Showing posts with label kongsi rasa. Show all posts
Showing posts with label kongsi rasa. Show all posts

Wednesday, October 12

Kembali menulis..

Assalamualaikum warga maya.

Telah lama berlalu tanpa menulis.
Kaku jari saya mengatur ayat.
Posting terakhir saya pada 2014 dan kini sudah 2016.
Hampir 2 tahun.
Pelbagai peristiwa berlaku dan pengalaman terhimpun sepanjang itu yang memungkinkan untuk ditulis.
Malang, masa sering mencemburui kita.


Kembali menulis..

Saya teringin untuk kembali menulis.
Teruja untuk berkongsi.
Walaupun zaman sekarang laman seperti blogspot atau wordpress sudah tidak menjadi trendy.. tetapi saya selesa dengannya.
Biarlah saya kekal dengan cara ini.


Apa yang nak ditulis?

 30,000-year-old cave hyena painting found in the Chauvet Cave, France (Sumber: Wikipedia)

Guru saya ajar, tulislah apa saja.
Tidak rugi seseorang yang rajin menulis. :)
Samada makalah ilmiah, jurnal akademik atau laman pendapat seperti blog, rahsianya tulis lah apa sahaja!
Bahkan coretan purba sekalipun punya nilaian harga tak terbanding.

Kuala Lumpur
12 Okt 2016








Friday, December 28

Membina sistem kepercayaan anak

"Ahmad, sebut Allah.." Ujar saya kepada anak kecil yang baru usianya setahun.

"Aallaaah, Allaaah, Allaaaah.." 

Menyebut kalimat 'Allah' agak panjang, jelas, dan menggayakan mulut agar dia boleh menangkap bunyi serta aksi mulut saya. 

Allah, Allah, Allah.

Alhamdulillah dia boleh berzikir dengan kalimat Allah tersebut. Cuma yang lucunya kadang-kadang tersasul dengan perkataan. 'Abah', 'Apa', dll. :) Ada juga ketikanya, dalam tandas pun nak sebut kalimat suci itu walhal makruh kalau ikut hukumnya.

Itulah dia keletah anak.

Anak kecil yang baru nak mengenal alam yang penuh cabaran  ini.

Bila merenung air muka mereka, sebagai ibu bapa, akan terbit dua jenis perasaan. Yang pertama, gembira dan nikmat akan pemberian Allah yang tiada tolok bandingnya. Yang kedua, akan ada perasaan gerun. Apakah kita sebagai ibu dan ayah mampu mendidik mereka hingga ke titian Jannah?

Saya pernah menulis kebimbangan ini sewaktu bujang dahulu. Anak, Amanah yang akan di tanya.. (link)

MEMBINA SISTEM KEPERCAYAAN ANAK.



Membina sebuah bongkah ais yang hebat dan gagah memerlukan sebuah proses yang panjang. Begitu juga sistem kepercayaan anak. Yang menjadi bekalan iman di hari dewasa kelak.

Ia bermula sejak dari anak itu memberikan respon terhadap alam. Sejak dia mengenal bunyi, cahaya, dan perasaan.

Kadang ada perasaan ragu, mengajar mereka sebutan seperti Allah dan sebagainya, betulkah dia faham sebutan tersebut seperti mana kita memahaminya dan mengimaninya?
 

Sudah tentu jawabannya tidak.

Tetapi percayalah bahawa ia merupakan sebahagian daripada permulaan sebuah proses pembinaan sistem kepercayaan anak. Bongkah ais yang hari ini kita nampak gah, sebenarnya terbit dari sebuah proses yang pada suatu ketika dulu hanyalah gumpalan-gumpalan kecil yang orang menganggapnya remeh.

Sebab itulah setiap elemen penerapan sistem kepercayaan anak (keimanan) jangan dipandang ringan.

Apa yang mereka tutur.

Apa yang mereka lihat.

Dan apa yang mereka dengar..

Mestilah diupayakan untuk menjurus kepada objektif pembinaan sistem kepercayaan yang berlandaskan pegangan Quran dan Sunnah.

VIRUS DAJJAL


"Keputusan-keputusan harian kita, merupakan jelmaan perisian dalaman diri yang menjadi sasaran serangan Dajjal, dan Surah al-Kahf pula melindungi perisian itu daripada serangan tersebut."-Abu SaiF

Membaca tulisan Abu Saif dalam laman sesawangnya tentang 'serangan Dajjal terhadap perisian iman' membawa kita berfikir sejenak, apakah virus itu berkemungkinan wujud di dalam rumah kita sendiri?

Ini yang menggusarkan.

Bukan bermaksud mengambil keputusan menghumbankannya ke laut. Cuma berusaha memberi perhatian terhadap kandungan dan moral yang ingin di sampaikan oleh salah sebuah alat media tersebut. 

Kerana ketika mana sang anak melalui proses pembinaan sistem kepercayaan kritikal seawal usia mereka yang mana  upaya pertimbangan baik-buruknya hanya 'sekepal' tangan,  bimbang-bimbang ketika itulah virus Dajjal mencurahkan asidnya tanpa sedar.

Alhamdulillah. Hari ini nursery, pusat-pusat asuhan dll. telah mempunyai modul islamik tanpa hanya mengharapkan sang televisyen menghiburkan anak-anak semakin mudah untuk didapati.

Tinggal lagi pilihan di tangan kita sebagai ibu bapa.

Ya Allah, kami tiada upaya mendidik melainkan dengan wahyuMu dan ketentuanMu. 

Bantulah kami ya Allah. 

Bimbinglah kami agar kami jua dapat membimbing anak-anak kami ke jalanMu yang lurus.

Friday, November 2

Jihad: Di saat kita lelah...

 
 Sorry. I am tired!

"Saya agak kecewalah.. Kita minta datang awal mesyuarat kadang-kadang tak datang." Keluh ketua.

"Jangan kata nak datang, langsung tak mesej makluman pun ada.." Tambah beliau.

"Macam manalah keadaan kita kalau begini...?" 

Semua senyap. 

"Kita buat sistem dendalah. Macam mana?" Saya mengajukan cadangan.

"Sistem denda ni dah banyak kali kita cadangkan. Dah diminitkan pun dalam mesyuarat"

"Tapi tak pernah jadi..." Balas ketua. 

"Erm... Saya rasalah ia bukan sebab perlu denda atau hukuman. Mereka ni pun bukan orang lain. Mereka sahabat-sahabat kita juga." Seorang rakan lain mencelah.

"Saya rasa ia faktor pengisian jiwa. Perjuangan ini ada pasang surutnya. Ada masa kita lelah. Ada masa kita mengah."

"Cuba kita fikirkan sejenak, sejauh mana pengisian yang kita buat, dan kita bandingkan dengan berapa banyak gerak kerja yang kita lakukan?" Tambahnya lagi. Kemas.

Lontaran yang baik. Lantunan yang memuhasabahkan.

Tatkala sibuk kita menghayunkan langkah, boleh jadi kita terlupa memperkemaskan kuda-kuda.

Di saat kita lelah dan mengah. Kita sebenarnya di ambang alpa.

Usrah. Mukhayyam. Ijtimak. Mahabbah!

Cantik dan tersusun dizikirkan dengan mulut. Tapi belum tentu seindah gubahannya pada 'real' suasana.

Salah siapa? Tepuk dada.. Mari bermuhasabah!

ANTARA: RASIONAL vs HAK vs JIHAD

Pernahkah kita renung seketika. 

Pelik rasanya bila kita lihat ada rakan lain yang bersungguh-sungguh dalam perjuangan. Atas nama sebuah rasional, atas nama sebuah kebebasan hak asasi manusia.

Mereka sanggup bergadai masa, tenaga, wang ringgit, dan kadang kala keintiman keluarga atas semangat ingin menatijahkan perjuangan yang mereka percaya. Malah, sayugia jauh lebih giat sebahagian mereka dari sebilangan kita.

Apakah tuntutan Rasional dan Hak itu jauh melebihi tuntutan Jihad dari sebuah kaca mata?

Atau... Apakah mereka tak pernah kenal erti lelah dan mengah sebagaimana seorang insan biasa?

Seorang Amilin yang percaya erti Jihad dalam kamus sebuah Risalah Ta'alim Al-Banna sebenarnya jauh lebih hebat momentumnya dari seorang penganut sosialis yang menghafal erti Hak dan Rasional dari kamus pustaka John Locke di Wrington.

Semestinya!

Kerana Jihad itu ia bersaudara dengan soal; Dosa atau Pahala. 

Salam Jumaat!


 

Wednesday, November 9

Suami-Isteri 'PJJ' enjoy?


Saya kira mahu berkongsi sesuatu...

Kali ini kita bicara satu topik yg mungkin ada di kalangan sidang pembaca yg 'berpengalaman'.

Suami-Isteri 'PJJ'.

Istilah PJJ merujuk kpd pasangan yg duduk berasingan disbbkan pelbagai faktor yg tak boleh dielakkan. Cthnya, faktor kerja, belajar di luar negeri, dan sbgnya.

Kalau tanya sayalah, "Best ke duduk jauh ni?". Jwbn saya sudah pasti, "Tak Best!". Dan serius saya kata, agak pelik mereka yg boleh 'enjoy' dgn PJJ. Mksud saya, yg SENGAJA memilih tdk mahu duduk sebumbung.

Bercerita sekitar pengalaman saya dan isteri, kami bernikah pada awal Januari tahun 2011 tanpa melalui proses percintaan. Hanya sekadar perkenalan biasa krn ditakdirkan oleh Allah Swt sebelum ni kami merupakan pelajar yg sama di sebuah kolej Matrikulasi. Itupun hny sebulan, sbb slps itu isteri saya mendapat tawaran ke IPTA lain.

Saya masih ingat, slps akad nikah, keesokan harinya saya terpaksa balik ke Kuala Lumpur. Ada urusan pasca-siswazah yg perlu diselesaikan. 2 minggu kemudian baru dpt berjumpa semula dgn isteri ketika majlis perkahwinan sblh pihak lelaki di Sabah.

Seawal pernikahan itulah kami mula duduk berjauhan.

Ketika itu isteri saya sdg berhempas-pulas menghabiskan pengajian M.B.B.S.nya.. Dan saya pula sdg mengikuti pengajian pasca-Siswazah. Dia di tengah semenanjung (KL). Saya pula di hujung benua Asia (Johor)!

Dua minggu sekali saya akan ke KL utk melawat isteri. Itupun kalau ada rezeki. Al-maklumlah sbg sorg pelajar, sumber kewangan kita adalah terhad. Pertemuan kami selalunya tdk lama, sabtu-ahad, dan ahadnya saya akan balik smula ke Johor. Begitulah seterusnya...

Pada masa yg sama kami berdua cuba merancang persediaan alam kerjaya.

Kalau boleh, kami berusaha utk dapat tinggal serumah.

Isteri saya memohon utk buat 'houseman' di sekitar Semenanjung. Saya pula cuba menjenguk-jenguk peluang pekerjaan sbg Pensyarah di beberapa IPTA; antaranya UMP dan UteM. Pernah juga saya mencuba di Kolej Mara di Bandar Baru Bangi. Yang lain saya sekadar mengisi permohonan secara ONLINE sprt UMS dan Universiti King Abdul Aziz, di Jeddah.

Takdir Allah swt terlalu rahsia... Penuh dan sarat dgn Hikmah.

Tidak disangka-sangka, permohonan pekerjaan yg saya isi menggunakan ONLINE pula yg dapat. Pertama, saya dpt tawaran bekerja di Universiti King Abdul Aziz, Jeddah dan diminta utk datang lapor diri pada awal OGOS 2011. Kedua, saya ditawarkan sbg Tutor (pembantu pensyarah) di UMS dan diminta dtg lapor diri pada bulan OGOS juga.

Saya beristikharah dan bermusyawwarah bersama Ibu, Isteri dan ahli keluarga yg lain. Mencari pertimbangan utk mmbuat kputusan yg terbaek.

Akhirnya saya bertekad memilih utk pergi ke UMS.

Antara pertimbangan saya ialah:
1. Jarak yg lebih dekat dgn Isteri. Antara Jeddah dgn KL dan Kota Kinabalu dgn KL, tentulah Kota Kinabalu lebih dekat.

2. Saya telah memohon penangguhan. Melalui perbincangan awal dengan Dekan, saya memohon utk tangguh bekerja wlupun dlm keadaan status telah menerima jawatan tersbut. Ini mmbolehkan saya menunggu kelahiran anak sulung kami. Tp penangguhan trsebut tdk dapat dilaksanakan sbb bbrp keperluan yg perlu dipenuhi di peringkat Fakulti. Cuma, penangguhan sambung belajar shj yg boleh diluluskan.

3. Peluang mungkin datang sekali. Kalau saya menolak utk bekerja buat masa itu, mungkin saya tdk akan lagi mendapat tawaran yg sama pd masa akan dtg. Terbukti benar sangkaan saya, sbb jawatan Tutor telah dibekukan oleh KPT bermula hujung tahun ini.

Ketika surat tawaran sampai, isteri saya pula ketika itu sudah mula bertugas sbg 'Houseman' di Hospital Serdang, Selangor.

Dan kami kekal dalam keadaan 'PJJ' hinggalah saat ini.

Alhamdulillah buat masa ini kami sdg berusaha utk beberapa opsyen agar dapat duduk sebumbung. Apatah lagi setelah Mujahid kecil kami lahir ke dunia nanti. Pastinya kehadiran seorang Ayah mahupun Ibu amat-amat diperlukannya...

Ya Allah perkenankan doa kami. Mohon doa dari kalian juga.

Ok Habis tentang cerita kami...

Apa yg cuba saya simpulkan di sini ialah;

1. BERUSAHALAH agar dapat tinggal Sebumbung. Tuan-puan, sengaja saya bawa kisah yg saya lalui sendiri diatas.. Situasi yg saya gambarkn, bukanlah suatu yg 'ENJOY' utk duduk berjauhan antara seorang suami dgn isterinya. Ataupun dlm erti kata, mahu 'SENGAJA-SENGAJA' utk duduk jauh. Hakikatnya kami berdua terima segalanya sbg takdir Allah swt dan kami yakin ia mengandungi pelbagai Hikmah. Tapi, usaha utk duduk dekat tdk berhenti. Ya, saya juga menyeru rakan-rakan yg masih berkeadaan 'PJJ', marilah kita sama-sama usaha dan doa agar dpt duduk sprt suami-isteri yg biasa. Di sana ada rahmat Allah Swt. Yakinlah!

2. KERJAYA dan WANG tidak akan dpt membeli KEBAHAGIAAN. Ini adalah hakikat. Kalau nak cari wang, amat 'bodohlah' saya tolak tawaran pertama iaitu Pensyarah di Uni. King Abdul Aziz dan mengabaikan gaji serta elaun yg mereka bakal berikan... Tapi, apakah saya mampu beli kebahagiaan dgn bayaran duit mahupun wang. Tugas suami mencari nafkah dan Isteri berkhidmat membantu suami. Kalaulah tdk ada ruang lagi utk duduk serumah disebabkan halangan tempat kerjaya, para isteri, saya nasihatkan berhentilah bekerja. Kenapa tidak suami yg berhenti? Sebabnya hukum bekerja pada Suami ialah WAJIB. Dan isteri sekadar HARUS itupun setelah izin Suami. Maknanya disini, tugas isteri yg paling besar ialah, melayan suami dan anak-anak di rumah. Bukannya membanting tulang empat kerat. Na'uzubillah... Moga Allah ampunkan dosa para isteri yg terlalu 'disibukkan' dgn hal pejabat sehingga tiada masa utk suami dan anak-anak. Dan moga Allah juga limpahkan pahala dan rezeki kpd seorang isteri yg sanggup berhenti kerja demi menyempurnakan tugas sbg isteri Solehah.. Amiin ya Allah.

Ini sekadar secebis pandangan saya.

Mohon Ampun pada Allah Swt.

Tuesday, September 20

Mahu menulis semula!



Terlalu lama rasanya jari ini berehat.

Hinggakan blog domain dot.com saya ditutup sbb mslh server.

Takpa. Guna blogspot pun kira ok. Yang penting saya mesti menulis semula!

"Bukan keindahan rumah yang penting.. Tetapi pengisiannya itu jauh lebih penting."

Noktah.