Saturday, August 14

Sekuntum Makrifat (siri 3)


Siri 1 --> [link]

Siri 2 --> [link]

Perasaan Kasih kadang hadir tanpa dipinta... Ia anugerah Semulajadi dari yang Maha Kasih.

Nawar masih dengan sujudnya yang panjang.

Nasir hanya memerhati. Kolam hatinya berkocak. Hatinya yang tenang sepanjang usrah tiba-tiba bergolak. Berkocak seperti tasik yang dilontar batu....

Syima.... Apa yang kau dah buat?

Kepalanya mengimbas peristiwa yang berlaku beberapa bulan lepas.

***

“Nas... Please... Kenapa dengan you ni?”—Pinta Syima sambil mengejar Nasir. Beberapa anak mata menjeling. Nasir tercegat di depan pintu library. Bisu dari kata-kata.

“Cubalah you cakap... I ada buat salah ke? Ya... I tahu I ade buat salah. Tapi I kan dah minta maaf... Kenapa tak boleh nak maafkan? Susah sangat ke?”. Syima meluahkan segala-galanya. Serentak air mata anak gadis itu turun.

Tegang... Makin banyak mata yang menonton sketsa pendek petang itu. Nasir jadi serba-salah.

“Syima... Saya dah maafkan awak. Saya....”

“Kenapa dengan you? Mesti you dah ada orang lain!”

Belum sempat Nasir menghabiskan ayatnya, Syima dah menyerang. Syima.... Oh Syima... Perangai kau tak pernah berubah! Nasir hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat aksi Syima.

“Oh! You dah ada orang lain kan?? Itu sebab you dah tak nak I sekarang!”

“Ya! Saya dah ada yang lain! Puas hati??” Nasir berang. Sketsa ini perlu ditamatkan secepat mungkin. Muka sudah menebal dengan malu!

Nasir bergegas meninggalkan Syima yng terkedu dengan jawaban muktamadnya. Ya Syima.. Saya dah ada yang lain. Antara dua cinta... Cinta Khaliq dan Makhluk.

Aku pilih cinta Khaliq!

***

“Apa yang duk termenung tu? Cepatlah.. Kita ke hospital sekarang.” Teguran Nawar mengejutkan Nasir dari lamunan panjang.

Sepupunya Nawar mula melangkah keluar dari surau Fakulti Kejuruteraan. Adik-adik usrah mengiringi naqib kesayangan mereka. Nasir mengekor dari belakang.

“Teruskan doa kalian ya.... Mohon mudah-mudahan Allah selamatkan saudari kita.” Pesan Nawar sambil memeluk anak-anak buahnya.

“Baik bang. Allahumma yashfiiki.......” Jawab Ikhwan patuh. Ikhwan diberi tanggungjawab oleh Nawar sebagai ketua kumpulan usrah mereka.

Deruman Satria hitam mula kedengaran.

Sesaat kemudian satria Hitam hilang di sebalik kabus malam.

***

“Siapa Nasir? Awak Nasir?” Encik Norman yang berpakaian seragam menerpa mereka berdua. Jelas kelihatan garis kebimbangan di wajah berkedut pegawai HEP itu.

“Ya... Saya Nasir.” Jawab Nasir tanpa dipaksa.

“Nak, mari sini jap...” Pegawai HEP itu menarik lengan Nasir. Membawanya jauh dari pintu wad ICU. Nawar hanya melihat gelagat mereka berdua dari jauh.

‘Ya Allah.... Jadikanlah apa yang berlaku ini sebagai titik jalan pulang hamba ini untuk kembali bertemu Mu ya Allah dalam keadaan fitrah’—Hatinya masih tak jemu menguntum doa.

“Nas, apa kata Cik Norman tadi?” Tanya Nawar.

“Cik Norman minta tolong aku jaga Syima untuk beberapa hari ni. Dia kata HEP dah contact parent Syima. Tapi mereka masih kat Italy. Ada urusan perniagaan kat sana. Tak sempat nak balik dalam masa terdekat ni.” Jawab Nasir perlahan.

Matanya tunduk ke lantai sambil menunggu respon sepupunya, Nawar.

Nasir bingung....

“Kau kena jaga Syima? Eh... Biar betul.” Takkanlah Nasir yang kena duduk di situ menjaga Syima. Hati Nawar tidak bersetuju.

Tapi.... Syima anak gadis itu tidak wajar ditinggalkan keseorangan. Mungkin makan minumnya boleh dijaga oleh jururawat yang ada. Tapi, bagaimana dengan solatnya? Auratnya? Siapalah yang sudi menjaga hal ehwal seperti itu?—Hati Nawar terus bermonolog.

“War.. Habis apa yang aku perlu buat?” Nasir masih kebingungan.

