Kata seorang sarjana,Profesor Dr. Yusof Al Qardhawi untuk melihat wajah negara masa hadapan, lihatlah generasi muda hari ini. Apa pandangan anda dengan remaja kini? hilang arah? masih di status quo yang baik? ataukah di tahap yang membimbangkan. Apakah cukup dengan hanya melihat indeks belia bagi memantau kualiti dan kesejahteraan hidup belia di malaysia???
Statistik polulasi belia 2010 diramalkan akan meningkat kepada 11.65 juta (40.2%) daripada populasi jagat. Nah! satu jumlah yang besar pada perkiraan saya, tuntas memerlukan perancangan yang bukan sedikit. Pemikiran, akal budi, pandang dunia (welstanchauung) serta minda belia perlu diangkat (paradigm shift).
Soalnya bagaimana?
Masa depan bangsa dan negara berkait rapat dengan usaha meletakkan golongan belia hari ini dilandasan yang betul dan kukuh.
Usaha yang bagaimana lagi kurang dilakukan?
Adakah ia sudah mencukupi di peringkat pengarah? kakitangan kerajaan? Tenaga pengajar? mahasiswa?? Ataupun golongan belia itu sendiri?
Pastinya segala usaha yang dilaksanakan hari ini bakal memberikan impak kepada kekuatan dan kestabilan pembangunan sosio-ekonomi dan politik negara pada masa akan datang...
Memetik kata – kata perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,”gagasan 1 malaysia akan lebih bermakna sekiranya golongan muda turut mengamalkan konsep 1 belia 1 malaysia, hal ini kerana langkah yang seribu bermula dengan satu dan malaysia tidak akan menjadi satu jika belia tidak berpadu”.
Maka belia hari ini perlu melakukan pembukaan minda dan perubahan budaya agar kaya dari segi peradaban kefahaman serta kreativiti supaya berupaya membentuk jati diri negara bangsa...
Nah, kata kuncinya mudah, mulakan dari yang kecil, mulakan dari 10 %, tetapkan matlamat walupun kita mulakan dari angka 0
Semuanya terletak di tangan anda.. Selamat maju jaya!
Salam perjuangan...
“Belia Bijaksana Impetus Modal Insan Kelas Pertama”
------------------------------------------------------
Kiriman : Sdri. Nurul Shaza Abd Manaf, AngkasaPuri.
No comments:
Post a Comment