Monday, February 8

Sekalung ingatan Budi.


Sekalung ingatan budi bersempena MUKTAMAR GAMIS JOHOR Kali Pertama.

myikhwanfiideen:-

Syukran jaziilan wa jazakumullah khairan jaza buat semua adik beradik tercinta seluruh ahli GAMIS di barat, utara, selatan, dan timur pelusuk negeri Johor atas dokongan dan sokongan di sepanjang kepimpinan saya selama 2 tahun. Allah SWT sahaja yang selayaknya membalas segala pengorbanan antum semua..

Segala teguran dan kritikan anda mematangkan saya...

Segala cadangan dan idea anda mendewasakan saya..

Segala sumbangan dan bantuan anda menganugerahkan nilai harga pada saya..

Syukran buat saff kepimpinan yang sanggup menemani saya selama 2 tahun; Ustaz ‘Imran yang banyak mengajar dan memberi teguran, Ustazah Liza yang menggerakkan sayap gerakan muslimat, Ustaz Ajib yang tidak kenal erti penat, Ustazah Husna yang banyak membantu, Ustaz Hilman yang tak pernah takut, Ustaz Taufik yang sarat dengan strategi, dan semua insan-insan terdekat yang banyak memberi...

Syukran buat rakan-rakan yang banyak mengajar dan mendidik saya khasnya dan organisasi GAMIS amnya; Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cawangan Negeri Johor, TERAS cawangan Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ), SUARAM Negeri Johor, Solidariti Anak Muda Negeri Johor, serta seluruh badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan sekitar negeri Johor.

Syukran juga saya titipkan buat saff kepimpinan baru yang pastinya lebih hebat.. Ustaz Amin, Ustaz Ismail, Ustazah Junainah, Ustazah Nazidah, Ustaz Syafiq, Ustaz Hafiz, Ustaz Mirzan, Ustazah Hismawati, dan seluruh jentera yang ada.. Tahniah dan takziah!

Akhir sekali buat mana-mana insan yang sudi merafakkan doa untuk saya samada saya sedar ataupun tidak.

Dimana sahaja bumi dipijak disitulah Islam dijunjung.. Dimana sahaja kita dilempar, disitulah Islam disemai.. Dimana sahaja kita dibuang, disitulah Islam dituai.

Siiru ‘ala Barakatillah!

No comments: