Don't just know how to shoot the ball, but you miss to learn how to catch the ball!
Sepak mula World Cup baru saja berlangsung.
Ketika ini rentak manusia banyak berkalih kepada cerita bola. Pagi-pagi di kedai kopi untuk mengambil breakfast, cerita yang meniti di bibir semestinya tentang bola.
Dari cerita gol pemain Mexico yang dibatalkan oleh pengadil sehinggalah gol Dirk Kuyt semuanya diulas. Satu bola, satu dunia, satu agama, tapi bukannya satu Malaysia!
World Cup ibaratkan arus sungai yang mengalir. Menentang arus kadang-kala bukan strategi yang terbaik dalam peperangan. Confirmlah kita akan kalah.
Kali ini kita cuba pula untuk berdayung sama ke muara sungai dan pada masa yang sama tak salah untuk kita menebar jala atau menahan pukat. Insya Allah satu orang dua kita boleh dapat. Soalnya, beranikah untuk kita cuba?
Saya masih menunggu signal dari Ketua Pemuda untuk melancarkan program kami di peringkat kawasan. “Chit-Chat Bola”!
Waktu rehat selama 15 mint antara first-half dan second-half akan kita gunakan untuk bergerak ke setiap meja mereka yang menonton bola. Ceritalah tentang Islam, politik, isu sosial, jangan berjudi bola, dan apa sahaja yang bermanfaat.
Kalau tidak boleh langsung, hanya hulurkan sahaja pemplate dan risalah yang telah disediakan. At least boleh dapat tahu mood pengundi sebelum pilihan raya yang ke-13 nanti.
Apapun saya belum mencuba.
Agak-agaklah siapa yang paling rajin mengisi meja-meja restoran ‘screen besar’ sempena World Cup kali ini?
Melayu? Cina? Atau India?
p/s-Ada kebenarannya bila musim WC ini tiba, cerita Palestina pun semakin tidak bermaya. Orang lebih seronok cakap pasal bola. Seperti entry salah seorang sahabat blogger, katanya, SELAMAT TINGGAL GAZA. Entry bermakna yang wajib diambil iktibar. Bolehlah untuk dimasukkan sekali akan agenda dalam “Chit-Chat Bola” nanti. Tajuknya, Gaza: Sudahkah kita peduli?
No comments:
Post a Comment