Friday, February 29

Suara dari SANGKAR KAMPUS...

"Bukan seorang pemuda yang asyik dengan sejarah ayahnya, saudaranya, atau datuknya, tetapi pemuda yang sebenarnya akan berkata, inilah aku. Pemuda mesti mencipta sejarah, bukan hanya berbangga dengan sejarah !!"

Kata-kata keramat itu mengakhiri ucapan Ust Dzulkahiri.. Presiden GAMIS 07/08.. Saya merasakan semua warga dewan teruja.. Darah saya terasa mendidih.. Semangat juang saya naik ke tahap maksima.. Andaikan ada serigala di hadapan yang cuba menghalangi warga dewan, nescaya habis diratah oleh kami.. Hebatnya aura tasji' yang ditiupkan oleh seorang future leader.. Mahasiswa yang berjiwa besar dengan pakej sakhsiyyah yang cukup lengkap.. Malah, menjadi igauan setiap kampus untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang insan yang sebanding dengan Dzulkhairi.. Saya berbangga kerana saya menjadi salah seorang yang terbakar pada petang itu!!

Saudara,

Kita tinggalkan dulu 'sejarah'tentang sahabat saya Dzulkhairi itu.. Mari kita meneroka sejarah kita sendiri.. Sejarah kita dengan usaha dakwah dan islah yang kita buat.. Sejarah perjuangan kita menentang golongan 'bangsawan kampus' yang sentiasa mencari jalan melenyapkan cahaya Islam lantaran dek keangkuhan dan kejahilan.. juga sejarah kita berhadapan para mad'u yang pelbagai background dan karenah yang memerlukan kekreatifan cara pendekatan.. Semua ini perlu diimbas semula untuk kita mengenalpasti kelemahan sebelum, supaya ada penambahbaikan selepas.. Untuk suatu nilai lembaran sejarah perjuangan kampus yang lebih baik dan mampan dalam usaha merealisasikan amanah dan tangungjawab suci ini..

Saudara,

Beginilah sewajarnya kerangka Mahasiswa berfikir.. Berfikir dan bertindak sebagai suatu insan yang menyedari amanah yang diletakkan di pundak kita masing-masing.. Bukan sahaja amanah sebagai pelajar tetapi jua amanah sebagai pemuda agama kerana kelak segala natijah agama pada masa akan datang adalah hasil daripada coretan dan lakaran sejarah kita hari ini.. Coret dan lakarkanlah sejarah anda..!! Sejarah anda pasti menjadi guru yang akan mendidik anda ke arah pembinaan future leader yang sempurna.. Ingatlah Rasul tercinta pernah bersabda, "kamu semua pemimpin dan kamu akan ditanya atas apa yang kamu pimpin..".

Mahasiswa perlu PEKA..


Saudara,

Sungguh! sebagai mahasiswa kita seharusnya peka dengan situasi sekeliling samada ia bersifat kampus,nasional, mahupun global.. Disitulah letaknya nilaian akademik dan keintelektualan sebagai Mahasiswa.. Ketahuilah wahai Mahasiswa.. Sokarno pernah berkata, "Berikan aku 10 orang muda nescaya aku akan gegarkan dunia..". begitulah hebatnya kuasa yang ada pada anak muda khususnya mahasiswa.. Lihat sahajalah episod sirah, nama anak muda tidak ketinggalan menjadi golongan terkehadapan untuk menentang arus jahiliyyah.. Madrasah Nabi SAW telah melahirkan anak-anak muda yang berjiwa kental seperti Mus'ab bin Umair, Ali bin Abi Thalib, Talhah bin Ubaidillah dan lain-lain.. Sehinggakan nabi pernah bersabda;

"Golongan yang paling ramai menyokongku ialah anak muda manakala yang paling ramai menentangku adalah orang tua"
Denyut perubahan iklim sosial dunia menyaksikan golongan muda sebagai agen perubahan.. Berbekalkan semangat, keazzaman, cita-cita dan idealisme mereka melakarkan sejarah tersendiri malah memimpin ummah kearah suatu transformasi sosial.. Sebagai contoh buat tatapan kita, lihat sahajalah Jose Rizal selaku ikon pejuang di Filipina yang merupakan anak muda Mahasiswa yang lahir daripada demonstrasi jalanan sehinggalah beliau mengepalai rakyat marhaen untuk bangkit menentang penjajah.. Percayalah! Kuasa kepekaan pasti akan mencetuskan angin perubahan.. Dan biarlah kita sebagai Mahasiswa menjadi salah satu identiti yang memimpin angin perubahan itu..

Berikan Mahasiswa Peluang,


"Biarlah Mahasiswa mencabar asalkan sambil itu dia belajar.."--Prof Ungku Aziz

Terima kasih prof.. Kalimah yang mengandungi sejuta hikmah yang wajar digarap bersama buat menebalkan jiwa mahasiswa dan sebagai renungan kepada mereka yang sering cuba menghalangi idealisme dan suara Mahasiswa.. Kalimah itu membawa message building the person.. Membina karisma dan krediabiliti sebagai the future leader.. Kerana pakej kepimpinan bukan datang dalam bentuk kun fayakun, tapi semuanya perlu melalui proses.. Dan proses ini yang paling penting untuk kita melihat generasi akan datang memimpin dengan pakej yang lengkap serta mempunyai idealisme tersendiri.. Dan perkara ini pernah diungkapkan oleh tokoh sosialis Barat iaitu Geri Weitzman dengan katanya "Kadangkala kita perlu mencipta apa yang kita ingin menjadi sebahagian daripadanya".
"Jangan kita menyesal kalau sampai 1 zaman, Mahasiswa hanya mampu tersenyum bodoh walaupun orang lain menghina dan menginjak-injak agamanya, lantaran subjek 'takut' yang kita peramkan dalam kepala mereka.. Mahasiswa itu adalah anak-anak kita juga.. Sanggupkah kita melihat kedayusan mereka pada agama tercinta.. Sampai bila kita mahu menggunakan kuasa bapa??"
Saudara,

Bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara, marilah kita memberikan penghormatan kepada usia kematangan negara yang dah berusia lewat 50-an. Bagi mereka yang memegang kuasa, berikan ruang demokrasi kampus sebenar kepada mahasiswa untuk mereka beradu atas gelanggang yang sama rata.. Itu amat adil dan saya pasti gelanggang itu bakal melahirkan mereka yang benar-benar berwibawa dan teruji dalam segenap aspek.. Pemimpin sebegini yang kita idamkan.. Tradisi mencabar dan dicabar juga akan meyemarakkan lagi semangat Mahasiswa untuk hidup sebagai jiwa yang PEKA.

Khas untukmu Mahasiswa..

Wahai Mahasiswa!
Bangunlah dari lenamu..
Saksikanlah pembantaian yang berlaku..
Saksikanlah kebejatan yang berleluasa..
Semuanya memerlukan tangan dan mulut untuk bekerja..
Kalau bukan hari ini, bila lagi?
Kalau bukan anda siapa lagi?

Wahai Mahasiswa!
Tinngalkan dunia keanak-anakan itu..
Naruto, CS, warcraft itu bukan permainan anda sudah sekarang ini..
Bahkan anda perlu turun bersama marhaen..
menyeka air mata duka mereka..
membimbing Ummah ke arah suatu ledakan perubahan..
membenteng rakyat dari peluru serangan sosial.
Menjadi penawar kepada sakit akhlak umat.

Wahai Mahasiswa!
usah engkau takut dan jua gentar,
Sedangkan NAGA sanggup kita lawan..
Inikan pula CICAK MENGKUBIN,
Kita tidak pernah beriman dengan akta itu..
Ayuh! bakarlah jiwa muda kita dengan minyak siraman Tarbiyyah..
Gigitlah tunggak prinsip itu dengan gigi geraham..
Sandarkan tawakkal kita pada yang Maha Kuasa..

Insya Allah! Janji kita pasti akan dikota..


myikhwanfiideen, JOHOR--25 Safar

Monday, February 25

Fazakkir Inna Zikra tanfa'ul Mu'min...


Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang berakal. Dikurniakan deria yang lengkap dan sempurna, mempunyai pelbagai kelebihan dan kekuatan. Akal yang dikurniakan mengangkat darjat manusia melebihi makhluk yang lainnya. Namun, tidak dinafikan ada manusia yang Allah kategorikan lebih hina dari haiwan ternakan. Moga Allah menjauhkan kita dari golongan manusia yang diazab kelak. Diciptakan pula manusia berbeza-beza, dari warna kulit yang pelbagai kepada sikap yang beraneka ragam. Semuanya untuk manusia mencari kelebihan dan kekurangan serta mengenali dan memahami segenap sifat dan sikap yang ada. Atas perbezaan yang wujud ini, pastinya ada yang lebih dari yang lain dan ada juga yang kurang berupaya dari yang lain. Di sinilah timbulnya optimalisasi sumber manusia atau pun istilah yang kita selalu guna iaitu Sinergi dalam menjadikan kehidupan lebih baik dan sempurna.

Di dalam sesebuah organisasi yang mempunyai tenaga kerja yang banyak dan pelbagai, optimalisasi sumber manusia merupakan satu aspek yang amat penting agar tidak berlaku ‘pembaziran’ tenaga dan kemahiran. Seperti itu jugalah di dalam medan da’wah, tidak relevan jika manusia dikumpulkan di bawah satu panji yang sama namun tidak tersusun dan tidak dimanfaatkan segenap tenaga dan kemahiran yang ada untuk memantapkan lagi pergerakan da’wahnya. Amal jama’i yang dituntut di medan da’wah seharusnya mempunyai penerapan yang langsung dalam jiwa setiap aktivis da’wah untuk ke hadapan memanfaatkan tenaga dan kemahiran yang ada padanya untuk mencapai matlamat da’wah islam, melalui sistem yang digariskan. Jauh dari keinginan untuk sebuah organisasi memiliki ahli atau individu yang berkebolehan tetapi bertindak melulu tanpa memikirkan matlamat organisasinya secara menyeluruh.


Di sinilah timbulnya kepentingan untuk kita mengintrospeksi diri masing-masing untuk mengenal kelemahan dan kelebihan yang ada agar dapat disalurkan dengan betul di dalam usaha da’wah kita. Mengenali diri sendiri sememangnya dapat membuatkan kita memperbaiki kelemahan yang ada, baik atas usaha sendiri, mahupun dengan bantuan sahabat lain. Kelemahan yang dikenalpasti dapat memperlahankan perjalanan da’wah secara menyeluruh seharusnya diberi perhatian yang khusus oleh individu itu sendiri apatah lagi oleh pembimbingnya. Di sini pentingnya sikap ikhlas dan berlapang dada dalam menerima kekurangan diri dan untuk menerima teguran yang kelak akan membantu kita memperbaiki diri, sekaligus organisasi.

Namun fokus artikel ini adalah untuk kita menjadi lebih sensitif dengan persekitaran terutamanya dengan sahabat lain yang turut sama dalam usaha da’wah islam ini. Seolah-olah menjadi tabii aktivis mempunyai rasa segan dan takut untuk menegur sahabat sendiri yang melakukan kesilapan ataupun mempunyai kekurangan diri yang boleh jadi berpotensi dalam menggugat usaha da’wah kita. Segan dan takut di situasi ini merupakan sesuatu yang tidak relevan dan seharusnya jauh dari sanubari kita. Kepekaan kita terhadap masalah sahabat yang lain menjadi tanda pengukur ukhuwah kita. Sesungguhnya ukhuwah itu tidak diukur dengan relanya kita berlapar demi kesenangan sahabat atau keletihan kita demi keselesaan mereka atau seumpamanya tetapi lebih utama lagi, sejauh mana kita berusaha untuk membawanya kepada Allah s.w.t. Sikap dan sifat yang seperti bercampur-baur dengan jahiliyyah seharusnya ditepis dari hinggap di kalangan aktivis islam sekalian. Lalu usaha untuk mengelakkannya memerlukan bantuan mata luar untuk memerhati dan mentafsir dengan jujur dan ikhlas. Di sinilah peranan sahabat menjadi amat signifikan, seperti pulau di tengah lautan memberi harapan kepada nelayan yang hilang arah.


Adapun usaha membantu memperbaiki diri orang lain memerlukan kita mengenali beberapa aspek penting agar tidak terlanjur menjadi batas pemula perpecahan. Tidak sekalipun ia dianggap menjadi objek perendahan, baik yang menegur mahupun yang ditegur. Atas niat ikhlas kerana Allah dan dengan kasih dan sayang, kita berusaha memberi dan menerima teguran. Kasih dan sayang…sesuatu yang subjektif untuk diterangkan tetapi dapat dirasai, bukan? Jadi soal kembali diri kita, sejauh mana persahabatan yang terjalin itu kerana Allah s.w.t.? Atau hanya kerana bersama di jalan da’wah? “Da’wah”? Pentingnya untuk kita menetapkan niat dan perasaan bersahabat itu hanya kerana Allah adalah supaya kita mampu menilai dan bertolak ansur dengan sikap dan sifat yang ada pada seseorang tanpa rasa benci yang disuap syaitan. Perlu jelas bahawa yang dibenci adalah sikap, bukan individu. Jadi dengan kasih dan sayang kita terhadap sahabat itu, jauh sekali dari wajar untuk kita menjauhkan diri darinya, bahkan dihampiri dan diperbaiki akhlaknya agar tiada yang kita benci padanya sepertimana tiada yang kita benci pada diri kita sendiri. Alternatif yang wujud dalam proses memperbaiki seorang sahabat punya tiga, sepertimana yang digariskan Eko Novianto dalam bukunya “Sudahkah Kita Tarbiyyah? : Refleksi seorang Mutarrabi”. Pertama, melalui persahabatan yang telah terjalin. Kedua, melalui orang-orang yang diketahui bertanggungjawab terhadap seseorang individu itu dan ketiganya melalui struktur organisasi yang terlibat. Fokus di sini adalah berkenaan peranan kita di kalangan dai’e sebagai seorang sahabat.

Jadi bagaimana kita berusaha membantu sahabat kita? Langkah bagaimana harus diambil agar usaha mendatangkan hasil dan hasil melalui kaedah yang efektif? Sekali lagi kita membincangkan sesuatu yang subjektif, tetapi masih relevan untuk diusulkan cadangan. Memang menjadi amalan yang amat sukar untuk menegur rakan sebaya. Alasan paling popular; “Takut kecil hati nanti”. Habis bagaimana pula kecil peluang untuk ke syurga dan untuk memantapkan da’wah? Yang penting cara approach berhikmah dan tidak semberono. Da’wah dengan memudahkan, bukan menyusahkan. Ada pula yang merasakan ia bukan satu amal da’wah yang besar walhal yang menganjurkan kepada yang baik itu adalah amal da’wah juga. Bukan hanya kepada yang tidak punya fikrah dan tidak kenal islam, tetapi juga di kalangan sahabat handai yang berjuang di jalan Allah. Mana mungkin kita mampu redha dan berlapang dada saat melihat gagasan da’wah ini dititipi dengan jaihliyah dan kerosakan yang dikendong oleh kafilahnya sendiri? Ataukah kita tersilap tatkala melabel diri kita aktivis islam?

Sebenarnya disinilah merupakan satu anjakan paradigma untuk aktivis muda, terutamanya di kampus, mula berfikir lebih luas dan lebih kreatif. Penyelesaian masalah yang pelbagai memerlukan kaedah berfikir yang lebih luas tetapi masih di dalam kotak syari’e yang ditetapkan, tanpa kompromi. Dari metode da’wah dengan masyarakat kampus yang tipikal kepada metode da’wah umum yang kebiasaannya melibatkan pelbagai lapisan pemikiran dan ragam pendapat. Dari yang selemah-lemah iman kepada yang berkobar semangat tak tentu arah, semuanya memerlukan kita berfikir dan melaksanakan. Jangan hanya berfikir, nanti otak menjadi banjir dengan idea hingga tidak ada ruang untuk keinginan melaksanakannya. Posisi kita sebagai sahabat yang sedia ada seharusnya digunakan sebaiknya untuk menegur dan membantu membaiki kelemahan yang ada pada individu ber”masalah”. Kelebihan pada ta’aruf yang berjalan sepanjang persahabatan (betul berlaku ta’aruf?? ape kesan ta'aruf khususi yang kita agung-agungkan??) digunakan sebaiknya. Titik kegembiraan dan kemarahan yang telah kita kenali haruslah dimanfaatkan agar jauh dari konflik. Nyatakanlah dengan jujur dan ikhlas akan niat kita untuk membantunya dan memantapkan da’wah islam ini. Di sini memerlukan interaksi yang personal dan menjaga agar persoalan tidak tersebar kepada yang tidak berkepentingan. Motivasikan dirinya dengan akibat dan natijah yang mungkin terhasil atas perubahan yang akan dihadapinya. Moga-moga Allah melembutkan hatinya untuk berubah dan menerima nasihat serta dieratkan lagi hubungan dia dan kita.


Namun jika isu sikap tersebut masih tidak dapat diselesaikan melalui approach persahabatan yang mengambil tindakan ono on one, wajarlah disepakati dengan beberapa sahabat lain yang mengambil berat akan masalahnya juga. Jika perlu, rencanakan aktiviti kebersamaan yang mampu untuk menyentuhnya, bukan dengan sesuatu yang terlalu obvious menumpu kepadanya agar tidak timbul inferiority padanya.
Adapun isu yang dibentangkan di atas hanya berkenaan permasalahan sikap individu, bukan dari aspek yang melibatkan teknikal dan sistem. Jika ini berlaku, adalah lebih baik permasalahan tersebut diusulkan kepada pembimbing atau pimpinan tanpa diberitahu kepada sesiapa yang tidak sepatutnya agar tindakan yang responsif dapat diambil dengan segera supaya tidak memburukkan keadaan.

Moga dengan sedikit perkongsian ini mampu untuk kita pertingkatkan kefahaman kita akan erti persahabatan dan erti kasih kerana Allah. Di sinilah kita tegur-menegur kerana akhirat berlaku sepertimana para sahabat Rasulullah s.a.w. di kalangan mereka sendiri. Malahan ia juga mendidik kita untuk menjauhkan dari sifat ego dan malu berlebihan dalam menghadapi masalah sikap. Kian lama ia dibiarkan, kian meruncing masalah dan bertambah pula bebanan da’wah kita. Langkah pertama yang dapat diambil adalah untuk bermula dengan introspeksi diri sendiri yang berlanjutan dengan pembinaan sensitiviti terhadap masalah sesama sahabat. Perkara ini bukanlah tugas pimpinan semata-mata, tetapi haruslah menjadi pikulan beban di bahu pundak kita masing-masing selagi kita mengaku sebagai aktivis Da'wah.

Wallahualam.

Harga Nilaian 1 UNDI....

Salam Kamunting,
Untuk masuk syurga Tuhan, kita hanya perlukan satu kalimah yang mengembirakanNya. Untuk dihumban ke neraka Tuhan ( ‘iyazan biLlah ), manusia cukup hanya dengan satu kalimah yang memurkakanNya. Allah, begitulah kuasa, kehendak dan mahuNya yang penuh hikmat dan haq.


Di dalam Islam, yang kecil sangat menjadi sangat besar jika ianya besar disisiNya. Yang besar sangat - sangat boleh jadi sangat - sangat kecil jika ianya kecil disisiNya. Dosa kecil yang dilihat kecil dan remeh oleh manusia akan jadi besar dan berat akibatnya di sisiNya. KebengisanNya tiada diduga. Dosa besar yang dilihat besar dan ditakuti oleh manusia akan jadi kecil dan ringan saja di sisiNya. KeampunanNya tiada diduga.

Kerana itu, walaupun ada dosa kecil dan ada dosa besar, ia mestilah sentiasa besar di sisi hambaNya. Murka Tuhan besar semuanya. Seorang raja, sekilas murkanya adalah bala! Inikan Allah yang maha berat murkaNya. Ia bukan Mahafiraun, bahkan Dialah Allah yang Maha-Maha.

Orang mukmin, dosa ibarat gunung yang menimpa. Menggerunkan. Orang munafik, dosa hanyalah lalat yang hinggap di hidung. Menyerabut saja. Pilihan raya umum ke 12 di negara kita membuka tirai. Natijahnya adalah masa depan negara. Negara adalah kita dan anak-anak kita juga. Negara yang baik diselubungi ampunan Tuhan. Negara yang buruk diambang kemurkaan Tuhan.
Pilihan raya nilai kiranya pada undi yang diberi. Satu diri satu undi. Seorang ulama atau cendekiawan memiliki satu undi, samalah dengan seorang bodoh dungu atau pelacur.
Satu undi si alim yang menolak negara ke kemurkaanNya adalah sebab kepada murka dan nerakaNya. Satu undi si pelacur yang menarik gembira dan ridhaNya adalah sebab untuk mengetuk ridha dan syurgaNya.


Setiap pekerjaan adalah berbekas di sisiNya. Dia Maha Halus dan Maha Seni. Justeru bergerak adalah memberi bekas sebagaimana diam juga memberi bekas. Samada anda mengundi atau tidak, itulah tindakan dan anda kenalah tunggu akibat baik dan buruknya tindakan itu di sisiNya. Berdiam membiarkan kebaikan berterusan adalah pahala yang didamba, manakala berdiam membiarkan kejahatan berterusan adalah dosa yang mesti ditanggung.


NUKILAN : Ustaz Nik Abduh Bin Nik Abd. Aziz

Saturday, February 16

Pengorbanan dalam perjuangan...

"Tidak namanya pejuang kalau tidak berkorban"
Ujar seorang teman kepada saya. Saya temenung panjang mendengar komentar sahabat ini.. Secara diam-diam saya mengakui jua kebenaran kata-kata ini.. Betapa ramai insan yang bertaraf tokoh diluar sana sudah pun mewakafkan diri dan kehidupan semata-mata untuk suatu erti perjuangan.. Tapi, malangnya kita masih lagi mencongak-congak dan berkira-kira malah lebih teruk lagi ada dikalangan kita yang merasa sudah banyak berkorban dalam perjuangan ini.. Walaupun hakikatnya apa yang dibuat hanya sekelumit dari realiti pengorbanan yang sebenar..

Hmm.. Sangat jauh lagi perjalanan ini..

Saya cukup tertarik dengan sebuah buku yang ditulis oleh Shiekh Abu Al-Hasan 'Ali Al-Nadwi dalam tajuk Pendukung Panji-Panji Islam Sepanjang Zaman.. Buku yang memuatkan kisah dan sejarah mereka yang bergelar pejuang dan pendokong agama tercinta.. Serta diselitkan jua lakaran pengorbanan yang mereka pernah lakukan demi sebuah erti perjuangan..

Imam Ahmad Bin Hanbal

Suatu tokoh ulama yang tidak asing lagi bagi kita.. Pengasas kepada mazhab hanbali.. Imam yang berhadapan dengan sang penguasa yang tertarik dengan fahaman Mu'tazilah dengan mengagungkan pemikiran Yunani serta rasionalismenya.. Khalifah Al-Makmun ketika itu turut didorong oleh Ibn Abi Dawud, Ketua Hakim empayar 'Abasiyyah yang mendukung kuat fahaman mu'tazilah ini serta berlindung di belakang sang penguasa mutlak yang angkuh.. Dalam keadaan 'Aqidah umat Islam yang cukup genting ketika itu maka berdirilah Imam Ahmad bersama para muhaddithin (ahli hadis) bagi menegakkan yang hak dan mementang kebatilan walaupun ia melibatkan khalifah sendiri..

Kehebatan insan yang bernama Ahmad Ibn Hanbal ini tidak ada pertikaiannya lagi.. Samada dari segi keilmuan dan jua keterampilan beliau sendiri selaku Ulama dan pemimpin kebangkitan Ummah.. Ahli sejarah Islam merakamkan dalam nukilan mereka bahawa seramai 5000 orang mengikuti kuliahnya dalam satu-satu masa.. Dalam kepimpinan pula, hanya beliau sahaja yang tidak mengubah pendirian ketika mempertahankan hujjahnya mengenai sifat Al-Quran. Beliau ditangkap serta dipakaikan belenggu besi semasa dibawa menghadap khalifah dari Raqqa ke Baghdad.. Beliau dihumbankan kedalam penjara yang tidak tembus cahaya matahari serta disebat 34kali sehari dengan tukang sebat yang baru setiap kali 2 sebatan.. tetapi Imam Ahmad terus mempertahankan hujjahnya jua..

Insan teladan pejuang.
Mahasiswa dan perjuangan..

Secara teorinya....
Saya cuba membawa pembaca untuk melihat skop perjuangan serta pengorbanan dalam konteks mahasiswa pula.. Sebagai Mahasiswa kita tidak boleh lari dari soal ini.. sebabnya kita memang salah seorang pejuang.. Akidah Islam itu perlu diperjuangkan.. Bukan hanya amalan statik yang tidak perlu dikembangkan atau disampaikan.. Maka lahirlah apa yang kita panggil sebagai Akidah perjuangan.. Saya mengibaratkan kalimah syahadah itu sebagai VISI.. dan bila ada VISI maka hendaknya ada MISI.. dan seterusnya OBJEKTIF serta STARTEGI.. kesemuanya itu perlu dilaksanakn dalam satu plan tindakan yang memerlukan pengorbanan.. Maka disinilah makna pengorbanan yang sering diperkatakan.. pentingnya pengorbanan kerana ia salah satu identiti kearah jaminan kejayaan suatu perjuangan..

praktikalnya..
Perkataan ini mudah dilafazkan tetapi bukan mudah untuk dilakukan.. Efficency(kecekapan) teori kepada praktikal adalah mustahil untuk kita mendapat nilai '1'. Kebanyaknnya akan terhasil jua losses (kehilangan) di mana2.. Aaah!! Buadak kampuslah katakan.. Itu yang sering kawasan lemparkan.. Mungkin ada betulnya juga.. Malah budaya suka seat VVIP apabila balik berkhidmat dengan kawasan turut saya lihat sebagai salah satu asbab kefuthuran.. Ingatlah sahabat2.. Tidak ada seat VVIP yang menunggu anda di luar sana.. Jangan terkejut kalau mungkin anda hanya diminta menjadi tukang bancuh kopi di Markas nanti.. Belajarlah berenang di atas pasir kalaupun sebelum ini anda selesa berenang dalam air.. Ambillah ia suatu pengalaman ke arah satu erti kematangan..

Wahai sahabat..

Andai engkau tahu betapa besarnya matlamat kita,
maka kau tidak akan lelap dikala malam..

Andai engkau tahu Allah sentiasa melihat amal,
maka ku pasti engkau sentiasa menangis malam..

Andai kau tahu erti berjuang,
maka dikau sekali-kali tak akan beralasan..

##Siapalah kita disisi Ahmad Ibn Hanbal...##


Wednesday, February 13

Aku dan 13 FEB.. (tanggal keramat Pak Lah)

Banyak info yang saya dapat dari sms sahabat-sahabat hari ini..
  • Parlimen dibubarkan (semalam kata tak nak bubar lagi..Isy2)
  • Peristiwa Syahidnya Ustaz Hasan Al-Banna..(tanggal 12 FEB)
Macam-macam lagi peristiwa sehingga tak mampu dinukilkan kesemua dalam blog ini.. (",)

.........................................................

Sungguh sibuk hari ini.. Banyaknya test dan assignment yang perlu dihadapi minggu nie..Banyaknya komitmen yang perlu ditunaikan.. Kadang-kadang macam tak sanggup nak melangkah ke depan.. Hanya doa yang mampu dititipkan kepada Ilahi sebagai sumber kekuatan.. Moga kita semua dipermudahkan segala urusan.. Allahu Akbar!!!..

Dalam keadaan begini, teringat pula dengan ibu serta adik2 kecik dekat kampung.. Rindu yang amat sangat.. Mahu sahaja saya mendayung sampan merentasi Laut China Selatan.. Tapi apakan daya..huhu.

Suara gelak ketawa adik2 dan suara keramat bonda 'mentazkirah' saya melalui corong telefon sedikit sebanyak mengurangkan tekanan persaan saya. .. Apatah lagi kalau dapat bersua dengan ibu serta adik2 secara live..



Ibu, doakan anakmu ini diperantauan..

Sunday, February 10

Susahnya berada di suatu persimpangan...

