"Etes-vous comme le football?" (Are you like football?)-->Zinadine Yazid Zidane
Anda minat bola?
Jarang sekali seorang lelaki berkata tidak jika diajukan soalan sebegini. Walaupun dia berjawatan ‘kaki bangku’ sekalipun. Bola tetap dihati. Pandai sepak bola atau tidak itu cerita lain...
“Aih! Apa yang istimewa sangat dengan bola nih??” Barangkali itulah rungutan seorang isteri bila melihat mata suaminya ‘melekat’ di kaca televisyen. Si isteri meluat tapi suami buat-buat tak tahu...
Apalagi jika musim WC...
Suami sanggup bangun malam semata-mata mahu melihat Kaka atau Messi beraksi. Tapi kalau malam-malam biasa bila si Isteri minta tolong buatkan susu untuk anak, jangankan nak bangun malah tambah berdengkur! Hehe.. Kesian!
Apa yang istimewa dengan bola??
Ada siliberiti?
80% Setuju... Kita tengoklah iklan-iklan di Eropah. Mereka menggunakan pemain-pemain bola untuk melariskan barang-barang jualan. Contoh di Malaysia, iklan minyak rambut Bylcream yang mengupah Christiano Ronaldo. Caltex sebelum ini menggunakan David Beckham. Dan ramai lagi...
Ada skil?
90% setuju...
Manusia meminati manusia lain tidak semuanya kerana wajah atau rupa paras yang ada. Kajian mendapati kebanyakan mereka yang berjaya dan terkenal di dunia ini adalah kerana kemahiran ‘internal’ dan bukannya ‘external’ kapasiti.
Kalau dalam bola, mereka yang menjadi lagenda seperti Pele dan Maradona taklah sekacak mana pun. Tapi skil yang ada menyebabkan ramai yang menggilai mereka di serata dunia.
Ok. Apa lagi yang istimewa dengan bola?
Eh, sebelum tu... Saya menulis bukan untuk menggalakkan anda menonton bola. Atau meminati sehingga tahap menggilai bola. Tidak. Tengoklah sekali sekala apa salahnya. Lagipun daripada anak-anak muda menonton akademi, juara lagu, atau mentor di kaca televisyen itu, kan lebih baik menonton bola??
WC 2010!
Saya akui saya adalah penggemar bola. Tapi taklah sampai ke tahap ‘penggila bola’. Saya hanya menonton skuad-skuad pilihan seperti Brazil dan Argentina. Tapi akhirnya kedua-dua skuad pilihan ini tersungkur sebelum tiba ke separuh akhir!
Itulah bola... Bola itu bulat!-->Bola memang bulat tapi hidup kita tidaklah hanya sebesar bola... Ingat tue!
Kalau anda nak tahu sepanjang WC 2010 ini ada seorang anak muda yang mencuri tumpuan media... Dia tidak lain dan tidak bukan ialah Mesut Ozil. Pemain berjersi No.8 dari skuad Jerman yang meranapkan skuad pilihan Argentina di suku akhir.
Saya rela Argentina dikecewakan oleh Jerman kerana mereka ada Ozil.
Mesut Ozil
Ada apa dengan Mesut Ozil?
Kalau lensa media Eropah tidak lekang memberi fokus x10 kepada anak muda ini kerana potensi serta skil yang ada pada dia tapi bagi kita bukanlah itu yang paling istimewa. Isu yang paling berharga ialah kerana Mesut Ozil adalah seorang Islam!
Beliau baru berumur 21 tahun tetapi sudah mempunyai bakat yang luar biasa. Ozil telah membantu Jerman pada tahun lalu untuk menjuarai kejohanan UEFA bawah 21 tahun. Sebelum WC 10, anak muda berdarah Turkey ini menjadi sandaran negara Jerman untuk skuad B17, B19, dan B21 mereka.
Ya... Kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa di sana ramai lagi pemain-pemain bola sepak yang hebat dan beragama Islam.
Anda kenal Ibrahim Affellay?
Ibrahim Affellay
Beliau dianggap antara pemain yang berbakat dalam skuad Belanda. Beliau menyarung jersi untuk kelab PSV Eindhoven sehingga mendapat penghargaan Eredivisie sebagai pemain terbaik 2007/2008. Ibrahim selalu menghabiskan bacaan Quran di bilik persalinan sebelum melangkah kaki ke padang. Hinggalah beliau dipilih sebagai ‘Moslim van het jaar’ iaitu Muslim Teladan di Belanda (Netherlands)!
Sulley Muntari. Pernah dengar nama ini?
Sulley Muntari
Beliau merupakan pemain Inter Milan. Kelab terkemuka Itali dalam liga Seria-A. Ketika ada tokoh politik di Itali mengatakan puasa di bulan ramadhan akan membantutkan aktiviti rakyatnya, Muntari yang berpuasa ketika itu tetap melangkah ke padang.
