Tuesday, September 27

Hati, akal, dan nafsu


Tubuh badan kita ibarat sebuah 'KERAJAAN'.

Hati laksana RAJA.

Akal pula bagaikan TEMENGGUNG a.k.a Perdana Menteri dlm bhs modennya.

Nafsu adalah LAKSAMANA.

Hati; bila ia jahat maka jahatlah segala tindak tanduk manusia. Bila dia baik maka baiklah perangainya.

Akal; dia penasihat kepada hati. Bila ia jahil maka rosaklah raja.

Nafsu; dia sentiasa ghairah ingin mencuba@menguasai sesuatu. Jika tidak dikawal oleh raja maka binasalah kerajaan badan serta seluruh isi rakyat jelatanya.

Tambah dahsyat lagi, bila keadaan RAJA jahat+TEMENGGUNG bodoh+NAFSU rakus!

Solusinya, Akal kena diberikan ilmu. Hati perlu ditegur dgn wahyu. Dan Nafsu mesti ditarbiyyah dgn iman.

Insha Allah, akan terhasil "BALDATUN THOYYIBATUN WA RABBUN GHAFUUR"...

Wednesday, September 21

Bila Cinta.. Katakanlah....

Sabda Nabi SAW: "Jika kamu mencintai ssorg, maka katakanlah kpdnya bhw kamu mencintainya."-Al Hadis (saya lupa matannya).

Subhanallah, betapa indah peribadi Nabi.

Sampai begitu sekali sarana baginda kpd umatnya.

Kita ambil skop suami isteri. Jika kita suami yg mencintai isteri, maka sunnah bg kita mengatakan kpd isteri bhw kita mencintainya. Begitu jg sorg isteri.

Istilah org zmn skg, "ROMANTIK".

Romantik ni slalunya yg kita tgok Baratlah yg kononnya plg romantik. Hingga ada org sggup 'melebih2kan' buku-buku drpd barat agr snts dipndg romantik oleh isteri atau suaminya. Walhal kdg2 ia tdk Syar'ie.

Kt mgkn trlupa Nabi SAW adlh insan yg paling romantik. Paling BAIK di klgn isterinya (diakui dlm hadis nabi sndiri). Mengapa kt tdk tgok teladan Nabi trlebih dahulu?

ROMANTIK sbnrnya adalh Sunnah. Bukan 'mengada-ngada' (sbb ada jg org kita rasa mcm tu).

Trpulang kpd kita suami-isteri nak suasana atau bntuk romantik yg bagaimana...

Hakikatnya ia MESTI disemai dlm hbgn suami-isteri. Samada dgn prkataan, prbuatan atau yg seumpama dgnnya. Mgkn skali-skala bagi kad ucpn kpd isteri atau suami ke? :)

Macam kad ni:

Jika Cinta... Katakanlah.....

(Warning:- Dgn SYARAT Cinta yg 'HALAL'!)

P/s-Ada org tanya.. Bagi kad dgn isteri dpt pahala ke?? Jwbn sy, jika niat ibadah lillahi ta'ala, knp pula tdk?

Itulah keindahan Islam!

Tuesday, September 20

Keluarga yg rukun.


Saya tertarik dgn tazkirah Ust Pahrol lewat siaran IKIM petang semalam.

Ada point yg saya nak kongsikan.

Dlm sesi soal jwb, ada org tanya, camna nk tahu rumah-tangga yg rukun dan aman damai.

Tertarik sekali lg dgn jwbn ust yg simple tp padat.

Syarat dan indikatornya (jwbn ust), "Hablun minallah, wa hablun minannaas!".-Hubungan yg baik dgn Allah dan hbgn yg baik dgn manusia.

Bagaimana?

Senang sahaja utk mengukurnya. Hubungan dgn Allah, lihatlah bagaimana solat fardhu. Yg lelaki, solat di masjid scr brjemaah ataupun tdk. Yg perempuan pula, solat diawal wktu ataupun tdk?

Kemudian hbgn dgn manusia. Sesama ibu ayah, anak beranak, adik beradik, dan jiran tetangga. Insh Allah jika kedua syarat ini ditepati maka kita tahulah bhw keluarga trsbut adalah keluarga yg rukun.

Mudah bukan? Jika Ya, marilah sama2 kita bina..

Mahu menulis semula!



Terlalu lama rasanya jari ini berehat.

Hinggakan blog domain dot.com saya ditutup sbb mslh server.

Takpa. Guna blogspot pun kira ok. Yang penting saya mesti menulis semula!

"Bukan keindahan rumah yang penting.. Tetapi pengisiannya itu jauh lebih penting."

Noktah.