Showing posts with label Iklan. Show all posts
Showing posts with label Iklan. Show all posts

Saturday, March 20

KRU: pencarian lirik lagu.



Salam’alayk…

Kepada semua sahabat-sahabat dan adik-adik yang dirahmati Allah SWT.

Alhamdulillah, syukur dan puja buat Allah SWT yang masih memberi izin kepada kita semua untuk meneruskan nafas kehidupan di muka bumi milik mutlakNya ini. Alhamdulillah...

Berkenaan program pelancaran secara rasmi Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Peringkat Negeri Sabah, di sini saya ingin menyatakan beberapa pengumuman dan ingin memohon bantuan dari sahabat-sahabat dan adik-adik semua.

[KRU akan dilancarkan secara rasmi dibawah kelolaan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) setelah bertapak dan beroperasi selama 3 tahun]

Ada beberapa item yang saya nak highlight kan di sini:

1. Logo Rasmi KRU.

Alhamdulillah...

· Pihak MT Persatuan Siswazah Sabah dan Majlis Penyelaras KRU sudah pun bersetuju dengan logo yang baru. Insya Allah selepas ini, logo yang ada akan digunakan dalam setiap program-program remaja yang dianjurkan oleh KRU sendiri bagi menggantikan logo yang lama.

· Untuk makluman adik-adik juga, kita dalam proses menunggu tempahan baju rasmi kelab yang akan diumumkan oleh PIC (person of incharge) tidak lama lagi. Nantikan....

· Terima kasih tidak terhingga buat sahabat-sahabat dan adik-adik yang memberikan cadangan logo sebelum ini.

2. Lirik Lagu Rasmi KRU.

Selepas dari logo, kita juga memerlukan cadangan dan buah fikiran anda semua untuk menyusun satu lirik lagu rasmi KRU. Kami menerima cadangan anda dalam bentuk ‘point’ (tak semestinya lirik penuh).

· Untuk penyelarasan bersama, lirik lagu yang dicadangkan seharusnya memenuhi tema-tema berikut atau salah satu kombinasi daripadanya:

-Ilmu kefahaman

-Keimanan atau ketakwaan

-Keikhlasan hati

-Amal yang benar

-Kesungguhan dalam kerja

-Pengorbanan dan kepatuhan

-Ukhuwwah dan persaudaraan (WAJIB)

-dll (bergantung kepada kreativiti dan cadangan anda semua)

Sebarang cadangan lirik boleh diemailkan kepada:

zulhilmey@gmail.com (Pengarah program)

ATAU

yuyushira@ymail.com (Timbalan Pengarah program)

SEBELUM 25 APRIL 2010.

aFwan. Syukran jaziilan dan jazakumullahu khairan kathiir.

Pautan kepada:

Persatuan Siswazah Sabah (PSS Pusat) --->[link]

KRU Daerah Kota Kinabalu (KRU Pusat)--->[link]

KRU Daerah Tuaran--->[link]

KRU Daerah Kota Belud--->[link]

KRU Daerah Sipitang--->[link]

KRU Daerah Kota Marudu--->[link]

KRU Daerah Ranau

KRU Daerah Papar

KRU Daerah Keningau

KRU Daerah Kudat

Dan kepada siapa sahaja yang ingin menyumbang untuk Islam.

Tuesday, March 16

To all beloved KRUian...


Salam’alayk…

To all beloved KRUian, this is the latest one... KRU logos.

Thanks.

p/s- moderator KRU’s blog, please post this massage as soon as possible. SyukRan. (Special thanks to Akhi Padlan as an Editor).

Wednesday, February 17

Retreat Alumni 'Irfaan (RAI '10)


MATLAMAT:

Mewujudkan suatu medium interaksi paling optima di kalangan ahli Alumni bagi memperkasa gerak kerja

TENTATIF:

19 Februari 2010 (Jumaat)

6.00-7.00pm : Ketibaan peserta

7.15-7.45pm : Solat maghrib

7.45-8.30pm : Ice breaking

8.30-9.00pm : Solat isya’

9.00-9.30pm : Slot khas bersama Pengerusi Alumni Irfaan

9.30-10.30pm : Bengkel 1 : Muhasabah Zon (pembentangan & Q&A)

10.30-11.00pm : Perbincangan by Zon

20 Februari 2010 (Sabtu)

5.00-7.00 am : Qiamullail & Subuh

8.00-8.30 am : Sarapan pagi

8.30-9.30 am : Bengkel 2 : Brainstorming 2010

9.30-10.00 am : Rehat

10.00-11.00 am : Pembentangan hasil Bengkel 2

11.00-12.00 pm : Grand Design Alumni Irfaan utk 2 tahun

12.00-1.00 pm : Takwim Alumni Irfaan utk 2 tahun

1.00-2.00 pm : Kendiri & Zohor

2.00-3.00 pm : Perbincangan Aktiviti Utama Alumni Irfaan

Kem Alumni Irfaan (Mahasiswa/Semenanjung) &

Hari Keluarga (Siswazah/Borneo)

3.00-4.00 pm : Pembentangan & Resolusi

4.00-4.30 pm : Slot Penutup

5.00 pm : Bergerak pulang

Berminat?