Aksi cemerlangnya membuktikan bahawa dakwaan itu salah sama sekali. Bahkan beliau menyumbat gol sambil mengisyaratkan huruf ‘C’ (bintang) sebagai tanda keislamannya. Allahu Akbar!
Juga masih ingat bila Nicolas Anelka menyarungkan baju dalam yang bertulis ‘Free Gaza!’ ketika saingan EPL tahun lepas? Ketika beliau meledak gol untuk Chelsea, Anelka mengisyaratkan jarinya kepada baju tersebut sebagai tanda sokongan kepada masyrakat Palestina.
Samir Nasir sedang berdoa sebelum saingan kelayakan WC 2010
Ramai lagi sebenarnya. Termasuklah bintang-bintang Perancis seperti Frank Ribery, Zinadine Yazid Zidane, Terry Henry, dan anak muda Nasri serta bintang-bintang di kelab gergasi lain seperti Yaya Toure di Barcelona!
A Canadian Muslim girl Football Player.. I forgot her names..
Tahun 2007 dahulu ada satu isu hangat di Kanada. Seorang remaja perempuan berumur 11 tahun yang bermain di salah sebuah kelab di Montreal diarahkan untuk membuka hijab. Tetapi beliau membantah dan berjuang untuk mengekalkan pakaian menutup auratnya ketika beraksi di atas padang. Subhanallah... Dalam bola sepak pun ada perjuangan sebenarnya!
Itulah keistimewaan bola bila mata dan hati pandai menilai... Wallahu a’lam!
p/s-->Kepada para wanita yang tidak suka lelaki meminati bola, lepas ini harap boleh ber’husnu zhon’... Bagilah peluang kepada mereka. Kepada lelaki, Insya Allah lepas bangun tengok bola boleh teruskan untuk Qiamullail. Huhu... (maaf. Tiada kaitan dengan hidup atau yang dah tiada)
5 comments:
jerman bagus! tu perjuangan masut ozil di jerman. nice things to share dol...
pasni jom produce paper lak!
Salam'alaik ya sheikh engineer...ana ada beberapa cetusan pendapat yang boleh difikirkan bersama..
1. Sejarah permainan bola sepak ni, kalau x silap ana ada kaitan dengan peristiwa karbala..jd, nak skong juga ka? ana rasa lebih baik meminati sukan lain sebab tujuan kita bersukan adalah untuk menyihat dan mencergaskan badan.Bola sepak ni, sihat, tapi rata2 pemainnya tidak menutup aurat walaupun islam sendiri.memang itu adalah salah mereka sendiri tapi sokongan kita membuatkan mereka lebih bersemangat tanpa ada rasa bersalah pada ALAH??
2. Disebabkan WC ni menjadi pilihan ramai, ana lihat seolah2 bola ni terlalu diagungkan peminat2nya. Sedangkan dalam Islam, tiada yang lebih agung daripada ALLAH dan ISLAM. Sepatutnya ALLAH lah yang menjadi pilihan dan tiada yang lain untuk seluruh umat manusia seluruh dunia. Juga ana nampak seolah2 dah beralih tumpuan utama...
Maaf, ana x maksudkan sesiapa terutama org2 yg fhm dn tinggi ilmunya cuma sekadar muhasabah bersama. Mhn teguran dan bimbingan andai ana tersilap.syukran
Bissalam..stuju ngan anonymous, yg mana permainan bola sepak ini sejarahnya bermula dr peristiwa karbala..mungkin ade sukan lain yang boleh diambil pehatian??apa kata memanah, berkuda dan berenang...hm, bila pemain bola seperti mesut ozil itu merupakan seorang islam, ibrahim allefey dsb, alhamduliLlah..bersyukur sesangat..tetapi pabila secara luarannya sang pemain dye rambut , pakai sluar pendek yg tak habis tutp aurat dsb, hancurnya hati..serupa macam artis le pulak..huhu...tQ
hahaha...apa macam ni dol? geng mane lak ni?
walo aper pon...sy rashe bola adalah salah satu sukan yg utame di dunia..walo sejarahnyer....
so sewajarnyer mengambil nilai2 positif yg ader pd 'bola' samer spt entri yg ditulis di atas...sy amat setuju....sy mmg mengagumi mesut ozil & berharap dier akn menyerlah di mase dpn & dpt membawa namer 'Islam' itu sendirik di persada dunia (skrg-krgnyer bdk2 skrg mengambil contoh terhdp pemain sebegini yg diminati, membaca al-quran sblm bermain dr mereka mengidolakan rooney,c.ronaldo dll...)just pendapat ^_^
Post a Comment