

Title : An Experimental Study on Partial Discharges Characteristics of Natural Rubber Blends as Electrical Insulating Materials

Assessors :

1. Prof. Dr. Hussein Bin Ahmad

2. Assoc. Prof. Dr. Mohamed Afendi Bin Mohamed Piah

Master student 2 (3.00pm—3.30pm):

Name : Wong Jenn Hwa

Supervisor :

1. Assoc. Prof. Dr. Nik Rumzi Bin Nik Idris

2. Dr. Makbul Anwari

Title : Fuel Cell-Battery-Ultracapacitor Hybrid Energy Source for an Electric Vehicle

Assessors :

1. Dr. Awang Bin Jusoh

2. Dr. Nazihah Binti Ahmad Azli


myikhwanfiideen:-

Mohon doa dari sahabat-sahabat....