"Enta kalau habis study duduk mana nanti?.." tanya sorang sahabat.. "Ker nak balik Sabah gak..". "Tinggallah sini.. cari orang sini ek".. Saya hanya tersenyum tanpa memberikan respon apa-apa.. Pertanyaan yang selalu diutarakan kepada saya.. Sejak dari tahun satu lagi, Naqib usrah saya selalu bertanyakan soalan yang serupa.. Sungguh dalam maksud disebalik bicara seperti ini..

Saya cukup menghargai concern sahabat-sahabat.. Suatu gambaran kehidupan yang mana saya akan duduk di Semenanjung meneruskan perjuangan dengan sahabat-sahabat di sini.. Betapa tempat ini telah banyak mengubah dan mendidik diri ini sehingga mampu berdiri seperti ini..
Tetapi at the same time.. Saya teringatkan bumi sabah yang jauh nun di sana.. Saya rindu dengan adik-adik sabahan yang sentiasa ceria dan penuh dengan jiwa 'melaut' serta cukup bersemangat dalam setiap program. Saya juga cintakan kepelbagaian kaum yang ada dan sukar bagi kita mencari satu tempat yang ada bermacam bangsa,bahasa, dan budaya.. Dalam masa yang sama ia merupakan suatu cabaran kepada para du'at.. Orang tua di sana cukup berbeza dengan tempat lain. Mereka sentiasa respect orang muda espcially mereka yang bergelar MAHASISWA.. Sifat ini yang cukup 'membunuh' jiwa saya sehingga saya tidak sanggup meninggalkan negeri ini tanpa ada apa2 sumbangan amal kepada mereka.. Keperitan masyrakat terasa sutau dosa bagi saya jika tidak dikongsi bersama.. Sungguh mereka menagih kasih kepada sesiapa yang sanggup berhujan dan berpanas sama.. Anak-anak desa yang dahagakan sentuhan tarbiyyah rohaniyyah untuk dia membesar sebagai INsan yang KAMIIL terus merenggut jiwa saya..
Sering juga saya mendapat kata-kata 'amaran' daripada abang-abang yang ada di Sabah.. "Jangan tak balik pula"."Jangan cari orang sana ya.. Cari orang sabah juga..". Sehingga kadang-kadang saya hanya mampu mengangguk sahaja.. Memang saya juga meletakkan plan saya selepas nie untuk berkhidmat di bumi sabah.. Biarlah bumi gersang ini kita ledakkan dengan seruan dakwah.. "Bagi saya 10 orang pemuda, nescaya saya gegarkan dunia ini..".. Kata-kata dari Sukarno menjadi sumber inspirasi saya.. Masih teringat lagi bilamana ada sorang peserta meminta saya dan sahabat2 untuk menganjurkan program di tempatnya sambil mengalirkan air matanya.. Peristiwa itu sungguh menyentuh jiwa saya.. Sehingga saya sering berkata.. Ku akan KOTAKAN janji ini pada mu wahai adik2.. Insya Allah.

Mulakanlah jalan kearah cita-cita..

Apabila berkata tentang plan hidup.. Saya kira ini bukan suatu yang terlalu awal untuk dibicarakan.. Sebagai seorang yang berfikiran jauh, kita mestilah sudah nampak bagaimana rancangan masa hadapan yang bakal kita lalui.. Sekurang-kurangnya secara kasar kena ada plan.. "Jika kita tidak merancang maka kita merancang untuk gagal..". Saya berharap sahabat-sahabat pun ada perancangan seperti itu.. At least kita nampak bagaimana komitmen kita kepada Jemaah, Kerjaya, dan Keluarga.. Semuanya itu perlu dirancang bermula hari ini.. Contohnya, jika kita ingin meletakkan cita-cita untuk menjadi pemimpin masyarakat (wakil rakyat) atas tiket jemaah maka sekarang ini kita dah mulakan jalan untuk merintis cita-cita ini.. Sebab kita yang nampak overview itu dan orang lain konfem tak tahu dan tak nampak.. semuanya berdasarkan observation kita hari ini.. So, solution bukanlah suatu yang mudah dan ia memerlukan masa.. Biarlah ianya mimpi hari ini tetapi realiti esok hari (Al-Banna)..

Berkeluarga adalah keperluan semua..

Bila sebut tentang keluarga.. Ramai orang yang pura-pura kurang berminat tentang topik ini.. Sedangkan ia merupakan salah satu daripada manhaj dakwah yang kita perjuangkan.. Kita jangan lupa kepentingan Baitul Muslim yang merupakan salah satu intipati penting bagi gerakan untuk menjaminkan suatu daulah Islamiah.. Maka suka saya ingatkan pada diri dan juga adik2 seperjuangan supaya jangan gagal merancang.. Buatlah pertimbangan yang baik dengan mengambil kira manfaatnya plan anda kepada Islam khususnya dan pastikan ia mampu menambahkan lagi sinergi gerakan dakwah kita.. Jangan mudah menjadi lalang yang senang ditiup angin.. Tidak ada pendirian yang teguh.. Hanya sekadar mengikut dan menumpang perancangan orang lain tanpa mengukur secara tepat ukuran badan sendiri.. Merancanglah berdasarkan Iman bukannya Nafsu semata..

Buat para Naqib saya..

Insya Allah saya menyambut baik segala saranan yang diberikan tetapi izinkanlah saya membuat keputusan berdasarkan observation dan perkiraan saya juga.. Siapa yang tak nak Mujahidah pendamping diri bagi melancarkan lagi urusan dakwah ini.. Yang akan melontarkan peluru hujjah dikala diri ini lena dengan asakan Duniwai.. memperingatkan kita tentang kepanasan neraka Allah dan membuai kita dengan janji Syurga Ilahi.. Moga masanya akan sampai jua.. Bukan mudah membuat pilihan untuk suatu perjalanan panjang.. Apatah lagi jika kita diminta membuat pilihan di antara dua persimpangan jalan..

Kembara sang hamba menuju Pencipta..

Mujahidah teladan Muslimah..

Anda sudah tahu akan syahidnya Dr Aziz Rantisi. Setiap kehebatan seorang suami pasti ada pendorong tidak lain tidak bukan isterinya yang bernama Puan Rasa (Ummu Muhammad) . Mari sama-sama kita selami akan ketabahan hidup beliau sebagai seorang isteri kepada pejuang yang hebat ini.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.

Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah : 120)

Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tiada nilaian serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadu? terhimpun pada percakapan, perbualan juga tindak-balasnya. Kami katakana kepadanya : Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita).

Kata beliau ? TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampainya matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan, keizzahan? maka dengan kalimat inilah bermulanya dialog kami bersama Puan Rasa (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi.

Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?

Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu saya bukanlah pendokong terus kepada gerakan Islam tetapi saya menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat sebaya dengan saya yang menjadi pendokong terus kepada gerakan Islam. Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua orang tua saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan pengajian saya. Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis, lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doctor. Beliau tidak pernah menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.


Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang as-Syahid hadapi?

Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan bahawa Allah s.w.t telah yang mentakdirkannya sebegitu. Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.
Ketika percubaan membunuh beliau pada tahun lepas, ketika itu saya sedang bekerja, saya jadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke Hospital Shifa?yang dipenuhi dengan kebanyakan orang dan saya telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad (as-Syahid) sepanjang kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai kebahagian yang hakiki. Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani mera. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah semenjak saidina Adam a.s. sehinggalh ke hari ini.


Bagaimanakah metod Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?

Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah jika ada sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar dan keadaan mereka. Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya seperti mana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon. Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang. Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawadu? dan kepercayaan kepada diri.


Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Yasin?

Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis peringatan as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana disebut nama sahabat beliau itu, beliau merasakan amat berat unutk memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para saudaranya.


Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang insan seperti Syeikh Ahmad Yain, jika beliau tidak dibunuh beliau akan tetap mati. ? Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu?. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya, dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, ? Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu?.


Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?

Sepanjang kehidupan beliau ?Berjuang..Berjihad..? ;ebih dari 30 tahun, beliau adalah seorang mujahid ?Penyuluh ke jalan Allah? samada dari segi muamalat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.


Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?

Perasaan yang sama sepertimana isteri lain kehilangan suami.. walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya tehadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu ?fadlun? pemberian Allah s.w.t. Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio ?Suara Aqsa? pada waktu itu berkumandang azan Isya? kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau, beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid. Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwudu? dan mendirikan solat Isya?. Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak. ?dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..?


Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan syahadah?

Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu?dan persedian beliau adalah setiap saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan sebaik-baiknya?beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan setiap yang berhak akan haknya?


Setiap para syuhada? akan ada tanda-tanda kemuliaannya?maka apakah karamah Dr. Rantisi?

Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas beliau syahid, haruman kasturi menyeliputi seluruh jasad beliau. Di samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya?bagi saya itu adalah karamah as-Syahid.


Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan pejuang?

As-Syahid merupakan seorang berperi Islam yang unggul sesuai dengan sepotong ayat yang bermaksud : ?Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu? (Az-Zariyat : 56). Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya ke semua ini pada as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu? dengan sesiapa yang bermuamalah dengannya.


Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?

Sepanjang kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan selamanya. Tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi bersama, ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi, saya rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr. Rantisi dari tahanan memang suar untuk kami membeli barang yang baru, tanpa saya sedari begitu beliau dating kepada saya dan bertanya sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas beliau berkata, ? Tiap-tiap sesuatu ada ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku ? kata beliau dalam keadaan tersenyum.


Apakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga? Dan apakah kalimah terakhir as-Syahid? Dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari syahidnya beliau?

Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau kelihatan sangat gembira. Dan kalimah terakhir ketika beliau bersama kami ialah..?Tuhanku masukkan aku ke syurga?inilah kemuncak impianku..?


Apakah cita-cita Dr. Rantisi?

Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid..tidak ada yang lebih dari itu.


Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiri kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyad (mempersiap diri untuk syahid) dan Jihad.


Apa yang ingin puan katakana kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda :
? Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya ?. Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah paying rahmatNya.


Kalimah taujihat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?

? Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya ? (al-Baqarah : 281)
Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: ?Pulanglah kepada panduan asal kamu?kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu?kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.






Note: Sumber : Suara Kampus (Edisi Shoubra) ? Julai 2004
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

The Right Step-Hijab!



By Shiam EL-Bassiouni

Image
In today's world, we find several young women hesitating to take the "hijab" step. They think millions of times before taking this decision. Many young women say, "I can not wear it before getting married"; “I might lose my job if I wear hijab"; or “I want to wear hijab but it will prevent me from life's pleasures, such as playing my favorite sport or wearing fashionable clothes". In fact, quite a few young women feel that the hijab acts as an obstacle for reaching their aims and aspirations in life, and hinders them from enjoying their life freely.

The Right Choice

No one can deny that there are Muslim men who prefer marrying a non-veiled woman, but this is because they do not understand the Islamic teachings and injunctions. There are also real Muslim men who prefer to marry a woman who is veiled, as they believe that one day she will be the mother of their children and should be a good role model for them. Such men understand Islam well, and believe that everything which Allah the Almighty and His prophet (peace and blessings be upon him) ordered and taught us to do is for our benefit.

So those who believe that they might not get married if they wear hijab should first comprehend that marriage is a part of Fate as well as choice. In addition, they have to be precise in choosing their life partner, and know that the one who does not obey Allah the Almighty will never be a good husband.

The right choice is to marry the man who loves Allah the Almighty and translates this love into action. This kind of husband will constantly try to apply the Islamic teachings and will always treat his wife gently; with him, she will live a life full of faith, love, forgiveness and happiness.

Enjoy Your Life Wearing Hijab

There is a widespread notion that wearing hijab hinders a young woman from carrying out her daily activities. Actually, this is wrong, as every young woman is capable of enjoying her life while wearing hijab. A woman who is veiled can go out with her friends and have fun. She can also play sport and wear fashionable clothes. The only changes will be that choose a suitable place to go out with her friends that does not have anything haram and that she will wear suitable clothes that coincide with the Islamic dress-code.

A young woman who is veiled can play sport in places that are specifically designed for women or she can choose a sport that she can play while wearing modest clothing. Several young women have had this experience; one them is Lama El- Sharkawi who is 25 years old from Egypt. She decided to wear hijab in spite of her obvious success as a bowling champion. El-Sharkawi played bowling for 13 years; she traveled to several countries such as Malaysia, Thailand and Dubai and took part in several championships.

"The hijab decision was not easy," says El-Sharkawi, "but the most important thing for me is to please Allah the Almighty and obey His orders." She added that sport is a significant part of her life and that is why she plays aerobics in places designated for women.

“I believe that we as veiled women can enjoy our lives and please Allah the Almighty at the same time”, added El-Sharkawi. She said that hijab helped her to change several aspects of her life for the better, such as, her way of thinking, her attitude towards life, and it made her closer to Allah the Almighty. “I started to be more curious to read and know more about the Islamic teachings,” added El-Sharkawi.

In terms of her career life, she owns an advertising company and her job as a business development manager requires that she deal with several multinational companies. "The hijab never hinders my career, in fact I’m so proud to wear it,” observes El Sharkawi.

Responsibility

In fact, hijab can really prevent you from falling into sin. It also helps to preserve your dignity and chastity. Moreover, it increases your respect in the eyes of all the people around you. However, the important thing is to know that it is not just a matter of covering your hair; we, as veiled women have to present Islam and reflect an honorable image about Islam and Muslims through our actions, beliefs and attitudes.

Wearing hijab is a great responsibility, as people quite often form images about Islam through seeing young women who are veiled. For this reason, I believe it is a responsibility that every young woman who is veiled should live up to.

For those who believe that they will sacrifice if they wear hijab, remember our Prophet (peace and blessings be upon him), his Companions, wives and daughters who sacrificed a great deal and tolerated harm for the sake of Allah the Almighty and for maintaining the sublimity of Islam. Now let me ask you if you are still hesitating to wear hijab!


Shiam EL-Bassiouni is a staff writer and assistant editor at youth for the future. A graduate of the American University in Cairo, she holds a bachelor's degree in journalism and mass communication, and can be contacted at youth_campaign@iolteam.com

Syariah bantu aspek perundangan: Paderi


Rowan Williams

Ketua gereja England perjelas sokongan undang-undang Islam

LONDON: Ketua paderi Canterbury menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan agar undang-undang Islam dikuatkuasakan di Britain, sebaliknya menegaskan beberapa garis panduan agama berkenaan dapat disesuaikan dengan mudah dalam sistem perundangan British sedia ada.

Pemimpin paling kanan Gereja England, Rowan William dalam satu temu ramah yang disiarkan Khamis lalu berkata, beberapa aspek dalam garis panduan Islam boleh dilaksanakan dalam sistem perundangan British dan bersetuju dengan hakikat bahawa perkara ini memang tidak dapat dielakkan.

Williams mengaku wujudnya bantahan hebat media dan orang ramai tetap menegaskan dalam pesanan di laman webnya, beliau tidak pernah berniat untuk mencadangkan sistem perundangan Islam dikuatkuasakan di Britain.

Beliau berkata, tujuannya adalah untuk menyelesaikan beberapa isu membabitkan hak kumpulan agama di dalam negara sekular dan menggunakan undang-undang Syariah sebagai contoh.

Kenyataan Williams menimbulkan kemarahan media Britain yang menganggap beliau menyokong undang-undang Syariah, sebaliknya disambut baik umat Islam di negara itu.

Ahli politik dan pengamal undang-undang Britain mengecam kenyataan William, manakala sebuah akhbar tabloid menyiarkan gambar mereka yang dihukum pancung dan mangsa yang maut akibat pengeboman bunuh diri.

Dalam ruangan pojok, akhbar The Sun menyifatkan William sebagai ‘ancaman berbahaya kepada negara kita’ dan berkata, pengganas akan melihat kenyataan beliau sebagai isyarat membenarkan tindakan mereka.

Bagaimanapun, sekumpulan umat Islam British dalam nada lebih lembut berkata, Islamofobia menjadi punca mereka tidak disenangi di tanah air sendiri.

“Reaksi bagaikan kejadian histeria. Orang ramai yang mendengar perkataan Syariah segera terbayang tindakan memenggal kepala dilakukan Taliban. Mereka seolah-olah beranggapan orang Islam dari luar akan datang dan menguatkuasakan undang-undang Islam di Britain,” kata jurucakap Jawatankuasa Hal-Ehwal Islam Britain, Catherine Heseltinem

Beliau berkata, hakikatnya apa yang dinyatakan William bukanlah keutamaan bagi penduduk Islam di negara itu kerana bagi penduduk Islam Britain, undang-undang Syariah hanya dikaitkan dengan persoalan bagaimana daging halal disediakan dan bagaimana perkahwinan umat Islam dilaksanakan.

“Persoalan yang berlaku sebenarnya kecil saja. Sebagai contoh, upacara perkahwinan yang dilaksanakan di gereja England diiktiraf sebagai sah, manakala pasangan Islam yang dinikahkan imam terpaksa mendaftarkan perkahwinan mereka kepada pihak berkuasa untuk disahkan.

“Penduduk Islam terus berkembang di Britain tanpa diperkenalkan kepada undang-undang Syariah. Kami adalah rakyat Britain dan menghormati undang-undang negara. Kami juga mahu orang lain memahami perkara ini dan tidak perlu bimbang,” katanya. - AP

Saturday, February 9

Menarilah mengikut rentak Irama...


Saya menggunakan kesempatan malam ini untuk menulis dalam entry tajuk yang saya terfikir.. Tajuk entry bukan bermaksud meminta sesiapa menari.. (",). Tetapi lebih kepada perkongsian untuk kita melakarkan suatu tindakan.. How the action we are based on the true analysis through our observation..Terutama bagi sahabat-sahabat yang berada di Borneo sana..

Beberapa sms meminta pandangan dari saya dan tidak kurang jua yang meluahkan isi hati masing-masing.. Saya kira inilah anatara cabaran terhebat dalam berorganisasi bila mana kita diuji dengan berbezanya pendapat sesama kita.. Perlu kita lihat ia sebagai suatu perkara positif walaupun kadang-kadang ia melambatkan dan melengahkan tindakan yang bakal dibuat..

Menarilah mengikut rentak irama.. Terus terang kita katakan SUMBANG bilamana si penari tidak mengikut irama lagu, hanya arahan semasa dari jurulatih yang membimbing.. Begitu juga orientasi plan tindakan yang dibuat.. Haruslah ia berpaksi dengan keadaan semasa tempat dan situasi siapakah dia yang terbabit.. Janganlah cuba menipu diri dan audiens yang berada dihadapan anda kerana apa yang anda lakukan bukanlah untuk tontonan sang jurulatih sahaja!!!.. Dan sesiapa yang mengaku ketua hendaklah memahami benda ini dan seharusnya dia meraikannya..

TINDAKAN YANG TIDAK SAMA

Selalu 'orang' berkata sedemikian kepada kita.. Mengapa buat begini dan kenapa tidak begini..? Saya nak tanya dia semula... Apakah yang paling penting..? Tujuan pakai baju atau baju apa yang dipakai? Kita hanya tumpu benda yang zahir tetapi kita tidak melihat dan meraikan apa dia maqasid terhadap tindakan yang dibuat oleh sahabat kita.. Bukankah tujuan plan yang kita nak buat adalah sama iaitu melahirkan golongan yang akan memartabatkan Islam dengan menunggangi wasilah organisasi ini..? Bagaimana kaedah yang digunakan itu terpulang kepada analisa dan pertimbangan setempat.. Berikanlah keyakinan dan raikanlah pandangan dan jangan penjarakan Idealisme kerana kita muingkin berpencak pada dua tempat yang jauh berbeza..

ADIK-ADIK BORNEO



Saya ingin berkongsi dengan adik-adik aktivis dakwah khususnya yang berada di sekitar KK,Tuaran, dan KB.. Saya pernah menghadiri konvensyen di KL mengenai keperluan untuk kita beraksi sebagai golongan yang bermentalitikan pemimpin.. Janganlah letakkan diri anda hanya memagang title ahli seumur hidup sahaja bila balik ke kawasan masing2.. Tetapi semarakkan pemikiran dan idealisme anda serta tumpahkan ia dalam suatu tindakan realiti .. Berfikirlah anda secara bersungguh kerana tiada lagi yang berada di belakang kecuali andalah yang kena maju kehadapan untuk mengetuai perencanaan dakwah di kawasan masing-masing..

Bila kita ditegur oleh seseorang maka analisa dahulu dan berlakulah adil kepada diri sendiri masing-masing.. Teguran memang baik untuk meningkatkan produktiviti tetapi ia hendaklah bersandarkan kepada situasi anda dan bukan nostalgika orang lain.. Anda harus berani menegakkan idealisme dan wacana minda anda kerana anda adalah pemimpin dan bukannya dipimpin.. Cubalah jawab kritikan yang dilemparkan dengan buah yang dihasilkan dan bukannya cukup sekadar dengan kata-kata "Iyalah, ermm betul juga, oh memang saya silap, abang tue punya pasallah, bagus juga"..

IJTIHAD SUATU KEPERLUAN

Saya cuba akhiri perkongsian ini dengan menyatakan apa yang pernah Dr Yusuf Al-Qardhowi tekankan khususnya kepada mana-mana gerakan ISlam.. Ijtihad suatu keperluan.. Berijtihadlah dengan berdasarkan overview yang benar dan bukannya dengan nafsu semata-mata atau berlandaskan nostalgika orang lain.. Kutiplah hikmah itu sebagai bekalan dan lihatlah sejarah lampau sebagai pengajaran bukannya sebagai silibus kehidupan anda.. Ingatlah kritikan akan mendewasakn kita dan dengan kritikan juga ia mampu melonjakkan kita ke satu tahap yang tidak terfikir sebelum ini.. Percayalah..




Bicara Pagi..

Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya baiki blog yang sebelum nie ade problem..
Moga sahabat-sahabat yang membantu dapat sahamnya di akhirat kelak.. (",)

Pagi nie saya pegi Kluang.. Ada walimah sana..
Doakan KONVOI kami selamat.

Antara Pemuda dan Kepemudaan


Kisah ‘Umar al-Khattab bertanyakan imaginasi sahabat-sahabat beliau masih terngiang-ngiang di benak saya. Seorang sahabatnya berimaginasi memiliki hartayang membukit lalu diinfaqkan seluruhnya pada jalan Allah. Seorang lagi juga begitu, tinggi melangit imaginasi yang dipasangnya.Namun ‘Umar lain. ‘Umar berimaginasi memiliki pemuda-pemuda yang soleh, pintar dan perkasa sebagaimana beberapa sahabat nabi. Pemuda sebegitulah yang bakal menyemarakkan perasaan berselera untuk meninggikan Islam dalam apa jua keadaan dan pemuda sebegitulah yang bakal memastikan kemuliaan Islam tercapai kelak.


Lebih kurang sahaja Sukarno yang terkenal dengan pidatonya yang berapi-api, jika beliau diberi 100 orang tua, akan ia goncangkan sebuah gunung yang terdapat di Indonesia, manakala jika ia diberi 10 orang pemuda, akan ia goncangkan dunia. Justeru, memang terdapat pepatah arab menyebut: “Himmah (cita-cita/harapan) seorang pemuda boleh menggoncangkan bukit-bukau”.Saya menyatakan hal tersebut dalam satu forum bersama-sama sahabat yang mengikuti pengajian dalam bidang kedoktoran di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Ketika itu saya berforum dengan seorang pensyarah Fakulti Undang-undang dari UITM, Puan Rozita namanya. Ketika itu dapat saya lihat wajah-wajah yang mendengar ucapan saya begitu teruja dan bersemangat. Lalu saya meneruskan kata-kata saya dengan mengungkapkan kata-kata pakar strategi perang China, Sun Tzu yang mengatakan: “Seorang yang berjaga di pergunungan, 10 000 orang tidak lepas lalu”.Pemuda seharusnya berjiwa kepemudaan, tidak boleh bersifat ketuaan. Kepemudaan melambangkan semangat yang membara-bara dan penuh dengan tenaga dan selera ingin bertindak. Kepemudaan adalah golongan yang hanya berfikir ingin bergerak dan bertindak meskipun cabaran banyak di hadapan. Kepemudaan melambangkan golongan yang sangat berani melakukan sesuatu dan tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur pelemah.


Kita tidak terlalu bersifat nostalgik. Lalu kita masih lagi tidak lekang menceritakan tentang keunggulan Islam di zaman kemuncaknya di Andalusia, kota lagenda 1001 malam Baghdad, Pulau Sicily di Selatan Italy, Constantinople di zaman Sultan Muhammad bin Murad al-Fateh, Palestin di bawah genggaman Solahuddian al-Ayyubi, dan sebagainya. Kita tidak boleh lagi terlalu berbangga dengan kebijaksanaan Ibnu Sina, kepintaran Omar Khayyam, ketinggian akal Ibnu Nafis, kecerdikan al-Ghazali atau sesiapa sahaja. Ya, tidak salah hal ini diungkapkan untuk mengimbau kekuatan lampau dengan tujuan memercikkan semangat kesedaran dan keinsafan, tetapi hal ini janganlah terlalu bersifat retorika dan nostalgika sehingga melupakan kita daripada matlamat perjuangan yang ada di hadapan mata sekarang.


Kata pujangga: ”Bukan seorang pemuda yang asyik dengan sejarah ayahnya, saudaranya, atau datuknya, tetapi pemuda yang sebenarnya akan berkata, inilah aku”.Pemuda mesti mencipta sejarah, bukan hanya berbangga dengan sejarah. Saya pernah dijemput menyampaikan pengisian dalam satu program. Biasanya jika saya diberi peluang untuk menyampaikan ceramah untuk golongan muda dalam program, saya akan memanfaatkan masa sebaiknya untuk mencungkil kekuatan terpendam ataupun silent power yang terdapat dalam diri mereka. Saya sering memaksa mereka dalam setiap ruang yang ada supaya mereka berani tampil untuk mengemukakan pandangan tanpa rasa gentar di samping saya menekan-nekan mereka. Hasilnya sangat positif. Di akhir program kekuatan terpendam yang terkandung dalam diri mereka akhirnya terserlah. Mereka mula melaung-laungkan semangat perubahan dan saya meninggalkan program ini dengan perasaan penuh berbangga dan gembira dengan pemuda-pemuda yang berjiwa kepemudaan.


Pepatah menyebut: “Jiwa yang bernyala dan keinginan yang membara-bara”. Jiwa kepemudaan adalah satu jiwa yang sentiasa bernyala tidak padam untuk memastikan kemenangan Islam berada dalam genggaman. Keinginan mereka pula sangat membara-bara untuk memastikan Islam tidak mudah tunduk kepada mana-mana kuasa. Golongan sebegini bukan sahaja mempunyai semangat membuta, malah semangat mereka terpandu dengan ilmu dan kefahaman serta kesedaran yang nyata.


Kepemudaan bukan hanya milik orang muda, malah ia juga milik orang tua. Kepemudaan yang unggul disebut oleh al-Banna: “Berikan aku 300 katibah, yang mana rohnya sarat dengan iman dan taqwa, dadanya padat dengan ilmu dan thaqafah, jasadnya terlatih dengan latihan, maka ketika itu jika kamu mengajak aku untuk meneroka angkasa lepas, menembusi bumi tujuh petala, menghancurkan kepala penjajah, aku sanggup”.Malah apabila 4000 orang tentera Islam berhadapan dengan puluhan ribu tentera musuh, mereka meinta bala tentera bantuan daripada ‘Umar al-Khattab. Kisah ini sangat menarik apabila ‘Umar hanya menghantar dalam 4004 orang sahaja tentera tambahan. Lalu ‘Umar menyebut, 4000 bila ditambah 4000, jumlahnya adalah 8000. Manakala aku juga menghantar 4 orang komander, yang mana seorang daripada mereka setaraf dengan 1000 orang tentera musuh. Lalu jumlah kesemuanya adalah 12000 orang dan ketahuilah jumlah 12000 adalah jumlah yang tidak terkalah berdasarkan hadis nabi SAW”.


Alangkah tingginya pandangan dan harapan Amirul Mukminin kedua dalam dunia Islam ini.

Saya ingin sudahkan tulisan saya pada kali ini dengan memetik satu ayat al-Quran yang menceritakan tentang jiwa yang ada pada pemuda Ashab al-Kahfi, dengan harapan mudah-mudahan ia menjadi sumbu kepada kekuatan umat Islam masa kini.

“Sesungguhnya merekalah fityah (pemuda) yang beriman kepada Tuhan mereka, lalu kami tambahkan bagi mereka petunjuk”.