Nawar bingkas dari tempat duduk. Dia meraba telefon bimbit di dalam poket seluar hitamnya. Mata hitamnya kemudian meneroka alamat-alamat nombor di dalam telefon bimbit yang sudah usang itu. Abi Izzuddin! Lantas punat hijau ditekan....

........ Nawar terus berbicara dalam talian ....... ........

Bau ubat mula menyengat hidung.

Mata Nasir mulai kuyu. Akhirnya dia ‘kalah’ dan terlena.

***

“Assalamualaikum...” Suara itu membangunkan Nasir. Entah berapa lama sudah dia berlayar di alam mimpi tadi.

“Wa’alaikumussalam...” Nasir menghulur tangan.

Kelihatan di depannya seorang lelaki yang agak berumur. Wajahnya bersih disertai beberapa kuntum janggut yang berwarna putih. Siapa pula ni? Hati Nasir bertanya.

Turut bersama dengan lelaki ini dua orang wanita. Seorang kelihatan macam isteri kepada lelaki tadi dan seorang lagi nampak gaya macam anak perempuan mereka. Hati kecil Nawar cuba meneka.

“Mana Nawar?” Lelaki ‘suci’ itu bertanya sambil tersenyum kepada Nasir.

Nawar? Eh.. mana Nawar ye? Ya Allah mana pula sepupu aku ni.

“Assalamualaikum Abi!” Kedengaran suara yang dicarinya berbunyi dari arah belakang. Panjang umur kau Nawar!

“Haa Nas. Ni saya perkenalkan Abi Izzuddin. Murabbi Nawar!” Tangan Abi Izzuddin dikucup dan mereka berdua berpelukan. Nasir kemudian meniru perbuatan sepupunya.

[Abi=Ayah. Panggilan yang biasa digunakan untuk menghormati seseorang]

[Murabbi=Pendidik]

“Wah... Ummi pun datang sekali.” Ummi Rohaya sekadar tersenyum melihat Nawar yang keriangan seketika.

“Ya.. Ummi datang bawa Balqis.” Kata Ummi ringkas. Balqis? Siapa pula Balqis? Macam pernah dengar nama itu! Nawar kemudian mengalihkan pandangannya ke sebelah Ummi.

“Assalamualaikum ustaz...” Insan yang berdiri di sebelah Ummi Rohaya menyapa.

“Wa’alaikumussalam warahmatullah.....” Nawar terkejut. Lidahnya kelu. Cepat-cepat dia menundukkan mata ke lantai mozek kepunyaan hospital!

Astaghfirullahal’aziim... Wahai TuhanKu ampunkan kelapaanku. Peliharalah keikhlasan amalanku.

“Nawar....” Abi memanggil.

“Nawar..” Panggil Abi lagi.

“Ya Abi?” Sahut Nawar. Dia seolah-olah baru tersedar. Abi senyum. Abi sedar perubahan Nawar sebentar tadi.

“Macam ni. Abi dan Ummi dah bincang sebelum datang ke sini. Abi ingat biarlah Balqis yang jaga Syima tu nanti. Insya Allah setiap petang Ummi dengan Abi akan datang jenguk. Macam mana?”

“Apa yang baik dari Abi dan Ummi, Nawar ikut je...” Jawab Nawar. Patuh.

“Cuma macam mana dengan kuliah ustazah Balqis?” Nawar meminta kepastian.

“Takpa. Balqis tak jaga sepanjang masa. Masa kuliah dia akan balik U. Dia datang wad waktu solat. Masa tulah dia boleh bantu Syima bersolat dan apa-apa keperluan lain.... Setuju anak-anak muda?” Abi Izzuddin menepuk bahu Nawar dan Nasir.

Nawar mengangguk setuju. Nasir turut mengangguk sama.

“Alhamdulillah... Kalau macam tu kamu berdua boleh beransur pulang. Ummi dan Balqis akan tunggu di sini.”

“Tapi Abi....” Nawar bersuara. Bimbang menyusahkan Abi Izzuddin dan keluarga.

“Nawar, pergilah berehat. Antum berdua dah buat tanggungjawab terhadap saudara muslim. Sekarang giliran Abi dan Ummi pula.” Pujuk Abi.

Ummi mengiakan.

“ ‘Ala kulli haal. Syukran jaziilan ya Abi.” Sebelum menapak balik, Nawar dan Nasir memeluk erat Abi Izzuddin.

~Anta Murabbi....... wa anta Abuuna!~

--------------------------------------------------------------------

Ya Tuhan Empunya segala Cinta.....

Sering sahaja cinta ini ternafi....

Aku arif.

Siapalah daku yang mahu berkongsi cinta denganMu.

Ya Tuhan pemilik segala hati......

Biarkan daging hati ini terus menangis sehingga mati...

Menjadi bangkai.

Selimut tebal dari api nerakaMu..

KREDIT TO THIS SONG:


--Insya Allah bersambung---

No comments: