Monday, April 27

Bila sudah terlupa...

Kadang-kadang bila difikirkan.. Nikmat Allah itu datang berupa pelbagai wajah dan bentuk. Disedari mahupun ada yang tidak disedari.. Disukai dan tidak kurang pula yang disalah mengerti..

Fitrah Insan memang macam tue.. Jika nikmat itu selari dengan kehendak hatinya maka SUKA lah jawapannya.. Tapi, jika sebaliknya.. MURAM DURJA lah ia seolah tidak redha dengan apa yang ada..

Maka Adapun manusia apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya serta memberinya kesenangan, maka dia berkata "Tuhanku memuliakan Aku". Namun apabila Tuhan mengujinya lalu dibatasi rezekinya, lantas ia berkata "Tuhanku menghina aku!" (Al-Fajr)

Walau apapun.. Nikmat Allah itu sangat luas... Bahkan apa yang ditimpakan kepada manusia itu adalah kehendak serta ketentuan Ilahi yang sudah pasti terkandung khazanah hikmah yang kekadang sukar diinterpretasi oleh si Akal.

Nikmat Lupa... Hanya orang yang berfikir sahaja boleh menikmatinya dan kemudian mensyukurinya..
Nak buat camne..? Dah Lupa..

Thank You Allah.

Saturday, April 25

Mencari TITIK SAMA?

Bismillahi La Quwwata Illa Billah!

Beberapa hari ini.. Banyak benda yang nak dikongsikan..

Tapi, time is very crucial!

So, hajat tak kesampaian untuk “kongsi rasa” dalam blog. Maklumlah paper exam tak habis lagi. Inipun dah dikira mencuri masa yang ada..

Beberapa hari ini juga, banyak perkara yang berserabut akar dalam kepala. Entahlah, macam-macam benda yang hadir berlalu begitu sahaja tanpa ada jawaban yang pasti dapat diberi.. Saya tak kecukupan masa.. Dan mungkin juga ilmu tak sampai mana.. Bukan mungkin, betul!

Cuma.. Apa yang hanya boleh dikata ialah.. CARILAH TITIK SAMA!

Titik sama antara manusia itu sangat LUAS.. Bukan sejumud titik DOT dalam tulisan alphabet!

Mana mungkin suatu konflik dapat diselesaikan kalau semua orang hanya melihat dari sudut perspektifnya sendiri.. Tanpa meletakkan diri di pihak yang sebelah.. Itu satu hal.

Ataupun.. Kalau semua orang tidak punya kesungguhan untuk mencari TITIK yang sama.. Ahh.. memang payah. Dialog takkan menghasilkan apa-apa.. Makin menjauh ada!

Mengapa perlu bersengketa akan apa yang dah di diputuskan oleh para ulama terdahulu? Mereka berkhilaf (berbeza pendapat) itu kan rahmat buat kita.. Sahabat pun berkhilaf.. Bahkan, Rasulullah sendiri sengaja ‘berkhilaf’ apabila memberi jawapan akan suatu perkara..

Kan kita pernah dengar hadis bagaimana jawaban Nabi ketika ditanya—Apakah amal yang paling baik? oleh beberapa orang sahabat yang berbeza latarnya.. lantas jawaban dari Nabi pun berbeza jua bunyinya.. Bergantung kepada keperluan, kemampuan, situasi individu itu.. Nah, bukankah ini contoh pendekatan yang TERBAIK oleh seorang Dai’e (pendakwah) yang juga terbaik?

Kita mungkin boleh ‘menghimpunkan’ FIZIKAL orang atas padang rumput yang luas.. Tapi, mustahil kita nak ‘menghimpunkan’ FIKIRAN orang hanya dalam sekecil-kecil kebuk wasap makmal kimia kita time sekolah menengah dulu.. Nak bagi tahu betapa luasnya dan tak bersempadannya fikiran dan pendapat yang ada pada kepala manusia!

Cuma, setiap kita punyai TITIK SAMA antara satu sama lain.. Dan, tuntasnya atas TITIK SAMA ini jualah satu KESATUAN dapat dicapai.. Lalu sinergi boleh berlaku.

Tapi.. Jika TITIK SAMA ini diperabai dan kita menutup mata akan padanya bila bertemu perbezaan pendapat, maka.. kata orang kedah—Tak tau nak habaq ape.. Apapun hujah dan pendapat tidak akan diterima dan perkataan KESATUAN hanya tinggal mimpi sahaja..

Enta nak terima bid’ah orang-orang tue? Atau.. Enta nak consider salah tafsir akidah orang nie? Macam tuelah lebih kurang terjahan-terjahan yang saya terima.. From both side!

Tidak.. Saya tiada ‘kuasa’ untuk memutlakkan jawaban YA ataupun TIDAK.. Kamu BENAR dan ini SALAH.. Atau seberani berkata kamu SESAT dan ini BETUL!

Cuma.. Apa yang boleh diucapkan ialah.. Solution not always coming from ANSWER but in certain time it was depend on your APPROACHING! Entah betul entah tidak ayat saya itu.. Terjemahan—Penyelesaian tidak semestinya datang dari JAWABAN tetapi kadang-kadang ia bergantung kepada PENDEKATAN anda. Ibarat kalau kita jawab dalam examlah.. Markah yang banyak bukannya dari jawaban yang betul.. Tapi datangnya dari jalan pengiraan yang ditunjukkan. Maka, baiki JALAN PENDEKATAN masing-masing!

Apa yang terpenting ialah.. Kita semua kenal akan TITIK SAMA antara satu sama lain.. Walau apa jua sudut beza kita, fikirankah? bentuk fizikal kah? Insya Allah dengan adanya prinsip meraikan TITIK SAMA, maka konflik akan dapat dielakkan.. Dan sudah pasti KESATUAN akan dapat dijana!

Sekadar refleksi..

Anda bersetuju bukan kalau seorang makhluk bernama SUAMI adalah amat jauh BEZANYA dengan makhluk yang dipanggil ISTERI?? Jauh.. Bukan lagi jauh.. Tak sama langsung! Tapi, atas dasar ingin berkongsi TITIK SAMA, iaitu masing-masing merasa SALING MEMERLUKAN antara satu sama lain.. Maka KESATUAN dapat dimeterai melalui perkahwinan.. Jika TITIK SAMA ini sudah tidak diendah, maka tidak mustahil apa yang sebelum ini ‘satu’ akan bercerai menjadi ‘dua’..

Apa TITIK SAMA antara kita?

Tak tahu??

Mari saya tunjuk!

...

Thursday, April 23

Haaza sabilii...

Bila buka buku Sirah…

Terpegun melihat korban daya para sahabat Nabi.. Betapa merekalah manusia yang sesungguhnya penuh komited dalam usaha membangun Islam dan melaksanakan dakwah..

Mereka biasa kelaparan..

Mereka biasa dengan ketakutan..

Mereka terbiasa dengan ancaman..

Tapi, iman tetap teguh membara tanpa ada rasa gentar dan tetap istiqamah walau apa badai sekalipun yang mendatang. Betapa mereka sungguh unik dan istimewa.. Tidak hairanlah kalau gelar ‘Ridhwanullah’ itu menjadi anugerah bagi mereka.. Sesuailah!

12.00 am..

Balik dari ‘gerak kerja’ dekat luar..

Sekonyong-konyong hujan tiba-tiba turun seperti runtuhnya tempayan dari langit membasah kuyup kami yang menunggang motosikal..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Hujan itu rahmat!—Berselindung seketika di bawah naungan pokok tepi jalan..

Menunggu.. Menunggu hujan reda sambil bermonolog halus..

Bicara seketika hati dan akal.

.....

Bersyukurlah kerana Allah masih memilih diri yang kerdil dan poros iman ini untuk ‘menyumbang’ sedikit buat Islam yang tercinta..

Kalau nak banding dengan para sahabat.. Masya Allah.. Jauh sekali.. Saaangat jauh..

Kita mungkin kesejukan dek kerana hujan.. Tapi para sahabat dahulu ‘kesejukan’ dihujani lembing dan panah..

Teringat akan kisah si burung kerdil ketika mana Namrud membakar Nabi Ibrahim..

Arakian terbanglah si burung membawa air dalam paruhnya untuk ‘memadam’ akan api yang melangit tinggi.. lantas dipersoallah tindakan si burung ini..

“Duhai burung, apakah kamu kira dapat memadam api yang sebegitu besar dengan hanya air dari paruhmu itu?? Bukankah itu tidak masuk akal?”

“Duhai yang bertanya.. Aku memang tahu air yang aku bawa takkan dapat memadam api ini.. Tapi, aku harap air ini mampu menjawab soalan Allah di hari kiamat kelak.:-Ketika kekasihKu menghadap musibah, apa PERANAN awak wahai burung?..”

Jauh termenung...

Kalaulah burung yang kategorinya binatang punya bicara sebijak itu.. Sebimbang itu.. Bimbang akan SOALAN Allah di hari penghisaban kelak.. Apatah lagi kita yang bergelar MANUSIA..? Di mana pintu hati kita? Mengapa masih ragu lagi?

Oh Allah.. Oh Muhammad.

Siapalah kita nak mengaku sebagai Umat jika kerja Nabi tidak diperbuat. Tidak diteruskan.. Layakkah kita meminta syafaat dikala bondongan manusia juga memintanya dari Rasulullah kelak?

Hanya orang-orang yang DEKAT dengan Nabi sahaja yang punya peluang seperti itu..

Bagaimana nak dekat??

Ikutlah Sunnahnya dan cintailah kerjanya dan teruskanlah Perjuangannya..

Kadang-kadang nafsu kita ‘menggaru-garu’ hati.. “Kenapa perlu bersusah payah seperti ini?? Tidakkah anda berasa RUGI? Di kala kawan-kawan sedang TEKUN mengulangkaji, anda pula ‘menghabiskan masa’ untuk suatu yang tidak ‘kepastian’ lagi??”

‘Garuan’ yang diuja oleh Syaitan!

Astaghfirullah.. Istighfar sebentar.. Jangan sampai ditipu oleh Syaitan dan Nafsu.

Syurga itu tidak semudah untuk dimasuki.. Para sahabat dahulu ‘nak’ dapat syurga dengan NYAWA dan DARAH.. Kita?? Takkan kita pula duduk membatu lantas syurga hadir ‘berlari’ menjemput kita!

.....

Hujan semakin reda..

Perjalanan di sambung semula dengan hati yang menyala-nyala CEMBURU.

Cemburu akan gelar ‘Ridhwanullah’ para sahabat!

~AMAL kerana ALLAH~

.

Wednesday, April 22

Revisit: "Menarilah" mengikut rentak "irama".



Saya menggunakan kesempatan malam ini untuk menulis dalam entry tajuk yang saya terfikir.. Tajuk entry bukan bermaksud meminta sesiapa menari.. (",). Tetapi lebih kepada perkongsian untuk kita melakarkan suatu tindakan.. How the action we are based on the true analysis through our observation..Terutama bagi sahabat-sahabat yang berada di Borneo sana..

Beberapa sms meminta pandangan dari saya dan tidak kurang jua yang meluahkan isi hati masing-masing.. Saya kira inilah anatara cabaran terhebat dalam berorganisasi bila mana kita diuji dengan berbezanya pendapat sesama kita.. Perlu kita lihat ia sebagai suatu perkara positif walaupun kadang-kadang ia melambatkan dan melengahkan tindakan yang bakal dibuat..

Menarilah mengikut rentak irama.. Terus terang kita katakan SUMBANG bilamana si penari tidak mengikut irama lagu, hanya arahan semasa dari jurulatih yang membimbing.. Begitu juga orientasi plan tindakan yang dibuat.. Haruslah ia berpaksi dengan keadaan semasa tempat dan situasi siapakah dia yang terbabit.. Janganlah cuba menipu diri dan audiens yang berada dihadapan anda kerana apa yang anda lakukan bukanlah untuk tontonan sang jurulatih sahaja!!!.. Dan sesiapa yang mengaku ketua hendaklah memahami benda ini dan seharusnya dia meraikannya..

TINDAKAN YANG TIDAK SAMA

Selalu 'orang' berkata sedemikian kepada kita.. Mengapa buat begini dan kenapa tidak begini..? Saya nak tanya dia semula... Apakah yang paling penting..? Tujuan pakai baju atau baju apa yang dipakai? Kita hanya tumpu benda yang zahir tetapi kita tidak melihat dan meraikan apa dia maqasid terhadap tindakan yang dibuat oleh sahabat kita.. Bukankah tujuan plan yang kita nak buat adalah sama iaitu melahirkan golongan yang akan memartabatkan Islam dengan menunggangi wasilah organisasi ini..? Bagaimana kaedah yang digunakan itu terpulang kepada analisa dan pertimbangan setempat.. Berikanlah keyakinan dan raikanlah pandangan dan jangan penjarakan Idealisme kerana kita muingkin berpencak pada dua tempat yang jauh berbeza..

ADIK-ADIK BORNEO



Saya ingin berkongsi dengan adik-adik aktivis dakwah khususnya yang berada di sekitar 'Kota'.. Saya pernah menghadiri konvensyen di Ibu Kota mengenai keperluan untuk kita beraksi sebagai golongan yang bermentalitikan pemimpin.. Janganlah letakkan diri anda hanya memegang title "ahli seumur hidup" sahaja bila balik ke 'kawasan' masing2.. Tetapi semarakkan pemikiran dan idealisme anda serta tumpahkan ia dalam suatu tindakan realiti .. Berfikirlah anda secara bersungguh kerana tiada lagi yang berada di belakang kecuali andalah yang kena maju kehadapan untuk mengetuai perencanaan dakwah di kawasan masing-masing..

Bila kita ditegur oleh seseorang maka analisa dahulu dan berlakulah adil kepada diri sendiri masing-masing.. Teguran memang baik untuk meningkatkan produktiviti tetapi ia hendaklah bersandarkan kepada situasi anda dan bukan nostalgika orang lain.. Anda harus berani menegakkan idealisme dan wacana minda anda kerana anda adalah pemimpin dan bukannya dipimpin.. Cubalah jawab kritikan yang dilemparkan dengan "buah yang dihasilkan" dan bukannya cukup sekadar dengan kata-kata "Iyalah, ermm betul juga, oh memang saya silap, abang tue punya pasallah, bagus juga"..

IJTIHAD SUATU KEPERLUAN

Saya cuba akhiri perkongsian ini dengan menyatakan apa yang pernah Dr Yusuf Al-Qardhowi tekankan khususnya kepada mana-mana gerakan ISlam.. Ijtihad suatu keperluan.. Berijtihadlah dengan berdasarkan overview yang benar dan bukannya dengan nafsu semata-mata atau berlandaskan nostalgika orang lain..

Kutiplah hikmah itu sebagai bekalan dan lihatlah sejarah lampau sebagai pengajaran bukannya sebagai silibus kehidupan anda.. Ingatlah kritikan akan mendewasakn kita dan dengan kritikan juga ia mampu melonjakkan kita ke satu tahap yang tidak terfikir sebelum ini.. Percayalah..



Saturday, April 18

"Destinasi Cinta" yang SATU.

Kalam ini ditujukan KHAS buat Abang, kakak dan sahabat-sahabatku dalam PSS.. Juga buat adik-adikku yang tercinta dalam oragnisasi KRU.. Bacalah..

Refleksi kisah BENAR:

Malam semakin larut..

Jus epal yang diminta sejak tadi tak tersentuh.. Dah hilang aura sejuknya dek kerana pemintanya terlalu khusyuk ber’perang’.. Entah apa yang terlalu penting sangat sehingga air sesedap itu tidak tersentuh. Ligat akal yang memikir membunuh nafsu minum seketika..

Saya masih tercongok.. Sekejap mengalih punggung ke kiri sekejap ke kanan mencari keselesaan.. Hmmm.. Bilalah meeting budak-budak nie nak habis??—mungkin Pakcik empunya restoran bermonolog seperti itu. Sabar ye Pakcik..

Dalam kesuraman malam dan cahaya limpah restoran pekan T**ran, saya amati wajah manis Abang Pai yang menahan kepenatan dan serangan mengantuk.. Pening barangkali dengan soalan-soalan Amin yang masih galak sejak tadi..

Menyoal supaya brainstorming yang dibuat betul-betul matang.. Agar rencana tidak lari dari matlamat asal!

Ana cadang.. Lepas KRIS nie kita tubuhkan satu skuad pelajar.. Biar adik-adik boleh bekerja ‘as a team’ dalam tue.. Then, kita pula senang nak atur dan bimbing.—Saya mencadang..

Iye?? Sejauh mana praktikalnya?—Amin memprotes. Amin memang macam nie.. Asyik-asyik jadi pembangklang dalam syura.. huuu.. Tapi memang perlu jadi pembangkang.. Check and balance!

Abang rasa.. Abang setuju denagan cadangan Zul tue.. Kita cuba dulu. Kalau tak cuba, mana mungkin nak tahu praktikal atau tidak. Kalau kita tengok PERPPIS, diorang ‘kuat’ sebab ada stand..—Yess.. Abang Pai bagi sokongan.

Haa Min.. Macam mana?? Dah 2-1 sekarang nie.. Kire enta kalah dah..—Sengaja saya memprovok Amin. Saya seronok “BERGADUH” dengan Amin..

Mana boleh.. Enta main ‘rasuah’ abang Pai.. Tak fair la..

Tapi. Ana setuju juga.. Cumanya kena fahamkan sahabat-sahabat lain.. Takut ramai yang membangkang.. So, automatik enta dan abang Pai kalah!—“BERGADUH” kerana mencari jalan yang terbaik dialu-alukan.. Bila dah jumpa jalan, terimalah.. Tiada kalah atau menang.. Macam Amin.. Dia tak rasa ‘kalah’.. Bahkan boleh terima cadangan dengan senang hati.

Itu “PERGADUHAN” yang sepatutnya.. Kita faham dan tahu kenapa perlu “bergaduh”.

Ok. Kalau semua orang dah setuju ‘jalan nie’.. Kita proceed ye.. So, ana cadangkan skuad pelajar tue kita panggil KELAB REMAJA UKHUWWAH (KRU)—Saya cuba menggulung supaya ketemu ending meeting.. Kalau tak, sampai pagi duduk sini. Kang Pakcik restoran halau guna penyapu, baru tahu..

KRU?? Macam apelah.. takde yang lebih sesuai ke?—Opss.. Sekali lagi Amin jadi pembangkang.. Kena “BERGADUH” lagi?

Ok.. Enta ada cadangan lain? Kalau ade yang lagi best.. Ana ok je.. Betul tak Abang Pai?—Kadang-kadang ada jalan untuk mengelak “bergaduh”.. So, pandai-pandailah faham.. Part mana yang perlu “bergaduh”.

Hehe.. Takdelah pula.. Ok je kot. KRU pun sedap ape..See.. Bila kita raikan orang.. Semuanya jadi OK.

“Demi Allah! Kami bersaksi atas nama Allah dan Rasulnya Muhammad, ikatan CINTA ini sentiasa dipelihara sehingga akhir hayat!”!.. Terkedu saya dengan bai’ah (akur janji) yang dilafaz pada malam itu..

Dahlah di depan jus epal!

Destinasi Cinta

Dalam ‘rumah tangga’ dakwah, tidak dinafikan kadang-kadang badai datang menerpa.. Apatah lagi bila badai itu menjelma dari wajah dan rupa sahabat sendiri.. Sahabat yang sebelum ini punyalah cinta dan sayang kepada kita tiba-tiba bermasam muka tanpa memberi sebab musababnya..

Itu natural dalam ‘rumah tangga’. Kata orang, hujan renyai-renyai di kala mentari terik atas kepala! Di kala suatu ‘family’ membesar, maka semakin banyaklah karenah dan karakter orang yang ada dalamnya.. It is a law of the nature..

Cumanya.. Bila orang-orang yang hadir dalam ‘rumah tangga’ tadi tidak cuba MEMAHAMI mengapa mereka ‘bercinta’ itu yang menjadi masalah..

Cinta dalam ‘rumah tangga’ dakwah sebenarnya lebih KOMPLEKS dari cinta rumah tangga sepasang suami isteri.. Iya.. Kira sahaja berapa orang yang terlibat.. Bukan dua orang.. Kalau rumah tangga biasa—Suami dan isteri, 2 makhluk je.. Paling ramai pun, 5 orang.. Suami yang kahwin empat!

Bang.. Saya rasa sahabat-sahabat lain macam takde ukhuwwah la..—Getus seorang junior dalam program.

Kenapa pula?—Saya cuba melayani seperti biasa.. Nie mesti badi selepas ‘DIHENTAM’ habis-habisan time meeting semalam oleh beberapa orang AJK lain.. Dahlah AJK muslimat pula tue yang hentam.. Siapa yang tak rasa down..

Abang tengoklah semalam.. Ana kan PIC program nie.. Tetiba diorang tak boleh follow cadangan ana.. lain kali takyah la lantik ana jadi PIC!—Dah agak dah.

Hmmm..—Saya tersenyum seketika sambil melihat wajahnya yang suci dan kudus itu. Adik ini harapan! Jangan perkara sekecil macam nie boleh ‘mematikan’ semangat dia.. Macam mana nak jawab ye.. Saya pun dah ketandusan idea..

Nielah masalahnya bila “bergaduh” tapi tak sedar bergaduh untuk apa..

Enta sayang sahabat-sahabat lain tak?—Soal saya perlahan..

Sayang.. Mesti sayang..

Sayang sebab apa? Kenapa beria-ia sangat nak sayang?

Eh bang.. kan sahabat tue teman berjuang.. kalau tiada sahabat, masakan kita mampu berjuang seorang-seorang.. Nabi pun ada sahabat berjuang.—Alhamdulillah.. Teori ASAS bersahabat sebenarnya ramai yang dah faham..

Tapi, sayang sahaja tak cukup. Sayang kerana ‘berjuang perlukan sahabat’, itu sayang kerana KEPERLUAN semata.. Bila perlu semua orang boleh sayang.. Bila suami perlu isterinya, jangan kata sayang.. mati pun dia sanggup!

Tak faham..

Maksud abang.. Dalam kita ‘berumah tangga’.. Upgrade lah level sayang sesama sahabat.. Jangan sayang bila perlu sahaja.. Bila kita nak buat program barulah kita nak sayang. Contohnya dalam kes enta.. Bila enta PERLUKAN sokongan sahabat-sahabat lain, kemudian bila mereka tidak memberikan ‘keperluan’ itu.. Enta rasa apa??

Kalau sayang enta berkurang.. maka, betullah.. Enta sayang kerana hanya memenuhi tuntutan ‘berjuang itu PERLU sahabat’. BERUKHUWWAH atas dasar memenuhi tuntutan KEPERLUAN sahaja..

Hmmm...—Panjang keluhan dia.. Mungkin tengah berfikir dalam.. Sedalam maksud yang saya cuba sampaikan. Saya pun sebenarnya ‘berumah tangga’ tak sebaik seperti kata-kata yang diungkapkan dari mulut. Masih dalam proses upgrading!

Macam mana nak upgrade?—Soal dia setelah lama termenung..

Faham akan destinasi kita.. Destinasi kenapa kita ‘bercinta’ pada jalan ini..—Mungkin ayat saya terlalu sastera barangkali.. Tapi, menguntum bunga kata itu sebenarnya perlu. “Tarikan seri kuntum bunga itulah yang menyebabkan orang datang mencium bunga.. Lantas barulah wanginya dapat dirasa!”

Kita BERJALAN BERSAMA menuju Pencipta.. Dia “destinasi cinta” kita.. Alangkah indahnya kita dapat berjalan ‘beramai-ramai’ ke arahNya sambil berpegangan tangan.. Pasti Dia pun sukakannya..

Bila kita berfikir seperti ini.. Ia bukan lagi atas sebab keperluan.. Bahkan berukhuwwah itu menjadi kelazatan walau macam mana pun keadaanya.. ‘Lazat’ bagi mereka yang bercinta dan yang menerima cinta.. Allahlah yang menilai cinta kita.. Cinta ini juga kerana Dia.. Betul tak?

Hmmm—Sekali lagi dia mengeluh.. Harapnya keluhan itu menjanjikan inti kefahaman dan bukannya bebanan fikir atas sebab jawapan saya yang terlalu deep. Harapnya begitu..

Kunang-Kunang malam..

Kerdipan cahaya oleh si kunang-kunang malam seolah seperti kerlipan nyala discas elektrik dari satu mesin yang ada ‘rosak’nya.. Nampak macam api yang kecil sahaja.. tapi..

Tapi bila ia dibiar, kata para Jurutera Elektrik ia akan menghasilkan flashover yang dinamakan sebagai breakdown phenomena. Kilatan yang besar sehingga meranapkan mesin yang jutaan harganya!

Mula-mula tadi nampak kecil sahaja bukan.. Macam besar kerlipan kunang-kunang sahaja.. Tapi, jika tidak diatasi cepat-cepat, jangan menyesal perencanaan dakwah yang sebegitu baik selama ini akan musnah dan berantakan.. Atas sebab tangan-tangan kita sendiri! Na’uzubillah..

Semua anggota ‘rumah tangga’ sepatutnya faham akan posisi dan batasan masing-masing.. Ada yang jadi cucu-cucu, anak-anak, bapa-mama, pakcik-makcik, nenek ataupun datuk.. maka hormatilah kedudukan setiap ahli ‘rumah tangga’..

Saya selalau mengingatkan kepada diri dan adik-adik.. Memadailah dengan anda tidak memanggil senior itu sebagai ABANG atau pun KAKAK, anda sebenarnya sudah mencemari sentosa ‘rumah tangga’ ini!.. Fikir-fikirkanlah... Bukan bermaksud untuk membuat seolah sistem kasta dalam rumah, tapi nilaian hormat dan kasih itu WAJIB disanjung.—Bukalah kitab Sirah, bagaimana sifat ‘merendah dirinya’ Saidina Umar ke atas ‘seniornya’ Saidina Abu Bakar. Dan bagaimana pula sifat ‘bangga sahabat’ akan Saidina Abu Bakar atas ‘juniornya’ Saidina Umar..Renunglah!

Mengapa dikala kita berjalan bersama menuju Destinasi Cinta yang sama, ada lagi dikalangan kita yang cuba bermasam muka.. Mempersoal hasil tangan orang lain tanpa usaha meraih tangan itu untuk dipimpin lalu diajar?

Mengapa juga dikala keseronokan bersama dan ‘kesukaan’ Tuhan melihat kita berjalan bergandingan menujuNya.. Masih lagi ada nada sombong dan ego dalam diri lantas melepaskan pegangan tangan sahabat yang ada disisi?

Mengapa juga bilamana kita berlari-lari keanak-anakan mengejar Destinasi Cinta yang semakin menghampir tiba-tiba masih lagi ada prasangka buruk dalam hati lantas tidak segan-segan membentes sahabat di sebelah sehingga ia rebah mencium tanah! Mengapa?

Maksud di sebalik Refleksi kisah BENAR:

Saya sengaja mengingatkan..

Mengingatkan para jundiyy akan ‘kisah dulu-dulu’.. Betapa KESULITAN dan KEPAYAHAN akan namanya sebuah PERMULAAN.. Agar kisah dulu tidak dilupa, dan pengajarannya diambil.. Mungkin juga imbauan kenangan lama seperti ini bisa menyentuh hati kita semula.. lalu ikatan kita terupgrade.. Siapa sangka?

Saya juga ingin mengingatkan diri dan jundiyy yang lain..

Betapa setiap “pergaduhan” yang dibuat mestilah atas dasar mencari jalan yang terbaik tika menuju destinasi Cinta yang satu. Faham kenapa kita “bergaduh”.. Bukan bergaduh—HATI, tapi bergaduh—AKAL! Ada beza tue..

Saya turut memperingat akan diri sebagai senior mewakili para junior..

Berikanlah ruang percaya kepada adik-adik untuk meneroka jalan.. Mereka sedang memimpin zaman ini maka tidak salah jika ada cetusan idea-idea yang baru.. Masakan proses itu boleh berkembang jika hanya satu jalan sahaja yang diguna pakai.. Yang penting jalan tadi tidak melanggar prinsip!

Dan saya juga sebagai tradisinya selaku senior memberi ingat kepada adik-adiknya..

Peliharalah ‘lazat’ rabitah ukhuwwah ini.. Jangan ada sesiapa yang cuba mencemarnya.. Walaupun saya berada di kejauhan, tapi hati dan telinga saya sentiasa berada di sana.. Peliharalah bukan kerana saya, senior-senior lain atau kerana makhluk.. peliharalah atas dasar KITA berada atas DESTINASI CINTA yang satu! Itulah yang sepatutnya.. Ameen..

Mohon izin untuk saya ulang sekali lagi refleksi tadi..

“Demi Allah! Kami bersaksi atas nama Allah dan Rasulnya Muhammad, ikatan CINTA ini sentiasa dipelihara sehingga akhir hayat!”!.. Terkedu saya dengan bai’ah (akur janji) yang dilafaz pada malam itu..

~Baarakallahufiik.~

myikhwanfiideen

Sang Perantau yang nun di Jauhan.

Thursday, April 16

“BORNEO—Today and Tomorrow”

Beberapa siri dialog rencana Politik Semasa berlaku.. Saya cuma menjadi Dang Setia yang mendengar.. Sekali-sekala sahaja mencelah untuk memperbetul apa yang fakta atau yang auta dari dialog sekitar mahasiswa itu. Tertarik juga melihat ruang pandang dan komen yang dilempar.. Gagasan mahasiswa seperti inilah yang ditunggu-tunggu kepulangannya..


Punya idea dan kerangka fikir yang tajam. Penuh kritikal dan oppurtunis mencadang pembaikan..


Mahasiswa mesti BERANI BERSUARA jika mahu menjadi GENERASI BARU untuk negara.


Pembaikan buat negara dan bangsa.


Apatah lagi negeri Borneo yang masih jauh ketinggalan.. Ketinggalan bukan pada sumbernya, atau peluang daya saing ekonominya.. tetapi kelemahan sesetengah pemimpin yang tidak membangun daya informasi rakyat.. Tinggallah rakyat menderita disebabkan duduk di bawah tempurung. Tidak tahu akan haknya sendiri!


Saya tertarik dengan karakter dan fikir saudara Umar Hatta.. Badannya kecil sahaja, tapi ideanya memekar dan adakalanya tidak terfikir oleh saya. Beliau bukanlah mahasiswa yang aktif dalam mana-mana Persatuan pelajar, tetapi kekuatannya adalah pembacaan. Dia menang dari sudut info. Info baru sentiasa dalam genggaman tangan. Saya banyak berguru dengan beliau untuk menganalisis sesuatu..


Bila masuk perbahasan Stimulate Budget 2009 yang diumumkan oleh PM sekarang, saya bebesar hati dengan keberanian saudara Umar membahas. Seoalah-olah suaranya bergema menuntut dan mewakili seluruh rakyat di Borneo.


Mengapakah dalam budget ini tidak kelihatan suatu usaha yang jelas bagi menjana dan membangun ekonomi untuk rakyat yang lebih memerlukan? Jika kita menyatakan, persiapan seberapa kilat untuk merencana budget bagi berdepan jatuhan paras ekonomi Dunia yang menjunam dan mengancam stability ekonomi negara maka kita jangan lupa bahawa sudah semestinya kesan itu tidak sama. Orang kota mungkin terjejas tapi orang kampung lagilah terjejas.. Jangan mata kita hanya melihat orang kota.. Jangan telinga kita hanya dengar orang kota..


Keringat dan lelah serta suara hati orang desa jangan dipandang sebelah mata.


Cuma orang desa tidak punya saluran untuk bersuara.. Menteri pula jarang-jarang nak balik.. Asyik duduk bercakap kencang di Dewan Negara. Derita rakyat tiada siapa yang merasa!


Setakat mana kuasa 0.5 peratus imbuhan dari 60 bilion itu mampu memberikan kuasa energetik buat tanah Borneo yang sememangnya memerlukan dikala kelemasan dan kelesuan aliran tunai dunia.. Sejauh mana ia dapat menangani masalah pengangguran dan kemiskinan yang bercambah-cambah seolah-olah tidak ada langsung idea yang dapat diutarakan untuk mengatasi wabak ini.


Bila ada orang yang bernada sinikal melontar kembali.. Mengapa tidak bersyukur sahaja? Nasib baik dibagi juga 0.5, kalau tak bagi langsung?? Macamlah kita pengemis yang tidak punya pilihan untuk berbicara. Kalau ada, ambil. Jangan cuba nak persoal akan nilainya.. Seolah begitu maksud kata-katanya.


Saya nak tanya semula..


Berapa dozen juta keuntungan hasil dari eksport kelapa sawit dan koko keluar dari Borneo yang disuntik kepada dana negara? Berapa ratus tong minyak dari luar pantai Borneo yang digali dan dihisap oleh Petronas dan keuntungannya dikendong dan dituang ke dalam perbendaharaan persekutuan? Bukankah rezeki itu juga punya titik peluh dan hak yang mesti dikongsi sama rata??


Pengemiskah kami? Tidak. Kami bukan pengemis..


Saya bukan orang yang suka mengungkit. Sebab saya memang tak suka bila orang mengungkit kepada saya.. Dan saya juga patuh akan hukum alam.. Hukum bersenergi..


Kita sememangnya akur.. Pemfokusan adalah strategi untuk agihan kemajuan bandar yang terancang. Ada kawasan yang perlu diberikan priorty untuk lebih kedepan dari sudut suapan ekonomi. Mana mungkin nak majukan semua dalam masa serentak.. Ya, kita faham akan itu.


Tapi.. Dikala kegawatan ini, sepatutnya bantuan yang lebih disalurkan kepada orang yang lebih memerlukan.. Yang lebih terkesan dengan situasi semasa yang tidak menentu.


Bersenergi itu penting dalam membangun negara.. Setiap negeri mesti toleran sesama sendiri. Tetapi, apakah perlu ada lagi toleran jika hukum sinergi dikhianati dengan tahi rasuah, penyangak harta negara, penipu rakyat, dan pembela kezaliman?


Saya yakin bahawa, 0.5 itu tidak akan sampai kepada rakyat Borneo dengan nilaian 0.5 juga.. Takut-takut 0.1 peratus sekalipun tidak sampai ke akar umbi rakyat yang kemelaratan.. Sebab, ketirisan dan kebocoran itu adalah amalan kita. Entah, bila lagi amalan ini dapat diNYAH dari bangsa kita yang melaungkan slogan Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang!—Lihat sahajalah anak-anak menteri yang berpeleseran di Ibu Kota Kinabalu sambil menaiki kereta mewah Ferrari sedangkan tidak punya kerja apa-apa.. Duduk diam di rumah tapi mampu beli ferrari? Wallahu a’lam. No Komen.


(Tabloid MalaysiaKini pernah mengeluarkan berita tentang penahanan seorang dari anak-anak menteri ini oleh BPR)


Pemimpin harus ingat.. Mereka adalah wakil kepada Rakyat.

Public-Need first! Not self-need.


Kepada rakyat Sabah..


Tidak kiralah anda Mahasiswa yang berpendidikan tinggi, anda pegawai kerajaan yang berpangkat besar, atau mungkinkah anda hanya seorang petani kampung yang merasa tidak ada kepentingan untuk mendengar getusan rasa seperti ini.. Itu terpulang kepada anda.


Tapi, selagi kita tidak merubah cara berfikir maka selagi itulah kita ditindas dan dinafikan hak dalam segala perkara.. Dan orang yang paling teruk ialah orang yang tidak sedar bahawa ia ditindas!


Tahun 1990, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memperkenal Indeks Pembangunan Manusia—HDI (Human Development Index) sebagai indikator yang lebih tepat untuk mengukur taraf hidup sesebuah masyarakat. Ia termasuklah tahap literasi (pendidikan), purata hayat (kesihatan), dan pendapatan (ekonomi)... Maka bonus question dari saya untuk kita renung bersama, dimanakah tahap kita? Dimana tahap negeri kita? Dimana tahap bangsa kita??


Nak kata kadar literasi.. Mungkin tahap khidmat kesihatan..?? Atau sejauh mana kukuhnya sumber pendapatan?


Tidak usah mencari bukti di pedalaman.. Cukuplah kita berjalan-jalan di Kota.. Kita akan ketemu dengan Hospital Besar ***** yang sudah menjadi dinasour putih dan tinggal menunggu waktu untuk rebah ke bumi!—Sehingga berpusu-pusuan manusia ke hospital yang satu lagi.. Kesian tengok akan para Ibu yang mengandung terpaksa berbaring pada tilam yang diletak atas simen di tepi ruang Ibu bersalin!


Itu baru satu contoh.. Dan saya malas nak menjilidkan contoh-contoh yang lain.. kerana kata orang, buat apa menunjuk ‘punggung’(maaf) di mata orang!


Cuma apa yang diharapkan ialah, kita yang merasa ini mestilah merasa dengan hati sanubari dan bukan merasa dengan kulit yang tidak punya flashing point untuk melakukan proses turnover.. Sampai bilakah begini? Kalaulah golongan intelek yang punya akal untuk berfikir tetapi tidak ada hati dan kemahuan untuk berubah dan hanya memikir suap nasi untuk perut sendiri.. Maka sudah pasti perubahan itu hanya sketsa yang mampu ditonton dan ditangisi..


Kata Obama:


Change will not come if we wait for some other person or some other time. We are the ones we've been waiting for. We are the change that we seek—Obama


Perubahan dan pembangunan bukannya boleh datang dengan sogokan kewangan atau bantuan wang ringgit.. Wang tidak akan kekal lama.. Bahkan 60 bilion itu tidak boleh menjamin akan terbinanya sebuah tamadun negara bangsa yang hebat di mata dunia.. Dan tidak ada orang yang boleh memberikan jaminan kemajuan dengan longgokan wang dan khazanah emas semata-mata.. Perubahan menuntut pengorbanan dan pendidikan. Masyarakat yang maju mestilah datang dari masyarakat yang punya nilai pendidikan dan semangat untuk mendokong integriti yang positif.. Mereka terdidik akan hak dan kewajipan dalam memenuhi tuntutan komuniti bersama. Ibarat kata hukama, jika anda mahu mebantu si miskin.. Jangan berikan ia seekor ikan, tapi ajarlah ia memancing ikan!


Kabinet 2009 yang baru telah diumumkan..


Seperti biasa kita menyaksikan lebih kurang 5 orang wakil rakyat dari Borneo telah diberikan tempat untuk menduduki barisan kabinet utama sebagai menteri penuh. Tahniah! Dikala ada orang yang berteriak, mengapa negerinya tidak punyai wakil dalam kabinet? Tapi Borneo diberikan tabik hormat dengan ‘baik’ sekali.. Iyalah.. Masakan pula sang ketua melupakan ‘pengorbanan’ rakyat Borneo yang menyelamatkan partinya dari tsunami 8 Mac..


Saya tidak mahu membincang soal pemilihan itu.. Cumanya apa yang saya nak bawa ialah sejauh mana pertambahan bilangan menteri yang ada boleh membuat perubahan yang diimpikan oleh rakyat? Khasnya rakyat yang sangat-sangat memerlukan.. Sudah semestinya kedudukan seperti Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah amat tepat sekali untuk menghulur suatu proses transformasi bagi mengatasi masalah rakyat.. Tinggal sahaja, mahu ataupun tidak!


Sebenarnya bila difikirkan kembali.. Ada benarnya juga kata-kata pemikir Demokrasi yang tersohor iaitu Benjamin R. Barber (maaf—Bagi saya beliau adalah Orientalis. Saya cuma nak kutip pandangan beliau tentang Demokrasi) yang menyatakan bahawa demokrasi itu adalah suatu proses “From Bottom to the Top”. Kualiti rakyatlah yang akan menjamin sejauh mana skala ‘kesahihan’ perjalanan proses demokrasi dalam sesebuah negara..


Antara buku Benjamin yang membicarakan makna DEMOKRASI..


Sebab itulah bagi saya, tidak ada guna kita berbangga di kedai kopi atau di warung-warung akan bilangan menteri kita yang duduk dalam kabinet jika kualiti kita sebagai rakyat masih boleh dibeli dengan wang RM 50 setiap kali musim Pilihan Raya.. Sehingga ada menteri Borneo yang sanggup berkata dalam kempen Pilihan Raya Kecil di salah satu tempat di semenanjung.. “Kamu jangan bimbang akan rakyat Sabah.. Kalaupun kami tidak berkempen, hanya hantar baju calon sudah cukup untuk mereka mengundi kita”.


Apakah maksud ungkapan itu?? Di manakah maruah kita sebagai rakyat? Di manakah juga tugas kita sebagai golongan intelek untuk mendidik rakyat?? Sanggup kita membiar golongan pakcik dan makcik yang kita sayang di pedalaman itu diperbodoh oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab? Sehinggakan mereka menggadai potensi masa depan anak-anak mereka dengan hanya wang sejumlah RM 50 cuma dan kempen sehelai baju??


I am not a politician..


Beberapa kali saya mengulang statement yang sama kepada rakan-rakan dalam sesi dialog isu-isu semasa samada dalam kelas ataupun di luar kelas.. Ini soal hak. Bercakap atas dasar hak dan kemaslahatan bersama.. Bukan untuk berkempen!


Ummar pun begitu juga.. Bukan untuk melobi jawatan atau mana-mana kedudukan..


Andaikan sahaja seorang anak dengan bapanya..


“Seorang Bapa punya 5 biji gula-gula.. Bapa ini ada 5 orang anak.. Sepatutnya apabila gula-gula tadi diagih kepada anak-anaknya, maka ‘hukum sama rata’ memberitahu bahawa sepatutnya setiap seorang anak mestilah mendapat satu biji gula-gula..


Tapi.. Kalaulah si bapa tadi tidak mengagih dengan betul lalu anaknya yang tidak mendapat gula-gula menangis dan membuat bising.. Apakah anak tadi bermaksud untuk mencabar wibawa bapanya.. lantas bapa tadi menganggap anaknya seolah mahukan kedudukannya sebagai bapa.. Tidak!


Sebenarnya.. Anaknya melolong dan meraung-raung hanya cuma mahukan pembelaan haknya sahaja.. Dia punya hak untuk mendapat gula-gula.. itu yang sebenarnya..”


Terima kasih Ummar kerana banyak mengajar saya..


myikhwanfiideen

Open Dialogue Forum..

“BORNEO—Today and Tomorrow”.