Thursday, November 27

DOT not means its END...



Salam Ukhuwwah dan Salam Juang buat semua sahabat dan rakan yang sudi bertandang di Laman sesawang saya yang tidak seberapa ini..

Alhamdulillah.. Segala puji buat Pencipta yang memberikan izinNya buat saya mengetip
keyboard buat kali terakhir pada semester ini sebelum suatu Musafir panjang.. Musafir atas tujuan menambah sesuatu kapasiti diri yang masih kurang..

Ya.. 'cuti' adalah saat yang dinanti kerana di kala musim 'cuti' ini, kita mengharapkan agar ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan bermacam aktiviti yang memang dah direncan
a sebelum ini..

DOT not means its END...
Noktah sementara ini bukanlah bermakna ia adalah pengakhiran kepada perjuangan kita yang masih jauh dan penuh dengan liku..

Dan.. dalam tempoh perpisahan antara 'noktah' dengan kalimah baru pembuka bicara ketika semester akan datang barangkali.. Saya berbesar hati untuk menghadiahkan beberapa bait kata-kata buat semua sahabat dan rakan yang mengenali diri ini.. Tak kira samada ia rakan maya ataupun nyata..

::My Friend::

By Colin Dunbar

It was many years ago I first met this friend of mine -
And since that first meeting, we have been together.


My friend and I.


Many things shared - shared good times and sad.
He has given me pleasure, and knowledge too.
This friend of mine, and I -
We never argue, never quarrel.


My friend and I.


He does not ask for payment, and never tires or complains.
When I reach out, he is there and ready to obey.
Many years together, and more to come.


My friend and I.


At times he may become fatigued - but all it takes
is a few minutes, and a rand or two;
and my friend is as good as new.


My friend and I -


Together we create illusions; and give to others,
knowledge, and information, too.
My friend has crossed many miles,
and I by his side -
We are a team, a lifelong friendship.

Terima kasih atas segala teguran, tunjuk ajar, kata-kata semangat yang anda berikan kepada saya selama ini.. Siiru 'ala barokatiLLah!

Sunday, November 23

Epilog sebuah kembara

"Calling for passenger of Ak5623, AK 5623 bound to JOHOR BAHRU now ready for boarding"

Announcement dari operator Airport LCCT Kota Kinabalu bergema kedengaran. Saya terus mencapai beg pakaian yang sengaja tak dimasukkan dalam kargo 'BELON'. Sebelum melangkah, seperti biasa wajah ibu kesayangan ditatap puas-puas. Wajah yang menyimpan segala khazanah PENGORBANAN yang tiada tolok bandingnya. Muka ibu semacam ada riak sedih yang cuba disembunyikan. Saya tersenyum...

"Ala Ma'.. Bulan 12 nanti saya balikla.. Insya Allah.."

Saya cuba bersahaja.. memanglah saat-saat macam nie memang agak mencabar bagi seorang perantau Ilmu.. Apatah lagi bagi seorang manusia yang bernama IBU.

"Aik.. Dah besar panjang pun nak bermanja juga.."

Kak Meng.. Kakak saya yang ke-7 mengusik bila ibu mencium pipi saya sebelum melangkah pergi.

"No comment kak.."

Usikan dari kak Meng tadi tidak dilayan.. Kak Ody dan Adek saya Razey sekadar tersenyum.
Selepas mencium tangan kakak berdua dan bersalaman dengan adik, saya melajukan langkah masuk ke ruang berlepas.

Beberapa minit lagi 'BELON' akan berlepas. Langkah dipercepatkan seolah tidak sabar akan dek lambaian bumi Skudai...

Only A cup of Coffee..

"Good morning Sir.. Welcome to the Air Asia Flights"

Seperti biasa pramugari berbaju merah menjalankan tugasnya di pintu 'BELON' menyapa semua passenger. Saya bergegas ke dalam pesawat dan memilih tempat duduk sebelah tingkap. memang hobi saya macam tue. Tingkap dan bahagian sayap adalah sudut kegemaran saya. Seronok tengok kehebatan teknologi sayap pesawat... Aviation technology lah katakan. hanya orang engineering sahaja yang paham dan boleh menikmati apa itu aviation technology.;)

Sambil melontarkan pandangan keluar. Saya mencapai majalah FORWARD; majalah english yang saya minati bermula tahun lepas. Saya suka majalah nie sebab ulasan yang dibawa seputar isu local dan international itu nampak lebih adil berbanding majalah-majalah luar yang lain. Saya membelek-belek helaian majalah.. Nak membaca tapi tiada mood.

"Assalamualaikum...
Boleh kami duduk sebelah abang?"

Kelihatan dua orang muda tercegat sebelah saya.. Tangan dihulur dan senyuman diberi. Macam kenal. Tapi di mana ya..?

"Walaikumussalam.. Sila-sila.."

Processor kepala saya masih cuba mengimbas memori yang ada. Kat mana aku jumpa diorang nie ek? Entahla. Mungkin asbab dah tua, jadi memori ingatan pun sudah tidak mampu meloading.

"Abang masih ingat lagi ka kami..?"

"Macam ingat.. tapi macam lupa.. "Saya bagi jawapan yang agak save dan lucu.

"Abang nie.. kamilah peserta ISC dulu. Ala.. kem yang abang anjurkan tahun lepas. Yang nie kawan saya.. Dia pun kenal abang. Dia join program KRIS yang abang buat kat Tuaran dulu.."

"Owh.. ya ke.. So sekarang study mana?"

