Saturday, March 20

KRU: pencarian lirik lagu.



Salam’alayk…

Kepada semua sahabat-sahabat dan adik-adik yang dirahmati Allah SWT.

Alhamdulillah, syukur dan puja buat Allah SWT yang masih memberi izin kepada kita semua untuk meneruskan nafas kehidupan di muka bumi milik mutlakNya ini. Alhamdulillah...

Berkenaan program pelancaran secara rasmi Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Peringkat Negeri Sabah, di sini saya ingin menyatakan beberapa pengumuman dan ingin memohon bantuan dari sahabat-sahabat dan adik-adik semua.

[KRU akan dilancarkan secara rasmi dibawah kelolaan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) setelah bertapak dan beroperasi selama 3 tahun]

Ada beberapa item yang saya nak highlight kan di sini:

1. Logo Rasmi KRU.

Alhamdulillah...

· Pihak MT Persatuan Siswazah Sabah dan Majlis Penyelaras KRU sudah pun bersetuju dengan logo yang baru. Insya Allah selepas ini, logo yang ada akan digunakan dalam setiap program-program remaja yang dianjurkan oleh KRU sendiri bagi menggantikan logo yang lama.

· Untuk makluman adik-adik juga, kita dalam proses menunggu tempahan baju rasmi kelab yang akan diumumkan oleh PIC (person of incharge) tidak lama lagi. Nantikan....

· Terima kasih tidak terhingga buat sahabat-sahabat dan adik-adik yang memberikan cadangan logo sebelum ini.

2. Lirik Lagu Rasmi KRU.

Selepas dari logo, kita juga memerlukan cadangan dan buah fikiran anda semua untuk menyusun satu lirik lagu rasmi KRU. Kami menerima cadangan anda dalam bentuk ‘point’ (tak semestinya lirik penuh).

· Untuk penyelarasan bersama, lirik lagu yang dicadangkan seharusnya memenuhi tema-tema berikut atau salah satu kombinasi daripadanya:

-Ilmu kefahaman

-Keimanan atau ketakwaan

-Keikhlasan hati

-Amal yang benar

-Kesungguhan dalam kerja

-Pengorbanan dan kepatuhan

-Ukhuwwah dan persaudaraan (WAJIB)

-dll (bergantung kepada kreativiti dan cadangan anda semua)

Sebarang cadangan lirik boleh diemailkan kepada:

zulhilmey@gmail.com (Pengarah program)

ATAU

yuyushira@ymail.com (Timbalan Pengarah program)

SEBELUM 25 APRIL 2010.

aFwan. Syukran jaziilan dan jazakumullahu khairan kathiir.

Pautan kepada:

Persatuan Siswazah Sabah (PSS Pusat) --->[link]

KRU Daerah Kota Kinabalu (KRU Pusat)--->[link]

KRU Daerah Tuaran--->[link]

KRU Daerah Kota Belud--->[link]

KRU Daerah Sipitang--->[link]

KRU Daerah Kota Marudu--->[link]

KRU Daerah Ranau

KRU Daerah Papar

KRU Daerah Keningau

KRU Daerah Kudat

Dan kepada siapa sahaja yang ingin menyumbang untuk Islam.

No comments: