Wednesday, February 24

Sedikit, tapi amat bermakna...


"Tangan yang MEMBERI lebih baik dari tangan yang MENERIMA"-Hadis

“Insya Allah… Ape-ape hal nanti saya bagitahu.Ok. Terima kasih.”—Perbualan ditamatkan.

5 minit kemudian... sms masuk ke dalam inbox:

“Bunyi suara tadi macam tak sihat. Jangan lupa jaga kesihatan dan makan ubat.”. Dua ayat sahaja... Sedikit, tapi amat bermakna. Saya kira, ia lebih mujarab dari panadol yang diberikan oleh Pusat Kesihatan Universiti...

Terima kasih... Sungguh, Allah telah bagi suatu kelebihan kepada anda!

Dalam keadaan tak sedar. Sebaris kata-kata ikhlas yang kita ucapkan untuk orang sekitar impaknya amat besar sekali. Kerana mungkin saat itu ia amat memerlukannya.. Dikala itu pastinya anda semulia-mulia manusia!

Maka, belajarlah untuk memberi walaupun sedikit. Sedikit, tapi amat bermakna bagi orang lain.

Contoh:

“Terima kasih..”

“Maafkan saya...”

“Tahniah.”

“Takziah...”.

Saya masih belajar untuk memberi. Ajarlah saya.... Terima kasih!

myikhwanfiideen:-

Maafkan saya tak boleh ke Retreat Alumni PASTI Malaysia minggu ini. Saya masih bergelut dengan Proposal Master yang masih tidak menepati spesifikasi Supervisor. Maafkan saya sekali lagi.

3 comments:

Anonymous said...

memahami..pasti ada jalan yg akn dipermudhkan olehNya.insyaallah

Mohamad Taib Bin MIskon said...

bagus artikel ini..
Tuan..
nanti boleh la belanja ana nasik lemak poWER

myikhwanfiideen said...

Tuan Taib....

-Bole. Insya Allah no problem. Just come to Skudai...

p/s-Pakcik Warung nasi Lemak POWER da tny brape kali.. Bla ler Lect dr Ganu nk dtg lg....