Tuesday, October 13

Catitan: ~Fastaqim kama Umirta!

“Susahlah kalau macam tue.. Takkan tak boleh nak jumpa kot.”. Dia merungut..

“Memanglah.. Kita nie hamba. So, kena ikutlah peraturan Allah.”. Entah, macam mana lagi nak explain.. Dah habis idea dah.

“Habis.. Macam mana nak buat? Janganlah kolot sangat.”. Kolot la pula..

“Hmm.. Kenapa terdesak sangat nak jumpa?”. Soalan nak tahu faktor sebenar..

“Nak kenal.. Nak tahu background.. Nak rancang hidup lepas nie..”. Owh. Macam tue ke?

“Berapa lama masa nak kenal? Setiap petang? Setiap hari..? Setiap minggu.. Atau, itu cuma alasan..”. Bagi ‘penangan’ sikit..

“Hmm.. Entahlah.”

“Haa.. Tahu pun.”. Memang.. Kadang-kadang itu cuma alasan sahaja. Sekadar nak melapik ‘hidden agenda’ sebenar.

“Kalau yang tu tak boleh.. Yang nie tak boleh.. Apa lagi yang boleh?”. Yup, di sinilah KEMELUT sebenar bagi ‘mereka’. Persoalan; HOW??

Bagaimana sebenarnya yang Islam mahukan..? Kaedah yang syar’ie.. Bukan main semberono melanggar hukum.. Dan akhirnya, maruah sendiri juga yang tergadai. Bila TERHANTUK, baru nak TENGADAH!

Saya bercakap dalam konteks mereka yang umum. Maksudnya, golongan “di luar sana”. Mereka sebenarnya tiada maklumat. Terlalu kurang info, apatah lagi ‘saluran’ yang boleh diguna pakai.. So, bila kita hanya bertindak untuk MENYALAHKAN semata-mata.. Siapa yang salah? Kemungkinan, kita juga adalah Pesalah!

Iman kita meyakini bahawa segala kemelut hari ini mesti ada jalan selesainya dalam Quran. Cabarannya ialah; Bagaimana kita nak ekstrak jawaban dalam Quran itu menjadi satu sistem realiti yang boleh diguna pakai oleh masyarakat moden hari ini. Nah, di sinilah peranannya seorang DA'IE!

Saya ingat, ada peluang ‘pencerahan’ untuk semua itu.. Insya Allah!

Hilmey Management and Consultancy (H-MaC)

Alhamdulillah.. Saya merafak syukur buat Allah swt yang memudahkan urusan untuk penubuhan satu lagi “MEDIUM-TEMU” dengan masyarakat setempat. Awal-awal lagi saya dah ingatkan kepada rakan kongsi, syarikat ini bukan tujuan tubuhnya ialah bisnes. Bukan! Apa yang kita nak ialah, dakwah!

Prinsip saya.. “Dakwah ibarat air.. Di mana ada laluan, di situ ia mengalir.”

Awal julai lepas, kami mencuba untuk masuk tender yang dibuat oleh Jabatan Agama hal-ehwal negeri melalui ‘Program Pengajuran Kursus Pra-Perkahwinan’.. Agak mencabar juga disebabkan sayalah paling senior makanya sayalah yang kena siapkan proposal setebal buku teks sekolah itu!

Saya mengambil masa sebulan untuk meneliti beberapa modul pembentukan keluarga dari beberapa negeri di semenanjung termasuk ‘Modul Keluarga Sakinah Negeri Johor’.. Disamping nak cari kesesuaian dengan waqi’ setempat. Terima kasih kepada para ustaz yang banyak memberi tunjuk ajar.

Bulan ogos lepas..

Satu surat rasmi panggilan temuduga syarikat telah dihantar ke alamat saya.. Ya Allah, sebenarnya tak pernah terfikir untuk dipanggil temuduga ketika itu.. Sebabnya, bayangkanlah dengan usia syarikat yang tak sampai sebulan jagung, dan saingan sebanyak 83 syarikat sama telah memohon tender tersebut.

