Saturday, February 16

Pengorbanan dalam perjuangan...

"Tidak namanya pejuang kalau tidak berkorban"
Ujar seorang teman kepada saya. Saya temenung panjang mendengar komentar sahabat ini.. Secara diam-diam saya mengakui jua kebenaran kata-kata ini.. Betapa ramai insan yang bertaraf tokoh diluar sana sudah pun mewakafkan diri dan kehidupan semata-mata untuk suatu erti perjuangan.. Tapi, malangnya kita masih lagi mencongak-congak dan berkira-kira malah lebih teruk lagi ada dikalangan kita yang merasa sudah banyak berkorban dalam perjuangan ini.. Walaupun hakikatnya apa yang dibuat hanya sekelumit dari realiti pengorbanan yang sebenar..

Hmm.. Sangat jauh lagi perjalanan ini..

Saya cukup tertarik dengan sebuah buku yang ditulis oleh Shiekh Abu Al-Hasan 'Ali Al-Nadwi dalam tajuk Pendukung Panji-Panji Islam Sepanjang Zaman.. Buku yang memuatkan kisah dan sejarah mereka yang bergelar pejuang dan pendokong agama tercinta.. Serta diselitkan jua lakaran pengorbanan yang mereka pernah lakukan demi sebuah erti perjuangan..

Imam Ahmad Bin Hanbal

Suatu tokoh ulama yang tidak asing lagi bagi kita.. Pengasas kepada mazhab hanbali.. Imam yang berhadapan dengan sang penguasa yang tertarik dengan fahaman Mu'tazilah dengan mengagungkan pemikiran Yunani serta rasionalismenya.. Khalifah Al-Makmun ketika itu turut didorong oleh Ibn Abi Dawud, Ketua Hakim empayar 'Abasiyyah yang mendukung kuat fahaman mu'tazilah ini serta berlindung di belakang sang penguasa mutlak yang angkuh.. Dalam keadaan 'Aqidah umat Islam yang cukup genting ketika itu maka berdirilah Imam Ahmad bersama para muhaddithin (ahli hadis) bagi menegakkan yang hak dan mementang kebatilan walaupun ia melibatkan khalifah sendiri..

Kehebatan insan yang bernama Ahmad Ibn Hanbal ini tidak ada pertikaiannya lagi.. Samada dari segi keilmuan dan jua keterampilan beliau sendiri selaku Ulama dan pemimpin kebangkitan Ummah.. Ahli sejarah Islam merakamkan dalam nukilan mereka bahawa seramai 5000 orang mengikuti kuliahnya dalam satu-satu masa.. Dalam kepimpinan pula, hanya beliau sahaja yang tidak mengubah pendirian ketika mempertahankan hujjahnya mengenai sifat Al-Quran. Beliau ditangkap serta dipakaikan belenggu besi semasa dibawa menghadap khalifah dari Raqqa ke Baghdad.. Beliau dihumbankan kedalam penjara yang tidak tembus cahaya matahari serta disebat 34kali sehari dengan tukang sebat yang baru setiap kali 2 sebatan.. tetapi Imam Ahmad terus mempertahankan hujjahnya jua..

Insan teladan pejuang.
Mahasiswa dan perjuangan..

Secara teorinya....
Saya cuba membawa pembaca untuk melihat skop perjuangan serta pengorbanan dalam konteks mahasiswa pula.. Sebagai Mahasiswa kita tidak boleh lari dari soal ini.. sebabnya kita memang salah seorang pejuang.. Akidah Islam itu perlu diperjuangkan.. Bukan hanya amalan statik yang tidak perlu dikembangkan atau disampaikan.. Maka lahirlah apa yang kita panggil sebagai Akidah perjuangan.. Saya mengibaratkan kalimah syahadah itu sebagai VISI.. dan bila ada VISI maka hendaknya ada MISI.. dan seterusnya OBJEKTIF serta STARTEGI.. kesemuanya itu perlu dilaksanakn dalam satu plan tindakan yang memerlukan pengorbanan.. Maka disinilah makna pengorbanan yang sering diperkatakan.. pentingnya pengorbanan kerana ia salah satu identiti kearah jaminan kejayaan suatu perjuangan..

praktikalnya..
Perkataan ini mudah dilafazkan tetapi bukan mudah untuk dilakukan.. Efficency(kecekapan) teori kepada praktikal adalah mustahil untuk kita mendapat nilai '1'. Kebanyaknnya akan terhasil jua losses (kehilangan) di mana2.. Aaah!! Buadak kampuslah katakan.. Itu yang sering kawasan lemparkan.. Mungkin ada betulnya juga.. Malah budaya suka seat VVIP apabila balik berkhidmat dengan kawasan turut saya lihat sebagai salah satu asbab kefuthuran.. Ingatlah sahabat2.. Tidak ada seat VVIP yang menunggu anda di luar sana.. Jangan terkejut kalau mungkin anda hanya diminta menjadi tukang bancuh kopi di Markas nanti.. Belajarlah berenang di atas pasir kalaupun sebelum ini anda selesa berenang dalam air.. Ambillah ia suatu pengalaman ke arah satu erti kematangan..

Wahai sahabat..

Andai engkau tahu betapa besarnya matlamat kita,
maka kau tidak akan lelap dikala malam..

Andai engkau tahu Allah sentiasa melihat amal,
maka ku pasti engkau sentiasa menangis malam..

Andai kau tahu erti berjuang,
maka dikau sekali-kali tak akan beralasan..

##Siapalah kita disisi Ahmad Ibn Hanbal...##


No comments: