Friday, October 16

Bicara Pagi 2: Meramaikan lagi Insan Pembela.

Sobahaal khier untuk semua pengunjung maya..

Bersyukur kita pada hadarat ilahi.. Kerana masih lagi dikurnia subsdidi nyawa yang cuma sedikit sebagai bekal untuk melangsungkan hidup. Mencari bekal untuk akhirat yang kekal abadi!

Pagi jumaat yang mulia ini, kita ambil sedikit masa untuk mengucap syukur kepada Allah swt yang memberikan nikmat Iman dan Islam buat kita. Alhamdulillah..

Saudara,

Sungguh.. Islam adalah risalah Allah yang terakhir, ia diturunkan kepada alam sejagat dalam bentuk yang amat sempurna dan tanpa cacat cela. Sebagaimana yang diingatkan oleh Allah swt dalam Quran yang mulia;

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan nikmatku ke atas kamu, dan telah Aku ridhai bagi kamu islam sebagai Agama (cara hidup)”. Al-Mai’dah: 3

Kalau kita tenungi ayat ini, kita dapati dari satu segi Allah swt “bermurah hati” untuk mengirimkan kepada manusia satu agama yang sempurna. Agar mereka tidak tersesat! Dan satu segi yang lain, ternyata hidup ini BERTERUSAN, SENTIASA BERUBAH, dan BERKEMBANG...

Sebagaimana Alam kosmos yang sentiasa berkembang.. Hidup juga berkembang sehinggalah menemui titik yang terakhir..

Bagi membolehkan umat mampu mengadaptasi zaman yang senantiasa ‘expanding’.. Maka Allah telah menganugerahkan dua perkara kepada ummat ini. Al-Quran dan As-sunnah! Kedua petunjuk ini bersifat AMPUH bahkan ANJAL untuk menyelesai segala masalah serta penyakit manusia yang berubah-ubah mengikut zaman.

Manusia “luar biasa” yang dirindu

Sejak bermula peranan Islam di muka bumi ini, betapa ia telah dituju oleh pelbagai serangan dahsyat yang tak pernah dihadapi oleh mana-mana ajaran dan agama lain. Terbukti! Bukan sahaja Islam berjaya mengatasi musuh yang cuba mengancamnya, bahkan Islam turut mengekalkan ketulenan dan bentuknya dari azali..

Lihat sahaja pengalaman Islam, serangan golongan Hashishiyyun (Assassins) umpamanya atau pihak Mongol antaranya.. Sudah cukup untuk meruntuhkan agama ini jika ia bukan dipelihara oleh Allah swt!

Di kala Islam menghadapi zaman sukarnya, takdir Allah swt menentukan ia kembali semarak dengan obor dan panji-panji yang dijulang oleh sekelompok manusia yang “luar biasa”. Mereka ini telah memberikan daya penggerak baru—jiwa yang baru—atau sinergi yang baru sehingga berkobarlah api juang umat sezamannya!

Ini sebenarnya yang kita impikan selama ini.. Kelahiran golongan luar biasa tadi,, merekalah yang dipanggil sebagai “MUJADDID”—Pembaharu!

Pembaharu bagi saya, bukan hanya terbatas pada penyucian semula akidah islamiyyah, ataupun perletakkan semula syariat pada makamnya.. Tetapi, pembaharu yang kita rindui juga menjadi koordinasi untuk suatu strategi ‘perang baru’ bagi melawan jahiliyyah moden!

Kemerosotan asbab tiada Mujaddid

Mari kita ambil agama Kristian sebagai suatu contoh yang nampak.

Bermula dengan penyimpangan kepercayaan pada pertengahan abad pertamanya, agama ini terus merosot dari tahap agama Tauhid hinggalah kepada sistem yang syirik. Ketulenannya sebagai agama samawi terus hilang akibat pengadunan falsafah Yunani dengan ajaran Buddha.

Angkara siapa?

Paul Of Tarsus-wikipedia

St. Paul, kononnya beliau adalah mahaguru teragung agama Kristian lantas diangkat oleh para pembelanya.. Padahal, perbuatan beliaulah yang menyebabkan berlakunya transaksi ‘alam kepada satu alam yang lain’ dalam agama Kristian! Maka, natijahnya agama Kristian tadi tidak lagi melunasi hukum Allah sebagaimana agama samawi yang lain, bahkan ia menjadi agama rekaan manusia semata-mata..

Selama ribuan tahun hinggalah sekarang.. Dunia Kristian tertipu dengan jalan yang ditunjukkan oleh Saint Paul. Agama Kristian gagal melahirkan sebarang tokoh yang mampu melakukan ‘pencerahan semula’ atas kegelapan yang ditinggalkan oleh tokoh palsu itu.

Martin Luther, namanya harum dan dinobat sebagai tokoh pembaharu di Jerman.. Tetapi, usaha beliau terbatas hanya kepada beberapa masalah yang khusus. Dan, akhirnya usaha pencerahan tadi terus menemui jalan mati.

Sebenarnya, pendita-pendita Kristian telah mengakui akan kekosongan tokoh Pembaharu atau Gerakan yang berupaya melaksanakan pencerahan terhadap agama Kristian. Lihat sahajalah tulisan rencana J.B. Mullinger dalam Encyclopedia Britannica;

“Kegagalan sama sekali usaha yang berterusan untuk mencapai kadar pembaharuan yang meneyeluruh dalam sistem Gereja merupakan kenyataan yang dimaklumi dalam sejarah Eropah.”

Mujaddid sebagai insan Pembela.

Sejarah telah membuktikan..

Bilamana dasar-dasar Islam cuba diselewengkan, ajarannya cuba dipalsukan, ataupun kebendaan cuba untuk menyerang,, seseorang tokoh pasti dihadirkan oleh Allah swt.. Ia muncul untuk membela Islam dan seterusnya bertarung dengan musuh-musuh Islam tadi sehingga kesemuanya dapat ditewaskan..

Inilah sebenarnya janji Allah swt. Islam adalah agama dari Allah, dan Dialah jua yang akan memeliharanya dari segala bentuk ancaman kemusnahan. Tuntas, Allah memelihara ad-Din ini melalui ‘wakil-wakilNya’ yang dimunculkan di dunia..

Man auliaa’uhu??-Siapa wakil-wakilNya??

Lahir dalam cuaca yang penuh KEIMANAN serta KEINTELEKTUALAN sehinggalah membesar sebagai Mujaddid!

Merekalah..

yang memiliki keimanan serta amalan ikhlas.. yang mewarisi Sunnah Nabi saw serta beriltizam dengannya.. yang berakhlak tinggi serta berbudaya intelektual cemerlang.. yang bekerja sepenuh hati mendaulatkan kerajaan Allah.. yang tidak pernah takut dengan ancaman musuh agama.. dan yang terus memenuhi jiwa orang keliling dengan iman serta rasa bertuhan.

Dan hari ini,,

Mereka mungkin seorang Penguasa dari kalangan Raja atau Pemuka.. Ataupun Ulama dari rumpun Pensyarah atau ahli Falsafah.. Ataupun Bangsawan yang kaya raya.. Dan, mungkin juga hanya insan biasa..

Tapi hakikatnya, merekalah insan Pembela yang masih bertahan demi agama Allah swt.

Moga setiap kita dan generasi kita dikurnia gelaran seperti itu..Ameen.

No comments:

Blog Archive