Monday, June 14

When Tesla vs Faraday..


Anyone of you still remember this?

Selalu sahaja penulisan mengarah kepada perspektif negatif. Konteks yang cuba disampaikan tidak kesampaian dan akhirnya natijah pentafsiran yang tersalah dari makna asal.

Penulis dan pembaca mungkin tidak bersalah.

Adakalanya ruang teks yang terlalu sempit untuk diterjemah sedangkan pemahaman manusia yang terlalu luas. Borderless! Juga realiti pengalaman manusia yang pelbagai sehingga menghasilkan cara pandang yang berbeza-beza.

“Cikgu, nafsu tu benda jahat ke baik?”—Tanya seorang pelajar saya dalam kelas tuisyen malam tadi. Ketika saya sibuk mengajar Fizik tingkatan 5, soalan itu pula yang terpacul keluar.

Saya terpana sejenak... Saya pasti ada sesuatu yang mengganggu benak fikirannya.

“Dengan nafsulah kita teringin untuk makan...”—Jawab saya perlahan.

“Hmm. Ustaz kat sekolah kata, nafsu ni kawan kepada Syaitan..”

Saya berfikir... Mungkin ada salah faham. Tidak terus menjawab soalan yang diajukan.

Ketika mana dunia berlumba-lumba dengan ciptaan bahan semi-konduktor yang diperbuat dari silikon, maka hasilnya pelbagai peralatan elektronik tercipta sama. Mesin-mesin perubatan yang dahulu kala begitu mahal serta tidak mampu dimiliki, kini boleh didapati secara persendirian di rumah masing-masing.

Ceritanya bermula dengan nafsu.

Daripada seketul batu silikon, manusia memperhalusi penelitiannya sehingga terciptalah benda yang dipanggil diod. Daripada diod, manusia mengkaji lagi sehingga mampu mempraktiskannya menjadi alat yang dinamakan rektifier. Lalu dengan rektifier ini pula manusia mampu menukar punca arus ulang-alik kepada arus terus. Aplikasi inilah yang kita guna seharian di rumah. Pengecas telefon bimbit, komputer, dan sebagainya...

Keadaan manusia yang mempunyai keinginan ataupun ‘desire’ menyebabkan mereka tidak jemu untuk terus mengkaji dan seterusnya mencipta benda-benda yang baru untuk kegunaan dunia. Maka, apakah nafsu benda yang buruk?

Mungkin tidak jika dilihat dari cara pandang saya tadi.

Tapi mungkin juga ya jika direnung dari apa yang ustaz di sekolah nak gambarkan. Jadi?

Nak tahu apakah kedudukan nafsu, lihatlah kepada natijahnya... Jika natijah dari apa yang merangsang nafsu manusia tadi adalah baik maka baiklah ia. Jika tidak, sebaliknya. Nak tahu baik atau tidak, macam mana pula? Gunakanlah alat pengukur ‘the original one’ iaitu iman!

Kesimpulannya.. Betullah teks terlalu sempit untuk menerangkan suatu ‘big idea’... Tapi, pernah tak terfikir? Maha hebatnya Allah kerana Dia mampu menyimpulkan segenap maksud penciptaan alam serta pengamalan makhluq yang sepatutnya hanya melalui senaskah al-Quran sahaja!

No comments: