Friday, August 27

Bukan sekuriti biasa.



Sumber gambar, Abu Nuha (link)

“FOR THOSE NON-MUSLIM, NOT ALLOWED TO GO INSIDE!”—Keras benar amaran itu.

Beberapa orang pelancong asing terpacak di luar pintu.

Hanya mampu terkebil-kebil memandang papan tanda yang tertera di pintu masjid yang tersergam lagi nan indah itu.

Sayang... Ada masjid ‘segagah’ dan ‘semegah’ di tengah-tengah kota, tapi tidak mampu membawa apa-apa natijah kepada manusia keliling. Apatah lagi pada manusia-manusia ‘pencari tuhan’ seperti mereka.

Institusi yang sepatutnya menjadi ‘Centre of Human Capital’ seperti yang diasaskan oleh baginda Rasulullah itu semakin suram dan kelam.

Masjid hanya menjadi tempat melaungkan azan.

Tambah menyedihkan kadangkala ia hanya dimakmurkan sebagai ‘tempat tidur’ tatkala menunggu office hour bermula di waktu petang!

Maaf... Tidak semua begitu.

----------------

Teringat zaman Matrikulasi.

“Zul, kawan aku nak ikut solat jumaat. Amacam? Boleh tak?”—Seorang kawan dari JPP (Jabatan Perwakilan Pelajar) berlari-lari mendapatkan saya yang bergegas ke masjid.

“Haih? Bagi jelah. Kenapa pula tak boleh?” Saya kehairanan.

“Kawan aku tu Non-Muslim lah!” Haa. Kali ini barulah kemusykilan tu jelas.

“Hmm... Bawa jelah. Apa salahnya?” Saya memberi cadangan.

“Betul? Betul ni?”

“Betullah... Ajak dia duduk kat belakang. Insya Allah takda masalah.”

“Ustaz Wan ok tak?” Ustaz Wan, Imam Masjid Matrikulasi ketika itu.

“Insya Allah ok.” Saya memandang wajahnya. Menambahkan rasa yakin.

Alhamdulillah.... Beberapa bulan kemudian, ‘non-muslim’ yang pernah bertandang hanya seketika di masjid ‘kerdil’ yang ‘tak seberapa itu’ akhirnya mengucapkan kalimah Syahadah! Saudara Razin nama Muslimnya....

Itu antara peristiwa yang tidak dapat ku lupakan hingga ke hari ini.

Saya selalu terfikir....

Ketika mana mereka sendiri datang ‘mengetuk’ pintu kita... Iaitu dengan kerelaan hati tanpa dipaksa oleh sesiapa.

Alangkah murkanya Allah SWT jika; kita memilih untuk tidak ‘menyambut’ mereka...

Jangan kerana kita hidayah Allah SWT terhijab kepada hamba-hambaNya yang lain.

---------------

Saya mendapat kiriman email dari seorang sahabat.

Tahun lepas...

Kisah bagaimana Islamnya salah seorang peguam bagi Allahyarham (mudah-mudahan) Micheal Jackson. Ceritanya very simple!

Ya... Begitulah hidayah Allah SWT. Bila ia menerpa hambanya maka tiada siapa yang boleh menyangka sesuatu akan berubah sekelip mata.

Beliau yang datang dari Amerika telah dibawa melawat Kota mewah Dubai.

Kemudian dalam masa yang sama rombongan pelancong ini berkunjung ke kota Riyadh. Ibu kota Arab Saudi. Ketika perjalanan, rombongan mereka terserempak sekumpulan anak-anak remaja Saudi sedang menunaikan solat di sebuah kaki lima kedai.

Beliau hairan. Apa sebenarnya yang sedang dibuat oleh anak-anak remaja ini?

Dia pun bertanya kepada pemandu pelancong.

Solat. ‘Reflexology+Psychology Treatment’ paling hebat di alam ini!

“Mereka sedang bersolat”. Jawab pemandu pelancong tersebut.

“Solat? Apa tu? Awak boleh ajar saya?”

Dipendekkan cerita, pemandu pelancong ini pun mengajarkan kepada yang bertanya akan gerakan solat. Serta maksud bacaan-bacaannya dalam bahasa Inggeris.

Apa yang menariknya ialah, selesai mengerjakan solat, peguam tadi merasakan dia seolah-olah berada dalam sebuah dunia yang begitu tenang. Tidak pernah dia merasakan ketenangan sebegitu! Tambah pula sebelum ini duduk di kota Metropolitan New York yang hiruk pikuk....

“Saya nak masuk Islam boleh?” Pinta ‘luar biasanya’....

Masya Allah! Saat itu juga dia memeluk Islam dan mengerjakan Umrah.

Subhanallah.... Yang namanya hidayah Allah. Luar biasa bukan?

Hidayah milik Allah. ‘Jambatannya’ ialah si pemandu Pelancong.

--------------------

Berbalik cerita tentang si Sekuriti.

Saya patut malu...

Malu pada Allah dan malu pada mereka-mereka yang punya kesungguhan menyampaikan agama Allah tak kira siapa pun mereka.

Mereka berusaha ‘membuka’ pintu hidayah Allah buat para hambaNya...

Walaupun dia hanya seorang Sekuriti.

Dia mungkin hanya Sekuriti biasa di dunia. Tapi di Akhirat, insya Allah dia adalah ‘Sekuriti’ di Syurga milik Allah!

SALAM ‘SECOND HALF’ RAMADHAAN... MOGA MAKIN ‘RANCAK’ DENGAN SISA MASA YANG BERBAKI!

No comments: