Showing posts with label email pembaca. Show all posts
Showing posts with label email pembaca. Show all posts

Thursday, July 23

Khas buatmu lelaki..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Sekadar mahu berkongsi beberapa kisah.

Kisah 1 :

“Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur… Saya membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya…”

Ustaz bertanya “Adakah saudara sudah berkahwin?”

Pemanggil menjawab “Belum Ustaz”..

Ustaz menjawab “Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu saudara”…

Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu dan berfikir sungguh beruntunglah si ibu yang melahirkan jejaka itu. Dan, alangkah bertuahnya perempuan yang mendapat jejaka itu sebagai suaminya..

Kisah 2 :

Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta.

Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi, bila dia mula menjejaki anak tangga, ‘Subhanallah!‘ Si anak terkejut melihat najis berjejeran di anak tangga dan di laman rumah. ‘Mak sakit perut rupanya,’ bisik hatinya.

Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.

Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga. Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak.

“Tak sembahyang Maghrib ke?’ Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak ta’khir dengan Isyak nanti.’

Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini!

‘Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu….. aku bersyukur pada mu Ya Allah!’ sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.

Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih.. Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah.

Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Hadis Nabi saw: ‘Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT’

"Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah. Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir."-Hukama’.

Kiriman: Adek Amiratul Mumtazah Binti Razak..


KOMEN:

Firstly.. Terima kasih kpd adek yg emailkn cerita pkongsian ini.. Moga Allah berikan kebaikan buat anda.

Scr jujurnya.. Lps baca cerita pendek nie, hati ‘lelaki’ cair seketika n terasa ada air suam-suam kuku yg mengalir dari pelupuk mata.. Subhanallah.. Tersentuh jg! Bukan sy seorg.. Housemate pun mcm tue jg.. Bila sy bg baca, semua tersentuh seketika..

Hmm.. Apa yg bole sy kata ialah, mari kita “MULIAKAN” ibu ayah msg2 tak kira mrk masih ada@dah takde.. Belajarlah dr pemuda ini, betapa beliau memuliakan ibunya bkn stkt muliakan prsn@jasad ibu bahkan smpi ke thp “memuliakan najis” ibunya sndiri.. Kt sggup ke?

"Ya Allah.. Jadikanlah kami anak-anak yg soleh serta kurniakanlah kami zuriat yg soleh mahupun solehah. Ameen.."

Monday, July 6

Mencalak Generasi Muda "Rabbani"

Assalamualaikum warahmatullahi wbkth.

Kata seorang sarjana,Profesor Dr. Yusof Al Qardhawi untuk melihat wajah negara masa hadapan, lihatlah generasi muda hari ini. Apa pandangan anda dengan remaja kini? hilang arah? masih di status quo yang baik? ataukah di tahap yang membimbangkan. Apakah cukup dengan hanya melihat indeks belia bagi memantau kualiti dan kesejahteraan hidup belia di malaysia???

Statistik polulasi belia 2010 diramalkan akan meningkat kepada 11.65 juta (40.2%) daripada populasi jagat. Nah! satu jumlah yang besar pada perkiraan saya, tuntas memerlukan perancangan yang bukan sedikit. Pemikiran, akal budi, pandang dunia (welstanchauung) serta minda belia perlu diangkat (paradigm shift).

Soalnya bagaimana?

Masa depan bangsa dan negara berkait rapat dengan usaha meletakkan golongan belia hari ini dilandasan yang betul dan kukuh.

Usaha yang bagaimana lagi kurang dilakukan?

Adakah ia sudah mencukupi di peringkat pengarah? kakitangan kerajaan? Tenaga pengajar? mahasiswa?? Ataupun golongan belia itu sendiri?

Pastinya segala usaha yang dilaksanakan hari ini bakal memberikan impak kepada kekuatan dan kestabilan pembangunan sosio-ekonomi dan politik negara pada masa akan datang...

Memetik kata – kata perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,gagasan 1 malaysia akan lebih bermakna sekiranya golongan muda turut mengamalkan konsep 1 belia 1 malaysia, hal ini kerana langkah yang seribu bermula dengan satu dan malaysia tidak akan menjadi satu jika belia tidak berpadu”.

Maka belia hari ini perlu melakukan pembukaan minda dan perubahan budaya agar kaya dari segi peradaban kefahaman serta kreativiti supaya berupaya membentuk jati diri negara bangsa...

Nah, kata kuncinya mudah, mulakan dari yang kecil, mulakan dari 10 %, tetapkan matlamat walupun kita mulakan dari angka 0

Semuanya terletak di tangan anda.. Selamat maju jaya!

Salam perjuangan...

“Belia Bijaksana Impetus Modal Insan Kelas Pertama”

------------------------------------------------------

Kiriman : Sdri. Nurul Shaza Abd Manaf, AngkasaPuri.