“Mari sini.. Nenek mahu kamu baca lagu hijjaz..”. Pinta nenek waktu petang.
“Allah.. Dah lupa la nek.”. Menggaru-garu kepala yang tak gatal.
“Eh.. Mana boleh lupa.. Lagu Quran ni ilmu.. Ilmu Quran juga.”. Habislah..
“Inilah.. Belajar tinggi-tinggi tapi lagu hijjaz yang mudah tu pun dah lupa..”. Opps.. Terkena lagi.
“Bukan nek.. Dah cari orang yang nak ajar kat sana. Tapi, tak jumpa.”. Boleh ke alasan nie?
“Alasan ler tue.. Sudah, bagi nenek dengar lagu bayati pun ok.”. Bayati? Hmm.. Boleh la.
“Ok.. Ok.”. Ok yang KO sebenarnya.
“Izzaa zul zilatil ar-dhu zil zaalahaa wa akhrajatil ardhu athqaalaha”.-Bolehla.. Entah lepas atau tidak dengan skema nenek nie.
“Itu lagu apa?”. Haa.. Sudah. Nenek menyoal.
“Bayati Asli.. Kan nek?”.
“Iyelah.. Bayati tingkat nada ape?”. Huh? Kenapalah tak buat rujukan sebelum datang rumah nenek tadi.. Ish.
“Bayati.. Nada Qarar.”. Teka moga kena.
Nenek mengangguk-angguk seperti hakim tilawah kat tv. Fuh,, Nasiblah..
“Lagi..”.
“waqaalal insaanu maalahaa yaumaizin tuhaddithu akhbaarahaa bi anna rabbaka auhalahaa..”. Kembung-kempis perut menahan nafas. Tarannum tanpa praktis macam nielah jadi dia..
“Nada ape?”.
“Nawa.”.. Teka lagi..
“Iyalah tue.. Nenek rasa macam dah nada jawab tadi.”. Ya Allah.. Kuatnya ingatan orang tua nie. Terkagum sendiri.
“Iyeke nek? Tak perasan pula.. Hehe”. Tergelak melihat diri yang terkontang-kanting. Siapa suruh.. ‘Al-ilmu fil qulub la Fil Kutub’. Nie tidak,, ‘Al-ilmu Fil Kutub la fil qulub’. Terbalik.
“Alhamdulillah.. Nasiblah masih ingat sikit. Walaupun tak sampai secupak. Adelah juga.. Kamu nie kan.. Selalulah berlatih lagu-lagu yang kena ajar dulu.. Sayanglah kalau ada ilmu, tapi tak beramal.”. Insaf seketika..
“Perut dah naik nek.. Tak macam dulu lagi. Huhu”. Alasan yang selalu diungkap oleh Qari-Qariah yang sudah “pencen”.
“Itulah kamu. Kalau selalu praktis tarannum, takdelah perut jadi naik macam sekarang.”. Nenek mencebik. Kena lagi!
“Nenek la pula baca.. Saya nak dengar. Rindu nie..”. Hehe.. Kadang-kadang kena uji juga orang-orang lama..
“Nenek dah tua.. Kalau kamu kata perut dah naik, perut nenek pula dah kempis. Dah tak boleh masuk angin. Tu sebab nafas tak sampai.”. Senyum.. Eleh, pandai nenek nak mengelak.
Seni bertarannum.
Membaca Quran dengan berlagu adalah seni. Bila sebut seni, situ ada unsur kreativiti.. Walaupun dah ade beberapa tausyik lagu yang asas, contoh-Bayati, Hijjaz, Sobah, Rast, Jiharkah, dll. Tapi sebenarnya ia masih bergantung dengan daya kreativiti Qari ataupun Qariah..
Bagaimana getaran suara..
Angkatan nada dan lenggoknya..
Gaya dengungan dan macam-macam lagi.
Memang seronok belajar tarannum. Apatah lagi waktu kecik-kecik dulu.. Suara yang nyaring semacam burung tiung itulah yang menjadi kesukaan guru yang mengajar. Berpinar-pinar mata bila nak buat lagu Bayati-tingkat nada jawabul-jawab. Antara nada yang paling mencabar!
Masa itulah pun peluang nak belajar. Sebab, terlalu jarang sekolah menengah yang menyediakan guru-guru yang tahu mengajar seni bertarannum. So, kalaupun kita bukan Qari atau Qariah, jika ada peluang belajar tarannum.. Maka belajarlah..
Sebenarnya, ilmu tarannum bukan untuk pertandingan atau apa-apa ‘opening show’ ketika majlis.. Kita pun sebenarnya tak bersetuju untuk mengklasifikasikan ilmu nie untuk majlis-majlis tertentu.. Bila ada majlis formal yang berkonsepkan islamik, mulalah ke hulu ke hilir mencari pembaca Quran. Dapat yang “pencen” pun pencen lah.. Asalkan ada bunyi ala-ala tarannum sudah.
Bila masa nak bertarannum?
Bila-bila pun boleh.. Masa ‘bacaan rileks’ disitulah kita boleh praktiskan tarannum.. Contoh, bacaan Imam Ghamidi atau Imam Masy’ari, itupun satu jenis lagu dalam tarannum.. Lagu yang bersesuaian dengan waqi’ bacaan semasa dalam solat. Ish, takkanlah nak bawa lagu bayati atau Sobah pula.. Nanti makmum jerit dari belakang; “Tok imam, bila nak ruku’ nie?”. Haa.. Payah kita.
Muslimat tak perlu belajar. Betul?
Kami tak boleh jadi imam.. So, takyahlah nak baca ala-ala tarannum nie.. Kami tak boleh jadi Qariah.. Suara tue aurat.. So, takde sebablah nak belajar lagu.. Baca biasa-biasa dah la. Mungkin, ada yang terfikir macam tue.
Sekali lagi.. Kempen masih berbunyi; “KALAU ADA PELUANG.. BELAJARLAH..”. Kenapa?
First. Untuk diri sendiri..
Sabda Nabi SAW: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling indah bacaan Qurannya.”—Tak kira dia muslimin atau muslimat.
Tarannum ialah seni tahsiinul qiraat (mengindahkan bacaan).. Contoh, bila kita nak baca Quran dalam tempoh yang lama.. Nak habiskan 1 juz misalnya.. Berbeza kalau kita baca bertarannum dengan baca ‘straight forward’. Kalau baca bertarannum, kita tak terasa penat dan makin lama baca maka makin seronok rasanya.. Seronok sebab kita boleh praktis bermacam-macam lagu dengan tingkatan nada yang pelbagai.
Cubalah.. 2 page yang pertama—try lagu Imam Sudaisi (masjidil Haram).. 2 page seterusnya—Imam Syurim pula.. Then muka surat seterusnya—Imam Jibril (masjid kaherah). Kan seronok?
Itulah rahsia orang yang membaca Quran berjam-jam dan berjuzu’-juzu’ tapi tak merasa penat.
Secondly. Muslimat adalah guru.
“Eh? Bila masa kami jadi ustazah nie..? Kami kos kejuruteraan lah. Bukan ustazah..”
“Ustazah je ke yang kena belajar becaan Quran berlagu nie?”
“Iyelah.. Dah memang kerja diorang macam tue. Ajar budak ngaji.”
“Oh.. Iye ke.. Habis tue anak kamu siapa yang ajar?”
“Eh.. Hantar kat kelas PAFA ler..”.—Betul ke jawaban nie?
Betul tapi tak Tepat.
Yang tepatnya ialah, ibulah orang yang first untuk menjadi GURU kepada anak-anak apatah lagi bab-bab fardhu Ain seperti membaca quran nie.. Boleh nak hantar ke kelas-kelas tambahan yang lebih intensif, tapi basic tadi kena bermula dari rumah..
Dari medodoikan anak dengan lagu P. Ramlee atau Saloma, apa kata dodoi pula dengan surah Luqman atau Maryam versi tarannum Nahawand mahupun Sikah.. Bukankah itu lagi berkat dan bermanfaat buat si kecil yang tengah tidur..??
Pesan Nabi saw; “Orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang belajar Quran dan kemudian mengajarkannya kepada orang lain.”—Bukan orang lain pun, anak sendiri..
See.. Bila sesiapa belajar ilmu Quran samada belajar Tajwidnya, Tarannumnya, atau lebih berat lagi Tafsirnya.. Maka dia akan dapat kebaikan untuk dirinya sendiri—Hadis yang 1st tadi. Kemudian, apabila dia mula mengajarkan kepada orang keliling.. Maka bertambah lagi kebaikan ketasanya—Hadis 2nd tadi. Subhanallah.. Murahnya rezeki pahala di sisi Allah swt.
Ini bukan kempen untuk muslimat sahaja.. Kempen nie dituju kepada muslimin termasuk diri sendiri. Hakikatnya, diri ini banyak lagi koyak-rabak yang perlu ditampal dengan kadar seberapa segera!
Faqra’u ma tayassara minal Quran..
“Maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Quran.”—Surah Al-Muzammil.
Teringat pesan keramat dari guru tarannum sewaktu kecil dulu.. “Amalkanlah ilmu tarannum nie hingga ke tua.. InsyaAllah dia jaga kesihatan kita.”. Tak faham.. Memang darjah kefahaman masa kecil terlalu rendah rasanya..
Tarannum nie bukan wajib. Tak seperti ilmu Tajwid. Tapi, beruntunglah orang yang pandai dan boleh maintain hingga ke tua. Maknanya, tak “pencen” di separuh jalan. Itulah pesan guru.. ‘Dia akan jaga kesihatan kita..’. Tak percaya?
Orang yang praktis tarannum pasti akan jaga kesihatan.. Contoh, disiplin waktu makan.. Benda yang nak dimakan.. Sukatan makanan sehari-semalam.. Kira minum minuman berais nie dah melanggar pantang terbesar untuk seorang Qari.. Itu tak termasuk lagi, jenis-jenis senaman badan yang perlu dibuat setiap pagi dan petang, dan macam-macam lagilah.. Fuh..
Hari nie baru faham apa yang guru cakap berbelas tahun dulu.. Itulah mukjizat sebuah Quran. Membacanya sahaja boleh menjaga kesihatan manusia.. Janji, baca dengan disiplin tarannum lah..
Sungguh.. Tersentuh dengan KEMPEN yang sungguh lembut serta halus dari Allah swt untuk memujuk para hambaNya membaca Quran.. Betapa Allah gunakan slogan: “Maka bacalah apa yang mudah (bagi kamu) dari Al-Quran”. Sayanglah kalau hati kita masih tak mengerti..
Bacalah Quran di mana-mana kita berada.. Atas motosikal, bacalah dua-tiga ayat.. Nak berlagu sekuat hati pun boleh.. Tak pandai bertarannum, bacalah dengan nada biasa dua tiga surah.. Tak hafal banyak surah, bacalah surah-surah lazim.. Tak boleh juga.. Bacalah yang paling ‘minium’ atau yang paling 'mudah' untuk kita membacanya, al-fatihah.. Yang penting baca!
1 comment:
hebat...
Post a Comment