Tuesday, June 8

ku cari damai yang hilang...



Bismillahi La Quwwata Illa Billah...

Seberat mana pun masalah dan resah yang melanda, jangan mudah berputus asa. Rahmat dan nikmat Allah SWT sentiasa menaungi kita. Hakikatnya, tujuan Allah menghadirkan sakit kerana Dia mahu menghikmahkan sembuh. Begitu juga Allah mengujikan kesempitan kerana Dia mahu mengurniakan keluasan.

Hebatnya perancangan Allah SWT...

Kegersangan hati adalah penyakit yang paling berbahaya abad ini. Apabia hati manusia gersang, ia akan sentiasa susah hati, gelisah, dan gundah-gulana walaupun nikmat harta dan segala-galanya melimpah ruah di sisi. Mengapa?

Apabila hati dikuasai oleh iman dan taqwa, walaupun zahirnya miskin tetapi jiwanya sentiasa kaya. Tapi sebaliknya, bila nafsu menguasai diri, zahirnya nampak kaya tetapi hakikat jiwanya terlalu miskin!

Tak hairanlah bila mana seseorang yang miskin jiwanya, ia akan melakukan apa sahaja kehendak dan keinginannya sehingga melampaui batas akal kewarasan tabi’i manusia!

Pelbagai rentak manusia mencari kedamaian yang dirasakan kelak akan mengayakan jiwa. Ada yang mencari kedamaian dengan melancong, bersenam, yoga, melukis dan lain-lain. Tidak kurang juga yang memilih jalan ‘songsang’ seperti berhibur di kelab malam, minum arak, atau mengambil dadah. Na’uzubillah!

Sebenarnya, apabila manusia yakin Allah sangat dekat dengannya, walaupun ia dibebani oleh apa jua masalah atau sebarang bentuk kekecewaan, mereka akan segera mendapatkan kedamaian dengan mengingati Allah melalui bacaan Al-Quran, berzikir, solat dan melihat keindahan alam ciptaanNya.

Inilah ubat kedamaian yang hakiki!

Firman Allah SWT:

“Ingatlah! Dengan mengingati Allah itu, tenteramlah segala hati.”—Al-Ra’d ayat 28.

Hati manusia yang beriman itu akan sentiasa tenteram dan aman lantaran mengingati Allah SWT. Tidak kira mereka ditimpa musibah atau kegagalan yang berkali-kali, mereka akan segera insaf dan meneropong kembali kesilapan yang dilakukan agar ia dapat diubah.

Walaubagaimana berat sekalipun ujian, Allah sentiasa membantu. Berusahalah dan berdoalah!

Janji Allah SWT:

“Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam jiwa orang yang beriman supaya bertambah keimanan mereka bersama keimanan yang sedia ada pada mereka. Kepunyaan Allah tentera langit dan bumi dan Alah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”—Al-Fathu ayat 4.

Jadi, kita jangan sekali-kali merungut, merasa terbeban atau tertekan dengan ujian hidup. Rasulullah SAW sendiri menempuh pelbagai ujian sehingga baginda diangkat darjat Ulul Azmi iaiatu golongan para Nabi yang gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Firman Allah SWT lagi:

“Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga secara bersahaja dan tidak akan datang ujian kepadamu seperti yang telah datang kepada orang terdahulu sebelum kamu?....”—Al-Baqarah ayat 214.

Tuntas... Bagi orang beriman, ujian bukanlah dianggap sebagai suatu perkara yang malang kerana Allah mempunyai perancangan di sebaliknya. Bahkan, dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian ditimpa sebagai suatu kifarah pengampunan. Manakala dalam keadaan taat pula, Allah menurunkan ujian bagi meningkatkan darjat seseorang.

Insya Allah! Moga bertemulah damai yang hilang...

myikhwanfiideen,

‘REFLEKSI KEMBARA’

Tanjung Bidara, Dungun. 12.35 PM.

Terengganu Darul Penyu!

----------------

p/s:-

Terima kasih tak terhingga wajakallahu khairan kathiir kepada semua sahabat-sahabat serta seluruh ahli keluarga yang menyambut serta memeriahkan kembara 3 hari kami mengelilingi bumi semenanjung.

Dari bumi Johor, Selangor, KL, Pahang, Terengganu dan seterusnya bumi serambi mekah Kelantan.

Ya Allah.......... Sesungguhnya kurnia Engkau itu terlalu luas.

-------------

Lagi gambar2 kenangan sepanjang sesi kembara:-

(Di rumah adik Juniorku, sdr. Muaz Zakaria)

(Kat Sabak Bernam. Walimah Ukht Syifa&Syed)

(Rumah anak Usrahku, Arif 'the legend')

(Walimah mantan Pengerusi GAMIS Zon Selatan, Akhi Zakiri. Pasir Mas Kelantan)

(Singgah ke Masjid Beijing di Rantau Panjang)

(on the way balik dari Kelantan. Cantik la masjid nie!)

(Mengintai khazanah Allah di Tanjung Bidara, Dungun)

(My beloved ‘sifu’, Bro Taib...)

Lastly, special thanks to owner--> TAD 7241. Thanks a lot for your kindness...

1 comment:

che' ma said...

waahhhh...sonoknye jalan2...
best kan pi ganu?? hehe...