Pagi 1 syawal.
Seperti selalunya.. Usai sahaja solat sunat hari raya, orang kampung akan berpusu-pusu ke tanah perkuburan.. Pergi beramai-ramai ke sana bersama sanak-saudara.. Suasana yang hanya boleh dilihat setahun sekali. Mengunjungi orang tersayang yang sudah lama berpergian jauh..
Ibu adalah orang yang tak pernah miss.. Memang rutin hari rayanya begitu.. Boleh dikatakan tanah perkuburan itu bagaikan ‘rumah terbuka’ yang wajib dikunjungi setiap kali syawal menjengah. Bukan juga sebab jarang ke sana, seingat saya ramadhan lepas ibu sudah pun berkunjung ke situ.. Membersihkan apa-apa yang patut.
“Sudah siap? Cepatlah.. Nanti lewat pula..”. Ujar ibu bila melihat saya yang masih kelalaian di ruang tamu.. Melayan ketupat dan rendang yang free tak perlu berbayar.
“Owh, ok. Saya bawa diorang si Ewan ya..”. Memang pagi itu dah janji dengan ‘anak-anak kecil’ saya.. Nak bawa mereka menziarahi kubur ayah yang juga datuk mereka.
Ibu hanya mengangguk.
***
“Inak (ibu), kenapa si ama’ (ayah) tinggal di sini..?”. Soalan spontan yang terpacul dari bibir kecil anak buah saya.. Anak-anak kecil dalam keluarga ini memang dah terbiasa memanggil nenek mereka sebagai ibu. Datuk tak dipanggil atuk, bahkan ayah lah juga..
“Ama’ buat apa di bawah sana?”. Ewan pildacil saya yang berumur 4 tahun itu bertalu-talu menanyakan soalan.. Dia mengulangi soalan yang sama.. Menunggu respon dari ibu yang sibuk mengalihkan daun-daun kering dari atas pusara ayah..
Saya duduk bersimpuh di tepi pusara orang tersayang.. Sekali-sekala mengutip daun kering.. Tak banyak sebenarnya yang perlu dibersihkan sebab bulan ramadhan lepas dah berkunjung ke sini.. Soalan dari anak kecil itu saya biarkan tak terjawab.. Biarlah ibu sendiri yang menjawabnya..
“Ewan, Ama’ kamu tengah “TIDUR”.. Dia berehat sebab dah terlalu penat bekerja..”. Akhirnya mak bersuara.. Tidur?
“Owh.. Ama’ tidur di bawah nie.. Seronok ke tidur kat bawah tue?”.. Allah.. Banyak pula soalan anak kecil nie..
“Mestilah seronok Ewan.. Itulah Ama’ tak nak bangun-bangun lagi..”. Saya diam.. Hanya menjadi pendengar setia dialog antara nenek dengan cucunya..
“Kalau macam tue.. Kenapa Inak tak temankan Ama’ kat bawah sana..? Kesian Ama’ duduk sorang-sorang..”. Ya Allah.. Kenapa anak kecil ini boleh terfikir sampai begitu jauh sekali..
“Ewan.. Adalah masanya nanti Inak temankan Ama’ kamu di bawah.. Semua orang di dunia nie kelak tiba masanya akan ‘tidur’ di bawah sana juga.. Tiada yang terkecuali”. Jawaban ibu yang sungguh dalam maksudnya.. Sambil itu tangannya mengusap ubun-ubun Ewan.. Alhamdulillah, anak kecil itu nampaknya puas hati dengan jawaban neneknya..
Saya memalingkan wajah..
Tak sanggup nak menonton sketsa nenek dan cucu di pagi syawal.. Ada perasaan sedih yang menyelinap dalam hati.. Jawaban ibu tadi terasa seperti dihalakan juga kepada saya.. Nak bagi tahu bahawa orang tersayang sepertinya tidak akan kekal berada di sisi sepanjang masa. Tiba masa, kami akan berpisah juga.. Oh Tuhan!
Kasih yang Abadi..
“Ewan.. Mari sini sayang.. Jom ikut uncle duduk kat bawah pokok.. Kita tunggu inak kat sana ye..”. Saya memanggil si anak kecil.. Sebenarnya nak bagi “masa privacy” untuk ibu duduk bersama ayah.. Tak nak menggangu mereka berdua.
Saya memang tahu keinginan ibu.. Sebab itulah ibu takkan lepaskan peluang 1 syawal untuk bersama ayah walaupun cuma seketika.. Berhari-raya di ‘rumah terbuka’ ayah sambil-sambil menghulurkan sedikit buah tangan al-fatihah..
Peristiwa 13 tahun lepas masih segar dalam minda.
“Dah pandai cakap bohong ya?..” Tanya ayah dengan suara yang tinggi.. Saya tunduk pasrah.. Menyesal kerana singgah bermain GAME di rumah sepupu.. Sebelum keluar dah janji dengan mak nak balik cepat.. Tapi terlalai.
“Maknya, ambil rotan kat bilik..”. Pinta ayah dengan mak yang menjadi saksi petang itu..
Muka ibu agak serba salah.. Mungkin terkejut dengan hukuman rotan yang diputuskan oleh ayah.. Sebelum nie tak pernah lagi ayah jatuhkan hukuman seberat itu. Tapi, sebiji perkataan pun tak terluah dari mulut ibu.. Tanpa ada bantahan, rotan diambil dan diserahkan kepada ayah..
Zapp! Perdu kaki saya disinggahi oleh rotan bemban pusaka keluarga.. Serentak itu saya terasa dunia ini sudah terlalu gelap.. Bukan kerana rotan itu sakit dan terlalu kuat.. Tapi, impak moral sebenarnya yang terlalu sakit buat saya.. Apatah lagi bila dirotan oleh orang yang tersayang.. Ibu turut menangis.. Kenapa?
“Menangis kerana menahan EMOSI seorang ibu terhadap anaknya dalam masa yang sama wajib menjaga rasa SETIA pada suami yang menjatuhkan hukuman.”. Jawaban yang baru saya faham setelah melangkah ke alam dewasa.. Ada pertembungan dua jenis kasih di situ..
Lama juga saya melayan kisah-kisah silam.. Mata pula masih bulat memerhatikan ibu dari jauh..
Kelihatan ibu masih mengusap-usap batu nisan penanda pusara ayah.. Mulut pula kumat-kamit seperti sedang berbicara dengan orang yang hidup.. Entah, apalah topik perbualan mereka suami-isteri pagi itu.. Hati saya ikut terusik secara tiba-tiba..
Sungguh romantik..
Saya akur, inilah kasih yang abadi.. Kasih dan cinta yang tak pernah luntur.. Terlalu dalam sehingga tidak ada pembaris yang mampu mengukurnya.. Sebenarnya kalau direnung-renungkan, orang-orang dulu nampaknya lebih memahami maksud KASIH, CINTA, dan SAYANG lebih dari kita.. Bahkan, lebih faham berbanding kita yang menelaahnya dengan buku, forum, seminar, kursus dan pelbagai sumber yang ada.. Mengapa??
Ikhlaslah berkhidmat..
Mengandungkan anak-anak.. Kemudian melahirkan, kemudian menyusukan, kemudian membesarkan, kemudian mengasuh dan mendidik, dan dalam masa sama membantu suami mencari nafkah kehidupan bukan suatu yang mudah untuk diharungi.. Banyak GARAM dari GULA sebenarnya.. Orang anak satu pun dah termengah-mengah jadinya.. Terpaksa jumpa kaunselor untuk menguruskan stress. Orang dulu-dulu kursus perkahwinan pun tak pernah pergi.. Tapi mengapa rasa kasih mereka boleh abadi? Pelik bin ajaib juga..
So, apa sebenarnya yang kita tidak ada dan orang dulu ada..?
“Bu.. Apa dia ya tips nak kekalkan rumah-tangga supaya berpanjangan..?”. Cungkil saya ketika bersembang-sembang dengan Ibu.. Saja nak belajar sesuatu dengan orang-orang veteran.
“IKHLASLAH BERKHIDMAT..”. Pendek saja jawaban ibu.. Ikhlas? Apakah kita hari ini masih kurang ikhlasnya..?? Sehingga kasih yang dimeterai tidak terabadi selamanya!
Saya berfikir-fikir.. Ikhlas nie suatu benda yang terlalu seni untuk diteropong.. Rahsia yang Allah sembunyikan dari manusia.. Hanya Dia yang tahu ikhlaskah atau tidak.. Cuma, kalaulah orang dulu-dulu punya 100% ikhlasnya untuk berkhidmat.. Hari ini kita juga kena 100% bahkan kalau boleh lebihkan lagi sehingga 300%. Apatah lagi kes-kes kegoncangan rumah tangga zaman kini semakin pesat jadinya.. Na’uzubillah.
Masih ikhlaskah kita..??
Saat seorang lelaki asyik membelakangkan soal kepentingan agama dan ilmu untuk mendidik anak dan isteri.. Ikhlaskah si lelaki?
Saat seorang suami duduk goyang kaki di ruang tamu lagak seperti “big boss” lalu membiarkan isteri seorang diri menguruskan rumah dan anak-anak.. Ikhlaskah si suami?
Saat seorang ayah tidak langsung menjaga akhlak dan tingkah-laku peribadinya dalam rumah dan luar rumah atau di depan anak mahupun di belakang mereka.. Ikhlaskah si ayah?
Saat seorang isteri meminta-minta sesuatu di luar kemampuan suaminya dan sering mengeluh dengan kepayahan hidup.. Ikhlaskah si isteri?
Allahu Akbar! Rupanya banyak lagi peratusan KHIDMAT IKHLAS yang tak terkejar...
p/s-Kepada sahabat-sahabat seangkatan matrikulasi yang melangkah ke jinjang perkahwinan pada awal syawal yang lepas, saya doakan anda semua dikurniakan ikhlas 300%++.. Moga anda bertemu kasih yang abadi.. Ameen.
No comments:
Post a Comment