"Kami kat UTHM sekarang.. Owh ya.. sahabat-sahabat muslimat kirim salam ngan abang.. Diorang yang bagi tahu abang ada sekali dalam flight nie.. Then, diorang pesan kalu ada program, abang jangan lupa inform ek.. Espcially program time cuti nanti.."

"Walaikumussalam.. Insya Allah.." Saya menjawab pendek. Ada semacam hembusan dingin lagi nyaman perlahan menerobos dalam hati..

A cup Of Coffee.. Pemberian yang tidak seberapa, tapi natijah yang Allah lemparkan darinya cukup bermakna dan berharga.. Masakan tidak, adik-adik membesar dengan fikrah!

Fikrah ke arah bersama membangun serta menyelamat akan tamadun Umat..

Fikrah ini jugalah yang mencetuskan dialog harian mereka yang berupa dialog dakwah serta muhasabah..
Even only a cup of coffee.. Walaupun ia nampak sedikit tapi hasilnya puas hati.. Its better rather than nothing!

I Never turning bacK !

Ku takkan berpaling dari agamaMu
Segala fitrah, hadith dan sunnah
Ku pasrahkan dan bersujud

Hanya Kau yang satu
Tempatku mengadu
Tiada daya serta upaya
Ku pohonkan doaku Ya Allah

Tuhan… berikanlah hidayahMu
Oh Tuhan… ku bersyukur atas rahmatMu
Oh Tuhan… limpahkan kurniaMu

Kuatkan lah imanku
Luaskan fikiranku
Lapangkan lah hatiku
Ampunilah dosaku Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau Maha Tahu…

Hanya Kau yang satu
Tempatku mengadu

Tiada daya serta upaya
Ku pohonkan doaku Ya Allah

Amin…Ya Rabbal Alamin


Wahai sahabat-sahabat yang bersama dengan saya..

Sebenarnya, kita memberi atas maksud mencetuskan 'mahu' agar ada agenda kepada 'mampu'.. walaupun ia sekadar secangkir kopi.. Tapi, yakinlah ia lebih baik daripada tiada!

Wahai-adik-adik yang dikasihi..

Saya bangga melihat antum.. Saya teruja dengan antum..! Teruskan.. Teruskan mendaki, mendaki sambil 'membawa' Islam.. Agar hidup kita lebih bermakna kerana asbab perjuangan yang dibawa..

"Calling for passenger of Ak6264, AK 6264 bound to KOTA KINABALU now ready for boarding"

Pengumuman itu mematikan lamunan saya.. Rupanya saya sekarang sudah berada pada detik 'kembali' setelah 'pergi'.. Alhamdulillah, Allah masih memberikan diskaun umur buat saya agar meneruskan epilog kehidupan sebagai hambaNya..

Balik bukan bermakna bercuti.. Bahkan! balik hanya dengan maksud memindah seketika suatu 'tugas' yang ada dari satu kota ke satu kota yang lain..


Sejurus itu, kaki saya deras melangkah masuk ke balai berlepas.. Pastinya, wajah Ibu dan adik-adik seperjuangan menunggu saya di sana.. Insya Allah... Saya OPTIMIS!

Tanpa disedari semacam ada titisan jernih yang mengalir dari pleupuk mata.. Ya saya yakin.. Itulah tandanya sebuah kepuasan!

myikhwanfiideen;

Dari koTa RinDu,
Skudai
2008.

Saturday, November 22

Tribute to my senior...


tHE SilENT HiLL| Bila mulut Mahasiswa sudah dianggap tiada.. Maka, apa-apa pun hujah tidak akan diterima.. Mereka memandang Mahasiswa ibarat seperti si kanak-kanak di sebelah lagaknya.. Lalu kepala hanya berfikir untuk menghukum dan menghukum!

Sudah dua hari proses perbicaraan berlalu. Perhimpunan ahli-ahli GAMIS serta DEMA Johor di perkarangan mahkamah Universiti, menunjukkan betapa komitednya Mahasiswa bagi memastikan agar hukuman dijatuhkan berlandaskan bukti dan fakta bukannya nafsu dan kuasa!

Apa-apapun, ikuti ulasan panjang lebar dari sebuah akhbar tabloid ini..

PLEASE CLICK HERE!

My beloved Senior; Abg NAzman Che IbrahiM

"Maka sesungguhnya sifat Sabar itu adalah Indah (di sisi Tuhan)"
-SURAH YUSUF



Friday, November 21

Gunalah O.T.A.K. !

Sesungguhnya kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian-QURAN


Mutakhir kajian ahli neurologi menunjukkan bahawa secara purata manusia sebenarnya hanya menggunakan kurang 1% daripada kemampuan otak yang ada.. Suatu angka peratusan yang sangat sedikit!

Ini menunjukkan suatu pembaziran besar kerana 99% potensi otak yang maha hebat ini telah disia-siakan. Bagi otak orang dewasa misalannya.. Ia mengandungi 10,000,000,000 (sepuluh bilion) neuron atau sel saraf iaitu beberapa kali ganda lebih banyak berbanding seekor lebah yang hanya memiliki 900 neuron.

Walaupun hanya sebanyak itu, ia sungguh mengujakan kerana seekor lebah tadi mampu membuat pelbagai kerja yang mengkagumkan! Ia mampu membina indung lilin, memproses madu yang dikenali sebagai 'raja ubat', membawa masuk udara segar ke dalam sarang, mengawal suhu dan cahaya, menghasilkan cecair pencuci untuk kerja-kerja pembersihan sarang, menganalisa cahaya, berkomunikasi, bahkan sampai ke satu tahap ia menjaga kebajikan dan disiplin rakan-rakannya yang lain.

Maka, sebenarnya jika potensi dan keupayaan otak itu digunakan dan dimanfaatkan sepenuhnya.. kita akan menjadi seorang 'Super Pintar' dan mampu mengingati apa sahaja maklumat dan input yang dimasukkan!

Bagaimana melahirkan seorang "Super Pintar"?


Gunalah O.T.A.K. !

Thursday, November 20

Blog ini bukan 'tandas' !

Saya terkejut..

Rasa marah dan kecewa..

Blog ini bukan 'tandas' buat anda yang tidak mengenal erti makna adab dan Dosa!

Bahkan! blog ini adalah perkongsian Ilmu dan Rasa buat mereka yang ingin 'mahu' agar ada agenda kepada 'mampu'..

5:32 pm| "Cuba tengok blog enta.. Bertindak segera!". Panggilan bernada cemas dari seorang rakan. Kebetulan saya tengah bermesyuarat dengan sahabat-sahabat melalui YM.

Rupanya.. C-box saya 'diserang'! Mesyuarat terpaksa ditangguh untuk memberi laluan kepada saya dan sahabat-sahabat bertungkus-lumus menyelesaikannya.. Syukran buat antum..

Buat mereka yang membuang 'najis' di sini.. Ingat! sekecil-kecil perkara ada balasannya..

Barang-siapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan mendapat Balasannya

Dan barang-siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah sekalipun, nescaya dia akan mendapat Balasannya! (Al-Zalzalah:7-8)

Lupakah Anda dengan ayat ini...

Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan Sesungguhnya ia Binasa (Al-Lahab:1)

Kalaulah Anda orang yang tidak mempercayai akan Dosa, tapi sekurang-kurangnya iktiraflah akan nilai Adab serta Kesopanan! Apa yang Anda buat itulah anda sebenarnya!

Wednesday, November 19

RnD...Oh RnD...


Bagi tahun 2008 sahaja, kerajaan AS telah memperuntukkan kira-kira setengah trilion dollar untuk belanjawan bagi tujuan pertahanan.. Dan dari angka setinggi itu, sebanyak AS$ 75 bilion disuntik kepada kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (RnD)..

China.. negara kuasa besar pesaing Amerika tidak ketinggalan untuk membangunkan ketenteraannya.. Mengikut pembentangan budget pada awal tahun lepas, sebanyak 351 bilion Yuan (RM 157.24 bilion) diperuntukkan untuk tujuan pertahanan sekaligus dengan peruntukkan RnDnya.

Angka-angka besar ini menunjukkan betapa imbuhan-imbuhan besar sentiasa dilaburkan saban tahun bagi tujuan Research and Developement (RnD) samada bagi membangun facilities ketenteraan mahupun pembangunan gadget intelligency.

Walaupun kita melihat bahawa Nafsu kuasa besar ini seolah mengancam dan bakal menjahanam, tapi memandang dari skop positifnya setakat ini outcome yang keluar dari keghairahan perlumbaan RnD kuasa-kuasa besar sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh manusia sejagat.

Buktinya...

Pentagon antara nadi penting kepada kekuatan ketenteraan AS

Kemudahan internet yang ada sekarang adalah hasil RnD yang dijalankan oleh Pentagon dibawah Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Terkini (DARPA). Begitu juga dengan kemudahan sistem penentududukan sejagat (global positioning system [GPS]) juga merupakan hasil DARPA. Cumanya.. hasil teknologi ini sebenarnya hanya akan 'keluar' untuk kegunaan awam setelah mereka menganggap ia sudah kuno!

Apa yang mengejutkan..

Dari peruntukkan sebesar 75 bilion tadi, sebahagian besar belanjawan digunakan oleh DARPA untuk mengkaji dan mencari penyelesaian akan kaedah aplikasi serta implimentasi hasil teknologi kepada tentera!

Maknanya.. Dalam RnD sebenarnya perkara yang lebih kritikal untuk difikirkan ialah sejauh mana tahap optimum kombinasi hasil atau teknologi baru dengan si penggunanya..! 

Saya tertarik dengan kata-kata Richard Hallion, seorang pesara Tentera Udara AS dan penasihat program perisikan;

Membina dan menerbangkan pesawat hipersonik lebih mudah berbanding dengan melatih si juruterbangnya..


Pembinaan serta pembangunan suatu sistem mahupun teknologi yang baru amat-amat berisiko kerana kemungkinan pelaburan berbilion-bilion tersebut hanya akan ditong-sampahkan! Oleh sebab itu, banyak negara termasuk Malaysia lebih cenderung untuk membeli sahaja teknologi yang sedia ada.

Persatuan dan RnDnya...

Apa-apapun kalau ia melibatkan something idea baru.. pasti akan berhadapan dengan risiko. Samada risiko kerugian wang bahkan risiko yang ada termasuk risiko pembaziran masa dan respon sinis orang sekeliling. Sehingga kadang-kadang orang yang diberi kepercayaan untuk mengendalikan RnD terbantut ideanya dan jauh sekali untuk berani membangun idea tersebut.

Kita bukan Gila tapi idea kita yang gila-gila.. Ya!.. kalau kita berada pada zaman Alexander Graham Bell (inventor  for telephone prototype) mungkinkah kita antara orang yang menganggap beliau adalah Gila!.. Tapi sebenarnya beliau bukan gila, tapi idea beliau yang gila-gila! 

Sir Alexander Graham Bell; Inventor

Salah satu lagi kata-kata yang berguna dari Abang Fadzli Yusuf;

Oleh kerana terlalu logik, ramai orang gagal berfikir secara kreatif. Fikiran logik biasanya berguna ketika mengkritik perkara yang sudah ada. tetapi kreatif itu bukanlah berkaitan dengan perkara yang sudah ada. Ia  adalah perkara yang belum ada ataupun belum wujud. Jika idea itu berada di mana-mana, itu bukan kreatif namanya.

Meminjam kata-kata hikmah dari seorang sahabat;

Berprinsip jangan sampai Jumud, Bertajdid jangan sampai mengarut!

Apa yang penting dari terpenting...

Soal bagaimana aplikasi..

Soal sejauh mana implimentasi..

Menyedari risiko kegagalan.. Bukan kegagalan untuk mendapatkan hasil RnD yang diingini.. Bahkan! kegagalan dari sudut aplikasi dan implimentasi hasil tersebut, DARPA melakukan alternatif dengan membina keupayaan sistem maklumat pada manusia atau tentera.

Projek yang dinamakan 'Cognitive Technology Threat Warning System', iaitu suatu alat optik embeded dengan peranti elektronik yang dibenamkan dalam kepala otak tentera! Ia bertujuan mengatasi kemampuan manusia mengendalikan mesin ketenteraan yang berteknologi hypertinggi dan mampu menghidupkan 'minda separa sedar'. Teknologi ini dijangka siap pada 2010!

See..

Saintis moden sebenarnya sudah menumpukan kajian mereka ke arah mengoptimumkan soal implimentasi sesuatu teknologi baru terhadap si pemakainya. Soal ini yang lebih kritikal untuk difikirkan kerana ia menentukan kejayaan sebenar suatu hasil RnD. 

Bagi persatuan ataupun organisasi pula, realitinya hasil kajian RnD sudah banyak bersepah. Bermula dari perkara sekecil-kecil benda sehingga perkara yang besar. Tapi itulah, kita lebih suka mementingkan outcome yang boleh ditayangkan pada hujung tahun misalannya berbanding pada soal pokok iaitu sejauh mana kemampuan implimentasinya dan tahap benefit yang boleh disuntik kepada pembangunan totally sesebuah persatuan ataupun organisasi.

Cetusan adalah bahagian yang paling penting di dalam apa jua tugasan-Plato

myikhwanfiideen,
Research anD DeveLopemenT Center,
RauDhah Syabab SDN BHD (RSSB)


Monday, November 17

Revisit : Di Hujung Perbatasan Jihad!

|Dulu...|

Kaki saya laju melangkah keluar dari Dewan Peperiksaan.. Suasana semakin bingit dengan suara pelajar-pelajar yang seronok kerana hint telah mengena agaknya! Tidak kurang juga yang bersorak keriangan kerana exam dah habis... Lalu, mungkinkah petang itu bakal diisi dengan pesta?? Aah.. Biarkan mereka.. Aku ada lagi urusan yang perlu diselesaikan.. Timbunan kerja dan juga task persatuan yang tertangguh seketika kerana memberi laluan kepada exam perlu dilangsaikan.. Minggu depan dah start Latihan Industri.. Aku kena balik Sabah! Fikiran saya melayang entah ke mana...

"Kau balik bila...?" Paan menyapa di luar Dewan.. Rakan classmate yang rapat dengan saya.. "Ahad.." Saya menjawab pendek.. Paan mengangguk-angguk.. Memang dia antara rakan classmate yang cukup memahami saya.. Hidup di kampus bukan untuk akademik semata.. malah lebih dari itu lagi.. Tanggungjawab sebagai Rijal Agama perlu digalas samada susah atau senang.. Saya cuba menghiburkan diri.. Mungkin itu juga dalam benak fikiran Paan.. Berfikir seperti saya.. Semangat setiakawan yang terjalin selama 3 tahun mungkin menjadikannya faham.. Malah dia sendiri sering memberi sokongan yang banyak dikala kerja Persatuan dan Assignment berlonggok dalam satu masa.. Paanlah yang sedikit sebanyak membantu.. Thanks.. saya tersenyum sendirian sambil memandang wajah Paan yang ditumbuhi jambang =)..

Dunia MAHASISWA...

"Nak ke mana?" Sapaan saya agak kuat.. Fahmi (bukan nama sebenar) menoleh sebentar.. "Apa lagi.. Pergi Tebrau lah...". "Kan exam dah abis..". Fahmi terus hilang dari pandangan..

Suasana normal dalam universiti..

Lepas je final paper, Mahasiswa berduyun-duyun keluar kampus untuk release tension katanya.. Mungkin ingin membalas dendam setelah sekian lama bertapa demi untuk exam..

Apatah lagi bagi pasangan mama dan papa.. Minggu exam bagaikan penjara bagi mereka.. Nah! sekarang peluang tidak akan dilepaskan begitu saja.. Habis satu kota bandaraya dironda bersama..
Bersama rakan seperjuangan...

Alhamdulillah... Spontan mulut saya mengucapkan.. Syukur kepada Allah kerana saya tidak terjebak sama. Malah, saya merasakan setiap detik dalam hidup ini amat bermakna dan harganya amat mahal.. Tidak berani untuk disia-siakan walau sesaat. Tambahan pula ramai mata yang memerhatikan kita.. Itulah nikmatnya dalam berpersatuan.. Nikmat dalam bentuk bahasa yang perlu diterjemah oleh akal.. Bukan nikmat terjemahan nafsu amarah.. Izinkan saya berkongsi satu kata-kata;

“Jika mahu terselamat dari fitnah cinta yang membuang makna dari usia, sibukkanlah diri! Sibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, hidup biar ada perjuangan. Ada sesuatu yang diperjuangkan. Kerana sesungguhnya air yang statik tidak mengalir akan rosak akibat statiknya ia. Pemuda yang banyak masa lapang tanpa perjuangan, akan dibunuh oleh masa lapangnya itu”--Abu Saif

Kata-kata ini sering saya ulang kepada rakan-rakan. Harapannya agar kami sama-sama faham dimana sebenarnya hala tuju dalam berjuang di dunia penuh cabaran ini.. At least, dengan kesibukan ini dapat menyelamatkan jiwa dan minda kita dari berfikir benda yang apa-apa entah sehingga mengundang murka Allah.. Na'uzubillah.

Teringat saya kisah Ashabul-kahfi.. Kisah mulia mengenai sekumpulan Pemuda yang lari dek dikejar Raja.. lantaran ingin mempertahankan Akidah dan pendirian, mereka sanggup berdepan risiko sehingga Allah mengiktiraf kisah Agung ini dalam Al-Quran buat tatapan pemuda Islam sekarang.. Bukan kisah ini dilagukan sahaja dalam bentuk bayati,hijaz ataupun Sobah, malah perlu diagendakan dalam minda dan diterapkan pada amal.. Itu barulah maksud penghayatan sebenar!!

|Kini...|

1200 pm| Peristiwa yang sama telah berulang.. tanggal 16 NOV 2008, kaki melangkah keluar dari dewan imtihaan selepas berperang dengan paper terakhir, eng. economy. Alhamdulillah tiada lagi ucapan termulia yang dapat diungkapkan melainkan thank you Allah!

Cuma agak sedih juga kerana ironinya juga seperti sebelum ini detik berakhirnya minggu imtihaan ini disambut dengan pelbagai 'pesta suka ria' yang selama ini terbuku menunggu masa. Iya.. Saya tidak menolak fitrah jiwa serta otak yang perlukan rehat setelah berpenat lelah ketika minggu imtihaan.. Tapi, haruskah jiwa serta otak itu diberikan gula-gula berupa maksiat kepada Allah setelah sekian lama ia berkhidmat buat jasad bagi menagih segulung ijazah..?

Masa untuk mengadu kasih..

Usai saja paper yang terakhir tadi, sudah kedengaran bicara-bicara yang tidak menyedapkan hati..

"Jom! main futsal malam nie.." Seorang teman mengajak.. " Tak bolehlah.. aku dah plan ngan awek aku nak pegi Jusco Tebrau malam nie.." Teman yang diajak membalas. Saya menjeling rakan tadi. Jelingan membawa erti dan maksud!

Korban cinta.. Jangan cuba bermain dengan api

Malah ada yang sanggup tidak balik bercuti semata-mata mahukan suasana yang 'aman' untuk bermadu kasih! Masakan tidak, kalau di rumah pasti diberikan pelempang naga oleh mak-ayah jika mereka tahu yang anak gadis mereka asyik membonceng lelaki ke hulu dan ke hilir.. Itu yang menyedihkan.. Semegah-megah Universiti yang ada tapi sayang ia tidak mampu mendidik sakhsiyyah serta akhlak mahasiswa..

Perbetulkan kaedah..

"Habis.. Takkanlah kita tak nak kahwin??"
.. Itu jawapan dari seorang teman rapat apabila saya cuba memberi nasihat. "Eh, siapa kata pula engkau tak boleh kahwin?". Feedback question yang bersahaja dari saya untuk cuba menyanggah salah-tanggapan dia. Melarang untuk bercouple bukanlah bermaksud melarang untuk berkahwin!

Saya faham akan suara hati mereka yang bergelar tahun akhir.. Apatah lagi tinggal beberapa bulan lagi untuk mendakab segulung ijazah setelah perjuangan panjang bertahun-tahun bermula dari pengajian peringkat darjah. Dan.. tak salah bagi saya untuk sesiapa merancang landskap kehidupan baru setelah bergraduasi nanti kerana If you fail to plan, you plan to fail!

Setiap 'desire' manusia perlu diuruskan dengan betul

Tapi.. kaedah perlaksanaan tadi mestilah betul. Bukan setakat betul bahkan ia harus 'halal' disisi Allah dan Rasulnya. Itu barulah Muslim namanya.. Ingat! Benda yang kita dapat dengan cara yang MUDAH pasti akan menghilang dengan MUDAH juga.. I remember one of the slamber words from my senior: Barang yang ciplak dan tidak berkualiti banyak bersepah di kaki lima.. Manakala, barang yang baik lagi berkualiti pasti disimpan rapi dan pasti mahal harganya..

Kadang-kadang rutin 'negatif' jadi penyelamat..

Penyelamat dari rempah Cinta.. Penyelamat dari kancah maksiat dosa..

Artikel saya yang dulu ada menyentuh tentang mereka yang menghabiskan masa dengan persatuan. Maka kesibukan itu menyebabkan ia menjadi ubat mujarab bagi menghilangkan konotasi desakan perasaan yang berantai dalam hati. Apatah lagi apabila mereka itu disuntik dengan pil-pil keimanan bagi menghalang sebarang virus merosak lagi membinasakan.. Alhamdulillah.

Tapi.. bagaimana pula yang tidak tergolong dalam kelompok di atas. Bukankah mereka terdedah dengan bahaya penyakit couple ini?

Saya ada teman yang sangat rapat. Iya boleh dijadikan contoh bagi memahami persoalan yang sengaja saya utarakan di atas. Kawan saya ini boleh dikatakn Gamerz Addict! masakan tidak, sepanjang masa sehariannya dihabiskan dengan bermain game. Hanya ada masa pengecualian untuk solat, makan, dan juga tidur. Tapi apa yang menariknya ialah, kesibukannya dengan dunia ilusi gaming menyebabkan hanya dia yang dapat survive setakat nie dari terkena penyakit CINTA!

Sesungguhnya setiap apa yang Allah kurniakan itu pasti ada hikmahnya dan oleh sebab betapa hebatnya rahsia hikmah itu maka ia kekadang tidak dapat dicapai serta difahami oleh pemikiran Insan..


Daie sewajarnya tidak membutakan mata akan sebalik hikmah perilaku seorang Mad'u

Di hujung perbatasan jihad..

Only just revisiting... Na'am.. Tinta coretan ini hanyalah sekadar perkongsian rasa yang boleh kita representasikan dalam bentuk kalimah ayat agar sekurang-kurangnya di perbatasan jihad kita masih ada tenaga dan upaya untuk meneruskan gerak-kerja yang bersisa.

Bagi kita yang bertitlekan kader dakwah.. Di perbatasan jihad bermaksud tidak ada rehat mahupun cuti dari bekerja untuk agama walaupun we just finish our examination session..

Adakalanya juga suatu peristiwa DULU dan KINI masih mengulang kejadian yang sama kerana sunnahtullah begitu.. Peluang bagi seorang kader memahami ulangan peristiwa ini agar upaya dakwah dan kesan strategi dakwah itu dapat ditingkat saban masa..

Berilah walau ia hanya sekadar secangkir kopi..

myikhwanfiideen,
Electrical engineer 2009.

RAUDHAH SYABAAB SDN BHD

Friday, November 14

Berilah walau ia hanya 'secangkir KOPI'..

Program Jelajah Qorban AMAL Negeri Sabah 2008

(Sempena Hari Raya Aidil Adha 1429H)

Anjuran : Yayasan AMAL Pusat & AMAL Cawangan Sabah

Tarikh :
4hb - 6hb Disember 2008 - Kg. Luanti Baru, Ranau.
7hb - 10hb Disember 2008 - Kg. Nunuk Ragang, Ranau.
11hb - 13hb Disember 2008 - Daerah Pitas.

Aktiviti :
1. Jelajah ziarah masyarakat muallaf dan non muslim pendalaman sabah.

2. Program Keluarga angkat bersama masyarakat kampung.

3. Qorban lembu dan agihan sumbangan kepada masyarakat pendalaman.

4. Majlis solat sunat aidiladha bersama masyarakat pendalaman.

5. Teknik dakwah kreatif dengan aktiviti yang menarik, cth: uli dan tebar roti canai, malam kesenian dll.

6. Belajar bahasa masyarakat setempat.

Kepada yang berminat untuk sertai program jelajah ini boleh terus berhubung dengan urusetia :

013 - 530 5244 (Saifudin)
019 - 510 2454 (Fawwaz)
088 - 389 515 (Pej./Fax)

__________________________________________________________________

Iklan ini hanya kepada mereka yang 'sanggup' berhari-raya dengan Pakcik-Makcik di pedalaman Sabah.. Ayuh teman ayuh rakan..!! Ayuh infakkan sedikit masa anda demi suatu erti pada memberi.. Ini bukan setakat 'secangkir kopi', tapi yakinlah bahawa Insya Allah ini lebih dari 'setempayan kopi'.. Allahu Akbar!!

. And here is the rest of it.

Thursday, November 13

::who am I in front of Allah...?::

Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di
depanNYA.

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya
dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohor
nya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membi
lang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siap aku di depan Tuhan ku.

Asarn
ya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghr
ibnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya berti
ngkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan keles
uan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di dep
an Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berk
umandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.


SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU

. And here is the rest of it.

Wednesday, November 12

An Experimental Study on Surface Discharge Characteristics of Polymeric Materials under AC Voltages


Cuba teka benda apa nie..?.. Benda nie la yang memeningkan kepalaku sepanjang sem nie..

This is only 10% from total of my research!!

I just completed the device where we will put the sampel of Polymeric materials.. Then, I need a lot of times to finish up the arrangements of the experimental circuit this holiday..

Here the schematic diagram...

Saya terbaca posting dalam blog PSSKb pagi tadi.. Tulisan sahabat saya.. Faridul Farhan.. Ada kaitan dengan perihal project final year..

Maka, untuk bergraduasi di dalam kehidupan serba fana ini, hasilkanlah tesis yang mempunyai keunikan. Inilah yang dipunyai pada setiap karakteristik para sahabat, sehingga setiap seorang berbeza dengan yang lainnya. Keunikanlah yang mengunggulkan Syeikh Ahmad Yasin berbanding insan lumpuh yang lainnya. Keunikan jugalah yang menjadikan fatwa al-Qaradhawi diterima ramai berbanding yang lain-lainnya. Keunikan jugalah yang menyebabkan –barangkali- sang engineer ini menghabiskan FYPnya cuma dalam tempoh dua minggu. Kerana tesis setiap daripada kita harus berbeza, barulah pengiktirafan daripada ALLAH dapat dikurniakan.

Ya ada something yang nak disampaikan.. Dalam kesibukan serta kemengahan menyiapkan projek, alhamdulillah Allah masih lagi mebuka ruang dan peluang untuk 'memberi' secangkir kopi buat umat.. Samada secara langsung ataupun tidak langsung.. The main point is.. FYP bukanlah alasan untuk kita 'berehat' dari menghadirkan diri ke 'warung' demi sebuah kerja buat pada 'memberi' walaupun hanya secangkir kopi..

Ya Allah.. berikanlah kekuatan kepada hamba-hambaMu yang sentiasa bermujahadah dalam lapangan Jihad Ilmu ini.. Moga kami mendapat pahala disismu ya Allah.. Ameen..


. And here is the rest of it.

Monday, November 10

JIHAD: Jangan kulitnya sahaja yang diambil tapi isinya ditinggalkan!

"Aku hanyalah Sultan pada badan manusia. Tapi dia adalah Sultan pada hati manusia.."

Itulah kata-kata Khalifah Al-Mu'tasim Billah apabila puluhan ribu manusia membanjiri serta menyambut kedatangan 'Asim Bin Ali seorang ahl
i hadith yang terkenal di kota Baghdad. Ulama yang ikhlas lebih mendapat tempat di hati-hati manusia berbanding mereka yang berjawatan tinggi apatah lagi Khalifah namanya.. Inikan pula mereka yang ikhlas berjuang bagi menegakkan kalimah suci Allah! pasti gugurnya mereka mengundang tangisan pencinta-pencinta kebenaran.

Iya.. memang begitulah Sunnatullah.

Amorazi, Abangnya, dan Guru mereka Imam Samudra

Pagi Ahad.. 9 november 2008. Detik-detik nafas terakhir bagi tiga orang pencinta Syahid ini tamat apabila peluru penembak tepat mengenai kepala lantas ruh mereka keluar menemui Allah dengan jalan yang m
ereka redhai.. Moga Allah jua meredhai mereka!

"Maka perangilah golongan kuffar itu sehingga terbit dihati mereka persaan takut. dan alhmdulillah Allah telah mencabut persaan takut dan ragu dari hati aku.."

Inilah kata-kata Imam Samudra yang terakhir.. Ungkapan yang diucap dengan penuh yakin dan mapan. Yakin dengan kebenaran serta janji Allah buat mereka yang berjuang. Bahkan, mereka menjadi
'Sultan' di hati-hati manusia.. Buktinya, beratus-ratus orang mengarak jenazah mereka sejurus selepas hukuman dikenakan..

Lalu saya teringat suatu ayat dalam surah Al-baqarah;


Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu telah mati. Sebenarnya mereka itu hidup. Tapi kamu tidak menyedarinya
. Al-baqarah: ayat 154

Moga-moga mereka 'tidur' dengan bertemankan alunan janji Allah ini...


Buat para Pencinta Syahid..


Sahabat seperjuangan..

Saya bawakan kisah
tasji' di atas bukan nak mengajak anda supaya kita merubah strategi dakwah yang ada kepada strategi baru iaitu mengangkat senjata parang dan cangkul untuk menghadapi Mad'u dan Massa. Bukan! dan jauh sekali dari itu.. Tapi.. Apa yang saya nak bawa ialah agar kita menghirup segala inti dari kisah di atas. Biar jiwa kita hidup dan mata kita segar dek kemanisannya. Biar semangat dan al-yakin mereka meresapi jiwa kita yang kekadang diserang sifat al-wahnu dalam berjuang apatah lagi cuma sekadar menjadi pengidam Syahid..

Sabda rasulullah dalam suatu hadis sahih;

"Siapa yan
g mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang maka mati ia dalam kedaan jahilyyah"

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Guru kita Al-banna ada melakarkan penjelasan yang cermat lagi teliti mengenai pokok persoalan Jihad;
Wahai saudaraku kata sang guru.. Antara sifat mereka yang berjihad serta menjadi Pencinta Syahid itu ialah;

Mereka menderita dengan apa yang menimpa kaum muslimin, mereka merintih terhadap semua ini. Allah mengetahui perasaan mereka dan kecamuk jiwa yang jauh di lubuk hati mereka. Mengocak ketenangan hati serta sering menghalang mereka berseronok dengan keluarga dan handai taulan. bahkan! jauh sekali dari bergembira dengan kelazatan dan keindahan hidup yang ada..

Ketika mereka mencari jalan penyelesaian dari keserabutan mahupun kebuntuan umat, Allah menyaksikan bahawa tiada sebarang pemikiran bersalutkan hawa nafsu inginkan kedudukan mahupun imbalan dunia yang menjajahi jiwa mereka.

Mereka melaburkan masa dan harta hatta nyawa mereka di jalan ini. Cukuplah saudara melalui suatu markas mereka, saudara akan dapat lihat sendiri mata yang layu kerana berjaga malam, muka yang pucat asbab berjihad, tubuh yang kurus keletihan dek kerana tugas. mereka menanggung segala bebanan ini lantaran keimanan mereka yang kental serta CINTA mereka kepada SYAHID!

Berjihad, Berjihad, dan berjihadlah...

Syabab dahulu tidak pernah mengenal erti penat dan gentar dalam berjuang

Mari kita berjihad dalam segala aspek lapangan yang kita ada.. Saya pinjam perkataan 'Jihad' untuk mendeklamasikannya dalam segala ruang lingkup kerja buat kita berdakwah serta meng-islah. Sekali lagi saya tegaskan bahawa sengaja saya pinjam perkataan itu agar ia menjadi sinergi
booster buat setiap Penggerak Agama sama ada Rijaal mahupun Nisaa' yang ada.

Apakah kita tidak punya perasaan malu kepada Allah..? Kita sering menggelar kerja buat kita ini dengan panggilan Jihad.. tapi kesungguhan serta gerak kerja kita tidak menampakkan bahawa kita sedang berjihad!


Apakah kita tidak punya pertimbangan akal yang waras? Layakkah kita bergelar Mujahid mahupun Mujahidah apatah lagi mengimp
ikan Jannah serta Ainul mardhiah.. jikalau kita masih belum serius dan sering main-main dalam berjihad?

'Abdullah bin Mubarak pernah menyebutkan hal ini di dalam suatu bait Syairnya;

Wahai abid dua tanah suci, jika kau melihat kami;

nescaya kau mengerti bahawa kau hanya bermain-main dalam 'Ibadah.

kalau pipi-pipi saudara dibasahi air mata, sedangkan leher-leher kami pula bermandi darah.

Jika kudamu lelah dalam kebatilan, kuda kami pula kepenatan di medan juang

Kamu dibelai haruman bunga-bungaan, haruman kami debu-debu hentakan kaki kuda.

Dan ketahuilah debu itulah yang lebih baik!

Saya masih ingat dalam suatu program.. Semacam terasa dipanah kilat apabila seorang Ustaz berkata dalam perkumpulan anak-anak muda yang 'hebat-hebat' dari seluruh kampus.. Tetiba beliau mengeluarkan kalimat yang bernada pedas lagi panas;

"Ana tidak percaya dengan antum.. bagi ana antum semua pembohong dan pe
ndusta.. Masakan tidak, bila balik kawasan buat usrah dengan budak sekolah pun tidak larat.. Tapi di kampus berlagak bukan main hebat!"

Berdesing telinga saya ketika itu. Bukan sahaja telinga bertukar
colour merah, malah darah muda seolah mendidih dan ada yang mengewap.. Jiwa muda tercabar!! Iya memang sinonimnya pemuda begitu.. Pantang dicabar dia akan mencabar.. Berbanding dengan orang tua yang tampak melebihkan kuasa akal dari kuasa semangat yang ada.

Ya.. betullah kata Abii.. Bekalan semangat semata tidak akan ke mana.. Itulah sebabnya kita perlukan 'orang tua' dalam perjuangan!


Dan Ya lagi.. kerana benarlah jua kata ustaz itu.. saban tahun kita menyaksikan satu persatu peristiwa gugurnya pejuang sebelum ke medan. Sedangkan bukannya susah pun, hanya sumbangan minima sahaja yang kita nakkan.. Kata orang, janganlah kita bercakap pasal jihad kalau buat usrah di sekolah lama pun sudah tidak mampu.. Sedangkan dulu, usahkan usrah.. berperang pun sanggup!


Na'uzubillah.. Moga kita semua
thabat dan istiqamah di atas jalan ini..

Me
ngapa perlu susah payah..?

Saya terpana.. Terduduk tidak terkata bila ada orang lepasan kampus bertanya perihal sedemikian.. entah longkang mana dia membuang segala fikrah yang ditanam.. entah racun apa yang menyerang.. Sehingga bisa dia menyebutkan;
mengapa perlu bersusah payah..?

mengapa perlu bersusah payah..?

mengapa perlu bersusah payah..?


Bergema persoalan itu di kepala otak dan seolah ia cuba meracuni benak hati saya.. Mujurlah saya teringat akan ucapan Dr. Sa'addudin Al-Sayyid Salih al-Zaqaziq. Alhamdulillah, ia menjadi vaksin mujarab buat melesapkan segala kalam celaru yang disuntik ke dalam tengkorak kepala saya ketika itu.
"Cuba awak semua ceritakan kepada saya dengan bersumpah di atas nama Allah berapakah muktamar dan organisasi yang telah ditubuhkan oleh orang Islam bagi tujuan menyeru manusia kepada Islam serta menentang usaha keras dari organisasi kuffar..?

Tidakkah anda ketahui bahawa realitinya kebanyakan pemimpin hebat dunia adalah anggota penting buat organisasi-organisasi kuffar ini? tidakkah anda sedari bahawa Rosevelt bekas presiden Amerika yang lalu adalah salah seorang anggota Mu
ktamar Edinburgh?

Rosevelt; bekas Presiden Amerika

Bahkan! Pertubuhan Kuffar ini turut disertai oleh mereka yang pernah memimpin penjajahan kepada dunia dan tamadun Islam. Lihat sahajalah di kalangan mereka ada Cardinal Lafigri di Tunisia, Marsyal Lieuty di Maghribi, lord Cromer dan panglima Gordon di Sudan.


Kalaulah pemimpin dunia barat sanggup mewakafkan diri mereka untuk berkhidmat kepada agama mereka dan sanggup pula menyumbang sepenuh tenaga dalam organisasi serta muktamar mereka..

Maka saya suka bertanya siapakah pimpinan Islam hari ini yang sanggup melakukan seperti pemimpin barat itu??
Hati mana yang tidak KOYAK bila berdepan dengan strategi Kuffar yang terancang ini sedangkan Orang-Orang Islam masih sibuk dengan urusan Duniawi mereka..!!"

Tidak perlu ulasan dan perbahasan.. Kerana ucapan itu sudah terkandung sejuta jawaban buat mereka yang sudah buta akan apa itu makna PERJUANGAN.. Ingat!.. Perjuangan tidak akan tertegak dengan bahasa mulut semata bahkan Perjuangan itu mesti ditegakkan dengan bahasa tindakan dan kuasa buat yang ada pada setiap Rijaal dan Nisaa' pencinta Syahid.. Allahu Akbar!

Aku bermimpikan lahirnya semula..

Al-Fateh, Al-Banna, Salahuddin Al-Ayubi, Said Hawwa,
Badiuzzaman Sayid Nursi, Zainab Al-Ghazali..

Ayuh Pencinta Syahid...!!

Bumi yang tandus jika dibajai pasti ia kan Subur..

Inikan pula hati manusia..

::Myikhwanfiideen::
Taman Pemuda 2008
.

And here is the rest of it.