Wednesday, June 2

With my eyes!


“Tuan-tuan Dhuyufurrahman (tetamu Allah), kita akan sampai ke kawasan Masjidil Haram tidak lama lagi….” Mutawif bas no-2, Ustaz Abdul Rahman bersuara..

“Ayuh Tuan-tuan kita teruskan membaca kalimah Talbiah!” Seru beliau lagi dengan penuh semangat..

“Labbaikallahumma Labbaik... Labbaikala syariikalakalabbaik...”

Saya mengetap bibir. Terlalu sukar nak dibayangkan perasaan ketika itu. Kesemua kami diam. Melayan perasaan dan debaran hati masing-masing.

Apakah Allah SWT membenarkan daku menatap rumahNya nanti? Ya Allah, perkenankanlah ya Rabbi....

Bas semakin perlahan. Di depan sana seperti ada satu ‘pesta’. Lampu bergemerlapan dan ada suatu kawasan istimewa yang dilimpahi cahaya terang-benderang. Ya, saya yakin di sanalah letaknya Kaabah. Pusat titik manusia ‘berpesta ibadah’!

Saya mempercepatkan langkah... Di kiri kanan-kanan jalan menuju masjidil haram terserempak dengan manusia yang berduyun-duyun pergi dan kembali dari rumah Allah itu... Debaran semakin memuncak. Tiang menara masjidil haram sudah jelas kelihatan melambai-lambai kami yang baru sampai...

“Ingat lagi kan perkara-perkara sunat yang kita akan buat apabila melihat kaabah untuk pertama kali?” Ustaz bertanya ketika langkah kami semkain dekat.

Semua mengangguk. Tanda setuju..

Kaki kami menjejak ke pintu. Mata saya sempat menjeling perkataan yang tertera. “Babul Malik Abdul Aziz”! (Pintu Raja Abdul Aziz).

Ustaz melangkah masuk... Diikuti oleh saya.. Kemudian sahabat-sahabat yang lain.

Perasaan gemuruh semakin rancak memukul hati. Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana isi hati kami ketika itu. Di dalam hati doa tidak putus-putus mengharap... Ya Allah, perkenankanlah kami untuk menatap BaitullahMu! Amin ya Allah... Amin ya Rabbuna...

Saya berjalan tunduk. Belum berani mengangkat kepala...

“Tuan-tuan, itulah kaabah!” Kata Ustaz sambil menepuk bahu saya...

Saya angkat kepala sedikit. Terlihat binaan yang tersergam di depan sana... Subahanallah! Maha suciMu ya Allah! Lidah kelu... Hanya hati yang berkata-kata...

Tidak semana-mana binaan itu ghaib!

Ghaib dek air mata yang menutupi setiap inci kelopak mata. Air mata kesyukuran yang tak terhingga kepada Maha Pencipta. Ya Allah... Syukur padaMu ya Allah kerana menerima kehadiran kami di sini. Sesungguhnya saat itu, tidak ada nikmat pemandangan di dunia ini melainkan inilah nikmatNya yang paling indah....

Dan saat itu jugalah pancaindera yang paling bertuah ialah mata kepala!

Because of For the first time with my eyes!

1 comment:

daeimuslimah said...

Syukur krn tlh diberi peluang menatap rumah Allah dgn mata kepala sendiri...ya sudah tentunya nikmat paling berharga pd wktu itu...MATA.
dari MATA turun ke HATI...
dari MATA bertambahlah ubudiyyah diri kpd ALLAH, HATI bertambahlah keimanannya.