Friday, February 29

Suara dari SANGKAR KAMPUS...

"Bukan seorang pemuda yang asyik dengan sejarah ayahnya, saudaranya, atau datuknya, tetapi pemuda yang sebenarnya akan berkata, inilah aku. Pemuda mesti mencipta sejarah, bukan hanya berbangga dengan sejarah !!"

Kata-kata keramat itu mengakhiri ucapan Ust Dzulkahiri.. Presiden GAMIS 07/08.. Saya merasakan semua warga dewan teruja.. Darah saya terasa mendidih.. Semangat juang saya naik ke tahap maksima.. Andaikan ada serigala di hadapan yang cuba menghalangi warga dewan, nescaya habis diratah oleh kami.. Hebatnya aura tasji' yang ditiupkan oleh seorang future leader.. Mahasiswa yang berjiwa besar dengan pakej sakhsiyyah yang cukup lengkap.. Malah, menjadi igauan setiap kampus untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang insan yang sebanding dengan Dzulkhairi.. Saya berbangga kerana saya menjadi salah seorang yang terbakar pada petang itu!!

Saudara,

Kita tinggalkan dulu 'sejarah'tentang sahabat saya Dzulkhairi itu.. Mari kita meneroka sejarah kita sendiri.. Sejarah kita dengan usaha dakwah dan islah yang kita buat.. Sejarah perjuangan kita menentang golongan 'bangsawan kampus' yang sentiasa mencari jalan melenyapkan cahaya Islam lantaran dek keangkuhan dan kejahilan.. juga sejarah kita berhadapan para mad'u yang pelbagai background dan karenah yang memerlukan kekreatifan cara pendekatan.. Semua ini perlu diimbas semula untuk kita mengenalpasti kelemahan sebelum, supaya ada penambahbaikan selepas.. Untuk suatu nilai lembaran sejarah perjuangan kampus yang lebih baik dan mampan dalam usaha merealisasikan amanah dan tangungjawab suci ini..

Saudara,

Beginilah sewajarnya kerangka Mahasiswa berfikir.. Berfikir dan bertindak sebagai suatu insan yang menyedari amanah yang diletakkan di pundak kita masing-masing.. Bukan sahaja amanah sebagai pelajar tetapi jua amanah sebagai pemuda agama kerana kelak segala natijah agama pada masa akan datang adalah hasil daripada coretan dan lakaran sejarah kita hari ini.. Coret dan lakarkanlah sejarah anda..!! Sejarah anda pasti menjadi guru yang akan mendidik anda ke arah pembinaan future leader yang sempurna.. Ingatlah Rasul tercinta pernah bersabda, "kamu semua pemimpin dan kamu akan ditanya atas apa yang kamu pimpin..".

Mahasiswa perlu PEKA..


Saudara,

Sungguh! sebagai mahasiswa kita seharusnya peka dengan situasi sekeliling samada ia bersifat kampus,nasional, mahupun global.. Disitulah letaknya nilaian akademik dan keintelektualan sebagai Mahasiswa.. Ketahuilah wahai Mahasiswa.. Sokarno pernah berkata, "Berikan aku 10 orang muda nescaya aku akan gegarkan dunia..". begitulah hebatnya kuasa yang ada pada anak muda khususnya mahasiswa.. Lihat sahajalah episod sirah, nama anak muda tidak ketinggalan menjadi golongan terkehadapan untuk menentang arus jahiliyyah.. Madrasah Nabi SAW telah melahirkan anak-anak muda yang berjiwa kental seperti Mus'ab bin Umair, Ali bin Abi Thalib, Talhah bin Ubaidillah dan lain-lain.. Sehinggakan nabi pernah bersabda;

"Golongan yang paling ramai menyokongku ialah anak muda manakala yang paling ramai menentangku adalah orang tua"
Denyut perubahan iklim sosial dunia menyaksikan golongan muda sebagai agen perubahan.. Berbekalkan semangat, keazzaman, cita-cita dan idealisme mereka melakarkan sejarah tersendiri malah memimpin ummah kearah suatu transformasi sosial.. Sebagai contoh buat tatapan kita, lihat sahajalah Jose Rizal selaku ikon pejuang di Filipina yang merupakan anak muda Mahasiswa yang lahir daripada demonstrasi jalanan sehinggalah beliau mengepalai rakyat marhaen untuk bangkit menentang penjajah.. Percayalah! Kuasa kepekaan pasti akan mencetuskan angin perubahan.. Dan biarlah kita sebagai Mahasiswa menjadi salah satu identiti yang memimpin angin perubahan itu..

Berikan Mahasiswa Peluang,


"Biarlah Mahasiswa mencabar asalkan sambil itu dia belajar.."--Prof Ungku Aziz

Terima kasih prof.. Kalimah yang mengandungi sejuta hikmah yang wajar digarap bersama buat menebalkan jiwa mahasiswa dan sebagai renungan kepada mereka yang sering cuba menghalangi idealisme dan suara Mahasiswa.. Kalimah itu membawa message building the person.. Membina karisma dan krediabiliti sebagai the future leader.. Kerana pakej kepimpinan bukan datang dalam bentuk kun fayakun, tapi semuanya perlu melalui proses.. Dan proses ini yang paling penting untuk kita melihat generasi akan datang memimpin dengan pakej yang lengkap serta mempunyai idealisme tersendiri.. Dan perkara ini pernah diungkapkan oleh tokoh sosialis Barat iaitu Geri Weitzman dengan katanya "Kadangkala kita perlu mencipta apa yang kita ingin menjadi sebahagian daripadanya".
"Jangan kita menyesal kalau sampai 1 zaman, Mahasiswa hanya mampu tersenyum bodoh walaupun orang lain menghina dan menginjak-injak agamanya, lantaran subjek 'takut' yang kita peramkan dalam kepala mereka.. Mahasiswa itu adalah anak-anak kita juga.. Sanggupkah kita melihat kedayusan mereka pada agama tercinta.. Sampai bila kita mahu menggunakan kuasa bapa??"
Saudara,

Bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara, marilah kita memberikan penghormatan kepada usia kematangan negara yang dah berusia lewat 50-an. Bagi mereka yang memegang kuasa, berikan ruang demokrasi kampus sebenar kepada mahasiswa untuk mereka beradu atas gelanggang yang sama rata.. Itu amat adil dan saya pasti gelanggang itu bakal melahirkan mereka yang benar-benar berwibawa dan teruji dalam segenap aspek.. Pemimpin sebegini yang kita idamkan.. Tradisi mencabar dan dicabar juga akan meyemarakkan lagi semangat Mahasiswa untuk hidup sebagai jiwa yang PEKA.

Khas untukmu Mahasiswa..

Wahai Mahasiswa!
Bangunlah dari lenamu..
Saksikanlah pembantaian yang berlaku..
Saksikanlah kebejatan yang berleluasa..
Semuanya memerlukan tangan dan mulut untuk bekerja..
Kalau bukan hari ini, bila lagi?
Kalau bukan anda siapa lagi?

Wahai Mahasiswa!
Tinngalkan dunia keanak-anakan itu..
Naruto, CS, warcraft itu bukan permainan anda sudah sekarang ini..
Bahkan anda perlu turun bersama marhaen..
menyeka air mata duka mereka..
membimbing Ummah ke arah suatu ledakan perubahan..
membenteng rakyat dari peluru serangan sosial.
Menjadi penawar kepada sakit akhlak umat.

Wahai Mahasiswa!
usah engkau takut dan jua gentar,
Sedangkan NAGA sanggup kita lawan..
Inikan pula CICAK MENGKUBIN,
Kita tidak pernah beriman dengan akta itu..
Ayuh! bakarlah jiwa muda kita dengan minyak siraman Tarbiyyah..
Gigitlah tunggak prinsip itu dengan gigi geraham..
Sandarkan tawakkal kita pada yang Maha Kuasa..

Insya Allah! Janji kita pasti akan dikota..


myikhwanfiideen, JOHOR--25 Safar

No comments: