myikhwanfiideen. 15 Februari 2010
Kelong Ayah Man, Selat Tebrau...
Bahasa ditutur nelayan,
saat melangkah ke laut meramal tengkujuh,
adalah bahasa burung undan,
bahasa ikan tenggiri,
bahasa angin dan ombak,
bahasa pukat dan jaring,
bahasa sotong dan ikan kering.
Bahasa mereka,
saat menyorong hasil ke pasar,
meraih dan memborong,
adalah bahasa daging dan nadi,
bahasa masin peluh,
bahasa panas darah mengalir,
bahasa menghitung memikir.
Bahasa inilah bahasa jerih jelata,
bahasa perit murbawan,
bahasa nurani sukma, bahasa nubari jiwa,
bahasa itulah menjejak cuaca,
membilang angka,
bahasa nelayan.
Oleh: Faisal Tehrani (Puisi Bahasa Nelayan)
mykhwanfiideen:
Terima kasih buat lelaki yang aku kagumi Ayah Man kerana sudi mengajar saya apa itu erti SABAR, apa yang namanya CEKAL, dan BUDI pada lautan…
Terima kasih memberi suntikan pada insan mentah ini untuk mengenal erti kehidupan dan kegigihan mencari rezeki.. Di bawah terik mentari dan pukulan ombak yang kadang-kala nakal…
Kepada ikan-ikan yang lebih hebat ‘erti memberinya’.. Masakan tidak, sanggup memberi dirinya sendiri kepada nelayan yang menahan jaring untuk rezeki anak serta isteri di rumah…
No comments:
Post a Comment