Saturday, July 26

Diari Kembara 3--Indahnya sebuah Ukhuwwah

Tuuttt..tuuttt..tuuuttuuttt..

Handset saya berbunyi.. Erm, nampak gayanya kena delete lagi lah message dalam handset nie.. Bebel saya seorang diri.. Maklumlah handset murah.. So, inboxnya memang mudah sangat nak penuh.. Kalau nak delete, sayang pula.. lagipun semuanya terkandung kata-kata hikmah.. Terpaksalah cari juga message2 dulu untuk digantikan dengan message yang baru.. Apakan daya..

"Abang ade belikan Zul hadiah. Capal baru.. Mai kat umah abang.." Terkesima ana dengan message dari Abang Muhajirih petang tue.. baru jer balik ke kampus, dah ada orang nak bagi capal baru.. Alhamdulillah dah rezeki.. "Insya Allah bang.. Nanti ana mai malam nie".. Balas saya pendek.. Kekadang rasa segan pun ada ngan abang-abang yang sangat perihatin dengan adik-adik kampus.. Walaupun kita dah jadi senior, tapi Abang-abang Naqib tetap menjaga kebajikan serta bertanyakan khabar.. Ada kelainannya yang tersendiri jika ada orang yang sentiasa mengambil berat tentang kita.. Bersama Abg Muhajirih dan Abg Rizal

Zaman junior VS Zaman Senior

Berfikir sejenak dan mengimbau masa lampau.. Ketika bergelar junior, seronok tak terkata. Layanan abang-abang semacam kami bagai adik beradik.. Rasa rindu ngan keluarga nun jauh di seberang laut sedikit sebanyak terubat.. Usrah bukan hanya menjadi medan untuk bermuzakarrah, malah lebih dari itu.. Usrah semacam perjumpaan keluarga.. Apatah lagi jika diselitkan dengan jamuan dan rehlah bersama. Kalau boleh, setiap hari nak ada pertemuan usrah..

Itu dulu..

Bila bergelar Senior.. Baru saya tahu betapa besar cabaran dan tanggungjawab sebagai seorang 'Ayah' kepada 'anak-anak' Usrahnya.. Bukan setakat kita nak menjadi moderator tetapi lebih dari itu lagi.. Membina dan bukan mudah untuk sesuatu itu terbina.. Malah hingga perkara yang detail mengenai substance bahan binaan hendaklah mampu disampaikan oleh naqib dalam bentuk lisan dan juga model perbuatan.. Segala macam ramuan digunakan agar hasil itu cukup utuh dan mampan.. Erm,, satu perkara yang paling penting juga buat saya ialah bergelar Senior barulah saya tahu Sedihnya perasaan seorang Naqib jika adik-adik tak datang usrah.. Wajah ceria adik-adik...

Di dalam kesibukan orang lain mebuat LAB, mencari info PSM, seorang Senior yang bergelar 'Ayah' mestilah juga mampu meluangkan masa bersama 'anaknya'.. Hebat bukan.. Usrah dijalankan seperti biasa semacam tidak ada apa yang mengganggu jiwa.. Benarlah kata seorang ulama, peribahasa "Waktu itu ibarat mata Pedang" adalah WAJIB untuk dipegang oleh seorang Naqib!

Syukur kepada Allah..

Alhamdulillah kita telah dikurniakan kefahaman tentang Hala-Tuju suatu kehidupan.. Pesankanlah pada diri dan Laksanakanlah!! Juga bersyukurlah kerana ada lagi rakan dan sahabat yang saling mengingati dan diperingati.. Walaupun kekadang hati terluka dan kecewa walhal dengan sahabat seperjuangan. Hati2 wahai teman kerana itulah tribulasi paling hebat dalam berorganisasi!!

Tuuttt..tuuttt..tuuuttuuttt..

Handset usang saya kembali berbunyi.. "Salam bang.. Ana kat Kafe Meranti sekarang.. Nak jmpa abg jap. Kebetulan datang UTM nieh..". Maka, motosikal tarbiyah menderum kembali.. Saya hanya mampu tersenyum. Ukhuwwah itu bukan setakat perkenalan... Ia mendamba pengorbanan...
Nilam-Puri to Meranti..

Thursday, July 24

Renungan Bersama--SIRI 1

Assalamaualaikum warahmatullah..

Syukur kita panjatkan kepada Allah kerana masih lagi dikurniakan subsidi nyawa untuk meneruskan kehidupan ini bagi tujuan mengabdikan diri kepadaNya.. Selawat dan salam kita titipkan ke atas junjungan kekasih Allah iaitu Muhammad Pesuruh Allah..

Sahabat-sahabat yang dimuliakan..

Di kesempatan ini saya ambil peluang untuk mencoret sesuiatu yang mungkin Insya Allah kita mendapat manfaat daripadanya.. Secara jujurnya kita cuba ambil satu masa un
tuk sama-sama kita koreksi diri tentang tahap TAQWA kita kepada Allah SWT.

Kita cuba bersikap jujur terhadap diri dari dasar hati yang dalam dengan menginsafi segala pengkhianatan yang pernah kita lakukan terhadap lautan nikmat Allah sedangkan betapa sedikit pula ketaatan kita kepadaNya. Dalam keadaan begini, amat wajar untuk kita mengajukan persoalan kepada diri kenapa hati kita menjadi begitu keras sekali, seakan-akan kerlipan kebenaran tidak pernah bertapak di lubuk hati kita.

Inilah akibatnya jika hati tidak sudah mengenal TAQWA!!


Rasanya tidak layak diri ini mengharapkan keindahan dan kebaikan, di mana pada masa yang sama kita sering menghadirkan kejelekan dan kemaksiatan!
Rasanya tak layak kita memohon keampunan ketika mana di waktu lain kita hadirkan kederhakaan!
Rasanya tak layak kita disebut hamba pilihan kerana perintha dan larangan tidak jua kita agungkan!

Taqwa itu ibarat anak kunci...

Sahabat mahupun kerabat sekalian..

Saya pernah mendengar Naqib saya (warga Yaman) Shiekh 'Aid
il iaitu seorang penuntut pHD. bidang Elektrik, membacakan beberapa potongan ayat daripada Surah Al-Qiyamah ketika bersama dalam Halaqohnya(Islamic discussion). Apa yang menyentuh sanubari saya ialah, beliau menangis dan meratap lantaran penghayatan yang begitu mendalam ketika menerangkan maksud ayat tersebut kepada kami sehingga seluruh ahli halaqoh juga menangis bersama..

"Wajah-wajah orang kafir ketika itu (hari kiamat) muram(24) Mereka yakin bahawa mereka akan dikenakan malapetaka siksaan yang maha dahsyat(25) Tidak! apabila nyawa sudah berada di kerongkong(26) Dan katakanlah kepada manusia, "siapa yang dapat menyembuhkan kamu?"(27) Dan ketika itulah mereka yakin bahawa itulah waktu penamat kehidupan(28) Maka bertaut betis kiri dan kanan (lantaran kesakitan sakratulmaut) (29)"—Surah Al-Qiaymah

Ayat ini cukup menggoncang jiwa..
Ayat ini amat besar makna dan mesejnya..
Ayat ini juga adalah ancaman bagi mereka yang tidak pernah memikirkan persoalan TAQWA ketika mana nyawa masih dikandung badan!!

Mari kita renungkan sebuah madah dari Tok Guru.. Hati siapa yang tak terusik bila melihat seseorang yang begitu Tawadhu'...

Soalan: Ada orang kata taqwa itu ada dalam hati. Tidak perlu ditunjuk?

Tok Guru Nik Aziz: Yalah, sungguhpun taqwa itu letaknya dalam hati dan hati itu berada di dalam, tidak nampak; tetapi kesan ataupun tinggalan kerja-kerja taqwa itu tetap masih boleh dilihat,dirasa dan dikesan kehadirannya. Sekiranya tak nampak, bahkan kesan-kesan yang dialami masyarakat adalah sebaliknya, jenayah sampai boleh meningkat 45% misalnya; maka taqwa itu tidak sudah duduk di hati. Tidak dipentingkan akan 'ada' ataupun 'tiadanya'. Kita asyik cuba membaiki manusia dengan mengetatkan undang-undang, beli dan pasang CCTV, perbesarkan pasukan polis menjadi 60 000 kekuatan, bina lebih banyak balai polis, perbanyakkan penjara dan pusat serenti, macam-macam lagilah; sedangkan hati manusia itu tidak disediakan 'brek', maka macam mana kita nak 'stop' segala pertbuatan fasya' dan mungkar?

Soalan: maksud Tok Guru?

Tok Guru Nik Aziz: maksud saya, TAQWA. 'brek' itu adalah TAQWA. Apa yang saya nak sampaikan adalah kepentingan TAQWA. Mencari jawapan di luar daripada itu, maka jawapannya; tidak jumpa jalanlah. Berjalan dengan tiada 'brek'. Maka sesorang itu akan 'sesat' dan 'berlanggar'. Kita kena ingat benda 'sesat' ini bukan hanya di tengah hutan. Dalam bandar dan di tengah siang pun orang boleh 'sesat'.

Soalan: Boleh Tok guru kaitkan antara TAQWA dengan Syurga dan Neraka?

Tok Guru Nik Aziz: Begini, anak kunci pintu syurga itu ialah TAQWA. Dalam pengertian lain, jika saya boleh umpamakan TAQWA itu sebagi roh ataupun perasaan takut ataupun lebih tepat, BERINGAT dengan kehadiran Allah yang sentiasa maha memerhatikan kita dalam segenap keadaan tidur mahupun jaga. Perasaan dan kesedaran inilah yang mampu menghantar seseorang kepada syurga berkat segala amal ikhlasnya. Soal syurga dan neraka ini bukan projek orang itu orang ini ataupun kerajaan itu kerajaan ini. Sekiranya kedua-duanya ini adalah projek kerajaan, memanglah tiada masalah untuk dipinda ataupun dibatalkan. Tapi, ini adalah projek Allah SWT. Inilah hakikatnya. Mahu tidak mahu kita kena tunduk kepadanya. Tunduk inilah TAQWA. TAQWA jenis ini sahajalah yang akan membawa sesiapa jua ke syurga. Inilah hubungan antara TAQWA dengan Syurga dan Neraka.

Soalan: Maksud Tok Guru, hanya dengan TAQWA sahaja sesorang itu boleh ditentukan sama ada mulia ataupun hina?

Tok Guru Nik Aziz: Ya, ya. Mesti begitu. jika tidak, saya cukup-cukup takut orang yang diberi gelaran di dunia umpamanya dengan pangkat Yang Amat Berhormat tahu-tahu di akhirat kelak, gelaran itu menjadi terbalik. Daripada al-Aziz menjadi yang Amat Hina, daripada Yang Amat Setia menjadi Yang Amat Derhaka. Daripada Yang Amat Arif menjadi Yang Amat Bodoh lagi buta mata hati. Daripada Yang Amat Berbahagia menjadi Yang Amat Berdukacita.

Moga sifat TAQWA tersemat di hati!

Itulah pengharapan yang sepatutnya kita damba bersama sebagai seorang hambaNya. Maka oleh itu, segala gerak-geri dan juga tingkah kita hendaklah menjurus ke arahnya.. Dan dalam kesibukan sebagai seorang pelajar universiti, janganlah juga kita lupa untuk memantapkan dan mencantikkan singgahsana TAQWA dalam lubuk sanubari kita!! Insya Allah wa ma'assalaamah!

Sunday, July 20

Diari Kembara II--utusan dari negeri dibawah bayu

Assalamualaikum buat teman dan sahabat Maya...

Moga anda semua berada dalam keadaan sihat dan paling penting sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah dan kasih rasulNya...

Alhamdulillah hari ini saya mendapat peluang untuk mengetip keyboard bagi menyatakan perkongsian di alam Maya ini.. Peluang tue memang ader... Tapi, oleh sebab masalah tertentu maka ia terpaksa ditangguh-tangguh.. Dah lama tak menaip nie, terpaksa terkial-kial beberapa minit untuk mencari huruf-huruf kat keyboard.. Maklumlah time LI (Industrial training) nie asyik berGUSTI denagn kabel-kabel elektrik saiz Dinasour.. huhu.. So, tangan pun jadi keras dah..

Industrial Training suatu Tarbiyyah...

Ehm.. Maybe satu statement yang agak radikal kot.. tapi, bagi saper2 yang menghayati cycle-life diri masing2 ketika LI pasti bersetuju ngan saya.. Cuba sahabat2 tengok ek... Bayangkan pagi2 buta kita dah turun pegi kerja.. Kerja pula sampai malam.. Lepas maghrib kekadang ader mesyuarat persatuan (tanggungjawab sebagai kader kawasan).. Lepas isyak, kita pegi attend meeting.. Meeting selalunya habis pukul 12 malam.. Kalu ader kerja pejabat tak habis, kena wat pula lepas meeting.. So, selalunya kita dapat tidur around 2pagi camtue..

Cycle seperti itu bermula hari Isnin hinggalah hari jumaat.. sabtu dan ahad pula, selalunya ada undangan program di sekolah-sekolah ataupun kawasan-kawasan tertentu.. Jadi, payahlah nak kata untuk guna masa cuti sabtu-ahad untuk pergi berkelah atau pun seumapamanya.. Nak relax tension..? Relaxkanlah diri anda dengan berPROGRAM!

Bila berada dalam situasi berikut... Teringatlah saya dengan pesan Murabbi(pendidik) usrah di Kampus yang sering berkata "Perjuangan dekat kampus nie, adalah amat jauh bezanya dengan perjuangan di luar.." Iyalah.. tue belum berkeluarga lagi dah terasa AURA cabarannya.. Haa.. mana nak letak pula komitmen kepada anak-isteri nanti.. Moga saya dikurniakan orang-orang yang faham apa maknanya sebuah PERJUANGAN!! Insya Allah.

manusia VS orang

Agak lucu jugalah dengan subtitle entry nie.. mungkin timbul satu persoalan kepada kita.. Apa beza manusia dengan orang?? Entah saya pun tak mungkin nak clarify menurut kamus dewan.. "Oghe ganu dan oghe Kelate" tapi takde pula orang cakap "Manusia ganu dan manusia Kelate" tue pendapat sorang classmate bila saya tanyakan soalan tadi...Macam betul gak.. Erm,cuba jangan lihat maksud secara literal 2 perkataan ini.. Tapi, lihatlah kaitannya dengan satu lagi perkataan iaitu SIKAP atau BEHAVIOUR .. Bagi saya, lazimnya perkataan 'orang' akan dikaitkan dengan perlakuan dan sikap sesebuah masyarakat bangsa. manakala perkataan MANUSIA pula dikaitkan dengan anatomi bentuk tubuh bagi menggambarkan sesuatu bangsa atau tamadun. Contohnya, orang kata Manusia Zaman Purba dan manusia Zaman Batu Awal..

bersambung...