Sila sms NAMA PENUH, BATCH KML, NO HP, dan IPTA/IPTS ke no:

013-7143840 (bagi Muslimin) atau 013-2226481 (bagi Muslimat), sebelum hari jumaat 19 Februari 2010.

Penyertaan adalah PERCUMA!

Tuesday, January 5

Logo KRU: yang mana satu?

Logo 10, 11: Cadangan terbaru yang saya terima dari 'asrarqulub'. Gabungan warna kat logo no. 11 nie agak menarik.. Cuma 'pengisian' kat tengah tu je yang boleh 'upgrade' lagi.. Tengah cari idea~
______________________________________________________



Logo 8 dan 9: Cadangan tambahan dari Sdr Nasir Morni.. syukran. (Kalau saya, kita ambik logo no. 8 jelah.. Boleh?)

____________________________________________________

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang dikasihi Allah SWT..

Dikesempatan ruangan maya yang tak terbatas ini, saya selaku Pengarah Projek "KARNIVAL Pelancaran IMEJ KRU (Kelab Remaja Ukhuwwah)" ingin memohon jasa baik sahabat-sahabat dan rakan-rakan bagi menjayakan program ini..

Untuk pengetahuan, KRU ialah kelab yang menaungi ratusan adik-adik Putra-Putri Islam di bahagian Pantai Barat Sabahyang sekarang ini berada dibawah seliaan Persatuan Siswazah Sabah..

Salah satu agenda yang ingin dibuat ialah, pelancaran Logo rasmi KRU yang baru.. Jadi, saya dalam usaha untuk mendapatkan beberapa cadangan design (rekaan) dari siapa-siapa sahaja yang berminat untuk memberikan sumbangan yang tak ternilai harganya ini.. Tujuannya adalah untuk menggantikan Logo rasmi asal yang agak 'kontroversi'.

Sehubungan dengan itu, kami memohon JASA BAIK anda semua untuk menjayakan program ini dengan memberikan cadangan-cadangan logo jika ada.. Tidak kira dimana anda berada.. Dan siapa pun anda.. Insya Allah!.
"Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan"!

Di sini saya sertakan beberapa cadangan-cadangan yang sudah dihantar.. (Tahniah kepada pengirim yang sudi!).. Dan, saya masih menunggu cadangan-cadangan tambahan samada dari adik-adik ahli KRU sendiri ataupun siapa-sahaja yang sudi.

Syukran wa jazakallah.

Guidance to Designer..
MOTTO KRU : "Remaja hari ini Pemimpin masa Depan"
TEMA Logo: Ukhuwwah (Persahabatan)
TEMA warna: Biru laut
Kredit: Tak complicated & Kontemporari

Cadangan boleh send ke alamat email:
zulhilmey@gmail.com before 12 January.. Tq.


Logo 1: Ini logo rasmi yang dah digunakan hampir 3 tahun.. Designer asal oleh myikhwanfiideen. Agak kontroversi sebab adik-adik pelajar putri selalu complain gambar 3 orang tue.. "Why only guys here"??-Lebih kurang macam tulah..

Logo 2: Cadangan terbaru dari Adik Rendy (KRU Kota Marudu). maybe terlalu 'simple' (itu pandangan saya.. Jangan marah ye Rendy.)

Logo 3,4,5: Designer asal Adik Amiruddin (KRU Tuaran). Wah! siap warna lagi ye.. Ketiga-tiganya menarik.. Ada perbezaan idea yang nak dibawa.. Cuma komen seorang sahabat; "Macam logo sekolah pula..". Sori Amir, bukan abang yang cakap.. Kawan abang. :) Anyway, good try!



Logo 6: Saya tak berapa pasti sape yang design.. Antara Sdr Azizul Julirin ataupun Sdr Nasir Morni.. Yang pasti design nie datangnya dari mahasiswa UMS.. Thanks! Logo 7: Alhamdulillah.. Nie cadangan terawal yang saya terima dari blogger Fikrah Nazifa.. Ok. Cantik.. dan ade value Kontemporari.. Cuma, mungkin boleh re-edit lagi kot..

p/s-Hanya ada 6 cadangan logo yang saya terima setakat ini.. So, saya buka kepada sahabat-sahabat dan adik-adik untuk mengutarakan KOMEN dan PANDANGAN. Pilih terus pun boleh! Jika ada cadangan tambahan, nanti saya akan Re-Posting semula.. Insya Allah.

~Moga kita semua dipermudahkan. Ameen.

Tuesday, December 8

Makluman: Dari meja AJK Penaja

|Alumni PASTi Malaysia|

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Tuan/Puan/Encik/Cik..

Sukacita dimaklumkan bahawa AJK Penaja Alumni PASTI Malaysia sedang berusaha untuk mengumpulkan ‘database’ bagi sesiapa yang pernah belajar dengan tadika PASTI dari seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan seperti berikut:

1. Nama penuh

2. No IC

3. PASTI asal

4. No. Hp

5. Email

Maklumat ini bolehlah di ‘sms’ kepada wakil Alumni, Sdr. Zul Hilmey. No hp: 0137143840 ataupun email: zulhilmey@gmail.com.

Kami menghargai segala kerjasama anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari blog : www.alumnipastimalaysia.blogspot.com

“Berkhidmat untuk Islam tercinta”

Syukran jaziilan wajazakallahu khairan kathiira.