Semuanya adalah berkat kami letakkan harapan kepada Allah swt.

Sesi TEMU dan DUGA yang mencabar!

Nak kongsi sedikit pengalaman..

Dapat sahaja telegram rasmi dari jabatan, saya bergegas terbang ke ibu negeri dengan persediaan “sehelai sepinggang”! Ibaratnya begitu.. Dalam flight, saya hanya sempat menyelak beberapa lembaran buku-buku rujukan keluarga yang memang dah lama menjadi kitab simpanan saya di rak buku.

Adalah satu dua ayat dan hadis yang sempat dihafal untuk sesi temuduga nanti..

Apa yang saya agak bimbangkan waktu itu, bukanlah “soalan-soalan skema”.. Saya takut ada soalan berbentuk “personal” yang bakal dilontar oleh panel-panel jemputan khas. Susah nak jawab nanti! Saya mengagak..

Setibanya di WISMA Majlis Ugama Islam Negeri..

Semua memandang pelik.. Aduh! Saya rasa ketika itu, semua wakil syarikat adalah kategori ‘bapa dan emak’.. Satu-satunya kategori ‘anak’ ialah, saya! Sudahlah semuanya ‘veteran’ ada pangkat ‘Datuk’ dan ‘Datin’ pula tue.. Hmm.. Pedulikan. Optimis walaupun sudah mula berpeluh dingin!

“Fastaqim kama Umirta!”

Saya mendapat kekuatan dari ayat ini.. “Berpegang teguhlah atas apa yang diperintahkan kepadamu!..”. Allah yang memerintahkan kita supaya melaksanakan dakwah, yakinlah Allah juga yang akan menolong kita untuk menyempurnakannya.. Tiada daya manusia melainkan semuanya pertolongan Allah swt.

“Encik Zul, awak belum kahwin tapi awak nak bagi kursus perkahwinan.. Bolehke?”. Haa.. memang dah agak dah soalan nie.

Ini soal ‘how to manage’.. Bukan soal nak bagi pengisian kepada para peserta program. Syarikat hanya bertindak untuk menyediakan prasarana tempat, penentuan tarikh, pendaftaran, dan sebagainya.. Jadi, apa masalahnya kalau orang yang menyelaraskan semua itu dari kalangan orang yang belum berkahwin?

Tersenyum-senyum para panel mendengar jawaban saya.. Soalan itu sebenarnya sengaja nak ‘test power’..

Saya kadang-kadang tersenyum sendiri bila teringat soalan nie..

Improvement perlu dilakukan!

Saya memberi beberapa kritikan dan idea pandang depan kepada para panel pagi itu..

Ada orang yang datang ke kursus kerana terpaksa.. Kalau tak datang, sijil nikah tak boleh nak ‘approve’. Camne nak kahwin?? So, terpaksalah juga si kawan nie datang.. Datang dan tidur.. Lepas dua hari, dapatlah sijil LULUS kursus.. Dengan tanggapan mereka dah betul-betul faham kesemua modul yang disampaikan.. Betulkah tanggapan itu?

Bagaimana nak buat?

Bagi saya, bila kita sebut ‘kursus’ maknanya ia satu bentuk proses belajar yang berlangsung sepanjang masa.. Bukan dua hari sahaja!

Sejak dari kita akil baligh, sebenarnya kita sudah berkursus pra-perkahwinan secara tak langsung.. Buktinya? Kita membesar sebagai ANAK, maka kita kena mempraktiskan kehidupan sebenar seorang anak yang memenuhi kriteria agama. Bukankah juga anak adalah salah satu unsur asas dalam institusi rumah-tangga?

Semuanya itu sepatutnya berlaku dalam suasana harmonis yang mendaulatkan hukum Allah swt, sehinggalah anak tadi menjadi suami dan seterusnya menjadi bapa.

Silapnya kita hari ini..

Apa yang ditekankan ialah, kursus PRA yang dibuat secara rasmi di awal ambang perkahwinan sahaja.. Itupun diwajibkan atas faktor ‘untung’ semata-mata.. Bukan bermaksud mendidik mana-mana pasangan sebagaimana yang tertakluk di dalam kertas kerja!

Saya berhasrat..

Jika Allah bagi peluang untuk syarikat kecil ini untuk mengendalikan kursus, saya akan cuba membuka lagi beberapa kursus@pengisian yang bersifat “FOLLOW-UP” dan tidaklah bersifat wajib.. Sekadar untuk memberi jalan kepada mana-mana pasangan yang mahu membuat “nilai tambah ilmu”. Maksud saya, biarlah program ini betul-betul dilaksanakan atas tuntutan dakwah dan bukan untuk melepas batuk di tangga!

Bukanlah bila dah dapat duit RM150 untuk seorang peserta.. Syarikat pun dah habis tanggungjawab!

Antara modul pengisian “FOLLOW-UP” yang terfikir ialah; ‘KEWAJIBAN penyusuan bayi selama 2 tahun.’..

Dewasa ini, tak ramai yang faham kenapa Islam begitu menitik beratkan soal penyusuan anak selama dua tahun. Walhal benda nie telah disebut oleh Allah swt dalam Quran. Nak tunjuk betapa pentingnya susu ibu.. Tapi akhirnya, ‘ramuan susu lembu’ jugalah yang menjadi pilihan para ibu hari ini setelah doktrinisasi dunia kapitalisme!

Sehingga akhirnya.. Terbentuklah generasi ‘kita’ yang berperangai “L.E.M.B.U.”. (maaf cakap..tapi itulah realiti)

Tugas yang perlu digalas.

Rasanya dah hampir dua bulan sesi temuduga berlalu. Oleh sebab tidak ada jawaban dari pihak jabatan berkaitan, saya pun menyambung semula pengajian yang tertangguh.. Lagipun, saya tak meletakkan harapan tinggi untuk dapat. Al-maklumlah “kabel-kabel” syarikat lain terlalu ‘besar’ dan ‘panjang’!

Takdir Allah swt dah menentukan segalanya..

Betullah.. Kalau Allah nak pilih kita untuk sesuatu.. Tiada siapa yang boleh menghalangnya. Itu sebab bila kita nak sesuatu, pohonlah pada Allah swt. Walaupun kita hampir ‘konfiden’ untuk dapat!

Sekarang, tugas dah diserahkan.. Tinggal lagi cara untuk melaksanakannya.. Apa yang saya pernah cakap sebenarnya adalah UJIAN.. Betul tak kita nak buat atau hanya janji kosong? Allah mahu menilai semuanya..

Kalaulah nak bercakap tentang “perancangan apa nak buat?”.. Terlalu banyak sebenarnya yang berselirat dalam kepala ini.. Termasuklah menjadikan medium yang ada ini sebagai “saluran yang islami” bagi ‘mereka-mereka’ yang berada di luar sana. Usaha ‘pencerahan’ perlu dibuat seberapa segera bermula dari sekarang.. Ceramah yang banyak kalau tidak ada ‘saluran’,, bukanlah satu bentuk penyelesaian!

Moga Allah swt permudahkan..

Berdepan status yang masih pelajar, saya cuba mengumpul segala kekuatan untuk melaksanakan salah satu lagi agenda dakwah yang dilorongkan oleh Allah swt ini.. Walaupun sebenarnya terasa sangat lemah dan betul-betul tak termampu. Insya Allah, saya yakin itulah yang terbaik!

~Fastaqim kama Umirta!


p/s-Posting ini ditujukan kepada sahabat-sahabat yang tertanya-tanya status syarikat yang ditubuhkan tempoh hari. Insya Allah, list rasmi dah keluar. Dan, sekarang nie saya cuma masih menunggu surat panggilan taklimat selepas meeting Lembaga Pengarah. Insya Allah, semuanya dalam bulan oktober ini.

Saya harapkan doa teman-teman yang ada.. Moga kita semua sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan agama. Ameen...

No comments:

Blog Archive