Friday, February 29

Suara dari SANGKAR KAMPUS...

"Bukan seorang pemuda yang asyik dengan sejarah ayahnya, saudaranya, atau datuknya, tetapi pemuda yang sebenarnya akan berkata, inilah aku. Pemuda mesti mencipta sejarah, bukan hanya berbangga dengan sejarah !!"

Kata-kata keramat itu mengakhiri ucapan Ust Dzulkahiri.. Presiden GAMIS 07/08.. Saya merasakan semua warga dewan teruja.. Darah saya terasa mendidih.. Semangat juang saya naik ke tahap maksima.. Andaikan ada serigala di hadapan yang cuba menghalangi warga dewan, nescaya habis diratah oleh kami.. Hebatnya aura tasji' yang ditiupkan oleh seorang future leader.. Mahasiswa yang berjiwa besar dengan pakej sakhsiyyah yang cukup lengkap.. Malah, menjadi igauan setiap kampus untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang insan yang sebanding dengan Dzulkhairi.. Saya berbangga kerana saya menjadi salah seorang yang terbakar pada petang itu!!

Saudara,

Kita tinggalkan dulu 'sejarah'tentang sahabat saya Dzulkhairi itu.. Mari kita meneroka sejarah kita sendiri.. Sejarah kita dengan usaha dakwah dan islah yang kita buat.. Sejarah perjuangan kita menentang golongan 'bangsawan kampus' yang sentiasa mencari jalan melenyapkan cahaya Islam lantaran dek keangkuhan dan kejahilan.. juga sejarah kita berhadapan para mad'u yang pelbagai background dan karenah yang memerlukan kekreatifan cara pendekatan.. Semua ini perlu diimbas semula untuk kita mengenalpasti kelemahan sebelum, supaya ada penambahbaikan selepas.. Untuk suatu nilai lembaran sejarah perjuangan kampus yang lebih baik dan mampan dalam usaha merealisasikan amanah dan tangungjawab suci ini..

Saudara,

Beginilah sewajarnya kerangka Mahasiswa berfikir.. Berfikir dan bertindak sebagai suatu insan yang menyedari amanah yang diletakkan di pundak kita masing-masing.. Bukan sahaja amanah sebagai pelajar tetapi jua amanah sebagai pemuda agama kerana kelak segala natijah agama pada masa akan datang adalah hasil daripada coretan dan lakaran sejarah kita hari ini.. Coret dan lakarkanlah sejarah anda..!! Sejarah anda pasti menjadi guru yang akan mendidik anda ke arah pembinaan future leader yang sempurna.. Ingatlah Rasul tercinta pernah bersabda, "kamu semua pemimpin dan kamu akan ditanya atas apa yang kamu pimpin..".

Mahasiswa perlu PEKA..


Saudara,

Sungguh! sebagai mahasiswa kita seharusnya peka dengan situasi sekeliling samada ia bersifat kampus,nasional, mahupun global.. Disitulah letaknya nilaian akademik dan keintelektualan sebagai Mahasiswa.. Ketahuilah wahai Mahasiswa.. Sokarno pernah berkata, "Berikan aku 10 orang muda nescaya aku akan gegarkan dunia..". begitulah hebatnya kuasa yang ada pada anak muda khususnya mahasiswa.. Lihat sahajalah episod sirah, nama anak muda tidak ketinggalan menjadi golongan terkehadapan untuk menentang arus jahiliyyah.. Madrasah Nabi SAW telah melahirkan anak-anak muda yang berjiwa kental seperti Mus'ab bin Umair, Ali bin Abi Thalib, Talhah bin Ubaidillah dan lain-lain.. Sehinggakan nabi pernah bersabda;

"Golongan yang paling ramai menyokongku ialah anak muda manakala yang paling ramai menentangku adalah orang tua"
Denyut perubahan iklim sosial dunia menyaksikan golongan muda sebagai agen perubahan.. Berbekalkan semangat, keazzaman, cita-cita dan idealisme mereka melakarkan sejarah tersendiri malah memimpin ummah kearah suatu transformasi sosial.. Sebagai contoh buat tatapan kita, lihat sahajalah Jose Rizal selaku ikon pejuang di Filipina yang merupakan anak muda Mahasiswa yang lahir daripada demonstrasi jalanan sehinggalah beliau mengepalai rakyat marhaen untuk bangkit menentang penjajah.. Percayalah! Kuasa kepekaan pasti akan mencetuskan angin perubahan.. Dan biarlah kita sebagai Mahasiswa menjadi salah satu identiti yang memimpin angin perubahan itu..

Berikan Mahasiswa Peluang,


"Biarlah Mahasiswa mencabar asalkan sambil itu dia belajar.."--Prof Ungku Aziz

Terima kasih prof.. Kalimah yang mengandungi sejuta hikmah yang wajar digarap bersama buat menebalkan jiwa mahasiswa dan sebagai renungan kepada mereka yang sering cuba menghalangi idealisme dan suara Mahasiswa.. Kalimah itu membawa message building the person.. Membina karisma dan krediabiliti sebagai the future leader.. Kerana pakej kepimpinan bukan datang dalam bentuk kun fayakun, tapi semuanya perlu melalui proses.. Dan proses ini yang paling penting untuk kita melihat generasi akan datang memimpin dengan pakej yang lengkap serta mempunyai idealisme tersendiri.. Dan perkara ini pernah diungkapkan oleh tokoh sosialis Barat iaitu Geri Weitzman dengan katanya "Kadangkala kita perlu mencipta apa yang kita ingin menjadi sebahagian daripadanya".
"Jangan kita menyesal kalau sampai 1 zaman, Mahasiswa hanya mampu tersenyum bodoh walaupun orang lain menghina dan menginjak-injak agamanya, lantaran subjek 'takut' yang kita peramkan dalam kepala mereka.. Mahasiswa itu adalah anak-anak kita juga.. Sanggupkah kita melihat kedayusan mereka pada agama tercinta.. Sampai bila kita mahu menggunakan kuasa bapa??"
Saudara,

Bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara, marilah kita memberikan penghormatan kepada usia kematangan negara yang dah berusia lewat 50-an. Bagi mereka yang memegang kuasa, berikan ruang demokrasi kampus sebenar kepada mahasiswa untuk mereka beradu atas gelanggang yang sama rata.. Itu amat adil dan saya pasti gelanggang itu bakal melahirkan mereka yang benar-benar berwibawa dan teruji dalam segenap aspek.. Pemimpin sebegini yang kita idamkan.. Tradisi mencabar dan dicabar juga akan meyemarakkan lagi semangat Mahasiswa untuk hidup sebagai jiwa yang PEKA.

Khas untukmu Mahasiswa..

Wahai Mahasiswa!
Bangunlah dari lenamu..
Saksikanlah pembantaian yang berlaku..
Saksikanlah kebejatan yang berleluasa..
Semuanya memerlukan tangan dan mulut untuk bekerja..
Kalau bukan hari ini, bila lagi?
Kalau bukan anda siapa lagi?

Wahai Mahasiswa!
Tinngalkan dunia keanak-anakan itu..
Naruto, CS, warcraft itu bukan permainan anda sudah sekarang ini..
Bahkan anda perlu turun bersama marhaen..
menyeka air mata duka mereka..
membimbing Ummah ke arah suatu ledakan perubahan..
membenteng rakyat dari peluru serangan sosial.
Menjadi penawar kepada sakit akhlak umat.

Wahai Mahasiswa!
usah engkau takut dan jua gentar,
Sedangkan NAGA sanggup kita lawan..
Inikan pula CICAK MENGKUBIN,
Kita tidak pernah beriman dengan akta itu..
Ayuh! bakarlah jiwa muda kita dengan minyak siraman Tarbiyyah..
Gigitlah tunggak prinsip itu dengan gigi geraham..
Sandarkan tawakkal kita pada yang Maha Kuasa..

Insya Allah! Janji kita pasti akan dikota..


myikhwanfiideen, JOHOR--25 Safar

Monday, February 25

Fazakkir Inna Zikra tanfa'ul Mu'min...


Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang berakal. Dikurniakan deria yang lengkap dan sempurna, mempunyai pelbagai kelebihan dan kekuatan. Akal yang dikurniakan mengangkat darjat manusia melebihi makhluk yang lainnya. Namun, tidak dinafikan ada manusia yang Allah kategorikan lebih hina dari haiwan ternakan. Moga Allah menjauhkan kita dari golongan manusia yang diazab kelak. Diciptakan pula manusia berbeza-beza, dari warna kulit yang pelbagai kepada sikap yang beraneka ragam. Semuanya untuk manusia mencari kelebihan dan kekurangan serta mengenali dan memahami segenap sifat dan sikap yang ada. Atas perbezaan yang wujud ini, pastinya ada yang lebih dari yang lain dan ada juga yang kurang berupaya dari yang lain. Di sinilah timbulnya optimalisasi sumber manusia atau pun istilah yang kita selalu guna iaitu Sinergi dalam menjadikan kehidupan lebih baik dan sempurna.

Di dalam sesebuah organisasi yang mempunyai tenaga kerja yang banyak dan pelbagai, optimalisasi sumber manusia merupakan satu aspek yang amat penting agar tidak berlaku ‘pembaziran’ tenaga dan kemahiran. Seperti itu jugalah di dalam medan da’wah, tidak relevan jika manusia dikumpulkan di bawah satu panji yang sama namun tidak tersusun dan tidak dimanfaatkan segenap tenaga dan kemahiran yang ada untuk memantapkan lagi pergerakan da’wahnya. Amal jama’i yang dituntut di medan da’wah seharusnya mempunyai penerapan yang langsung dalam jiwa setiap aktivis da’wah untuk ke hadapan memanfaatkan tenaga dan kemahiran yang ada padanya untuk mencapai matlamat da’wah islam, melalui sistem yang digariskan. Jauh dari keinginan untuk sebuah organisasi memiliki ahli atau individu yang berkebolehan tetapi bertindak melulu tanpa memikirkan matlamat organisasinya secara menyeluruh.


Di sinilah timbulnya kepentingan untuk kita mengintrospeksi diri masing-masing untuk mengenal kelemahan dan kelebihan yang ada agar dapat disalurkan dengan betul di dalam usaha da’wah kita. Mengenali diri sendiri sememangnya dapat membuatkan kita memperbaiki kelemahan yang ada, baik atas usaha sendiri, mahupun dengan bantuan sahabat lain. Kelemahan yang dikenalpasti dapat memperlahankan perjalanan da’wah secara menyeluruh seharusnya diberi perhatian yang khusus oleh individu itu sendiri apatah lagi oleh pembimbingnya. Di sini pentingnya sikap ikhlas dan berlapang dada dalam menerima kekurangan diri dan untuk menerima teguran yang kelak akan membantu kita memperbaiki diri, sekaligus organisasi.

Namun fokus artikel ini adalah untuk kita menjadi lebih sensitif dengan persekitaran terutamanya dengan sahabat lain yang turut sama dalam usaha da’wah islam ini. Seolah-olah menjadi tabii aktivis mempunyai rasa segan dan takut untuk menegur sahabat sendiri yang melakukan kesilapan ataupun mempunyai kekurangan diri yang boleh jadi berpotensi dalam menggugat usaha da’wah kita. Segan dan takut di situasi ini merupakan sesuatu yang tidak relevan dan seharusnya jauh dari sanubari kita. Kepekaan kita terhadap masalah sahabat yang lain menjadi tanda pengukur ukhuwah kita. Sesungguhnya ukhuwah itu tidak diukur dengan relanya kita berlapar demi kesenangan sahabat atau keletihan kita demi keselesaan mereka atau seumpamanya tetapi lebih utama lagi, sejauh mana kita berusaha untuk membawanya kepada Allah s.w.t. Sikap dan sifat yang seperti bercampur-baur dengan jahiliyyah seharusnya ditepis dari hinggap di kalangan aktivis islam sekalian. Lalu usaha untuk mengelakkannya memerlukan bantuan mata luar untuk memerhati dan mentafsir dengan jujur dan ikhlas. Di sinilah peranan sahabat menjadi amat signifikan, seperti pulau di tengah lautan memberi harapan kepada nelayan yang hilang arah.


Adapun usaha membantu memperbaiki diri orang lain memerlukan kita mengenali beberapa aspek penting agar tidak terlanjur menjadi batas pemula perpecahan. Tidak sekalipun ia dianggap menjadi objek perendahan, baik yang menegur mahupun yang ditegur. Atas niat ikhlas kerana Allah dan dengan kasih dan sayang, kita berusaha memberi dan menerima teguran. Kasih dan sayang…sesuatu yang subjektif untuk diterangkan tetapi dapat dirasai, bukan? Jadi soal kembali diri kita, sejauh mana persahabatan yang terjalin itu kerana Allah s.w.t.? Atau hanya kerana bersama di jalan da’wah? “Da’wah”? Pentingnya untuk kita menetapkan niat dan perasaan bersahabat itu hanya kerana Allah adalah supaya kita mampu menilai dan bertolak ansur dengan sikap dan sifat yang ada pada seseorang tanpa rasa benci yang disuap syaitan. Perlu jelas bahawa yang dibenci adalah sikap, bukan individu. Jadi dengan kasih dan sayang kita terhadap sahabat itu, jauh sekali dari wajar untuk kita menjauhkan diri darinya, bahkan dihampiri dan diperbaiki akhlaknya agar tiada yang kita benci padanya sepertimana tiada yang kita benci pada diri kita sendiri. Alternatif yang wujud dalam proses memperbaiki seorang sahabat punya tiga, sepertimana yang digariskan Eko Novianto dalam bukunya “Sudahkah Kita Tarbiyyah? : Refleksi seorang Mutarrabi”. Pertama, melalui persahabatan yang telah terjalin. Kedua, melalui orang-orang yang diketahui bertanggungjawab terhadap seseorang individu itu dan ketiganya melalui struktur organisasi yang terlibat. Fokus di sini adalah berkenaan peranan kita di kalangan dai’e sebagai seorang sahabat.

Jadi bagaimana kita berusaha membantu sahabat kita? Langkah bagaimana harus diambil agar usaha mendatangkan hasil dan hasil melalui kaedah yang efektif? Sekali lagi kita membincangkan sesuatu yang subjektif, tetapi masih relevan untuk diusulkan cadangan. Memang menjadi amalan yang amat sukar untuk menegur rakan sebaya. Alasan paling popular; “Takut kecil hati nanti”. Habis bagaimana pula kecil peluang untuk ke syurga dan untuk memantapkan da’wah? Yang penting cara approach berhikmah dan tidak semberono. Da’wah dengan memudahkan, bukan menyusahkan. Ada pula yang merasakan ia bukan satu amal da’wah yang besar walhal yang menganjurkan kepada yang baik itu adalah amal da’wah juga. Bukan hanya kepada yang tidak punya fikrah dan tidak kenal islam, tetapi juga di kalangan sahabat handai yang berjuang di jalan Allah. Mana mungkin kita mampu redha dan berlapang dada saat melihat gagasan da’wah ini dititipi dengan jaihliyah dan kerosakan yang dikendong oleh kafilahnya sendiri? Ataukah kita tersilap tatkala melabel diri kita aktivis islam?

Sebenarnya disinilah merupakan satu anjakan paradigma untuk aktivis muda, terutamanya di kampus, mula berfikir lebih luas dan lebih kreatif. Penyelesaian masalah yang pelbagai memerlukan kaedah berfikir yang lebih luas tetapi masih di dalam kotak syari’e yang ditetapkan, tanpa kompromi. Dari metode da’wah dengan masyarakat kampus yang tipikal kepada metode da’wah umum yang kebiasaannya melibatkan pelbagai lapisan pemikiran dan ragam pendapat. Dari yang selemah-lemah iman kepada yang berkobar semangat tak tentu arah, semuanya memerlukan kita berfikir dan melaksanakan. Jangan hanya berfikir, nanti otak menjadi banjir dengan idea hingga tidak ada ruang untuk keinginan melaksanakannya. Posisi kita sebagai sahabat yang sedia ada seharusnya digunakan sebaiknya untuk menegur dan membantu membaiki kelemahan yang ada pada individu ber”masalah”. Kelebihan pada ta’aruf yang berjalan sepanjang persahabatan (betul berlaku ta’aruf?? ape kesan ta'aruf khususi yang kita agung-agungkan??) digunakan sebaiknya. Titik kegembiraan dan kemarahan yang telah kita kenali haruslah dimanfaatkan agar jauh dari konflik. Nyatakanlah dengan jujur dan ikhlas akan niat kita untuk membantunya dan memantapkan da’wah islam ini. Di sini memerlukan interaksi yang personal dan menjaga agar persoalan tidak tersebar kepada yang tidak berkepentingan. Motivasikan dirinya dengan akibat dan natijah yang mungkin terhasil atas perubahan yang akan dihadapinya. Moga-moga Allah melembutkan hatinya untuk berubah dan menerima nasihat serta dieratkan lagi hubungan dia dan kita.


Namun jika isu sikap tersebut masih tidak dapat diselesaikan melalui approach persahabatan yang mengambil tindakan ono on one, wajarlah disepakati dengan beberapa sahabat lain yang mengambil berat akan masalahnya juga. Jika perlu, rencanakan aktiviti kebersamaan yang mampu untuk menyentuhnya, bukan dengan sesuatu yang terlalu obvious menumpu kepadanya agar tidak timbul inferiority padanya.
Adapun isu yang dibentangkan di atas hanya berkenaan permasalahan sikap individu, bukan dari aspek yang melibatkan teknikal dan sistem. Jika ini berlaku, adalah lebih baik permasalahan tersebut diusulkan kepada pembimbing atau pimpinan tanpa diberitahu kepada sesiapa yang tidak sepatutnya agar tindakan yang responsif dapat diambil dengan segera supaya tidak memburukkan keadaan.

Moga dengan sedikit perkongsian ini mampu untuk kita pertingkatkan kefahaman kita akan erti persahabatan dan erti kasih kerana Allah. Di sinilah kita tegur-menegur kerana akhirat berlaku sepertimana para sahabat Rasulullah s.a.w. di kalangan mereka sendiri. Malahan ia juga mendidik kita untuk menjauhkan dari sifat ego dan malu berlebihan dalam menghadapi masalah sikap. Kian lama ia dibiarkan, kian meruncing masalah dan bertambah pula bebanan da’wah kita. Langkah pertama yang dapat diambil adalah untuk bermula dengan introspeksi diri sendiri yang berlanjutan dengan pembinaan sensitiviti terhadap masalah sesama sahabat. Perkara ini bukanlah tugas pimpinan semata-mata, tetapi haruslah menjadi pikulan beban di bahu pundak kita masing-masing selagi kita mengaku sebagai aktivis Da'wah.

Wallahualam.

Harga Nilaian 1 UNDI....

Salam Kamunting,
Untuk masuk syurga Tuhan, kita hanya perlukan satu kalimah yang mengembirakanNya. Untuk dihumban ke neraka Tuhan ( ‘iyazan biLlah ), manusia cukup hanya dengan satu kalimah yang memurkakanNya. Allah, begitulah kuasa, kehendak dan mahuNya yang penuh hikmat dan haq.


Di dalam Islam, yang kecil sangat menjadi sangat besar jika ianya besar disisiNya. Yang besar sangat - sangat boleh jadi sangat - sangat kecil jika ianya kecil disisiNya. Dosa kecil yang dilihat kecil dan remeh oleh manusia akan jadi besar dan berat akibatnya di sisiNya. KebengisanNya tiada diduga. Dosa besar yang dilihat besar dan ditakuti oleh manusia akan jadi kecil dan ringan saja di sisiNya. KeampunanNya tiada diduga.

Kerana itu, walaupun ada dosa kecil dan ada dosa besar, ia mestilah sentiasa besar di sisi hambaNya. Murka Tuhan besar semuanya. Seorang raja, sekilas murkanya adalah bala! Inikan Allah yang maha berat murkaNya. Ia bukan Mahafiraun, bahkan Dialah Allah yang Maha-Maha.

Orang mukmin, dosa ibarat gunung yang menimpa. Menggerunkan. Orang munafik, dosa hanyalah lalat yang hinggap di hidung. Menyerabut saja. Pilihan raya umum ke 12 di negara kita membuka tirai. Natijahnya adalah masa depan negara. Negara adalah kita dan anak-anak kita juga. Negara yang baik diselubungi ampunan Tuhan. Negara yang buruk diambang kemurkaan Tuhan.
Pilihan raya nilai kiranya pada undi yang diberi. Satu diri satu undi. Seorang ulama atau cendekiawan memiliki satu undi, samalah dengan seorang bodoh dungu atau pelacur.
Satu undi si alim yang menolak negara ke kemurkaanNya adalah sebab kepada murka dan nerakaNya. Satu undi si pelacur yang menarik gembira dan ridhaNya adalah sebab untuk mengetuk ridha dan syurgaNya.


Setiap pekerjaan adalah berbekas di sisiNya. Dia Maha Halus dan Maha Seni. Justeru bergerak adalah memberi bekas sebagaimana diam juga memberi bekas. Samada anda mengundi atau tidak, itulah tindakan dan anda kenalah tunggu akibat baik dan buruknya tindakan itu di sisiNya. Berdiam membiarkan kebaikan berterusan adalah pahala yang didamba, manakala berdiam membiarkan kejahatan berterusan adalah dosa yang mesti ditanggung.


NUKILAN : Ustaz Nik Abduh Bin Nik Abd. Aziz

Saturday, February 16

Pengorbanan dalam perjuangan...

"Tidak namanya pejuang kalau tidak berkorban"
Ujar seorang teman kepada saya. Saya temenung panjang mendengar komentar sahabat ini.. Secara diam-diam saya mengakui jua kebenaran kata-kata ini.. Betapa ramai insan yang bertaraf tokoh diluar sana sudah pun mewakafkan diri dan kehidupan semata-mata untuk suatu erti perjuangan.. Tapi, malangnya kita masih lagi mencongak-congak dan berkira-kira malah lebih teruk lagi ada dikalangan kita yang merasa sudah banyak berkorban dalam perjuangan ini.. Walaupun hakikatnya apa yang dibuat hanya sekelumit dari realiti pengorbanan yang sebenar..

Hmm.. Sangat jauh lagi perjalanan ini..

Saya cukup tertarik dengan sebuah buku yang ditulis oleh Shiekh Abu Al-Hasan 'Ali Al-Nadwi dalam tajuk Pendukung Panji-Panji Islam Sepanjang Zaman.. Buku yang memuatkan kisah dan sejarah mereka yang bergelar pejuang dan pendokong agama tercinta.. Serta diselitkan jua lakaran pengorbanan yang mereka pernah lakukan demi sebuah erti perjuangan..

Imam Ahmad Bin Hanbal

Suatu tokoh ulama yang tidak asing lagi bagi kita.. Pengasas kepada mazhab hanbali.. Imam yang berhadapan dengan sang penguasa yang tertarik dengan fahaman Mu'tazilah dengan mengagungkan pemikiran Yunani serta rasionalismenya.. Khalifah Al-Makmun ketika itu turut didorong oleh Ibn Abi Dawud, Ketua Hakim empayar 'Abasiyyah yang mendukung kuat fahaman mu'tazilah ini serta berlindung di belakang sang penguasa mutlak yang angkuh.. Dalam keadaan 'Aqidah umat Islam yang cukup genting ketika itu maka berdirilah Imam Ahmad bersama para muhaddithin (ahli hadis) bagi menegakkan yang hak dan mementang kebatilan walaupun ia melibatkan khalifah sendiri..

Kehebatan insan yang bernama Ahmad Ibn Hanbal ini tidak ada pertikaiannya lagi.. Samada dari segi keilmuan dan jua keterampilan beliau sendiri selaku Ulama dan pemimpin kebangkitan Ummah.. Ahli sejarah Islam merakamkan dalam nukilan mereka bahawa seramai 5000 orang mengikuti kuliahnya dalam satu-satu masa.. Dalam kepimpinan pula, hanya beliau sahaja yang tidak mengubah pendirian ketika mempertahankan hujjahnya mengenai sifat Al-Quran. Beliau ditangkap serta dipakaikan belenggu besi semasa dibawa menghadap khalifah dari Raqqa ke Baghdad.. Beliau dihumbankan kedalam penjara yang tidak tembus cahaya matahari serta disebat 34kali sehari dengan tukang sebat yang baru setiap kali 2 sebatan.. tetapi Imam Ahmad terus mempertahankan hujjahnya jua..

Insan teladan pejuang.
Mahasiswa dan perjuangan..

Secara teorinya....
Saya cuba membawa pembaca untuk melihat skop perjuangan serta pengorbanan dalam konteks mahasiswa pula.. Sebagai Mahasiswa kita tidak boleh lari dari soal ini.. sebabnya kita memang salah seorang pejuang.. Akidah Islam itu perlu diperjuangkan.. Bukan hanya amalan statik yang tidak perlu dikembangkan atau disampaikan.. Maka lahirlah apa yang kita panggil sebagai Akidah perjuangan.. Saya mengibaratkan kalimah syahadah itu sebagai VISI.. dan bila ada VISI maka hendaknya ada MISI.. dan seterusnya OBJEKTIF serta STARTEGI.. kesemuanya itu perlu dilaksanakn dalam satu plan tindakan yang memerlukan pengorbanan.. Maka disinilah makna pengorbanan yang sering diperkatakan.. pentingnya pengorbanan kerana ia salah satu identiti kearah jaminan kejayaan suatu perjuangan..

praktikalnya..
Perkataan ini mudah dilafazkan tetapi bukan mudah untuk dilakukan.. Efficency(kecekapan) teori kepada praktikal adalah mustahil untuk kita mendapat nilai '1'. Kebanyaknnya akan terhasil jua losses (kehilangan) di mana2.. Aaah!! Buadak kampuslah katakan.. Itu yang sering kawasan lemparkan.. Mungkin ada betulnya juga.. Malah budaya suka seat VVIP apabila balik berkhidmat dengan kawasan turut saya lihat sebagai salah satu asbab kefuthuran.. Ingatlah sahabat2.. Tidak ada seat VVIP yang menunggu anda di luar sana.. Jangan terkejut kalau mungkin anda hanya diminta menjadi tukang bancuh kopi di Markas nanti.. Belajarlah berenang di atas pasir kalaupun sebelum ini anda selesa berenang dalam air.. Ambillah ia suatu pengalaman ke arah satu erti kematangan..

Wahai sahabat..

Andai engkau tahu betapa besarnya matlamat kita,
maka kau tidak akan lelap dikala malam..

Andai engkau tahu Allah sentiasa melihat amal,
maka ku pasti engkau sentiasa menangis malam..

Andai kau tahu erti berjuang,
maka dikau sekali-kali tak akan beralasan..

##Siapalah kita disisi Ahmad Ibn Hanbal...##