Friday, October 23

Biarpun setitik tinta.

Hari ini seperti hari lainnya yang terisi dengan segala macam agenda; mesyuarat yang berlanjutan hingga ke tengah malam.. Kemudian, disambung pula dengan diskusi sekitar kehidupan oleh bro-bro senior.. Ah, banyak sebenarnya yang perlu diperkasakan lagi. Terutama, kapasiti diri ini.

[1.02 am]

Waktu normal untuk saya menghabiskan kerja seharian dan kemudian balik menjengah kaki ke ruang tamu rumah yang sudah bergelap.. Isyarat, petanda bahawa penduduk bumi sudah beradu mimpi. Takpa, bagi saya waktu bukan sempadan untuk membatasi aktiviti manusia.. Waktu hanya menjadi ukuran di mana kita sekarang..

Nak cerita pasal rutin.

Kebetulan ketika mesyuarat besar tadi, ada pula mesyuarat kecil antara saya dengan seorang bro senior merangkap 'guru' saya.. (maaf, tuan pengerusi). Mesyuarat ‘curi’ lebih kurang. Terpacul pula satu pertanyaan yang selalu disoal oleh teman-teman.. Diulang oleh senior tadi.. “Rajin menulis ye..?”. [link]-Entry yang ditulis oleh beliau malam tadi.

Rutin. Saya kira semua orang punya rutin tersendiri.. Menulis juga satu kerutinan bagi sesiapa yang meminati karier sebagai penulis. Sehingga saya rasa, tahapan dalam meminati bidang ini semakin hari semakin berkembang. Ada proses yang berlaku..

Bermula dari adunan “hobi—minat”, saya seolah telah tiba ke satu destinasi lagi iaitu paduan antara “kerjaya—komitmen”. Dan, inilah sebenarnya yang merutini tentatif putaran hidup saya seharian.. Yang pasti, saya belum dapat mengagak destinasi yang keseterusnya? Perancangan ada.. Cuma, belum bermula..

[1.36 am]

Waktu yang dipapar oleh laptop.. Apa maksudnya?

That means.. Saya dah mengambil lebih kurang 30 minit untuk menconteng sesuatu.. Yang pasti, tempoh 30 minit tadi adalah satu peruntukan masa kritikal untuk saya bekerja.. Kerana pada hemat saya, rutin menulis ini saya dah tanggapi sebagai satu profesion kerja setelah berlakunya suatu proses perjalanan dalam hidup.

So, nak memastikan kerjaya tadi dilangsai secara sempurna.. Ia perlu dipadu dengan sejenis sifat yang dinamakan sebagai komited. Hakikat, sifat inilah sebenarnya yang akan memastikan kerjaya sebagai penulis dapat dilunasi secara berterusan.. Insya Allah.

“Abang, biasalah, ana bujang, dengan menulis inilah dapat mententeramkan diri, lainlah yang sudah berkeluarga” Ringkas, penerangan seorang teman.—Jawaban saya dalam blog senior tadi.

Secara jujur.. Saya masih tak pasti, apakah maksud disebalik kata-kata saya itu.. Walaupun saya yang mengungkapkannya..

Apakah saya bertanggapan bahawa satu hari nanti kerjaya ini pasti akan DIBATASI oleh status diri yang tidak lagi bujang (sudah berkahwin)? Atau..

Apakah setelah berumah-tangga, sesiapa akan ketemu alam yang sudah cukup MENTENTERAMKAN DIRI hinggalah karier sebagai penulis dah boleh ‘letak ditepi’?

Bukan..

Apa yang benar ialah..

Bahawa saya perlu akur pada perasaan.. Juga akal yang sering mengingatkan bahawa diri ini sudah sampai ke satu stage, “kerjaya seorang penulis”. Yang perlukan tanggungjawab untuk terus komited memberi.. Tak kiralah, samada ia sekadar luahan hati.. Ekspresi otak.. Cadangan solusi.. Makluman berulang.. Santai minda berfikir.. Termasuklah, entry yang secuma taraf sebuah “contengan” [link].

Oleh yang demikian..

Walau siapa pun bakal pelengkap hidup, pesan saya—Nanti, jangan cemburui pada masa yang terus berjalan.. Atau geram pada laptop saya yang sentiasa menjadi teman diri saban siang hingga ke malam.. Dan, bersedialah memberi peluang kepada diri ini untuk terus bekerja—Kerjaya seorang penulis, biarpun hanya ada setitik tinta.. Namun sebuah pena akan terus dedikasi pada erti hidup memberi atau berkongsi dengan orang lain..

Semuanya kerana, inilah fikir saya.. Inilah jua kerjaya saya.. Dan insya Allah, beginilah kerutinan saya sampai bila-bila..

Moga bisa difahami.

-Penulis yang menagih tunjuk ajar-

1 comment:

Anonymous said...

tidak mustahil mata pen bersaiz medium blh menjadi lebih tajam dr saiz s-fine.

Blog Archive