-'a Little cupido': Simbolik terkenal hari Valentine-
Semalam yang bertarikh 14 Februari 2010…
Pada tanggal inilah dunia Barat menggembar-gemburkan suatu hari kemestian seorang kekasih menyatakan rasa cintanya dengan apa cara sekalipun. Hari yang dinobatkan oleh mereka dengan nama sebagai ‘Hari Valentine’.
Sebenarnya.. Tarikh 14 Februari asal-usulnya adalah sebuah hari raya Rom Katolik yang pernah disebut dalam tulisan Santo Valentinus.. Gereja katolik atau dikenali juga sebagai Rom Katolik adalah kesatuan Gereja Kristian yang terbesar di dunia. Mereka terdiri adalah separuh dari keseluruhan umat Kristian dan hampir satu perenam dari penduduk dunia. Hari Raya ini dihapuskan dalam kalendar Gerejawi pada 1969 dengan sebab yang tidak diketahui..
Menurut kalendar Athens yang kuno, tempoh antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari merupakan bulan ‘Gamelion’. Iaitu bulan pernikahan tuhan Zeus mereka dengan dewi Hera. Maka, dari sinilah bermula sejarah perkaitan antara pertengahan bulan Februari dengan istilah Cinta dan Kesuburan...
Ia dibenarkan oleh manuskrip sejarah kuno Rom.. Menurut mereka, pertengahan Februari adalah sebuah perayaan ‘Lupercus’; dewa kesuburan yang dilambangkan dalam keadaan separuh telanjang serta memakai kulit kambing. Sebagai upacara ritual, ketika hari ini para pendita Rom akan meminum anggur serta menyembelih korban kambing untuk sang dewa. Kemudian mereka berlari-lari di sekitar jalan Rom sambil “menyentuh” siapa sahaja anak gadis yang mereka jumpa.
Anak-anak gadis Rom akan sedia disentuh kerana mereka percaya bahawa mereka akan dikurniakan kesuburan serta melahirkan dalam keadaan paling mudah..
Kemudian, abad-abad yang keseterusnya disebutkan dalam sebuah kitab Quevedo:
“Lalu datanglah pemuda Valentinus, dia yang percaya bahawa samudera dan keheningan sebagai permulaan dari segala sesuatu..”
Valentinus, seorang teologi ‘Gnostik’ Kristian yang paling berpengaruh dan terkenal suatu masa dahulu. Ia mendirikan ajarannya di Rom dan ajaran Gnostisisme hampir-hampir diterima dalam arus utama ajaran Kristian. Dalam ajarannya, ia memperkenalkan upacara versi cinta kasih kristiani yang mana kaedah penekanannya jauh berbeza dari konsep umum agama Kristian.
Stephen A. Holler, pakar teologi Kristian menyebut hal ini:
“Selain sakramen permandian, penguatan, ekaristi, imamat dan perminyakan, aliran gnosis Valentinius juga secara prominen menekankan dua sakramen agung dan misteri yang dipanggil “penebusan dosa” (apolytrosis) dan “tempat pelaminan”...”
Catatan pertama yang mengaitkan antara hari raya Santo Valentinus dalam ajarannya dengan kepercayaan cinta romantis yang disambut oleh kebanyakan orang ketika ini adalah bermula pada abad ke-14 di England dan Perancis.
Kepercayaan ini ditulis pada karya seorang sasterawan Inggeris yang terkenal iaitu Geoffrey Chaucher pada abad tersebut. Dia menulis cerita 'Parlement of Foules' (Percakapan Burung-Burung) bahawa:
“For this was sent on Seynt Valentyne's day” (Untuk inilah dikirim pada hari Santo Valentinus)
“When every foul cometh there to choose his mate” (Saat semua burung datang ke sana untuk memilih pasangannya)
Ketika zaman itu, para pemabuk cinta sudah lazim bertukar-tukar diari catatan dan memanggil pasangan mereka antara satu sama lain dengan panggilan ‘Valentine’. Mereka juga mendakwa kononnya wujud sebuah kad asli Valentine yang berasal dari abad ke-14 dan diletakkan sebagai koleksi di British Library, London.
[Simbol moden Valentine antaranya ialah Kad berbentuk hati dan gambar cupido bersayap]
Ketika zaman ini juga, banyak lagenda-lagenda serta dongeng tentang Santo Valentine mula dicipta.. Antaranya:
1. Petang hari sebelum Valentinus dihukum mati, ia menulis suatu catatan kecil berisi kata-kata cinta, “Dari Valentinusmu...”. Surat ini diberikan kepada kekasihnya melalui pengawal penjara.
2. Juga lagenda tentang Santo Valentinus menikahkan seorang tentera yang bercinta. Ketika itu Kaesar Romawi, Claudius II melarang askarnya berkahwin.
Sehinggalah ke abad ini, tradisi menyambut Hari Valentine mula dieksport dari dunia Eropah ke serata dunia melalui media masaa yang ada. Walhal sambutan ini asal-usulnya yang kuat ialah dari ajaran Gnostisisme yang diasaskan oleh Santo Valentinus. Yang tidak diiktiraf oleh agama Kristian sendiri. Tapi malangnya, asosiasi tradisi agama dengan hari percintaan pada abad ke-14 di Eropah seperti yang disebutkan di atas telah berjaya mengabui ramai orang. Termasuklah umat Islam sendiri...
The Greeting Card Association (Kesatuan Kad Ucapan) yang berpangkalan di USA menyatakan bahawa, di seluruh dunia sekitar satu Bilion kad valentine dikirimkan per tahun. Ini menjadikan Hari Valentine sebagai hari terbesar yang kedua setelah Hari Krismas di mana kad-kad ucapan dikirimkan. Kesatuan yang sama ini juga mengakui bahwa para wanitalah yang membeli sekitar 85% dari semua kad valentine!
Kesimpulannya, sebagai umat Islam :
1. Tiada KEHARUSAN meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. Apatah lagi sambutan hari yang dimaksudkan adalah dikaitkan dengan persoalan akidah atau suatu ajaran misteri dimana ajaran umum Kristian sekalipun tidak mengakui kebenarannya.
2. Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat Universal, tiada batasan waktu serta had tempat dan tidak dibatasi oleh objek serta motif. Sesuai dengan hadis Nabi SAW:
“Cintailah saudara seIslam kamu seperti kamu mencintai (mengasihi) diri kamu sendiri..” (Riwayat Al-Bukahri)
Kasih sayang dalam Islam perlu ditunjukkan dengan kaedah nyata.. Ikatan silahturrahmi, kunjungan atau ziarah, serta bantuan untuk meringankan beban jiran tetangga. Bersama membuat ma’ruf dan mencegah yang munkar.
Semalam yang bertarikh 14 Februari atau 14 Februari yang mendatang biarlah kita tidak membesarkannya atau menyambut dengan upacara yang sama.
Semalam yang jangan diulang!
No comments:
Post a Comment